bintang Publish time 2-4-2009 10:04 PM

Cinta Pada Musim Hujan

BUJANG membawa pulang kerbaunya dengan kegembiraan yang bertambah-tambah, kerana telah dimaklumkan kepadanya bahawa pertunangannya dengan Selamah akan dilangsungkan pada pagi esoknya.Kerbau yang besar dan gemuk itu dibawanya mandi di sungai di belakang rumahnya. Selalunya dia memandikan kerbau itu hanya ambil nama saja,tetapi petang itu dia mengambil masa hampir-hampir dua jam lamanya.Sebenarnya,usahanya mencuci kerbau yang berdebu itu tidaklah seberapa sangat,malah kalau dibandingkan dengan masa yang diambilnya pada masa-masa yang lepas lebih pendek,tetapi pada petang itu angan-angannyalah yang lebih panjang.

Betapakah nanti bahagianya dia berumahtangga dengan Selamah.Mereka nanti akan mendirikan sebuah bangsal di penjuru tanah bapanya dan akan memelihara anak-anak mereka dengan baik dan berguna kepada keluarga dan anak cucu mereka kelak.

Dekat dengan rumahnya,Bentung,menguak seolah-olah menyatakan kegembiraan tuannya,kegembiraannya juga.Kerbau hitam itu ditambatnya di bawah pokok jambu butir banyak.Sambil menggosok-gosok badan binatang itu,Bujang meninggalkan kerbaunya menuju ke belakang rumahnya dan menebang sebatang pokok pisang tenggala muda dan memikulnya ke tempat Betung yang sedang mengibas-ngibaskan tanduknya.Batang pisang muda itu dicincang halus-halus dan ditompok-tompokkannya dengan Betung.Kini binatang yang gagah sasa itu memakan keping-keping batang pisang yang dicincang halus-halus itu.

sayawifenikmie Publish time 2-4-2009 10:16 PM

Balas #1 bintang\ catat

Bestnya mamam jambu butirbanyak cicah garam..mamam atas pokoknya.;P

bintang Publish time 2-4-2009 10:31 PM

Petang bertambah gelap,dan bujang meninggalkan Betung di bawah pokok jambu butir banyak dan melangkah ke rumahnya.Dia melompat ke atas jemuran rumahnya yang diperbuat di atas buluhdiikat dengan akar-akar kayu yang banyak menjalar di hutan.Tangannya mencapai gayung yang terletak di dalam tempayan di penjuru jemuran.Air yang mencurah daripada atas kura-kura kakinya mencurah-curah pula ke atas palang-palang jemuran buluh dan bunyinya mersik kerana hujan sudah lama tidak turun dan jemuran itu kering.Di dapur terdengar emaknya bercakap-cakap dengan jiran mereka,barangkali tentang pertunangan yang akan dilangsungkan pada esok hari.

Di anjung rumah yang kecil dan samar-samar itu,Bujang menyandarkan badan sasanya dan menghisap rokok daun.Sekarang daripada dapur cuaca mula benderang disinari oleh cahaya pelita minyak tanah yang baru dinyalakan oleh ibunya.Sedang Bujang enak-enak menghisap rokok dan mengkhayalkan angan-angannya,kepala Mak Bedah jirannya tersembul daripada sebelah dinding yang diperbuat daripada buluh yang dianyam-anyam,dia tersenyum sambil membisik ke arah Bujang sesuatu dengan nada nasihat dan peringatan yang jujur,tetapi Bujang mengangkat keningnya sahaja,seolah-olah perkara itu sesuatu yang tidak kena pada tempatnya.Akan tetapi keheningan tempat dia bersandar itu menyedarkannya.Ya,Mak Bedah menyatakan sesuatu cuma untuk memperingatnya sahaja.

