fizziany Publish time 8-4-2009 02:00 PM

LARA DI HATI KITA (Episod akhir beb)

Post Last Edit by fizziany at 6-10-2009 13:09

Novel: LARA DI HATI KITA.


      Pagi indah hari Isnin. Mentari kian tegak membakar kulit meninggalkan kedinginan pagi yang diselaputi kabus pada mulanya. Jam menghampiri 11 pagi. Aril membuntuti langkah bapanya, Encik Khusairy yang laju. Suasana di Sekolah Menengah Tanjung Batu tenang.

      Encik Khusairy berjabat tangan dengan seorang guru lelaki. Setelah berbual2 pendek, Aril disuruh mengikut guru lelaki itu ke kelas. Sebelum Encik Khusairy berlalu pulang, sempat dia menepuk bahu anaknya.

      揃ehave yourself!!?pesannya lalu melangkah pulang. Aril senyum pahit. Dia mengikut sahaja langkah guru lelaki di depannya. Dia masih terbayang2 riak wajah pengetua sekolah tadi, masam mencuka. Yalah, siapa yang hendak menerima murid baru yang penuh rekod hitam di sekolah kampung yang terkenal dengan rekod bersih disiplinnya itu. Aril mengeluh kecil.

      Sewaktu melewati beberapa kelas, sempat dia melirik kea rah penghuni kelas itu. Ada beberapa pasang mata yang mencuri2 pandangnya. Sebaik tiba di sebuah kelas yang terletak di tengah2 bangunan, guru lelaki itu mengetuk pintu kelas itu. Aril mendongak meihat papan tanda di pintu kelas itu.TINGKATAN 5 MERAH.

      Seorang guru perempuan datang menghampiri pintu.

      揅ikgu Ramlah, ni murid baru..ini rekodnya, ?serah guru lelaki itu lalu berlalu. Guru perempuan bernama Ramlah itu membuka rekod Aril, lalu mempersilakan Aril untuk masuk.

      揂wak boleh duduk di kerusi belakang tu. ?Cikgu Ramlah menunjukkan satu tempat kosong kepada Aril. Akur dengan situasi, Aril mengikut sahaja. Pembelajaran terus disambung. Aril diam membatu, memerhati isi kelas yang sibuk khusyuk mendengar pengajian dari Cikgu Ramlah. Sesi pembelajaran berlangsung tanpa sebarang orientasi. Aril mengeluh kecil, sebatang pen pun aku tak bawak hari ni!!!

fizziany Publish time 8-4-2009 02:03 PM

Aril melangkah masuk ke dalam rumah kampung milik datuknya. Orang gajinya, Mak Bedah menyambut di muka pintu. Aril menghenyakkan badannya ke sofa. Buku2 teks dan buku2 tulis yang di bawa pulang dari sekolah dibiarkan berterabur di depan pintu. Penat dia memikul beban membawa buku2 yang menimbun tinggi memenuhi bakul motorsikalnya yang kecil itu!!!

        Mak Bedah mengutip buku2 itu lalu menghampiri Aril. Dia menggeleng.

        揘akletak mana buku2 ni?

kaypo Publish time 8-4-2009 02:03 PM

Balas #1 fizziany\ catat

tq fizz...tq...akhirnya ada gak cite baru...:lol:

fizziany Publish time 8-4-2009 02:06 PM

Aril meletakkan motorsikalnya di tempat parkir khas di sudut bangunan Kemahiran Hidup yang disediakan untuk meletakkan motorsikal.Sebaik topi keledar dibuka, Aril nampak seorang budak perempuan menyorong basikal buruknya berwarna merah menuju tempat letak basikal. Rata2 pelajar sekolah itu datang ke sekolah dengan menaiki basikal. Cuma ada 2 orang saja budak sekolah itu yang membawa motorsikal ke sekolah, dia dan seorang budak lelaki lagi yang dia sendiri tak kenal.

        Budak perempuan lengkap beruniform pengawas itu menyorong basikalnya tanpa menoleh kea rah Aril. Aril menggalas beg sekolahnya.

        揂ril!!!

fizziany Publish time 8-4-2009 02:08 PM

Marina mengutip buku2 latihan amali sains . Cikgu Hashim tidak masuk hari itu. Buku amali sains perlu dikumpul dan dihantar ke meja Cikgu Hashim hari itu juga. Marina mengira2 jumlah buku latihan amali sains di tangannya.

