amazed Publish time 6-6-2009 12:43 AM

Datin Seri Saripah Zulkifli; Isteri MB Perak

05 Jun, 2009
Saripah Sudah Biasa Hidup Susah

Oleh Sakina Mohamed

IPOH, 5 Jun (Bernama) -- Beliau tidak memerlukan pembantu untuk mengemas dan melakukan kerja rumah, sehinggakan memarut kelapa untuk memasak kari juga dilakukannya sendiri.

Sekali pandang mungkin tiada yang menyangka wanita yang biasa berpakaian ringkas ini ialah isteri seorang Menteri Besar.

Sememangnya dari satu aspek boleh dianggap begitu kerana Datin Seri Saripah Zulkifli bukanlah seperti kebiasaan isteri ahli politik yang selalu kita bayangkan.

Isteri Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir ini berkata beliau sudah biasa membuat semua kerja tanpa dibantu sesiapa kerana sudah dilatih begitu rupa sebagai seorang anak nelayan miskin di Pulau Pangkor.

"Saya anak sulung daripada enam adik beradik dan sudah biasa menguruskan kerja rumah dan hal ehwal adik-adik sejak dari kecil lagi. Ketika saya berumur tujuh tahun, ibu melahirkan adik dan sayalah yang menguruskan kerja rumah semasa ibu dalam pantang," katanya kepada Bernama dalam temu bual eksklusif pertamanya di pejabat Baiduri (Badan Amal Isteri-isteri Anggota Dewan Undangan Negeri Perak) di sini baru-baru ini.

Wanita berusia 43 tahun ini berkata hidup sebagai anak nelayan adalah sukar malahan ketika di Tingkatan 5, beliau masih terpaksa mentelaah pelajaran dan pada masa yang sama membimbing adik-adik di bawah cahaya lampu minyak tanah kerana ketika itu tiada bekalan elektrik di kampungnya.

MEMBASUH PAKAIAN

"Saya akan bangun tidur pukul 4 atau 5 pagi untuk membasuh kain dan menyediakan keperluan harian adik-adik. Kehidupan sangat susah ketika itu membuatkan saya berazam untuk mengubah keadaan dan satu daripada caranya ialah melalui pendidikan.

"Ketika itu juga saya berjanji sekiranya saya sendiri tidak mampu mengubah keadaan, saya akan berkahwin dengan seorang yang boleh melakukannya. Dan Allah menyayangi saya kerana doa saya dimakbulkan," katanya sambil ketawa.

Suami beliau, Dr Zambry, juga merupakan anak nelayan dari kampung bersebelahan.

Menepati janji beliau, semasa mula bertugas sebagai guru sekolah menengah pada tahun 1991, Saripah memohon bertukar ke Pulau Pangkor supaya beliau dapat berbakti kepada masyarakat Pangkor dan membantu meningkatkan taraf hidup mereka melalui pendidikan.

" Pejabat Pelajaran Daerah Manjung agak terkejut dengan permohonan saya kerana sebelum itu tiada siapa pun (guru) yang mahu dipindahkan ke pulau itu.

"Tetapi saya mahu mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Pangkor, di mana saya pernah bersekolah, di kampung yang bukan saja pelajarnya saya kenal, bahkan seluruh keluarga mereka juga. Ini memudahkan lagi tugas saya," katanya mengimbas kenangan.

PENSYARAH BAHASA MALAYSIA

Ibu kepada lima anak ini kemudian menjadi pensyarah Bahasa Malaysia di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dari tahun 1995 hingga 2004.

"Ketika itu pun, saya mengamalkan perkara yang sama. Suatu hari, ketika ibu mentua datang bertandang, saya terdengar jiran memberitahu beliau betapa bertuahnya suami saya kerana beliau (jiran) boleh terdengar saya memarut kelapa sebaik pulang dari kerja pada pukul 5 petang, memasak kari untuk suami", kata Saripah sambil ketawa lagi.

Saripah, yang kini bergerak aktif melakukan kerja amal di bawah Baiduri, berkata latar belakang kehidupannya yang susah membuatkan beliau prihatin terhadap nasib mereka yang memerlukan.