41754675 Publish time 2-4-2009 10:44 PM

aku rasa kerbau 2 gembira btui ptg 2 sbb dapat mandi yg benor...
ye laa sblom ni dia mandi kerbau...;P ;P ;P

khaieza86 Publish time 3-4-2009 02:56 PM

nak tanya jambu butir 2 mcm mane rupenyer????????:funk:
sori xtau....:$ :L

sayawifenikmie Publish time 3-4-2009 04:34 PM

Originally posted by khaieza86 at 3-4-2009 14:56 http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif
nak tanya jambu butir 2 mcm mane rupenyer????????:funk:
sori xtau....:$ :L

-Biasa di dapati di kampung-kampung..tidak ditanam secara komersial.
-Ditanam di halaman rumah, belakang rumah atau tepi perigi.
-Agak rendang...org kampung biasa guna untuk menambat lembu atau kerbau peliharaannnya.
-Buat jampu ni agak kecil saiznya berbanding buah jambu batu yang ada dijual dekat gerai-gerai buah potong tu...
-ketika buah muda warnanya hijau (rasanya kelat)..ketika buah matang/tua warnanya kuning dan isinya berwarna merah dengan biji yang banyak.
-Pucuknya digunakan untuk mengatasi cirit-birit..

tq

bintang Publish time 3-4-2009 10:10 PM

"Kau akan tau juga berumah tangga."

Satu seruan peringatan yang mencemaskan. Dan tidak dapat tidak,mengandungi unsur-unsur yang kejam bagi Bujang kerana angan-angan yang manis dan menggembirakan dia dan Selamah sudah lama diukir-ukirkannya,dan angan-angan ini menimbulkan bentuk-bentuk yang nyata dan lebih sempurna lagi apabila dia dikejutkan ibunya dengan jalan memperingatnya bahawa bapanya telah mengambil keputusan untuk menunangkan dia dengan buah hatinya itu.Jadi sehari suntuk Bujang membangunkan istana dalam kepalanya,dan perempuan itu memperingatnya jalan-jalan yang suram dan menggerunkan yang bakal ditempuhnya kelak.Maka kerut kening Bujang bertambah tinggilah.

Rokok daun dipintalnya lagi dan dia terus juga menghisapnya seolah-olah rokok itu memberi ketenangan batin dan mempertajam pancainderanya.Mak Bedah seperti satu kumpulan haram membuat rancangan sulit untuk membuat angkara jahat.Lepas itu terdengar mereka ketawa terkekeh-kekeh dan tampar-menampar antara mereka menjadi-jadi.

Bujang senyum dan terfikirlah olehnya bahawa emaknya tentu sekali bergembira mendapat menantu dan tentu sekali dalam angan-angan perempuan tua itu dia tidak lama lagi akan menimang cucunya dan tentu sekali dia akan memanjakan cucunya,dan setiap barang yang direngekkan budak itu akan dimakbulkannya.Kemudian terdengar olehnya Mak Bedah meninggalkan rumahnya dan dia pun berjalan ke dapur. Sambil menyandarkan badannya ke tiang pintu dia memerhatikan ibunya sibuk menyelur pucuk kemoyer,dan sekarang dia sedang membongkok meniup api.Api menyala menjulang-julang baik.Dalam suluhan cahaya api itu kelihatan wajah ibunya berkedut-kedut membujur panjang, hidungnya agak penyek,dan dia teringat hidungnya yang hampir-hampir menyerupai hidung ibunya,bibir ibunya yang agak nipis dan merah bekas air sirih,tetapi bibirnya agak tebal dan dia yakin bahawa bahagian anggotanya ini datangnya daripada bentuk bibir bapanya.

Badan perempuan tua yang hampir empat puluh enam tahun itu,menyerupai badan orang yang sudah berumur lima puluh lima tahun oleh sebab penderitaan dan kerja membanting tulang sepanjang hayatnya.Badan yang tinggi kurus itu melayah ke hadapan sedikit,melihat masakan di atas dapur.Tetapi badannya tinggi tegap sasa dan hakikat inilah sangat dibanggakan Bujang secara diam-diam dalam hatinya.

bintang Publish time 3-4-2009 10:33 PM

Kemudian seperti digerakkan naluri,dia berasa ada orang sedang memerhatinya,Mak Munah memusingkan badannya dan matanya bertembung dengan mata anaknya yang sedang memerhatinya itu.Katanya secara acuh tidak acuh,"Semua persiapan sudah kusediakan.Mak Bedahmu sudah memberitahu pihak sebelah"

Dia terus memalingkan badannya, meneruskan kerjanya.Seolah-olah dia ingin memberitahu anaknya bahawa dia tidak harus bimbang,tetapi Bujang menundukkan kepalanya berasa malu sendiri.Tidak ada jawapan daripadanya. Dia menegakkan badannya kembali,maka berkatalah ia secara sederhana tanpa perasaan,"Bapa sangat lambat pulang petang ini."