       

fizziany Publish time 8-4-2009 02:15 PM

aik..aku baru je paste...by the way...jgn expect so much dari cerita ni ya. cerita ni jauh beza dari cerita Tegar. Temanya jugak jauh beza.Mood pun mungkin berbeza sikit pasal cerita ni aku banyak main perasaan dalaman...takla sadis dan gila macam sebelum ni...

hopefully, korang enjoy baca...:D

fieza1510 Publish time 8-4-2009 02:44 PM

Balas #6 fizziany\ catat

hai fizzzzzzzzz..... tq 4 da n3....
mmg tertunggu2 n3 dr ko........:loveliness:

lolipop_berry Publish time 8-4-2009 02:49 PM

xpe xpe

wpon bru sket intronye...tp da mcm2 dok tlg pk kan aku smbgn nye...
;P ;P ;P

setia menanti smpi abeh.....

lolipop_berry Publish time 8-4-2009 02:50 PM

eh tesalah taip plak...

norb_ina Publish time 8-4-2009 03:29 PM

Originally posted by fizziany at 8-4-2009 14:15 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif
aik..aku baru je paste...by the way...jgn expect so much dari cerita ni ya. cerita ni jauh beza dari cerita Tegar. Temanya jugak jauh beza.Mood pun mungkin berbeza sikit pasal cerita ni aku banya ...


citer baru...:D    thanks fizziany...
ok apa tema berbeza pun..yg penting jln citer bagus..ada pengajaran..

sweetazie Publish time 8-4-2009 03:31 PM

WAA...BAGUS LA ADE N3 BRU:loveliness: :loveliness: :loveliness: :loveliness:

sweetazie Publish time 8-4-2009 03:35 PM

http://dl5.glitter-graphics.net/pub/648/648005nw8134egz3.gif



NAa...amik ni sbagai tanda tma kasih.....:lol: :lol:

hh_hs Publish time 8-4-2009 03:49 PM

wah.. fizzi kuar cite baru...tahniah......

tapi aku bz la ni wehhh :mad: , jawabnyer nanti2 pree lah aku baca. adeh, kusut kepala ku...

fizziany Publish time 8-4-2009 04:13 PM

Balas #12 sweetazie\ catat

tqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqq azie!!!!!

buat aku sengih sampai kembang lubang idung...:lol: :lol: :lol:

khaieza86 Publish time 9-4-2009 11:16 AM

intro da ok hopefully jalan citer nie pon akan ok jgk la k....:loveliness:

juliet80 Publish time 9-4-2009 02:23 PM

Reply #15 khaieza86's post

insyaAllah :loveliness:

tak sabranye nak ikuti ksah sterusnye

fizziany Publish time 9-4-2009 04:32 PM

Aril menelek jam di tangannya. Sudah hampir jam 11 pagi. Latihan hampir2 siap. Aman yang dari tadi membantunya masih setia menemaninya.

        Aril menutup buku latihannya.

        “Siap!!” buku latihannya disorong kea rah Aman.

        “Pergilah hantar kat Marina.” Kata Aman.

        “Yang mana satu Marina?” soal Aril lagi.

        “Tu..”tunjuk Aman kea rah gadis yang duduk di meja sebelah mereka. Kedudukan pelajar di dalam kelas itu di susun berdua2. Marina duduk di meja sebelah mereka berpasangan dengan Alisya, si Penolong Ketua Pengawas.

        Dengan berat hati, Aril bangun, menghulurkan buku latihannya dan buku latihan Alisya ke meja Marina. Marina memandang Aril.

        “Dah siap?” soal Marina. Aril angguk.Marina bangun sambil menyusun buku2 di tangannya. Bahu Alisya yang sedang membaca buku di cuit.

        “Temankan aku hantar ke bilik guru..”Alisya angguk lalu bangun mengekori langkah Marina.

fizziany Publish time 9-4-2009 04:35 PM

“Budak baru tu siapa nama dia?” soal Marina kepada Alisya tatkala mereka menaiki tangga menuju ke bilik guru.

        “Entah.Tak pernah tanya pun, Cuba kau belek buku latihan dia, “ kata Alisya. Marina pantas membuka helaian pertama buku latihan itu.

        “Mohamad Khairil bin Mohamad Khusairy,”Marina menyebut nama itu satu persatu. Alisya dan Marina saling tersenyum.

        “Kenapa dia pindah ke sekolah ni tiba2 ya?” soal Marina lagi.

        “Itu kau tanyalah tuan punya badan,”balas Alisya pendek. Marina mencebik.

fizziany Publish time 9-4-2009 04:40 PM

Alisya menyemak hasil kerja khusus adiknya, Aniah yang merupakan penuntut tingkatan tiga di sekolah yang sama. Pak Mad yang baru selesai solat Isyak, datang menghampiri mereka.

        “Tidur awal. Jangan tidur lambat2 sangat. Esok tak bangun pulak ke sekolah,” pesan Pak Mad. Alisya dan Aniah angguk.

        Mak Jah datang menatang sedulang air lalu diletakkan di atas tikar mengkuang tempat Alisya dan Aniah belajar.

