shakean Publish time 22-3-2009 05:57 PM

DIA SELAMANYA>>> new home

"apa nih..kau dah gler ke?"
    terjerit2 aku saat hamdan merangkul erat tubuh aku..
    hamdan cuma tersengih. sinis senyuman dia..
    "ala relaxla..macam la tak biasa.."aku makin jelak dengan perlakuan hamdan. lelaki.. semuanya sama. suka mengambil kesempatan.
    "sebelum aku belasah kau, baik kau lepaskan aku." aku makin berang. rontaan aku bagaikan menaikkan lagi semangat hamdan.. dalam gelap macam ni, hamdan seolah kerasukan.. jin apa la yang bersarang kat kepala hamdan..
    "kau ni kan, makin marah makin manis..." ujar hamdan masih lagi dengan senyuman sinisnya..
    ni tak boleh jadi ni.. aku kena buat sesuatu. teringat dia kan pesan arwah atuk. jangan melawan selagi termampu. bila diserang cuba mengelak.. bila dah tak mampu mengelak baru bertindak..Ya Allah, selamatkanlah aku ya Allah..
    tetiba kelihatan satu cahaya menghampiri mereka. semakin lama semakin dekat.. inilah waktunye.. pantas tangannya menolak batang tubuh hamdan , memijak kakinye dan berlari ke arah cahaya tersebut..
"hei... jangan lari.."jerit hamdan lantang. dia mengejar namun berhenti apabila melihat kelibat beberapa orang di balik cahaya tersebut.

    Aku menarik nafas lega apabila Hamdan tidak lagi mengekoriku. Jantan keparat.. Aku akan balas apa yang kau buat pada aku malam ni..
    "adik tak apa2 ke?" salah seorang daripada mereka bertanya..
aku menganggukkan kepalaku. malas untuk bersuara dalam keadaan macan ni. namun aku bersyukur kerana kedatangan mereka aku dapat melepaskan diri dari lelaki tersebut.
    "kami hantarkan adik balik ye.." lelaki tadi ramah bersuara sedangkan kedua kawannya tetap mendiamkan diri. masih memerhati...
    bila aku masuk ke perut kereta tersebut barulah aku perasan ada seorang lagi penumpang lelaki sedang menjelingku sinis. tidak sedikitpun ada tanda yang dia ingin menyapaku.


Aku memandang kehadapan. memerhatikan lelaki yang ramah menyapaku.. ku agak umurnya dalam 30 tahun lebih. nampak kematangan dan ketampanannya dalam samar2 lampu.
    "adik kenal ke dengan lelaki tadi?" soalnya. sekejap2 dia memandang cermin belakang memerhatikan riak wajahku.
    aku mengangguk.
    "kawan.."ujarku pendek.
    lelaki itu mengangguk perlahan. seolah memahami kebisuan yang aku tunjukkan. aku menjeling sekilas ke arah lelaki di sebelahku. masih diam sambil sibuk bermain dengan PDA nya. entah apa yang menarik perhatiannya. aku seolah2 tidak wujud disisinya..
    "saya ikmal.. panggil mal je..yang kat sebelah adik tu aliff, sebelah abang ni johari" ikmal jelas cuba menghapuskan kebisuan yang berada disitu. ku agak dia seorang yang peramah dan mudah mesra..
    "dee".
    Belumpun sempat ikmal bersuara, aku memintas percakapannya.
    "abang berhenti bang.. saya berenti kat sini je.."
    "betul ke? " soal ikmal sambil memandang kawasan sekeliling seolah meminta kepastian. terdapat beberapa orang pemuda sedang lepak di pinggir jalan. mungkin kerana bimbangkan keselamatan aku ikmal bertanya sekali lagi."adik betol xnak kami antar ke rumah?".
Aku menganggukkan kepalaku. "saya berenti kat sini je..abang dah banyak tolong saya.."
kupandang beberapa orang pemuda yang semakin menghampiri kereta. ikmal memandang cemas.begitu juga kedua kawannya yang kelihatan gelisah. Pantas aku keluar dari perut kereta.mengucap terima kasih dan terus bergerak ke arah pemuda-pemuda tadi.
    "siapa tu dee?"
    "aku tumpang kereta dia kejap..nanti aku bgtau korang..korang pegi dulu..aku lupa nak ucap terima kasih tadi.."ucapku perlahan.
ikmal masih setia dalam keretanya.. Nyata dia tertanya2 perbualanku dengan pemuda2 tadi.
    "terima kasih abang..."ucapku sebelum mengucapkan selamat tinggal kepada mereka.


