amazed Publish time 2-7-2009 02:40 AM

ex Pres Filipina: Corazon Aquino tenat; update: dah meninggal dunia!!

Post Last Edit by amazed at 2-8-2009 07:48

Ikon demokrasi Filipina sakit tenat akibat barah

http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2009/0702/Kosmo/Dunia/du_05.1.jpg


MANILA - Bekas Presiden Filipina, Corazon Aquino (gambar) dimasukkan ke hospital setelah semakin tenat akibat penyakit barah kolon tahap keempat, kata jurucakapnya, Deedee Sytangco semalam.

Sytangco menambah, ikon demokrasi berumur 76 tahun itu dimasukkan ke unit rawatan rapi minggu lalu kerana tidak lagi mampu menelan makanan.

Katanya, Aquino 'sangat tidak sihat' tetapi tidak berada dalam kesakitan dan masih belum memakai alat sokongan hayat.

Beliau menjalani rawatan kimoterapi setelah disahkan menghidap barah pada tahun lalu tetapi rawatan itu sudah dihentikan.

"Kami berharap orang ramai akan memberi sokongan dan berdoa untuknya," kata Sytangco.

Aquino terjun ke dunia politik pada 1983 setelah suaminya, Benigno Aquino mati ditembak. Suri rumah itu kemudian memimpin kebangkitan rakyat pada 1986 sebelum menggulingkan bekas diktator Ferdinand Marcos.

Beliau melepaskan jawatannya pada 1992 tetapi terus aktif dalam bidang kebajikan dan politik. -AP



aku tingat ada baca pasal laki dia kena tembak kat airport masa baru ajer sampai manila.... pastu terus worang filipino demo gulingkan marcos....

rasa2nye tak lama dia ni... dah tahap empat dah.. kira kritikal tuh!!

jingga007 Publish time 2-7-2009 02:52 AM

mmg kritikal sgt...
huhuhu..

jingga007 Publish time 2-7-2009 02:53 AM

tp kita xtau lah kan..
kdg2 ada yg kritikal pun still boley hidup lg..
huhuh..semuanya kuasa tuhan..
huhu...

darlingangel Publish time 2-7-2009 03:00 AM

1# amazed


alahai stage 4 dah.... dah advanced stage tu.. critical..

dia ni yang jadi presiden lepas orang gulingkan ferdinand marcos kan... rakyat memang nak dia jadik presiden kan...

yate Publish time 2-7-2009 11:12 AM

BAHAYA TUH

amazed Publish time 2-7-2009 11:25 AM

4# darlingangel


yup..dia ni ler.. hebat masa jadik pres dulu..... beza betul ngan imelda 'kasut' marcos tuh...dia dapat banyak sokongan lepas laki dia kena bunuh kat airport tu masa baru balik ke manila dari pembuangan tak silap aku.. apa namabenigno aquinotak silap aku...ha

darlingangel Publish time 2-7-2009 10:50 PM

6# amazed


betul la benigno... cory ni memang well respected by the people..

imelda tu mmg hampeh le.. harapkan kasut je... satulagi underwear dia beratus ribu.. mahal2 warna warni.. heboh dalam surat kabar dulu dia suka kumpul kasut ngan undies... alahai sayu hati dengar ekekekekkeke

nazurah Publish time 3-7-2009 07:32 PM

kawan aku kena colon cance stage 3...

bos dah amik orang utk ganti post dia... sbb ingat hayat tak panjang...

tp semangat dia nk sembuh kuat sangat... skang dah lebih 5 tahun... dia hidup segar bugar lagi... tp stage 4 ni... tatau la kan....

sincewhen Publish time 4-7-2009 09:46 AM

kesiannyee...

itu aje lar yg mampu aku ckp...

Flower007 Publish time 1-8-2009 08:24 AM

Edited by Flower007 at 2-4-2015 01:54 PM

Deepest Condolence

Flower007 Publish time 1-8-2009 08:24 AM

Edited by Flower007 at 2-4-2015 01:55 PM

Deepest Condolence

asmahsaid Publish time 1-8-2009 01:18 PM

latest,dia dh mangkat

amazed Publish time 2-8-2009 07:49 AM

Aquino dikebumi sebagai rakyat jelata

http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2009/0802/Kosmo/Dunia/du_01.1.jpg


BEKAS Presiden Filipina, Corazon Aquino yang meninggal dunia akibat kanser kolon semalam akan dikebumikan dalam satu majlis persendirian minggu depan, kata keluarga tokoh demokrasi berkenaan.

Ia diumumkan selepas Presiden Gloria Macapagal Arroyo menawarkan majlis pengebumian negara bagi Aquino diikuti dengan tempoh berkabung 10 hari di seluruh negara.

Namun, anak lelaki Aquino, Benigno Aquino Jr berkata, beliau dan empat adik -beradiknya memilih untuk mengebumikan ibu mereka di sebelah kubur suaminya di sebuah tanah perkuburan persendirian di sini.

"Itulah hasrat kami dari awal lagi," katanya.

Menurutnya, dia tidak dihubungi mana-mana pegawai dari pejabat presiden berhubung pengebumian rasmi tersebut dan tidak berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya.

Suri rumah yang amat benci terhadap amalan rasuah tersebut memegang kuasa selepas memimpin gerakan reformasi rakyat bagi menggulingkan Presiden Ferdinand Marcos pada 1986. - AFP

pokokbunga Publish time 2-8-2009 10:12 AM

RIP to her

pruep3 Publish time 2-8-2009 10:54 AM

RIP to Aquino.

zahirbatin Publish time 2-8-2009 02:50 PM

nasib le ko ni non muslim...kalu tak blh gak aku sedekahkan alfatihah..

cendrawasih Publish time 22-7-2010 12:31 PM

takziah...........

Isolde Publish time 24-11-2010 01:21 AM

ohhhh ohhhhhhhh mengapa beginihahhhhhhhh.............
Pages: [1]
View full version: ex Pres Filipina: Corazon Aquino tenat; update: dah meninggal dunia!!


ADVERTISEMENT