fleurzsa Publish time 23-5-2009 04:17 PM

NUTURALISTIK VS NONNATURALISTIK

salam,

ada sesiapa nak huraikan tentang seni naturalistik ngan nonnaturalistik..

Ini pun tak ramaiyang faham

navy_glory Publish time 27-5-2009 03:05 PM

hari tu exam kuar soalan ni.. main jawab je..

Gravedigger Publish time 27-5-2009 05:03 PM

Jika dilihat dalam bidang seni halus atau fine art maka ia boleh dibahagikan kepada 2 aliran yang umum iaitu naturalistik dan nonnaturalistik.

Naturalistik ialah dimana pelukis cuba merakamkan apa yang dilihatnya dan cuba melukis kembali keseluruhannya sehingga detail di atas kanvas. Dalam erti kata yang lain pelukis yang melukis secara naturalistik ialah cuba meniru kembali dari subjek yang dipilihnya sama ada dari alam benda, pemandangan ataupun potret.

Non-naturalistik ialah pelukis hanya cuba menghayati apa yang lihatnya dan kemudian menghasilkan lukisan berdasarkan hanya sebahagian yang dirasakan menarik yang mungkin telah distylisedkan atau hanya berdasarkan perasaannya saja. Contoh lukisan2 non-naturalistik ialah seperti yang terdapat dalam aliran impressionist dan abstract.

Hari ini pelukis2 yang ingin melukis mengikut gaya naturalistik sudah tidak ada nilai lagi lukisan mereka kerana sudah ada alat sepert kamera yang boleh merakamkan lebih detail lagi apa yang dilihat untuk dirakamkan.
Pages: [1]
View full version: NUTURALISTIK VS NONNATURALISTIK


ADVERTISEMENT