Syd Publish time 3-6-2009 04:16 PM

Hari bertemu pelanggan Perkeso setiap Khamis pertama

Hari bertemu pelanggan Perkeso setiap Khamis pertama   
                              
KUALALUMPUR: Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) menjadikan hari Khamis pertama setiap bulan sebagai "Hari Bertemu Pelanggan" di kesemua 46 pejabatnya di seluruh negara mulai esok.

Ketua Eksekutif Perkeso, K Selvarajah, berkata sekiranya Khamis pertama jatuh pada hari cuti am, maka program tersebut akan diadakan pada hari Khamis minggu berikut.

Beliau berkata, program itu bertujuan memberi peluang kepada pelanggan Perkeso untuk berjumpa terus dengan pihak pengurusan atasan bagi menguruskan sebarang permasalahan yang gagal diselesaikan melaluis aluran lain yang sudah disediakan pihaknya.

"Kami berharap program ini dapat meningkatkan lagi jalinan hubungan di antara Perkeso dengan pelanggannya dalam urusan penyampaian program perkhidmatan keselamatan sosial yang disediakan pertubuhan ini," katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.
   
Katanya, program itu adalah satu lagi usaha Perkeso dalam memantapkan sistem penyampaian perkhidmatan kepada pelanggannya. -Bernama
Pages: [1]
View full version: Hari bertemu pelanggan Perkeso setiap Khamis pertama


ADVERTISEMENT