Chynez Publish time 21-5-2009 11:43 AM

Selamat Hari Menuai (Pesta Kaamatan) 30/31 May

nak kongsi perayaan kat negeri chy..:loveliness: :loveliness:

A bit explanation about the perayaan for yg x taw..:loveliness:

Hari Kaamatan
Pesta Kaamatan atau Pesta Menuai ini disambut oleh kaum Kadazans / Dusuns sebagai meraikan tuaian yang baik, tetapi Pesta Kaamatan juga disambut oleh semua kaum lain di Sabah. Pesta Kaamatan biasanya disambut sepanjang bulan Mei. Kemuncak perayaan Kaamatan adalah peraduan ratu cantik, tarian tradisi, dan upucara kemuncak yang dijalankan oleh Bobohizan "ketua pendita"

Pesta Kaamatan bagi kaum Kadazan juga dikenali sebagai 'Tadau Ka'amatan'.

Kaum Kadazan percaya kepada makhluk halus dan mereka mempercayai terdapat lima jenis makhluk halus yang dikenali sebagai :- Kinoingan, Ketua makluk halus dan Pencipta , Rusad semangat semua benda hidup kecuali manusia,Koududuvo semangat manusia, Tombivo semangat orang yang telah meninggal, dan Rogon semangat jahat.

Menurut kepercayaan orang Kadazan, semangat padi merupakan sebahagian daripada Kinoingan - yang juga dikenali sebagai Bambaazon, yang disembah sebagai pencipta dan amat berkuasa sumber kepada kehidupan dan kewujupan. Semangat padi Bambaazon amat dimuliakan pada pokok padi, beras, dan nasi. Ramai yang mempercayai bahawa "Tanpa padi, tiada kehidupan."

Ketika pesta Kaamatan, penduduk Sabah mengenakan pakaian tradisi mereka dan bersuka-ria sepanjang hari. Minuman tapai "arak beras" dihidangkan sebagai minuman istimewa Pesta Kaamatan. Penduduk Sabah akan menyapa sesama mereka dengan ucapan 'Kopivosian Tadau Ka'amatan' atau 'Selamat Hari Menuai'

Pesta Kaamatan ini telah diluluskan oleh Majlis Undangan Kerajaan Koloni sebagai Cuti Umum sejak tahun 1960 lagi. Beliau yang bertanggungjawab untuk mengusulkan agar Pesta Kaamatan ini diisytiharkan sebagai Cuti Umum ialah Allahyaraham YAB Tun Haji Mohamad Fuad Stephens, SMN, PSM. SPDK, PNBS, bekas Ketua Menteri Sabah yang pertama.

KOTOBIAN TADAU TOGAZO DO KAAMATAN KEPADA KADAZAN DUSUN FORUMERS!:loveliness:

[ Last edited byChynez at 21-5-2009 11:44 ]

sandra_iskandar Publish time 24-5-2009 03:48 AM

ini sambutan keagamaan ker ? ..

Chynez Publish time 24-5-2009 05:37 PM

Reply #2 sandra_iskandar's post

bukan,perayaan tuk salah satu kaum kat sbh...mcm kat srwk hari gawai tuk kaum iban..
kaamatan kat sbh tuk kaum kadazan dusun...x kira islam atau non islam..bezanya yg islam akan bukak open house mkn2,yg non muslim akan open house dan d tmbh ngan air tapai (rice wine)..

yg chy tepek atas 2,kepercayaan kaum 2 sebelum kedatangan agama2 skrg..ader yg stil amalkan,ader yg x..kire perayaan ne tuk raikan hasil tuai dan permulaan menanam padi semula..

toritonz82 Publish time 30-5-2009 12:01 AM

kotobian tadau tagozo do kaamatan

maksudnya....

selamat menyambut pesta kaamatan.....:$

karmilak Publish time 30-5-2009 06:13 PM

http://www.glitter-town.com/Happy-new-years-myspace-glitter-graphics-1/Happy-new-years-myspace-glitter-graphic-17.gif
SELAMAT MENYAMBUT HARI MENUAI :loveliness:

the0ne Publish time 10-8-2009 02:19 AM

selamat aku ucapkan walaupun dah lama lepas http://s.lowyat.net/style_emoticons/default/mellow.gif
Pages: [1]
View full version: Selamat Hari Menuai (Pesta Kaamatan) 30/31 May


ADVERTISEMENT