Syd Publish time 25-3-2009 11:01 AM

Congkak Warisan Dan Kontemporari

Congkak Warisan Dan Kontemporari

Oleh Rohana Mustaffa

Bahagian akhir daripada tiga siri rencana Hari Kraf

KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- Bukan hanya kraf yang dipamerpada Hari Kraf Kebangsaan yang berlangsung di Kompleks Kraf hingga 30Mac ini, tetapi pelbagai seni warisan yang lain juga.

Di tengah-tengah aktiviti jualan, demonstrasi kraf, sesiapresiasi, perjumpaan pembeli/pengusaha, persembahan kesenian danperkampungan pelukis, dipamerkan khas pelbagai alat permainan congkakkepada pengunjung.

Sebanyak 100 jenis congkak tradisional dan kontemporari yangdidatangkan dari seluruh negara, Filipina dan Indonesia, dipamerkan diMuzium Kraf, di kompleks Jalan Conlay ini.

Setiap satu papan congkak ini diukir dengan corak atau motif yangberlainan, lahir daripada kepercayaan dan inspirasi alam, flora danfauna serta corak geometri.

Permukaan papan dan kepala congkak tradisional banyak yang diukirdengan ragam hias tradisional seperti burung petalawati, stupa danmakara yang digabungkan dengan motif tumbuh-tumbuhan.

Menurut Kraftangan Malaysia, motif ini, selain corak ikan danunggas, menggantikan motif awal pada papan congkak iaitu patung, nagadan dewa, ekoran pengaruh kemasukan Islam.

Pada papan congkak moden dan kontemporari, motif tumbuh-tumbuhanseperti bunga tanjung, bunga getam guri, salur kacang dan bentukgeometri, lebih banyak digunakan.

Congkak yang berukir halus dengan hiasan motif cantik padapermukaan papan dan kepala congkak tradisional dikatakan kebiasaannyadibuat untuk kerabat diraja ketika itu.

SEJARAH CONGKAK

Nama congkak dipecayai berasal daripada perkataan "congak" atau"kira" kerana permainan ini menduga kepantasan pemain mengira. Pemainyang cekap mencongak mempunyai kelebihan mengumpul buah atau mata untukmemenangi permainan.

Permainan ini dikisahkan tersebar ke Asia Tenggara melaluipedagang yang datang ke pelabuhan Melaka pada zaman kegemilangannyasebagai empayar perdagangan pada kurun ke-15.

Congkak pada awal pengenalannya merupakan permainan golongankerabat diraja dan penghuni Istana sebelum tersebar menjadi permainanrakyat.

APA ITU PERMAINAN CONGKAK

Congkak ialah sejenis permainan tradisional yang sering dijadikanaktiviti dalaman, bermain secara duduk dan rupa bentuk papannyadipercayai berasaskan bentuk bot tongkang atau dipanggil "jongkak" atau"congkak".

Papan congkak kebiasaannya mempunyai tujuh lubang pada setiapbaris dan mempunyai satu lubang besar pada hujung kiri dan kanannya.Kedua-dua baris lubang pada papan congkak mewakili 14 "kampung"manakala dua lubang besar di hujung kiri dan kanannya dinamakan "rumah".

Permainan ini melibatkan dua orang dan suatu ketika dulu, pemainmenggunakan batu kecil, kulit siput, biji getah atau biji asam jawauntuk mengisi lubang "kampung" dan "rumah". Bagaimanapun kini gulilebih banyak digunakan.

CARA BERMAIN

Di Muzium Kraf ini, pengunjung disediakan penerangan bagaimana cara bermain congkak.

Kepada yang berminat -- permainan dimulakan serentak, denganpemain A dan B memasukkan buah satu demi satu ke dalam setiap lubang"kampung" mereka dari kanan ke kiri, Apabila pemain sampai ke "rumah"masing-masing, mereka akan memasukkan buah ke dalamnya, lalumeneruskannya ke "kampung" lawan, tetapi tiada buah yang perludimasukkan ke dalam "rumah" lawan.

Permainan ini berterusan hingga pemain A menamatkan perjalananbuah ke dalam "kampung" yang kosong. Jika buah itu terhenti di"kampung" sendiri, pemain berkenaan akan mengambil buah itu di sampingmengaut buah di "kampung" bertentangan, untuk dimasukkan ke dalamrumahnya.

Tetapi jika buah itu jatuh ke dalam "kampung" yang kosong milik B,buah itu harus dibiarkan di dalam lubang itu. Permainan kemudianditeruskan oleh pemain B pula.

Pemain B meneruskan permainan sehingga ke buah terakhir di dalamtangan yang dimasukkannya ke dalam lubang dan permainan kemudiandisambung semula oleh pemain A.

Setelah tamat pusingan pertama, setiap pemain akan mengisi semula"kampung" mereka dengan buah yang berjaya dikumpul di "rumah"masing-masing.

Seorang daripada pemain akan mendapati buah yang terkumpul tidakmencukupi untuk diisi ke dalam "kampung" dan kampung itu akan dianggapterbakar dan tidak boleh digunakan. Pemain itu seterusnya akan bermaindengan buah yang sedikit.

Permainan akan diteruskan sehingga keseluruhan "kampung" seorangdaripada mereka terbakar dan pemain itu kalah atau sehingga jumlahpusingan yang dipersetujui berakhir, dan pemain yang memiliki kampungpaling banyak tidak terbakar, dianggap pemenang.

PELBAGAI JENIS CONGKAK

Kraftangan Malaysia pada Hari Kraf ini mempamerkan congkak yangterdiri daripada congkak tradisional - yang dipercayai digunakankerabat diraja dan golongan Istana untuk permainan mereka.

Badan congkaknya diperbuat daripada kayu terbaik dan berukirdengan ragam hias yang indah dan kini menjadi barang antik berharga.

Rakyat biasa pula bermain congkak yang diperbuat daripada logam atau kayu mengikut kemampuan masing-masing.

Congkak moden kontemporari pula diperbuat daripada pelbagai jenis bahan dengan menampilkan bermacam-macam bentuk dan rekaan.

Congkak juga diubah suai menjadi mudah alih dan boleh dibimbit ke mana-mana.

Bagi congkak cendera mata, ia dihasilkan dalam bentuk kecil dan diperbuat daripada perak, tembaga atau pewter.

Pereka kraf tempatan melalui kreativiti mereka berjaya menjadikancongkak sebagai satu daripada produk cendera mata eksklusif tempatan.

Para pengujung ke Hari Kraf Kebangsaan ini boleh singgah di khemahD, yang dikhaskan untuk Interaktif Kraf, untuk mencuba permainancongkak ini bersama beberapa permainan tradisional dan proses membuatkraf yang lain.

Kalau sudah jatuh hati, mereka boleh membeli alat permainancongkak ini atau bentuk kecilnya sebagai cendera mata untuk dibawapulang, daripada beberapa gerai usahawan yang menjual produk kraf ini.

-- BERNAMA

ninoZ Publish time 30-3-2009 08:14 AM

antara congkak masa hari kraf kebangsaan kat kompleks kraft, jalan conlay
http://3.bp.blogspot.com/_8JZc9wPckbI/ScvLObWQSkI/AAAAAAAACjM/s3aGl_DAMZg/s400/DSC02243.JPG
http://3.bp.blogspot.com/_8JZc9wPckbI/ScvLOStAy0I/AAAAAAAACjU/8f-yaqfe-JM/s400/DSC02242.JPG
Pages: [1]
View full version: Congkak Warisan Dan Kontemporari


ADVERTISEMENT