Tidak ada jawapan daripada ibunya kerana kata-kata itu tidak memerlukan jawapan,dan Bujang mengheret kaki lebarnya perlahan-lahan ke tepi dinding tempat dia bersandar tadi dan terus memasang angan-angan yang manis.Dia duduk bersandar dalam gelap kerana mereka mempunyai satu sahaja pelita ayan dan pelita itu sekarang sedang digunakan oleh ibunya di dapur. Tidak lama kemudian bapanya balik lesu dan mereka makan nasi dengan berulamkan pucuk kemoyer,ikan kering tamban, dan garam.

Bujang tergolek di tepi dinding rumahnya,matanya tidak juga mahu lelap.Ibunya kini sudah lama diayun alam mimpi,tetapi bapanya asih juga tercatuk di atas tikar mengkuang sedang membaca doa kepada Tuhan meminta agar hujan turun hendaknya kerana tanaman mereka sudah lama kehausan air dan tanah itu kini keras dan di tempat-tempat yang lain,ada yang berdebu pun.Pelita ayan mengerdip ditiup angin lembut di kepala tikar sembahyang Pak Kadir.Malam begitu sunyi,kalau tidak dipecahkan oleh jeritan lotong di hutan berdekatan di rumah mereka.Sekarang Pak Kadir meraut kedua-dua belah tangannya ke mukan dan membuka lingkarannya,dia menapak ke anjung rumah melihat ke luar.

Gelap-gelita,tidak ada bulan dan bintang di langit.Daripada sebelah matahari naik terdengar derum air terjun menimpa batu-batu yang berlumut,kemudian dia ke dapur dan membuka tingkap rumah dan menjenguk ke luar tingkap ke arah sebatang sungai yang mengalir tenang,permukaan sungai gelap sahaja,tetapi terdengar juga air memercik menempuh batu-batu yang banyak bertaburan di dalamnya.Dia menutup kembali tingkap itu dan menggeliat malas. Dia merebahkan badannya di samping isterinya.

Mereka dikejutkan daripada tidur oleh air hujan yang mencuri-curi masuk melalui atap bertam yang bocor.Berderam-deram bunyi titisan air hujan menimpa atap bertam yang kering dan berdebu itu dan titisan itu bertambah kasar bunyinya di atas jemuran yang diperbuat daripada buluh bulat.Dan ibunya berkata keras tetapi bercampur kegembiraan yang nyata,"Betung mesti boleh berkubang besok!"

bintang Publish time 3-4-2009 11:12 PM

Bujang tersengih dalam gelap di penjuru bilik itu cuba melarikan dirinya daripada jarum-jarum air hujan yang menimpa ke atas badannya.Dia yakin, yang dimaksudkan oleh ibunya,ialah tanaman-tanaman mereka akan baik dan mereka akan beroleh padi yang cukup bagi keluarga dan menantu mereka,Selamah isteri Bujang kelak.Dan padi mereka nanti tentulah akan cukup untuk kenduri yang sempurna dan meriah bagi menikahkannya.Hujan turun juga dengan mencurah-curah.Dan bisik bapanya,"Tuhan telah makbulkan doaku!"

Mereka tidak membuat usaha-usaha yang seperlunya untuk memindahkan barang-barang mereka kerana tidak ada barang-barang yang hendak dipindahkan.Dan ibu Bujang memperingatnya dalam hujan itu dengan penuh harapan,"Esok pagi-pagi kau bangun mencari kulat pusu. Kulat pusu tentu sekali tumbuh memutih dengan banyak."

