ANGAN DERITA
ANGAN DERITA ku coret kertas ini saat jiwa menangisbagai kocak air mainananak-anak di tebing sungai yang gaibdan angin memghembus, mendesah, mengeluhwahai Dik Dartina aku sayang pada muku coret kertas inikala langit di saluti jelagaangkara serakahnya manusiadan dua ekor pipit bercintaanbagai remaja kini yang nakaljenaka dan manissaling menyentuh ekornyaserta menggetarkan bulu-bulunyawahai Dik Dartinaku angan kau menjadi isteriku kaki-kaki hujan bagai belatimenyentuh hujungnya ke bumikaki-kaki cinta tegapbagai logam bergermelapanmenampar ke mukadan takkan mampu diundurkanselusin malaikat telah turunkala hujan gerimisdi muka kaca jendelalalu mencuci rambutnya untuk ke pestawahai Dik Dartinadengan pakaian anggun melayubunga-bunga serta selendang warisananganku membimbingmu untuk dikahwinkan aku melamarmuitu dalam benak kutiada lebih burukdan tiada lebih baikdari yang lain...aku yang menempuh hidupinsan yang bermula dari katakata yang bermula darikehidupan, fikir dan rasa semangat hidup yang kuatbagai berjuta pedang pejuangmenyayat kulit langitangan dan cintamendesah dalam gerimissemangat cintaku yang kuatbagai seribu tangan gaibmenyebarkan seribu jaringmenyergap hatimuyang bermain denganku engkau adalah puteri angankuputeri dengan suara merdu lembutbagai angin lautmendesahlah bagikuangin mendesahselalu mendesahdengan ratapnya yang merduengkau adalah puteri tergolek lemasmengejap-kejapkan matamu yang indahdalam jaringkuwahai puteriaku menjaringmafkan aku ku coret kertas ini kalakala jiwa menangisgadis manja dan manismenangis minta mainandua anak lelaki nakalbersenda gurau dalam hujandan langit iri melihatnyawahai Dik Dartinaku angankan dikau jadi ibu anak-anakkusekali lagi maafkan aku. bes looo... terima kasih
Reply #1 wezzzeli's post
ku tak ingin angankan derita..... :(Balas #4 sweetLove\ catat
derita datang bukan di pinta derita itu indah...keperitan itu semangatku..
Balas #6 raudah\ catat
benar dan benar dan benartiada keindahan dalam kehidupan
kalau derita tidak menjelma
mengalami penderitaan
pastinya akan timbul
kesedaran dan penyesalan
maka hadirlah ketenangan
jika redha dan pasrah
kita serah pada yang MAHA PENYAYANG
akan teguhlah keimanan
menempuhi dunia
yang sarat dengan kenikmatan Originally posted by wezzzeli at 30-3-2009 13:54 http://mforum5.cari.com.my/images/common/back.gif
benar dan benar dan benar
tiada keindahan dalam kehidupan
kalau derita tidak menjelma
mengalami penderitaan
pastinya akan timbul
kesedaran dan penyesalan
maka hadirlah ketenangan
jika redh ...
angan yang penuh deritatakkan bisa bersatuwalaupun ke hujung duniaia tetap kaku beku derita merobek dada
mencipta luka
senyum terpaksa
tangis bermaharajalela..........!~ angan derita...
dulu nya mimpi bahagia...
hanya kerana salah teroka
kini..
sesat berteman sengsara
.....!~ dunia yang tiada peughujungnya
menghadirkan berjuta angan
terjelmalah berbillion impian
walau beku dan kaku
walau pilu dan layu
matahari dan hujan pasti membantu. bisakah ia membantu
jika itu semua dusta
hanya khayalan semata
tanpa rasa tanpa kata
semakin perit
menjerit pedih deria mengembara mencari makna
mencari
mencari
dan
mencari Hari ini
Ku tikam kenyataan
Bahawa kehampaan itu terasa nikmat
Walaupun kadang terlalu menyayat
Dalam angan derita
Aku
Tetap saja jatuh dalam ruang kosongku pencarian yang tiada hujungnya.......
walaupun jauh ku pergi....
ternyata ia tetap derita..
semakin menggamit..
sakit...sakit sangat...
derita..
menghiris dada
merobek minda
menghancurkan cinta..
mendustai jiwa....!~
hanya krn kau hadir bersame derita...
derita penuh airmata...
derita penuh sengsara derita menempuh bahagia
tercalar oleh kegoyahan iman
membuat pandangan mendung
yang entah bila turunnya hujan
merasa
mencari
menunggu
menerima dengan redha Cintaku..
Biarkan saja ada celahnya yang tak bercerita
Yang menjadi kenangan
Dalam diam angan deritaku.
SI PEJUANG SETIA YANG REBAH
Hari ini pejuang setia itu rebahBukan rebah kerana musuhnya
Tapi rebah kerana setia cintanya
Betapa ia jujur dengan kesetiaannya
Betapa ia setia pada kejujurannya
Betapa ikhlas ia untuk cintanya
Namun itu diterimanya bagai barang mainan
murah dikaki lima
Sewenangnya pula di perbudakkan
Dengan ngilu ia cuba bangkit
Sambil tersenyum akan bodoh sendiri
Lalu fikir mencerna silap peribadi
Kini si pejuang setia sedar
Bahawa setianya hinggap pada daun keladi
Kerana jujurnya bertenggek pada ranting berduri
Dan ikhlasnya diletakkan pada pohon tinggi
Perlahan si pejuang setia berdiri
Serta taslim berdiskusi dihamparan sejadah diri
Bergema satu suara berbisik ke telinga dan berkata;
Setiamu harus pada yang Maha Mengasihi
Jujurmu hendaklah pada yang Maha Menyanyangi
Ikhlasmu wajib untuk yang Maha Mengampuni
Bangkit si pejung setia terus ia bernyanyi;
kesedaran adalah matahari
Kesabaran adalah bumi
Keberanian menjadi cakerawala
Dan perjuangan adalah perlaksanaan kata-kata
Segera melangkah di bawah mendung hari
Bersama kenangan yang pasti
Rahmat dari Ilahi. Originally posted by wezzzeli at 12-4-2009 00:42 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif
Dengan ngilu ia cuba bangkit
Sambil tersenyum akan bodoh sendiri
Lalu fikir mencerna silap peribadi
Part ni, kelihatan sakit dan perit....:(
Pages:
[1]