    Nyata malam itu merupakan permulaan episod kisah hidupku...

    keesokannya aku mendengar khabar bahawa Hamdan berada di hospital..padan muka. Menurut cerita dia dibelasah teruk. kakinya patah.. Aku tersenyum menang. Walaupun bukan itu yang aku mahukan namun aku tahu siapa yang membelasah hamdan. Mesti sepupuku Zamri dan kawan2 dia.. Mungkin Hamdan tidak sedar yang aku merupakan sepupu Zamri. Malah xramai lelaki yang berani mengusikku kerana zamri selalu bertindak melindungiku walaupun kadang2 aku bukan mahukan begitu.. mungkin kerana aku merupakan satu2 sepupu perempuannya.. dan dia tidak mempunyai adik beradik perempuan...


"zam.. thanks"
Zamri seyum memandangku..
    "Kau ni dah macam adik aku.. aku tak sanggup tengok kau sedih.. apa lagi kalau ada orang cuba nak buat xsenonoh kat kau"
    "ala..zam.. kalau ye pun xkan la sampai patah kaki hamdan kau kerjakan. kalau dia report polis cam mane?".Soalku balik.
    "try la kalau dia berani.. yang kau ni pun, kenapa xbelasah je mamat 2?"
aku tersengih.
    "ingat pesan arwah atok zam.. jangan ikut suke je belasah orang..."
    "yela2.. aku tau.. aku ni xboleh tahan sabar.. cepat naik darah.. tu sebab atok sayang sangat kat ko kan.. aku ni pun atok tak layan.."
    Aku terdiam. memang aku akui atok memang melebihkan aku berbanding cucunya yang lain. tak kira la dari segi layanan ataupun wang ringgit. tapi aku xsalahkan atok. kerana aku telah kehilangan keluarga sejak kecil. atoklah tempat aku menumpang kasih.Zamri dan adik2 dia bagai famili aku..dan aku jugak satu2 cucu perempuan.
    "itu pun kau dengki ke? aku ni satu2 gurl dalam famili..mak ayah dah tak de.. atok pun dah xde.. tinggal keluarga kau je aku tumpang kasih."