        “Minum dulu,” Mak Jah duduk di sisi suaminya.

        “Isyam masih belum balik dari silatnya?dah pukul berapa ni..”soal Pak Mad kepada Mak Jah.

        Mak Jah menelek jam di dinding. Sudah hampir 10.30 malam. Anak bongsunya, Ahmad Norsyam yang berumur 12 tahun masih belum pulang dari belajar silat di gelanggang kampungnya.

        “Entah, biasanya, waktu ni dah balik,”ujar Mak Jah bimbang. Alisya menutup bukunya.

        “Alis rasa dia kena susun semula jadual silatnya tu.Janganlah terlalu sibuk bersilat tapi, buku tak baca pulak, “ kata Alisya. Pak Mad angguk, membenarkan kata2 anak sulungnya itu.

        “Hmm…esok, Alis nasihatkan dia sikit. Kita ni bukan orang senang. Pelajaran saja yang dapat mengubah hidup kau orang adik beradik.Abah tak nak hidup kamu semua susah kemudian hari. Abah kalau boleh, nak tengok semua anak2 abah masuk universiti. Jangan ada yang tercicir,” kata Pak Mad. Alisya diam sambil menjeling kea rah Aniah yang sudah menutup bukunya.

        “Tahun ni, SPM buat betul2 Alis.Kau yang bakal jadi contoh dalam keluarga ni. Belajar jangan main2.Kalau ada masalah, bagitau abah,” kata Pak Mad sambil menghirup air kopi di depannya.

        Alisya angguk.Dia mengutip buku2nya.

        “Kami tidur dulu mak, abah,” Alisya bangun menuju ke bilik tidurnya diikuti Aniah. Alisya menutup pintu bilik. Bilik tidur yang dikongsi bersama Aniah tidaklah sebesar mana.

        “Abah tu, pantang sebut pasal belajar, dia start bukak syarahan dia. Ann rasa, dah beratus kali Ann dengar nasihat yang sama. Kadang2, naik bosan telinga ni dengar. Akak tak rasa bosan ke?” soal Aniah sambil menarik selimut ke badannya.

        Alisya merungkai getah yang mengikat rambutnya yang panjang melurus. Sikat disisir ke rambutnya yang hitam berkilat.

        “Tak bosan kau kata?Huhuhu…”Alisya ketawa kecil.

        “Dari darjah satu, itulah pesan abah. Telinga akak dah kebal dengar. Tapi, dengar ajelah.Abah tu berharap benar anak2 dia masuk universiti. Dia tak mau bila kita besar, kita hidup susah macam dia.Tu saja,” Alisya pantas baring.

        “Hmm…mak pergi menoreh lagi ke?” soal Aniah pula.Alisya terdiam. Ibunya, sejak akhir2 ini, selalu demam. Kadangkala disusuli batuk yang teruk.

        “Entah, akak dah pesan siang tadi kat mak, jangan pergi menoreh lagi.Tapi, entahlah. Kau bukan tak tahu, mak tu degil sikit.Depan kita dia berjanji, belakang kita, alih2 pagi esok, dia awal2 dah ke kebun getah tu,” kata Alisya. Aniah angguk.

        Seketika, kedengaran bunyi motorsikal milik Pak Mad yang ditunggang Norsyam pulang.

        “Dah balik dah…” Aniah bersuara kecil. Alisya menarik nafas lemah. Motorsikal bapanya sudah tua. Bunyinya sudah tidak menyenangkan lagi. Alisya merenung dinding rumah kayu milik keluarganya yang usang. Rumah pusaka peninggalan arwah nenek. Bumbungnya juga sudah uzur benar. Bertampal di sana sini buat berlindung dari hujan. Alisya memejamkan matanya. Dia mahu segera tidur.

fizziany Publish time 9-4-2009 04:42 PM

Pagi Isnin. Seluruh pelajar bergegas ke tapak perhimpunan sebaik bunyi loceng kedengaran. Pengawas2 sekolah sibuk memeriksa barisan pelajar2. Dari jauh, Aril lihat semua pelajar berpusu2 ke tapak prhimpunan.

        Aril mencebik. Malasnya aku nak pergi perhimpunan. Lagipun, aku tak pakai stoking hari ni, karang, tak pasal2 kena tangkappulak dengan pengawas kerek. Aril masuk ke dalam satu tandas. Pintu tandas ditutup rapat namun tidak dikunci. Aril duduk di dalam tandas lelaki sambil membaca majalah hiburan yang dijumpainya di dalam tandas.Ah…tenangnya…tak ada siapa tahu aku ponteng assembly hari ni…Aril senyum meleret.
Pages: [1] 2 3 4 5 6 7 8 9 10
View full version: LARA DI HATI KITA (Episod akhir beb)


ADVERTISEMENT