Cahaya masih samar malap dan matahari belum lagi naik,tetapi Bujang sudah pun bangun dan dengan berselimutkan kain sarung,dia mencapai parang panjangnya di tepi dinding dan terus melompat turun daripada atas jemuran.Dia tergigil dalam alam yang sejuk itu kerana angin daripada banjaran bukit yang berdekatan bertiup dan menikam kulitnya.Dia melalui sebuah lorong samar gelap menuju ke arah sebuah busut di tepi bukit batu yang memang berhampiran dengan kampung mereka itu.Lorong itu lecet sedikit kerana debunya ditimpa hujan semalam,dan di sebelah-menyebelah lorong itu,berjajarang pokok getah muda yang batangnya sebesar peha Bujang.Di hujung lorong itu kelihatan satu lembaga berjalan dalam selimut juga,barangkali sejuk juga seperti Bujang.Langkahnya cepat-cepat sekali.Terlintas di kepala Bujang barangkali orang itu mahu ke busut di tepi bukit itu dan bertjuan sama dengannya,kerana busut itu memang terkenal hampir pada tiap-tiap tahun mengeluarkan kulat.Tahun lepas sahaja Bujang berjaya mencabut daripada busut itu hampir sebesen besar penuh.Bujang mempercepat langkahnya.Tetapi seorang muda yang gagah dan sihat,tidak mudah membiarkan keadaan yang remeh itu berlalu begitu sahaja.Akhirnya, dia berhampiran dengan manusia itu,dan dia sedar bahawa siapa pun dihadapannya itu,mestilah orang perempuan,melihat gayanya berjalan itu.Bujang pun ingin sekali beramah-tamah kerana dia berasa gembira sekali.Tegurnya,"Hai pagi benar nampaknya.Hendak ke mana?"

bintang Publish time 5-4-2009 03:26 PM

Dia tersengih sendirian.Cahaya yang samara kian bertambah terang kerana kabus yang samar malap bertambah hilang.Dan perempuan itu seperti orang terkejut memalingkan mukanya ke belakang,ingin mengenali orang yang menegurnya.Dia terperanjat mendengar suara manusia yang tiba-tiba sahaja datangnya,kerana dia tidak sedar ada orang mengekorinya.Dia terlalu sibuk melayan angan-angan manisnya.Sekarang dia dapat mengenal orang yang menegurnya dan dengan serta-merta itu juga mukanya berubah kemerah-merahan dan dia menundukkan kepalanya,tetapi tidak ada sepatah kata pun keluar daripada mulutnya.

揌i,Selamah!

sayawifenikmie Publish time 5-4-2009 09:15 PM

Balas #10 bintang\ catat

Pernah tengok lembu dicukakan..ngeri......:L

bintang Publish time 5-4-2009 10:05 PM

Reply #11 sayawifenikmie's post

sangat kesian kan.. :(

bintang Publish time 5-4-2009 10:34 PM

Hari masih pagi benar lagi.Pagi jumaat. Bujang masih lagi berkerekot di dalam selimutnya.Sebenarnya dia sudah lama terjaga,tetapi oleh kerana hari masih terlalu pagi lagi dan sejuk terus menggigit,Bujang berasa malas bangkit.Bapa dan ibunya masih tidak bangun juga.

