Syd Publish time 3-6-2009 02:01 PM

Koleksi gambar pelik/aneh/ngeri kucing

Post Last Edit by Syd at 5-9-2009 16:33

http://img142.imageshack.us/img142/2951/kucing1mata.jpg

Anak kucing bermata satu: SEORANG pekerja Tenaga Nasional Berhad (TNB), Abu Hasan Lumat, 56, bersama rakannya yang sedang membersihkan stor TNB di Masjid Tanah, Melaka, pagi kelmarin menemui seekor anak kucing bermata satu dengan muka dan telinganya mirip kera yang dilahirkan seekor kucing liar di pekarangan stor itu. Bagaimanapun, hayat anak kucing itu hanya 24 jam saja selepas ia ditemui mati pagi semalam ketika Abu Hassan cuba memberikannya susu. Biarpun sedih dengan kejadian itu,beliau menganggap anak kucing itu memberikannya suatu pengajaran mengenai kehidupan.

[ Last edited bySyd at 4-6-2009 15:20 ]

sueiron Publish time 3-6-2009 02:08 PM

takut ar....

mikasa Publish time 3-6-2009 02:21 PM

kuasa Allah.

cewekbopot Publish time 3-6-2009 02:31 PM

tiada yg mustahil dengan izin Allah..

alfrina Publish time 3-6-2009 02:51 PM

anak kucing tuh kacuk kot...
kucing ngan kera... kesian dia dah mati

sweetsugar Publish time 3-6-2009 02:59 PM

MasyaALLAH..makin banyak makhluk ALLAH yang bermata satu sekarang..

fariepari Publish time 3-6-2009 03:13 PM

kesiannye anak kucing tuu
cacat kot..
sib baik la dia mati..kalau x, mesti dia idup merana
jadi bahan kajian manusia plak

cilok Publish time 3-6-2009 03:23 PM

Kuasa Masa Suci Allah..

nidzrain Publish time 3-6-2009 11:42 PM

tak kan la kera kawen ngn kuceng......:o :o :L

misamisa Publish time 4-6-2009 09:00 PM

kera ngan kucing bleh tuuuuut ke?
taktaw la plak.
cian sungguh ank kucing tu

FiRe_Fly Publish time 5-6-2009 10:29 AM

rasa nya anak kucing macam ni memang tak hidup lama ..... dulu pon ade kes macam ni gak tapi bulam kat malaysia tapi luar negara, kitten color putih mata 1... pon tak hidup lama

hatemetoday Publish time 8-6-2009 12:11 PM

Balas #1 Syd\ catat

iskk..sedeynye aku nengok kan...Allah Maha Mengetahui...lebih baik dia pergi...:( :( :(

weirdwaniey Publish time 13-6-2009 07:10 PM

penah gak tgk kes cmni,
tp jadi kat anak babi kat china.
mata satu gak, rupa pun ala-ala kera..

Syd Publish time 25-6-2009 04:58 PM

Anak kucing miliki dua muka di AS

http://img150.imageshack.us/img150/396/kucing2.jpg
GAMBAR anak kucing yang memiliki dua muka di Amarillo, Texas, Amerika Syarikat.

AMARILLO, Texas – Seekor lagi anak kucing yang mempunyai dua wajah dilahirkan tetapi kali ini di Amarillo, Texas, lapor sebuah akhbar semalam.

Sebelum ini, penemuan seekor anak kucing yang juga memiliki dua mulut, empat mata dan dua hidung didedahkan oleh media di Alor Star Kedah pada 7 Februari lalu.

Bagaimanapun, seorang pemilik kucing dua wajah di Amarillo itu, Renee Cook terkejut melihat seekor anak kucing comel memiliki itu dua muka.

Anak kucing campuran Parsi tersebut adalah antara tujuh ekor anak kucing yang diletakkan di dalam bilik tidur wanita itu.

Pemilik anak kucing itu beranggapan sebaliknya dengan menyambut kedatangannya dengan penuh kasih sayang. – Agensi.

hatemetoday Publish time 25-6-2009 05:30 PM

alahaiii...tetap comei walopon muka attached gitu...{:3_99:}

Syd Publish time 24-8-2009 11:00 AM

Anak kucing menyerupai tupai

http://img33.imageshack.us/img33/3936/tupai.jpg
DUA daripada tiga anak kucing menyerupai tupai yang dilahirkan seekor kucing milik warga emas di Kampung Besah Tok Limbung, Tawar, Baling.

BALING: Seorang warga emas dari Kampung Besah Tok Limbung, Tawar, dekat sini terkejut apabila mendapati tiga daripada enam anak kucing yang dilahirkan haiwan peliharaannya menyerupai anak tupai.

Habsah Ismail, 73, berkata kejadian itu hanya disedari beberapa hari lalu apabila ibu kucing berkenaan dilihat menggonggong anaknya di dalam rumah dan apabila diperiksa didapati ia menyerupai anak tupai.

Katanya, ketika itu kucing peliharaannya itu dipercayai mahu memindahkan keenam-enam anaknya ke tempat yang lebih selamat selepas ia beranak kira-kira seminggu lalu.

“Saya lihat ibu kucing itu menggonggong anaknya dan mengekorinya hingga ke dapur dan mendapati tiga daripada enam anaknya kelihatan seperti anak tupai.

"Saya pasti itu adalah anaknya kerana kucing saya menyusukannya dan menjaga dengan baik sama dengan tiga lagi anaknya itu.

"Bagi saya, ini semua adalah tanda kekuasaan Allah, lebih-lebih perkara ini berlaku di bulan Ramadan yang mulia ini," katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Habsah berkata, ini adalah kali pertama dia melihat kucing melahirkan anak yang berbeza daripada rupa kucing sebenar dan mahu memeliharanya dengan baik.

Katanya, ibu kucing berkenaan juga marah apabila dia cuba mengambil anak haiwan berkenaan yang menyerupai tupai itu untuk melihatnya dengan lebih dekat.

hatemetoday Publish time 25-8-2009 05:19 PM

16# Syd

errk..syd maknenye tupai yg pakcik tu pegang itu ke anak kucing nye?

uda Publish time 25-8-2009 08:53 PM

Entah-entah mak kucen tu curi anak tupai kot. Yang di tangan kiri tu betul-betul mcm anak tupai. Anyway, Allah tu Maha Berkuasa.

hatemetoday Publish time 26-8-2009 11:50 AM

anyway, pagi tadik baru terbaca paper metro isnin pasal anak tupai nih..gambo dpn kat metro tunjuk dia tengah nyusu ngan adik badik kucing dia...comel banget..tapi mcm nak kata...baby tupai tu tesesat langsong begaul dgn baby2 kucing yg baru lahir tuh..langsong mak kucing tu ingat tupai tu anak dia...:2lol:

zaipen Publish time 29-8-2009 04:37 PM

anak tupai tu dpt mak angkat la......
Pages: [1] 2
View full version: Koleksi gambar pelik/aneh/ngeri kucing


ADVERTISEMENT