"Semasa mengagih-agihkan bantuan untuk mereka yang memerlukan, saya lebih suka pergi ke tempat tinggal mereka daripada menyampaikannya dalam majlis besar-besaran.

"Bila kita sendiri pergi ke rumah mereka, barulah kita dapat gambaran sebenar kehidupan mereka dan keluarga mereka, daripada hanya melihat mereka sebagai insan yang memerlukan bantuan. Kadang kala sedih bila melihat kesusahan hidup seharian mereka," katanya.

AKTIVITI AMAL

Walaupun silih berganti bertukar peranan antara mengurus rumah, melakukan kerja amal dan membantu karier politik suami, bagi Saripah keluarga tetap diutamakan.

"Saya perlu lebih menjaga keluarga saya. Saya perlu pastikan pelajaran anak saya berada dalam keadaan yand baik, sebab anak-anak saya membawa nama Menteri Besar juga (yang) akhlaknya (mesti) baik, jaga tingkah laku dan pergaulan.

"Apa-apa aktiviti mereka, saya perlu pantau supaya tidak ada perkara yang tidak manis wujud dalam keluarga saya, maklumlah, kami sekarang di bawah mikroskop, bukan hanya (suami sebagai) Menteri Besar tapi seluruh keluarga," katanya.

Dalam pada itu, Saripah tegas dalam usahanya melindungi identiti anak-anaknya, hinggakan beliau tidak membenarkan suaminya menghantar atau mengambil anak di sekolah dan menghadiri majlis penyampaian hadiah.

"Beginilah keadaannya dari masa mereka kecil lagi, saya yang menguruskan segalanya dari pendaftaran masuk sekolah hinggalah menghadiri mesuarat PIBG (Persatuan Ibu Bapa dan Guru).

"Saya tidak berapa gemar sekiranya orang tahu anak-anak saya ialah anak seorang ahli politik. Ada pro dan kontranya. Bagi yang sealiran dengannya mungkin menyukainya, yang tidak, mungkin memusuhi mereka," katanya.

PERTAHANKAN PERJUANGAN

Menurut Saripah, anak-anaknya yang berumur antara 8 dan 21, memahami perjuangan politik bapa mereka dan sudah terbiasa mempertahan bapa mereka.

" Perjalanan politik ayah mereka penuh dengan liku dan anak-anak terseret sama, sebab tu kadang-kadang saya harap anak-anak saya mengambil jalan yang lain".

Katanya beliau sendiri lebih suka tidak menonjolkan diri, memilih memandu sendiri kereta Perodua MyVi untuk pergi ke mana-mana daripada menaiki kereta mewah dengan khidmat pemandu.

"Orang tidak akan cam saya sebagai isteri MB melainkan saya berjalan di sebelahnya," katanya, ketawa.

Mengenai penglibatan beliau dalam karier politik suaminya, Saripah berkata sebagai isteri Menteri Besar, beliau sebenarnya tiada pilihan.

BERKHIDMAT UNTUK RAKYAT

"Sama ada suka atau tidak, keadaan sekarang memerlukan sokongan isteri-isteri wakil rakyat untuk membantu suami mereka memberikan khidmat kepada rakyat sebaik mungkin.

"Namun bagi saya, ini tidak menjadi masalah kerana dalam apa jua yang kita buat bagi membantu mereka yang memerlukan, Allah akan memberikan ganjaran, jadi saya tidak rasa ia sebagai beban walaupun ganjaran yang diterima bukan dalam bentuk kebendaan," kata beliau.

Saripah berkata beliau memahami tanggungjawab suaminya sebagai Menteri Besar dan menaruh penuh keyakinan terhadap kemampuan suaminya untuk berjaya kerana percaya beliau berada pada landasan yang betul.

"Sokongan saya terhadap beliau memberikan rangsangan kepada saya sendiri untuk melaksanakan semua tanggungjawab di rumah dan di luar rumah agar beliau dapat memberikan penuh perhatian terhadap tugas beliau," katanya.

Bagaimanapun beliau mengakui bahawa krisis perlembagaan di Perak kini dianggapnya sebagai titik hitam kerjaya politik suaminya.

KEMELUT POLITIK

Saripah berkata walaupun mahkhamah telah membuat keputusan, kemungkinan proses rayuan akan berterusan dan kemelut politik ini akan berlanjutan hingga 2013.