Semalam hujan turun dengan lebat,tetapi kini sudah berhenti,dan mereka bercadang hendak turun ke bendang menyudahkan sawah mereka yang tinggal sedikit lagi itu.Lama dia berada dalam selimutnya ituKemudian dia terpegun dan mengangkat kepalanya.Kerbau kesayangannya menguak-nguak menjadi-jadi.Dia berasa hairan.Tidak pernah dia mendengar kerbaunya menguak begitu.Pelik betul.Dia cuba mendengarnya berhati-hati.Ah,tidak salah lagi Betung menguak seperti dia menjerit menahan kesakitan!Suaranya datang dari arah pokok jambu butir banyak,di hadapan rumah Bujang.Dia melemparkan selimutnya dan terus bangun.Tangannya mencapai parang panjang, lalu melompat daripada atas jemuran ke tanah dan berlari anak ke arah binatang itu.Betung menguak juga.Bujang menghampirinya dan dalam samar malap itu ternampak daging kerbaunya merah seperti kena bakar.Dia faham.Mulutnya menjadi bisu.Sekarang Bujang tidak bergerak lagi,dia terpaku di tempat dia berdiri itu.Daging pipi dan urat-uratnya kejang seketika,dan darah mudanya terasa naik ke atas kepalanya.Binatang itu memandangnya seperti meminta pertolongan daripadanya.Matanya berair.Binatang itu menangis,bisik hati Bujang.Bujang tidak tahu apa yang harus dibuatnya,dia seperti orang hilang akal,maka bertempiklah dia sekuat tenaga seperti orang yang tidak sedarkan diri.

"Jenal! Jenal!"

Pak Kadir dan Mak Munah terkejut dari tidur mereka,berlompatan turun daripada rumah.Mereka melihata Bujang tercegat di samping Betung di bawah pokok jambu butir banyak.Mereka menerpa ke arah Bujang yang disangka sudah masuk hantu itu.

"Bujang!"Jerkah Pak Kadir sambil menggoncang bahu Bujang.Tetapi Bujang tidak berkata sepatah pun. Pak Kadir segera insaf apabila dia memandang peha Betung.

"Lihat! Lihat!"Jerit Mak Munah,sambil jari telunjuknya tertunding ke peha Betung. Betung mengibas-ngibas ekornya.

"Ini tidak ada kerja orang lain!Aku tahu!Aku tahu!Jenal celaka itu!"Pekit Pak Kadir,telinganya mula panas.Pak Kadir lekas naik darah.Pada masa mudanya,dia terkenal sebagai perengus dan tidak sesiapa punyang berani ke kampung itu melintang anginnya.Tetapi, dia naik angin cuma sebentar sahaja,lepas sehari dua dia akan baik semula.

Bujang tidak juga bergerak dan membisukan dirinya. Matanya kelihatan aneh dan tiap kali Betung menguak kesakitan,dia mengerutkan keningnya.

bintang Publish time 5-4-2009 11:05 PM

"Aku tau sudah lama! Sudah lama!"Teriak Mak Munah dengan suara tinggi.Sambil itu tangannya dikepalkan dan dia menumbuk dadanya bertubi-tubi.Bujang bergerak seperti orang yang baru sedar daripada lamunan yang dalam dan berpaling ke arah ibunya dan katanya perlahan,"mak tau apa?"

Mak Munah makin naik berang.Matanya bersinar-sinar.

"Aku sudah tahu lama dia tidak mahu berbesan dengan aku.Aku sudah tahu lama!"Dan terus mengulang-ulangkan perkataan itu seperti dengan jalan itu terlepaslah kemarahannya ke atas Pak Jenal.

Bujang seperti kejang sekali lagi.Dia merasa tangannya terketar-ketarDan bisiknya,"Mengapa?"

"Mengapa?Mengapa?Kau tahu tak Lawi?Lawi anak Siak tu?Bukankah dia makan gaji?Tak tau mau menantu orang makan gaji?Tak tau menantu orang makan gaji.Serupa aku tak tau!Fikir aku bodoh?Fikir aku tidak tahu Lawi yang baru dua minggu balik dari bandar tu gilakan anaknya.Tak tau?Aku betina pun tau!"

Bujang tidak berkata apa-apa lagi.Dia mendiamkan dirinyaSekarang dia menghampiri kerbaunya itu,dan menggosok-gosok perut binatang itu.Betung membuka lubang hidungnya luas serta matanya memandang Bujang seolah-olah berkata,"Aku selama-lamanya berlaku baik terhadap manusia,dan sekarang kau lihatlah sendiri betapa mereka lakukan kepadaku!"

