observateur Publish time 19-7-2009 01:39 AM

Uniform Camo

Post Last Edit by observateur at 19-7-2009 01:40

Tuan Mod, kalau dah dibincangkan, mintak maaf. Tolong merge atau tutupkan aje thread nih.

Aku nampak ada beberapa ejensi kerajaan pakai pakaian camo nih. Kalau askar, memang tada dipersoalkan lagi. Itu perkara yg diperlukan.

Tapi bagi stengah pasukan:
- PGA: apsal pakai camo biru? Tabley blend dgn hutan...
- Bomba: nak sembunyi dalam api?
- UPP (unit pencegah penyeludupan): kebiruan + oren. Kalau stalk penyeludup pun, bukankah camo hijau lebih sesuai?

Aku rasa macam uniform camo ni dibuat semata2 utk ada uniform camo tersendiri (feel good factor?) walaupun it does not serve any practical purpose other than enriching some well-connected contractors.

Opinions or other related information are mostly welcomed.

Thanks

razhar Publish time 19-7-2009 01:34 PM

betul...nak kayakan tokey2 buat baju la...ada ke bomba pakai loreng2?:lol: sepatut nya mereka pakai yg terang2.....begitu juga yg PGA...

cmf_tin Publish time 19-7-2009 03:18 PM

1# observateur
eh UPP ada camo ka?:o
ada gambo tak? :loveliness:

observateur Publish time 19-7-2009 03:31 PM

3# cmf_tin


alamak bang... takde amik gambar.

Aritu aku ke area Pengkalan Kubur, Tumpat. Memang ada road block manned by UPP. Dema pakai camo. Sesape yg selalu pegi ke Pengkalan Kubur memang biasa tengok dema nih.

cmf_tin Publish time 19-7-2009 03:35 PM

4# observateur
ooo... lu kat kelantan la yea? :loveliness:

observateur Publish time 19-7-2009 03:55 PM

5# cmf_tin


Nolah bang... ada site kena monitor kat Kelantan, Kg Seri Tujoh to be exact. Dah abis dah baru nih, buat acceptance.

observateur Publish time 19-7-2009 03:59 PM

2# razhar


Jangan majlis perbandaran (unit penguatkuasan) ada hati nak pakai camo lepas ni udah le. Jadi laughing stock nanti.

rastablank Publish time 19-7-2009 05:46 PM

RELA ptt buat camo spaya senang tangkap Indon {:3_97:}

Canaletto Publish time 19-7-2009 05:54 PM

Bai, UPP baru gak dok pakai camo ni. aku penah tengok even dalam surat khabor pun dok ada dah. Pemakaian aku rasa baru tahun ni or if not pertengahan tahun lepas. Warna sand dengan hijau yg banyak serupa polis tapi light sikit. Tapi yang lawak polis yang warna biru tu la...memang lawak, konon nak bangkitkan semangat kalau bagi pakai loreng tapi aku tengok mengalahkan budak-budak PLKN pulak! Bomba pun mcm tu jugak, konon nak bagi naik semangat kalau melawan api...Apa la punya jeneral bagi idea merapu nih.

razhar Publish time 19-7-2009 06:43 PM

4# observateur

camo depa cam PGA jugak kan....kaler biru2..

benzo Publish time 20-7-2009 12:27 AM

Bagi aku camo bomba paling tak patut sekali. Patutnya uniform bomba highly visible, bukannya nak blend in dengan api. Kalau ada ahli bomba yang pengsan dalam kebakaran mesti susah teammates nak cari dia untuk rescue.

tempur Publish time 20-7-2009 07:35 AM

Bos in right walau pun idea bangang :) so kena terima la hakikat walau pun idea berkenaan sebenarnya mengarut.....

jazim Publish time 20-7-2009 07:38 AM

Bagi aku camo ni wajar dihadkan kepada ATM saja. Sebab apa? Org awam selalunya akan fikir dan kaitkan dgn askar. PGA patut balik kepada uniform hijau tapi yg lebih gelap mcm warna pakaian no. 4 TD, UPP pun sama - balik pada uniform asal.

Benzo,
Selalunya bomba akan guna pakaian pelindung kalis api warna jingga yg lengkap dgn pemantul cahaya tu bila perlu meredah api kebakaran. Tapi aku setuju bomba balik pada warna uniform lama, cuma kekalkan design baru tu.....

Observateur,
Thread ni terlalu informative utk ditutup. Terima kasih daya usaha anda! :D

asher Publish time 20-7-2009 12:53 PM

aku rase dorang nie wat uniform sumer syok sendiri..tade pikir2 langsung pasal function uniform nie kot..

Canaletto Publish time 20-7-2009 03:13 PM

Sebenornya alasan untuk buat camo ni hanyalah untuk membangkitkan semangat patriotisme kepada anggota-anggota. Tapi aku seconded to Jazim hadkan camo design hanya pada ATM. Yang lain-lain tu tu balik kepada asal atau improvise warna supaya lebih releven and same goes to PLKN.

observateur Publish time 20-7-2009 03:29 PM

10# razhar


Tak jugak sama. Kalau tak salah aku, camo UPP tu "digital" macam singapore punye (type) camo. Tapi kaler blue, pale blue, yellowish orange (sand).. aku cuba carik gambar dlm net... ada sesape yg ada gambar?

observateur Publish time 20-7-2009 03:38 PM

13# jazim


TQ Tuan!

Memang dah lama bermain di fikiran persoalan camo nih.-Kelako jugak bila tengok bomba & even plkn nak pakai camo. Bila nampak UPP, dah tak tahan nak tanya/discuss.

aku1265 Publish time 20-7-2009 03:39 PM

sori off topic sikit...

UPP ni under kastam ke polis?... dulu kalau x salah ada UKK... ni sama mcm polis hutan kan?..

observateur Publish time 20-7-2009 03:47 PM

Hah, ada gambar UPP. Takla biru sangat...

Mata aku dah kureng skit kut masa aku nampak dorang man the roadblock.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=0705&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm

observateur Publish time 20-7-2009 03:49 PM

18# aku1265


Bawah Kastam kalau tak salah...
Pages: [1] 2 3
View full version: Uniform Camo


ADVERTISEMENT