"Sudah lebih 100 hari, tetapi krisis ini masih berpanjangan. Saya kira pihak media pun sudah muak menulis mengenai krisis Perak ini dan pening untuk mencari sesuatu yang baru yang hendak ditulis."

Beliau menasihati anggota Baiduri supaya bersungguh dalam usaha membantu mereka yang memerlukan dan merancang dengan baik segala aktiviti dalam memastikan matlamat tercapai dan tidak berlaku pembaziran.

Saripah turut menyatakan: "Sebagai isteri Menteri Besar, saya amat berharap tiada siapa yang mengganggu suami saya daripada melaksanakan tugas beliau untuk membangunkan negeri Perak dan menjamin kemakmuran negeri ini."

-- BERNAMA




aku bukannye sinikdan mungken saripah ni mmg baik worang nyer... tapi baca citer dia mcm nak beria-ia cerita betapa baiknyer dia... rendah diri nyer dia... walhal citer mcm nak menunjuk-nunjuk ler pulak... kalu mmg dia baik sumer... baguih ler.... tapibaik tak baik pun.... pada akulaki dia tuMB perak yg haram ler....:L

man_blues87 Publish time 6-6-2009 01:10 AM

isteri pun mahu tunjuk ka....... buat malu org perak je:D :D nasib baik aku bkn org perak:lol: :lol:

mikasa Publish time 6-6-2009 01:21 AM

:o :o :o :oni apahal pulak ni.takda angin takda ribut tetiba nak puji diri sendir pulak.

choolakaw Publish time 6-6-2009 01:28 AM

Reply #1 amazed's post

bini zambry roti canai kerr:I :I laki mb haram nak kisah aperr;P

putu_ayu Publish time 6-6-2009 02:46 AM

Bior ler..mak datin nak berkempen utk hubby die tu..:lol:

Lordraziel Publish time 6-6-2009 06:32 AM

adess sedih nye puji diri.. malu malu

jingga007 Publish time 6-6-2009 06:55 AM

choii sgt2!
asyik citer dia baik yaamatzz.!
:mad: :mad: :mad: :I :I

fazila17 Publish time 6-6-2009 09:58 AM

kalau baik pn biarla org lain yg menilai dn bercerita bkn diri sendiri.. apa da..

ladaapi Publish time 6-6-2009 12:39 PM

nak gak tgk gambar.... tak ada ker?

beta_carotene Publish time 6-6-2009 01:10 PM

zambri suka makan kari.. very the mamak.. :lol: :lol: :lol:

mendonan Publish time 6-6-2009 02:48 PM

Reply #1 amazed's post

huhuhu...cikgu BM aku rupanya ....aku dah lupa dah muka dia...

dove Publish time 6-6-2009 05:06 PM

laki bini mamak ke ???

mfawzisa Publish time 12-6-2009 09:34 AM

dia nak kongsi pengalaman...

ovalis Publish time 12-6-2009 10:14 AM

tolong sapa2 puji dia sat...kesian kat dia...

ovalis Publish time 12-6-2009 10:14 AM

:lol: ;P ;P :lol:

nazlina Publish time 12-6-2009 11:23 AM

camne ke rupe dia ni...mamak ngak ker

curvy_mama Publish time 12-6-2009 12:05 PM

bak kata budak-budak sekarang... WATEVA ...

akakvouge Publish time 12-6-2009 12:22 PM

gambo takde ker??? cantik ke bini MB nie..

choa Publish time 12-6-2009 03:07 PM

http://img401.imageshack.us/img401/2702/mbbarucina.jpg

Bini mb perak yang pakai tudung pink itu... :D

[ Last edited bychoa at 12-6-2009 15:32 ]

yusyanti Publish time 12-6-2009 03:36 PM

ooo datin saripah ni
yg penah nmpk mmg simple bangat.....
pakai tudung pun very the simple...
even forumner CARI lg
ada yg cecantik bergaya pakai shawl bagai/.....
bj pun simple je bj kurng bese.....
Pages: [1] 2 3 4
View full version: Datin Seri Saripah Zulkifli; Isteri MB Perak


ADVERTISEMENT