Bujang memalingkan mukanya untuk melihat luka yang terpampang di peha kerbaunya itu.Terfikir olehnya tidak lama lagi peha itu akan buruk da ulat-ulat akan menjentik-jentik dan berkubang di dalamnya,dan Betung akan menguak-nguak sepanjang hari dan sepanjang malam.Dia teringat akan bendang mereka yang belum lagi habis ditenggala.Lama-kelamaan binatang kesayangannya ini akan busuk dan baunya akan dapat dihidu daripada anjung rumahnya,lepas itu dia akan mati.Mengingatkan ini semua,kulit pipinya akan menjadi kejang semula.Dia memandang mata Betung sekali lagi dan mata itu seolah-olah memberitahunya,'Di dalam pagar itu terlalu banyak makananku,dan aku masuklah sama sekali aku tidak bersalah kepada manusia.'

Pak Kadir masih mendengus.Tangannya menampar-nampar belakang binatang itu.

Dan Mak Munah masih lagi dengan leternya.

"Dulu tiada siapa pun mahukan anaknya.Lawi pun tak mau.Tapi terimakah pada akal?Terimakah pada akal?Lepas kita pinang dia gila pula.Budak gila!"

Bujang dan Pak Kadir mendiamkan diri mereka.Dan mak munah meneruskan leternya,"Kalau tak maukan Bujang pun beritahulah dengan baik,Kenapa binatang pula dicukanya?Kenapa?Ini bukan cara nak beradik kakak.Ini cara nak berbalah!Aku taulah kenapa dia laku ni.Nak beritahu dengan mulut manis tidak tergamak!Tak lain!Mengapa hendak memutuskan pertunangan dengan mencuka binatang tak tau apa-apa ni haa?Binatang Jenal!"

Dan dia terus menumbuk dadanya bertubi-tubi.

Tidak siapa pun yang mencuba menenteramkan Mak Munah.Tidak ada gunanya.Perempuan tua itu mudah sangat naik anginnya,dan seperti selalunya dia akan berhenti sendiri,dan apabila dia mengingat kata-katanya kembali semasa dia tenteram dan sejuk nanti tentu sekali dia akan berfikir bahawa dia telah berkata sesuatu yang seharusnya tidak patut dia keluarkan oleh mulut tuanya itu.Selama dua hari dia akan bermurung durja.Tetapi kali ini Bujang dan Pak Kadir tidak terlintas sedikit pun untuk memujuk perempuan tua itu,kerana perbuatan ini sesungguhnya sama sekali tidak patut.Apalagi mengingatkan mereka akan bermenantu dan berbesan.Sampai hati!Sampai hati!

"Menghina!Menghina!"Jerit Mak Munah.

bintang Publish time 6-4-2009 01:13 PM

Pak Kadir menjadi sebak.Dia rasa sesuatu tersumbat dalam dadanya.Dia menarik nafas panjang dan mengurut-urut dadanya.Kupingnya dirasa merah menyala.Panas.Dia menggelisah kini.Ya,tidak mungkin menenteramkan hatinya lagi..Sesuatu mesti dimusnahkannya.Sesuatu mesti dihancurkannya.Tangannya menggeletar menahan marah dan sebak hatinya.Dan nafasnya pendek-pendek.

"Malu!Malu!Malu aku!Malu aku!"Jerit Mak Munah tidak keruan.

Sesuatu mesti ada hadnya.Perhitungan waras mesti ada hadnya.Sekarang perhitungan waras tidak ada lagi.Perhitungan waras sudah dikalahkan oleh bisikan hati untuk membela.Pertempuran malaikat dengan iblis sudah pun tamat.Dan di atas padang pertempuran bergelimpangan mayat malaikat dihancurkan oleh iblis.Dada Pak Kadir kian sebak.Kerana ternyata dalam dadanya pedang iblis menikam-nikamnya selepas menghancurkan para malaikat.Pak Kadir melompat ke atas rumahnya.Dia mencapai golok panjangnya dan melompat turun dan berlari anak menuju ke arah rumah Pak Jenal.

Apabila terlihat oleh Mak Munah kelakuan lakinya,maka fahamlah dia.Suatu jeritan mersik yang menggerunkan keluar daripada mulut Mak Munah.Dan serunya tidak sabar,   "Tahan dia!Tahan dia!"

