anatomi_ana Publish time 6-7-2009 04:59 PM

catatan seorang amatur...

Andai aku bersalah
Katakan apa salahku
Terangkan salahku
Dan betulkan salahku
Asal tidak kau diam
Bilaku menyapa
Asal tidak kau pergi
Bila kelibatku lalu
Kerana kebisuanmu itu
Bisa meluluhkan
Lalu buatku nanar
pedih dan luka sendiri

anatomi_ana Publish time 7-7-2009 03:02 PM

Post Last Edit by anatomi_ana at 7-7-2009 15:05

Lelaki
dicipta Tuhan
untuk membentuk yang bengkok
agar jadi lurus
dengan penuh kelembutan
agar tidak patah
kerana yang bengkok itu perempuan
jiwa sensitif, lembut
namun adakalanya
keras menggigit

anatomi_ana Publish time 8-7-2009 02:29 PM

Aku bisa memaafkan
Kira itu yang kau pinta
Kerana itu adalah aku
Tetap memaafkan walau disakiti

Namun
Aku tak bisa melupakan
Kira itu yang kau damba
Kerana parut tetap ada
Biarpun luka telah sembuh

Maka aku mahu kau tahu
Memaafkan dan melupakan
Adalah dua perkara berbeza
Begitu juga makna senyumku
Pastinya tidak lagi seperti dulu

iDputera Publish time 9-7-2009 12:27 AM

maafkan akuu......:L

anatomi_ana Publish time 9-7-2009 11:02 AM

4# iDputera


apa salahmu hingga lafazkan maaf?

anatomi_ana Publish time 9-7-2009 11:42 AM

Aku lari
Bukan kerana takut
Aku lari
Bukan kerana kalah
Aku lari
Bukan kerana lemah

Yang takut
Yang kalah
Dan yang lemah itu kamu
Kerana tidak bisa memilih

Lalu aku lari kerana tidak mahu lukai dia
Kerana dia juga perempuan
Sepertiku…

itik_serati Publish time 10-7-2009 01:13 PM

maafkan akuu......:L
iDputera Post at 9-7-2009 00:27 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif

Kesabaran ku sentiasa memaafkan diri mu..:$

anatomi_ana Publish time 10-7-2009 02:49 PM

Aku tidak sendiri
Namun mengapa sunyi itu sering menghambatku...

iDputera Publish time 10-7-2009 08:15 PM

4# iDputera


apa salahmu hingga lafazkan maaf?
anatomi_ana Post at 9-7-2009 11:02 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif

masuk umah org tanpa izin.....:funk:

iDputera Publish time 10-7-2009 08:16 PM



Kesabaran ku sentiasa memaafkan diri mu..:$
itik_serati Post at 10-7-2009 13:13 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif

tidakkah itu perkara yg baik...:o

ai_fah Publish time 10-7-2009 10:08 PM

Aku tidak sendiri
Namun mengapa sunyi itu sering menghambatku...
anatomi_ana Post at 10-7-2009 14:49 http://eforum2.cari.com.my/images/common/back.gif

Aku juga sering tidak mengerti...
mengapa sepi menrangkai hati...:L

anatomi_ana Publish time 11-7-2009 12:08 PM



masuk umah org tanpa izin.....:funk:
iDputera Post at 10-7-2009 20:15 http://mforum3.cari.com.my/images/common/back.gif
kalian dialu-alukan...

anatomi_ana Publish time 11-7-2009 06:55 PM



Aku juga sering tidak mengerti...
mengapa sepi menrangkai hati...:L
ai_fah Post at 10-7-2009 22:08 http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif
Kadangkala sepi itu indah,beri ruang pd diri untuk nilai hati yang sentiasa gundah...

anatomi_ana Publish time 12-7-2009 04:52 PM

Tidak lihatkah kau dalam mataku
Sinar kasih dan sayang ku padamu
Mengapa masih kau ulang
Tanya tentang rasaku padamu
Hingga aku jadi mual dan jemu
Sedang kau tahu jawapnya
Cinta itu bukan pada kata   
Cinta itu ada dalam hati
Dihembuskan ia dari Dia Yang Satu
Sukar ditelah zahirnya namun ia ada
Percayalah padaku
Aku tetap hanya untukmu

iDputera Publish time 12-7-2009 09:26 PM


kalian dialu-alukan...
anatomi_ana Post at 11-7-2009 12:08 http://mforum3.cari.com.my/images/common/back.gif

catatanku disini..
biarlah akhirnya kau mengerti.......:L

anatomi_ana Publish time 13-7-2009 12:19 PM



catatanku disini..
biarlah akhirnya kau mengerti.......:L
iDputera Post at 12-7-2009 21:26 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif

Sebuah catatan luahan rasa
Satu coretan suka duka
Mengerti atau tidak
Sukar ditelah
Kerana kau dan aku insan berbeza...

anatomi_ana Publish time 13-7-2009 12:31 PM

Post Last Edit by anatomi_ana at 13-7-2009 14:12

Mampukah kotor hati suci lagi
Bak bayi baru jengah bumi
Masih layakkah diri untuk nikmatMu
Sedang hati sering berpaling dariMu

Sesungguhnya setiap desah nafasku
Hanya mengharap cintaMu
Sesungguhnya setiap denyut nadiku
Hanya mengharap kasihMu

Tapi
Tidak malukah diri
Sering hati berbolakbalik
Sering akal dikeliru nafsu
Masih lagi mengharap bongkah cintaMu
Masih lagi merayu sinar kasihMu

Oh Tuhan
Ampuni aku
Aku yang hitam
Penuh noda dan dosa…:L

anatomi_ana Publish time 14-7-2009 04:23 PM

Cinta pertama
Sampai bila terasa manisnya

Cinta pertama
Sampai bila terasa rindunya

Cinta pertama
Sampai bila terasa getarnya

Cinta pertama
Sampai bila terasa pedihnya

Cinta pertama aku yang terhenti
Cintanya hilang telah lama
Namun kesan hingga kini ada
Masih berbekas di ruang hati

nursha Publish time 14-7-2009 05:14 PM

Andai aku bersalah
Katakan apa salahku
Terangkan salahku
Dan betulkan salahku
Asal tidak kau diam
Bilaku menyapa
Asal tidak kau pergi
Bila kelibatku lalu
Kerana kebisuanmu itu
Bisa meluluhka ...
anatomi_ana Post at 6-7-2009 16:59 http://eforum2.cari.com.my/images/common/back.gif

dlm kebisuan ini..aku pedih sendiri..
mencari pengertian di sebalik keresahan..
mencari penyelesaian di sebalik kekusutan..

Aku hnya mampu berdiam..
menunggu tanpa berbicara..
menanti katamu
merungkai segala..

namun kau terus dlm kebisuan...
membiar ku mengerti..
hingga aku terdiam kini..
dan kau juga makin jauh pergi..~

anatomi_ana Publish time 15-7-2009 04:32 PM

Aku jadi curiga
Padamu yang jauh di mata
Apakah masih setia
Pada kata yang dikota
Atau aku yang hanya mengharap
Pada satu perjanjian cinta
Yang belum tentu pastinya
Jangan biarkan ku terus lara
Menanti dan terus menanti
Kerana aku sendiri tidak pasti
Apakah aku mampu menjadi pencinta sejati
Pages: [1] 2 3 4 5 6
View full version: catatan seorang amatur...


ADVERTISEMENT