Syd Publish time 12-7-2009 09:41 PM

Hotel haiwan

Post Last Edit by Syd at 12-7-2009 21:45

Hotel haiwan    Oleh Saufi Hamzah
sofeeham@bharian.com.my

Perkhidmatan spa menggunakan jakuzi juga diberikan kepada 'tetamu istimewa' yang menginap

KEMUDAHAN penginapan di hotel kini bukan hanya untuk manusia. Haiwan peliharaan juga berpeluang menikmatinya. Animal Hotel MASkargo di Zon Perdagangan Bebas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur(KLIA), Sepang, ada menyediakan perkhidmatan penjagaan haiwan bertaraf enam bintang.

Animal Hotel bukan sekadar menyediakan perkhidmatan penjagaan dan penghantaran haiwan ke destinasi seluruh dunia, malah ia satu-satunya ‘hotel mewah’ yang mempunyai kemudahan lengkap umpama pusat peranginan untuk memanjakan tetamunya seperti kucing, kuda,burung, orang utan, badak sumbu, harimau, gajah, ikan jerung dan burung penguin.
      
Jangan terperanjat apabila petugas Animal Hotel memberi layanan perapian untuk kucing dan anjing dengan mandian dan kemudian mengeringkannya. Lebih istimewa sekiranya haiwan itu ditempatkan di situ lebih tujuh hari, layanan perapian itu diberikan percuma.

Jika tidak puas dengan layanan perapian, haiwan itu juga dilayan dengan rawatan spa menggunakan jakuzi untuk tempoh di antara 10 hingga 15 minit.

Pemilik haiwan tidak perlu bimbang mengenai makanan kerana pengurusan Animal Hotel menyediakan pelbagai menu dan dua sajian makanan sehari disediakan untuk tetamu.

Ketua Unit Operasi Kargo (Sokongan Komersial, Pengendalian Animal Hotel), Siti Zainon Mohamad Yusop, berkata makanan yang disediakan itu dijamin berkualiti bagi memastikan haiwan mendapat diet seimbang dengan semua jenis vitamin dan zat pemakanan.

"Kita menyediakan perkhidmatan veterinar 24 jam jika haiwan itu memerlukan rawatan perubatan. Kakitangan bertugas adalah mahir dalam semua aspek bagi menjamin ‘kepuasan’ haiwan dan tuan punya.Seramai 16 kakitangan yang ada cukup terlatih kerana mereka menerima latihan dalam pelbagai bidang daripada zoo tempatan dan juga jabatan kerajaan dalam soal penjagaan binatang, termasuk kuda dan ikan hidup.

"Kemudahan lain seperti kandang kuda dan tempat simpan istimewa untuk binatang sensitif seperti reptilia dan serangga turut disediakan, selain suite anjing dan kucing berhawa dingin dan kandang besar setiap satu dengan kawasan lapang untuk haiwan bermain dan juga merehatkan badan selepas penerbangan jarak jauh," katanya.

Siti Zainon berkata, Animal Hotel mengenakan kadar bayaran yang munasabah bagi setiap perkhidmatan yang ditawarkan, termasuk haiwan itu perlu menginap sementara menunggu jadual penerbangan untuk dihantar ke destinasi masing-masing.

Jika pemilik haiwan ingin bercuti dan tidak tahu di mana untuk menghantar haiwan kesayangan mereka, Animal Hotel adalah tempat yang paling sesuai, katanya.

Apatah lagi jarak KLIA dengan Animal Hotel amat dekat dan khidmat mengambil dan menghantar disediakan dari Bangunan Terminal Utama dan Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT).

Ada pelanggan Animal Hotel daripada kalangan pelancong luar negara yang merancang percutian ke Malaysia dan meletakkan anjing mereka di situ sepanjang percutian tanpa sebarang kerisauan yang akan menjejaskan keseronokan bercuti.

Anjing itu diambil dari terminal sebaik tiba di KLIA dan dihantar semula ke terminal pada masa keluarga terbabit akan berlepas pulang ke tempat asal mereka berdasarkan tempat pada tarikh dan masa penerbangan pelancong.

Beliau berkata, seramai 16 kakitangan bertugas secara syif dan dibantu vendor bagi memastikan kelancaran operasi Animal Hotel.

Tidak ketinggalan, tempat rehat untuk penjaga haiwan disediakan secara percuma sebagai usaha penambahbaikan perkhidmatan dihotel berkenaan.

Tambahan pula, Animal Hotel adalah satu-satunya unit di MASkargo yang buat pertama kalinya mendapat pengiktirafan pensijilan ISO14001 (Sistem Pengurusan Alam Sekitar) semenjak 2006 sebelum pensijilan itu diperluaskan kepada keseluruhan operasi kargo di Kompleks MASkargo Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Kuching dan Kota Kinabalu pada April 2009.

kaki_ayam Publish time 13-7-2009 12:20 AM

waaaa bagusya...errrr lau nk wat penghantaran arnab ade jgk ke ar?

a.ceCCo Publish time 22-7-2009 12:46 AM

2# kaki_ayam

nak wat penghantaran cicak or semut api pon buleh kut.. uhuk hukkk :L











:lol:
Pages: [1]
View full version: Hotel haiwan


ADVERTISEMENT