Dia tersepuk jatuh terduduk sambil itu tangannya tergapai-gapai putus asa.

Bujang hanya melihat sahaja.Dia tidak bergerak daripada tempatnya berdiri itu.Matanya mengikut belakang bapanya yang terhingut-hingut itu. Golok panjang bapanya terhanyun-ayun di sampingnya.Jeritan Mak Munah membelah keheningan pagi itu.Mak Bedah dan dua tiga orang jiran-jiran yang lain terhingut-hingut berlarian menuju ke arahnya.   Di muka mereka terbayang kecemasan dan ingin tahu.Tetapi, Mak Munah kini tidak dapat berkata apa-apa lagi,masih tersepuk dia di tempat jatuhnya.Tangannya masih menunding-nunding ke arah belakang lakinya yang masih terhingut-hingut itu menuju ke arah rumah Jenal.Dia kini kehilangan tenaga bercakap.

Dan Mak Bedah berteriak ingin membela,   "Apa Munah?Apa Munah?"

Akan tetapi tangan tua itu masih juga menunding tanpa menceritakan yang sebenarnya sudah berlaku.Dalam otak kecil tuanya,dapat digambar juga sesuatu yang akan berlaku.Terlihat olehnya lakinya mengayunkan golok panjangnya ke atas tengkuk Jenal dan darah merah tersembur keluar seperti memotong kerbau,kaki Jenal menendang-nendang angin bertubi-tubi dan menggelepar.Allah!Allah!Dia akan mati juga,maka bertambah tidak keruanlah jadinya Mak Munah.Mak Bedah yang tidak apa-apa itu,apabila melihat keadaan Mak Munahdemikian,maka dia pun jadi tidak tentu hala.dia tersepuk duduk di samping perempuan tua yang malang itu.Tetapi Dolah,laki Mak Bedah mengejutkan Bujang dan berteriak seperti seorang general memberi perintah dan bersifat seperti panglima perang yang ganas.

"Apa dia ha?Apa dia ha?"

Bujang tidak berkata apa-apa,tetapi tangannya menunding ke arah bapanya yang sudah jauh itu. Pak Dolah dan jiran-jiran yang laintidak hilang akal dan mereka pun berlari-lari anak mengejar bapa Bujang,masing-masing terhingut-hingut dengan dikepalai oleh Dolah.Mereka berlari-lari anak satu barisan,dengan Jumat di belakang Dolah,Berahim Balak di belakang Jumat,Mezah di belakang Berahim Balak.Di hadapan perkarangan rumah Pak Jenal,mereka dapat menangkap Pak Kadir daripada belakang,merebut golok panjangnya.Tetapi Pak Kadir tidak putus asa,dan dengan sekali tendang,Dolah terhenyak jatuh terduduk.Di atas jemuran rumahnya,Jenal sudah menanti dengan parang panjangnya.Sesungguhnya dia sudah bersedia dengan bengisnya.Melihat keadaan di hadapannya itu,dia pun bertempiklah seperti gajah naik minyak,"Datang ke mari! Datang ke mari!Kita bertetak hari ini!"

sayawifenikmie Publish time 6-4-2009 02:58 PM

Balas #15 bintang\ catat

"Datang ke mari! Datang ke mari!Kita bertetak hari ini!"

Memasing rasa kebal ke?;P

bintang Publish time 6-4-2009 03:54 PM

Reply #16 sayawifenikmie's post

samseng kg dusun.. ;P

bintang Publish time 6-4-2009 04:27 PM

Tidak siapa pun yang memberitahu Pak Jenal tentang kedatangan Kadir, tetapi, dia memangnya sudah sedia dan rasanya sesuatu yang tidak enak akan berlaku sesudah berlaku peristiwa dia mencuka binatang semalam.Pada mulanya dia tidak menyangka bahawa binatang yang dia cukakan semalam kepunyaan Bujang,tetapi apabila dia amat-amati dengan baik,hatinya berdebar.Sesuatu yang datang dengan paksa wajib ditentang.Kelelakiannya tidak akan membawa dirinya lari daripada sebarang tetakan.

