93933 Publish time 17-5-2009 12:00 PM

NARUTO kena gugat dengan ONE PIECE!!!!!!

Semenjak siri anime Naruto disiarkan oleh TV3 dan Astro Ria pada 2005, Naruto terus tenggelam dengan adanya One Piece kerana Naruto tidak terlalu banyak berlawan, hanya lebih kepada cakap-cakap saja.

One Piece mula bersiaran sejak 18 Januari lalu di ntv7 sedikit sebanyak mampu menenggelamkan minat mereka terhadap Naruto, kerana One Piece menjanjikan lebih banyak aksi yang dihidangkan kepada khalayak penonton malah sehingga ratusan episod nanti lebih banyak aksi dan pengembaraan yang pastinya memukau peminat yang kebanyakannya tidak mahu ketinggalan menonton setiap episod di dalam anime itu. Malah, ada juga yang sanggup merakam setiap episod One Piece supaya dapat menonton balik siri anime tersebut.

Ingin mengetahui kisah selanjutnya? Jangan lupa tontoni One Piece pada setiap hari Ahad, jam 10.30 pagi di Saluran Ceria Anda ntv7. Ia juga dapat ditonton secara alternatif menerusi saluran 107 Astro.

PERINGATAN: Peminat One Piece digalakkan tidur awal malam hari Sabtu (sebelum jam 9.00 malam - sekiranya tiada satu pun program yang anda ingin tonton waktu itu) supaya dapat bangun awal pagi keesokannya.

Santeira Publish time 17-5-2009 01:02 PM

That's because the TV is airing filler Naruto episodes. Canon (manga) storyline is too interesting and at this point I think Naruto (manga) is the best and the most interesting compared to any other manga, even One Piece (I don't like the art style) :lol:

scorpio_mmiv Publish time 17-5-2009 05:03 PM

Sekarang TV3 mengeluarkan senjata terbaru: BAKUGAN BATTLE BRAWLERS (anime permainan raksasa lagi)! apa kata saudara 93933? tp psl one piece...boleh tarik iklan celcom dan snek ntahapa yg diajukan kpd golongan remaja. pekata cadangkan pihak ntv7 siarkan one piece kat pukul 7.30 mlm xyah susah2 bangun awal? dgr khabar si kucing robot biru nak pindah ke tv9 dan tinggal bersama bebudak kembar melayu botak tu...:lol:

apapun anime paling gah kat TV kita ialah kisah si kucing robot biru, kerana ia menghiburkan semua kanak2 x kira pompuan atau lelaki tadika mahupun tahun 6, manakala kebanyakan animasi lain tertumpu pd satu jantina atau peringkat umur tertentu

[ Last edited byscorpio_mmiv at 17-5-2009 17:10 ]

scorpio_mmiv Publish time 17-5-2009 05:07 PM

Reply #2 Santeira's post

ya...filler menjadi kelemahan utama anime jepun yg bersimbiosis dgn manga, asyik laratkan pertarungan sambil tunggu mangaka cari idea baru. sebab tulah industri anime jepun x sihat. kat mesia kartun omputih seolah2 kembali menyengat dgn bantuan spongebob, ben 10 dan sekutu2 mereka.

sekngucing Publish time 17-5-2009 06:52 PM

aku pernah cuba utk minati one piece tp gagal;P
-sebab lukisan dia:D

aziz79 Publish time 17-5-2009 09:13 PM

Reply #5 sekngucing's post

hahahaha sama macam aku ..
aku dah cuba tapi tak berjaya ;P

munkyG Publish time 17-5-2009 11:29 PM

oh, rupanya ramai yg tak suka style lukisan one piece ekk? ;P

tp jalan cerita dia JAUHHHHHHH lagi hebat dari naruto...

ni pendapat peribadi aku lah :D

totally Publish time 17-5-2009 11:50 PM

naruto haku baca manga.....

one piece tgk anime.....anime paling best ngan lawak n tensennyer...:lol:

meela Publish time 18-5-2009 12:03 AM

Balas #7 munkyG\ catat

aku pun setuju, memang nak compare naruto punya lukisan memang berbeza, tapi dari segi storyline, dia punya kekuatan tu lebih kepada OP ni.

dan aku memang minat banyak anime boleh aku katakan yang naruto punya cerita dulu jauh lagi bagus dari sekarang, banyak lukisan daripada citer, dan OP, diolog dia penuh dan setiap jalan ceritanya mempunyai kekuatan cerita yang sangat bagus.

meela Publish time 18-5-2009 12:17 AM

mula2 aku baca OP ni, aku nak tgk lukisan dia pun malas, kena plak masa tu baca citer dalam komik BM. Nama pun budak getah, tapi setelah lama aku baca, citer dia makin menarik, bila dah menarik , setat cari dalam internet, dah puas baca, setat tgk anime, terus lekat.

