apang Publish time 4-5-2009 10:30 AM

Sentuhan Amir Luqman Pesona Siti

Sentuhan Amir Luqman pesona SitiOleh NOOR FAZRINA KAMAL

http://www.utusan.com.my/pix/2009/0504/Utusan_Malaysia/Hiburan/hi_03.1.jpg
SITI Nurhaliza dengan pakaian rekaan Amir Luqman.

SEBAGAI penghibur nombor satu negara, kemunculan Datuk Siti Nurhaliza sememangnya sentiasa ditunggu-tunggu. Bukan setakat vokal dan persembahan, penampilan dari hujung rambut hingga hujung kaki turut menjadi perhatian sama ada pujian mahupun kritikan,
Begitu juga yang berlaku apabila penyanyi tersohor ini membuat persembahan sempena sambutan minggu setiausaha anjuran Hotel Quality di Dewan Utama, Pusat Konvensyen Matrade, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Tengahari itu, Siti seperti biasa anggun dan bersopan dalam gaun panjang daripada fabrik renda Perancis rona merah jambu lembut. Daripada ribuan wanita muda di dewan tersebut ramai juga yang ingin tahu siapakah gerangan pereka busananya.
Setelah mendapat kepastian daripada Siti sendiri, segera penulis menghubungi Amir Luqman untuk berkongsi pengalaman beliau mencipta busana yang nyata berbeza daripada hasil tangannya sebelum ini.
"Mencipta persalinan untuk Siti Nurhaliza adalah satu cabaran yang besar kerana ia seperti mengubah diri Amir Luqman ke satu dimensi yang baru," jelas pereka berusia 25 tahun ini.
Bagi yang mengikuti perkembangan fesyen tanah air, pasti tahu bahawa rekaan Amir lazimnya membawa unsur seksi, berahi dan menonjolkan ciri wanita yang berani bergaya.
Memahami imej sopan yang dibawakan penyanyi tersohor tanah air tersebut, Amir melakukan eksperimen dengan menghasilkan dua busana yang sama dengan warna yang berbeza khas untuk Siti.
"Asalnya saya reka pakaian untuk kulit album Siti terbaru iaitu Lentera Timur. Untuk album tersebut, Siti memilih warna hijau dan satu lagi berwarna dusty pink Siti mahukan untuk dipakai khas pada persembahan minggu setiausaha ," jelas Amir yang baru sahaja pulang dari Jakarta.
Menggunakan fabrik, tulle (net) dan renda Perancis, Amir juga menambah perincian kristal bagi menyerlahkan keanggunan Siti sebagai penghibur.
"Batu-batu kristal yang diimport ini difokuskan di bahagian dada," katanya.
Untuk tudung pula Amir membuat jalinan tudung yang boleh disesuaikan dengan pakaian sekali gus membuatkan ia kelihatan seperti sekali dengan pakaian. Tudung tersebut sebenarnya boleh dibuka dan dipakai berasingan," jelasnya.
Sebagai pereka fesyen, Amir senang menghasilkan pakaian untuk Siti kerana bentuk tubuh Siti yang sempurna.
"Tiap-tiap orang berbeza, ada yang mempunyai saiz badan yang panjang, kaki yang pendek dan sebaliknya. Tetapi Siti Nurhaliza memiliki bentuk tubuh yang sempurna dan menghasilkan pakaian untuk beliau adalah satu perkara mudah dan saya amat berpuas hati dengan hasilnya," ujarnya.:lol:
Gaya anggun setiausaha
Dalam pada itu, majlis sambutan minggu setiausaha itu juga diserikan dengan peragaan fesyen penaja utama iaitu Jakel yang telah mengadakan pertunjukkan fesyen khas untuk mereka yang bergelar setiausaha.
Pelbagai jenis potongan pakaian pejabat yang semuanya dihasilkan dengan fabrik keluaran Jakel dibuat dalam potongan yang ringkas namun tetap elegan dan yang paling penting praktikal untuk tugasan seorang setiausaha.
Antara pereka fesyen terbabit dalam peragaan tengahari itu ialah Rizman Ruzaini, Wan Huzairil, Hazri Wahid dan Arma Abdul Rahman.
Lebih 10 busana diperagakan yang rata-ratanya boleh menjadi inspirasi kepada para setiausaha untuk mempelbagaikan gaya ketika ke pejabat .

fly_in_d_sky Publish time 4-5-2009 10:55 AM

pesen renda2 ....

joroDan Publish time 4-5-2009 02:10 PM

tak b'kenan sgt dgn fashion SARRRATTTT ct......
LESS IS ALWAYS MORE!!! wlaupun harga RATUS RIBUU.....

tamanteman Publish time 4-5-2009 06:45 PM

lawa r baju ct time 2....

eddysheddy Publish time 5-5-2009 12:26 AM

baju ni mmg cantikla :loveliness:

dauswq Publish time 5-5-2009 12:50 AM

cantikkk:$

joroDan Publish time 14-5-2009 09:11 AM

cantikk???? bende???

790111065624 Publish time 21-5-2009 10:26 AM

baik dari rizman ruzaini punya baju yang buruk selalu dia pakai.

shakti1418 Publish time 19-11-2017 02:32 AM

http://printcalendartemplate.com/
http://printcalendartemplate.com/december-2017-calendar/
http://printcalendartemplate.com/november-2017-calendar/
http://printcalendartemplate.com/2018-calendar-pdf-excel-word/
http://printcalendartemplate.com/printable-calendar-2018/
Pages: [1]
View full version: Sentuhan Amir Luqman Pesona Siti


ADVERTISEMENT