ezzda Publish time 8-4-2009 10:16 AM

PUSAT LINDUNGAN KASIH (YAKIN)

siapa ada apa2 info ttg pusat nie?

Syd Publish time 8-4-2009 10:37 AM

memang nama penuh dia mcm tu ker?


beza tak dgn yang nih?

Rumah Lindungan Kasih Yakin Malaysia

ezzda Publish time 8-4-2009 12:32 PM

tu yg x pasti..yg ez tau ada sebuah kt kawasan tampin tu..

Syd Publish time 8-4-2009 02:09 PM

Rumah Lindungan Kasih      
No. PT 7138-PT 7146
Taman Suria
73000 Tampin
N. Sembilan

Syd Publish time 17-4-2009 07:48 AM

Rumah Lindungan Kasih perlu bantuan

TAMPIN 16 April - Masyarakat disaran supaya tampil menghulurkan sumbangan bagi membantu penghuni-penghuni Rumah Lindungan Kasih di Taman Suria dekat sini.

Ketua Polis negeri, Datuk Osman Salleh berkata, sebarang bantuan sama ada dari segi kewangan atau barangan keperluan harian amat dialu-alukan.

Selain itu, katanya, orang ramai boleh membantu dengan berkhidmat secara sukarela sebagai pembimbing kepada seramai 16 penghuni yang terdiri daripada bayi, kanak-kanak dan remaja di pusat jagaan tersebut.

''Saya berharap lebih ramai anggota masyarakat akan tampil memberi sumbangan kepada Rumah Lindungan Kasih," katanya.

Osman berkata demikian ketika ditemui selepas majlis penyampaian sumbangan dan lawatan ke Rumah Lindungan Kasih di sini semalam.

Hadir sama Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Abd. Manan Mohd. Hassan dan Pegawai Daerah Tampin merangkap Pengerusi Rumah Lindungan Kasih, Datuk Mohd. Yusof Yunus.

Sementara itu, kata Mohd. Yusuf, Rumah Lindungan Kasih yang mula beroperasi pada 1 Januari tahun lalu merupakan sebuah pusat jagaan yang menempatkan penghuni perempuan sahaja.

''Terdapat dua kategori penghuni di Rumah Lindungan Kasih iaitu anak yatim dan miskin serta remaja yang pernah terjerumus dalam masalah sosial.

''Kemasukan ke pusat jagaan tersebut adalah secara sukarela, terbuka kepada semua kaum serta tiada bayaran dikenakan," jelasnya.

Tambahnya, pada masa ini, Pusat Lindungan Kasih memerlukan sumbangan perabot bagi membolehkan kesemua penghuni menjalani kehidupan dalam suasana lebih selesa.
Pages: [1]
View full version: PUSAT LINDUNGAN KASIH (YAKIN)


ADVERTISEMENT