Yang penting kalau nak layan citer OP ni kena tau citer dari awal la. BAru layan. Tapi sebenarnya, saper yang layan OP ni mesti layan naruto, tapi aku rasa takda isu pun. :o

MetalFire Publish time 18-5-2009 01:11 AM

filler is not a problem..airing time tu masalahnye.aku rasa da dekat 5 taun naruto tunjuk kat tv3.

kalau katakan tv3 tunjuk naruto atleas twice a week or at least toksah la dok repeat2 ni bagai..aku prasan diorang slalu repeat cite naruto nih.abis je satu season.dok repeat episod lama2 sampa sebulan lebih..dah buang masa..kalo tv3 tunjuk straight je sepanjang 5 taun ni,rasenye skang ni dah dapat tengok shippuden dah.

as for one piece.jangan la nak harap lebih2.kengkadang ntv7 ni pon slalu gak buat hal..slalu tak abis cite diorang.bile nak sampai episod last,bantai repeat episod lama2 sampai la orang muak nak tengok...then sedar2 je dah abis dah cite tu. one piece nih panjang kan episod die? aku rase tak abis laa cite ni.koman2 pon diorang tunjuk 1st season je.pastu dah berenti

slier81 Publish time 18-5-2009 01:46 AM

Reply #5 sekngucing's post

sama gak...

slumber_sk8ter Publish time 18-5-2009 02:04 AM

dua2 aku suka

slumber_sk8ter Publish time 18-5-2009 02:12 AM

lololol:lol: :lol:

[ Last edited byslumber_sk8ter at 18-5-2009 02:17 ]

munkyG Publish time 18-5-2009 08:40 AM

Balas #10 meela\ catat

biasa yg layan naruto ni budak2 sekolah je.. anak2 buah aku semua mana minat OP.. selalu kalau diorg main gaduh2 pun paling selalu sebut pun "rasengan", "kage bunshin no jutsu"... takpenah2 nk sebut "gomu gomu no jet pistol" ka.. ekekekeke ;P ;P ;P

meela Publish time 18-5-2009 01:09 PM

Balas #15 munkyG\ catat

wakakak..betul gak tu. memang OP ni punya anime pun baru je ditayangkan. Memang tak femes mana pun. Orang setat boring citer naruto pasal saper yang layan naruto manga tau yang citer skrg ni adalah filler episod naruto. So boring sikit la.

prominen Publish time 18-5-2009 01:32 PM

kalau nak best dua2 anime terutamanya one piece, aku syorkan tonton yg bhs jepun nya...baru best...kalau kat jepun, naruto mmg dah kalah dah dgn one piece...pasal one piece mmg best...so sesapa yg rasa2 mcm susah nak tgk one piece bhs melayu nya cuba try tgk yg bhs jepun nya...mmg berbaloi...hah kat mana nak carik yg jepun nya? tanya aku...:lol:

dauswq Publish time 18-5-2009 01:36 PM

Reply #4 scorpio_mmiv's post

tp bnyk filler anime yg berjaye & popular mcm fullmetal alchemist:$
skrg ni kn baru kuar fullmetal alchemist yg based on manga kt animax:)

budingyun Publish time 18-5-2009 05:36 PM

one piece lg lama la wei..:lol: :lol: :lol:

sekngucing Publish time 18-5-2009 06:54 PM

aku bukan berfikiran negatif pasal one piece, tp dlm seni, lukisan pun main peranan penting gak, manga gantz tu lagi bagus dari naruto tp rmai org minat naruto
-aku cuba minati onepiece ni bukan baca tgah2 tp start dari mula2 lagi, yg first
-tgoklaa, aku dulu tak suka bleach tp cuba minat, last2 jadi kipas susah mati, pada masa depan mungkin aku akan minati gak one piece ni, cuma sekarang tak dan masa aku nak baca, bz sikit:lol:
Pages: [1] 2 3 4 5 6
View full version: NARUTO kena gugat dengan ONE PIECE!!!!!!


ADVERTISEMENT