"Lepaskan aku binatang!"Teriak Pak Kadir.Sambil itu kakinya tersangkut ke dagu Mezah dan Mezah terhuyung ke belakang.

Pak Jenal masih tercegat di atas jemurannya yang diikat-ikat dengan akar-akar kayu yang banyak menjalar di hutan.Tangan kanannya memegang parang panjang yang selalu dibawanya ke hutan mencari rotan dan kayu-kayu.Kainnya tersingkap setinggi lutut,dan kain itu terikat kemas dengan kain batik lepas merah yang sudah kumal.Dia tidak berbaju sekarang dan matahari memanahkan sinarnya ke belakang yang tua itu,tetapi masih sasa dan berkilat-kilat.Matahari pagi baru menampakkan mukanya di sebalik banjaran bukit yang berdekatan dengan kampung itu.

"Tu iblis!Kerja iblis!"Tempik Pak Kadir sambil itu dia berusaha dengan sekuat tenaganya mahu melepaskan diri daripada pegangan jiran-jirannya.

"Mari ke mari!Kita bertetak hari ini!Kita bertetak!"Cabar Pak Jenal lagi.

Kemudian dengan pintar Pak Kadir berjaya kembali merebut golok panjangnya,dan dengan cara lebih pintar lagi dia berjaya melepaskan dirinya daripada pegangan jiran-jirannya,dan melompat ke arah Pak Jenal.Dan dengan gerak badan yang bijaksana dia berjaya mengelak diri daripada tetakan Pak Jenal yang datangnya dengan penuh semangat dan mengerikan sekali.Dia melompat sekali lagi dan dengan sekali lompat yang bertenaga dia beridiri di atas jemuran itu dengan sikap pendekar yang masak dan tahan uji. Dan dengan cara persatuan semangat dan gerak badan yang bijaksana dia menyerang dengan bengisnya,dan dengan sekelip mata sahaja darah tersembur keluar daripada bahu dan rusuk Pak Jenal dan dia tersepuk jatuh di atas jemurannya itu dan bergolek jatuh ke atas tanah.Pak Kadir mengangkat tinggi-tinggi golok panjangnya untuk menamatkan dendam kesumatnya dan semangat yang kuat untuk menghancurkan sesuatu dalam hatinya.

Tetapi,sebelum bisa dia menjatuhkan senjata yang bisa itu,beberapa tangan kasar merentap golok itu daripada tangannya dan beberapa orang memegang dan menendangnya hingga jatuh tersepuk ke tanah.Dan dia tidak tahu datang daripada mana satu penampar terhinggap di pipinya dan dia menentang mata yang bengis.Dia tidak meronta-ronta lagi,dan mereka yang memegangnya kini lebih ramai.Jiran-jiran kampungnya datang dengan bising.

Pak Jenal tidak sedarkan dirinya lagi.Dia terpaksa diangkat oleh orang-orang kampung ke atas rumahnya.Darah merah berlumuran di atas jemuran dan bertompok-tompok di bawah jemuran buluh itu.

Dari jauh ternampak Selamah bersama Bujal terhinggut-hinggut berlari daripada bendang.Pagi-pagi benar tadi mereka turun ke bendang.Dan sekarang khabar itu sungguh mengusutkan fikiran mudanya itu.Apabila dilihatnya bapanya yang berlumuran darah itu,mukanya dengan serta-merta menjadi pucat seperti mayat dan menangis teresak-esak seperti budak kecil.Bujal mengesot ke tepi dinding perlahan-lahan dan menangis tersedu-sedu dan tersekat-sekat.Dan anak yang malang itu merungut-rungut antara tangisnya dan dirinya sendiri.

sayawifenikmie Publish time 6-4-2009 06:08 PM

Balas #18 bintang\ catat

kain batik lepas merah yang sudah kumal......:lol:

bintang Publish time 8-4-2009 12:27 PM

Reply #19 sayawifenikmie's post

;P ;P ;P ;P
Pages: [1] 2 3
View full version: Cinta Pada Musim Hujan


ADVERTISEMENT