    "zam, kalau aku nak mintak tolong boleh tak?"
    "pe dia lagi?"ujar Zamri seolah2 merungut... ni paling aku suke kat dia.. tak pernah menghampakan aku.. segala kehendak aku dia turuti.. aku ingat lagi waktu usia aku 8 tahun. bila melalui pohon2 mempelam, kecur air liur melihat buah yang menghijau.. kerana tidak mahu menghampakan aku, Zamri sanggup panjat pokok tersebut dan bedebuk...
    Bukan buah yang jatuh tapi Zamri yang jatuh...menangis2 Zamri kerana sakit. tangannya yang sebelah retak dan terpaksa disimennamun dia sempat menghulurkan buah mempelam bila melihat aku menangis tidak henti2 saat dia didukung paklong ke hospital... malah memujuk2 agar aku tak menangis..
    "Aku nak kerja.. Kau pujuk la paklong zam.."
    "aku kau je kau ni la..panggil la aku abang zam.. sedap cikit dengornye.. aku ni ;agi tua dari kau tau"
aku tersengih.
"ala, dulu dee kan dah panggil abang zam.. tapi abang yang tan nak.."aku berkata dalam suara yang manja. sengaja mengusik..aku tau dia memang tak suka tiap kali aku berbuat begitu padanya. mungkin kerana dia sudah terbiasa dengan tingkahku yang lepas..
    "eishh.. meremang bulu roma aku.. geli..jangan la panggil macamnak menggoda tu.. panggil biasa2 je.. tu nak ngorat tu.."
sempat kulihat dia menggosok2 lengannya.. dah geli la 2..
"boleh tolong ke tak ni?"
"kau dok umah je la.. kau bukan tak tau abah tu.. bila dia cakap x maka x la jawabnye.."
"geramnye.. ni maleh nak mintak tolong ni.."
sedikit merajuk bila Zamri yang kuyakin dapat membantuku menolak mentah2 cadangan yang aku berikan. Muka Zamri masih serius seperti tadi..
"kenapa nak keja? xcukuplagi ke duit abah bagi?"
Aku merengus geram..
"Bukan.. aku nak berdikari.. Xkan la seumur hidup nak harapkan duit paklong tu..nak jugak aku merasa makan duit kerja sendiri..aku pun nak tolong paklong.. dah selalu sangat aku tengok paklong batuk2, demam... dah tua2 masih nak keja lagi.. malu la aku yang muda nie."
"kau yakin dengan keputusan kau ni?"
Ishhh... seriusnye mamat ni..
aku menganggukkan kepalaku.. yakin dengan keputusan yang dibuat. kulihat zamri menghela nafasnya panjang.. Udah2 la fikir tu.. gumamku sendirian.
aku bagaikan banduan yang menunggu jawapan yang keluar dari mulut zamri.. Kenapa susah sangat nak cakap nih..Ada emas ke?


"kau nak keja apa?"
Aduih.. mamat ni.. xabes lagi timbang tara..ni belum paklong lagi.. perangai anak nganbapak ni sama je..
    "keja la pape pun.. cuci pinggan pun aku sanggup". Balasku berani.
    "kalau setakat cuci pinggan tu kau kawen je ngan sapa2. jadi suri umah. Dapat la cuci pinggan hari2."
    aku menjuihkan bibirku.. time ni pun sempat lagi nak wat lawak brutal. tadi sius sangat.
    "aku tak kesah zam.. asal aku dapat tolong paklong je.. cari rezki sendiri.."
    "kalau ko nak keja ko kena ikut aku.. for sure abah xkan bagi kau pegi sorang2.. kau sanggup ke ikut aku?"
Aku tersenyum lega.. sekurang2Zamri dah bersetuju dengan cadanganku untuk mencari kerja..
"kau nak aku dok kl?" soalku lagi..
Zamri menganggukkan kepalanya."kat mane lagi.. Abah mang takkan benarkan kau sorang2. aku faham sangat perangai abah tu.. "
"aku takut la.."
Zamri tertawa mendengar pengakuanku..
"duk UK 5 tahun tapi takut nak g kl..Xpaham aku.."

"Wei.. jangan la sindir.. mang aku takut pun.. takut jatuh cinta ngan mamat kat sane je..hihi.."

"alahai anak dara ni.. ke situ plak.."



Aku diam membeku di kerusi. Pandangan Pak long tajam ke arahku..aku tak berani mengangkat kepala. Terasa pandangan Pa Long tembus ke hatiku. Zamri juga diam tidak terkutik di kerusinya.. khabar yang aku sampaikan nyata mengejutkan paklong. perbincangan yang hangat tadi sudah berakhir. cuma menunggu kata putus dari pak long.
"diya dah nekad ke?"
Aku memandang tepat ke mata paklong. nyatacadanganku sedikit sebanyak merobek hatinya.. Dapat aku lihat pada sinar matanya itu..

"Iya paklong.. Diya nak bantu paklong.."
"diya dah bantu pak long.. dah temankan pak long kat sini.. Diya xkesian kat pak long ke?"
Nyata dia ingin aku merubah keputusan yang aku buat...

shakean Publish time 22-3-2009 06:01 PM

"diya sayang paklong dan keluarga.. Diya nak bantu aiman, haikal, adik2 diya belajar tinggi2.. paklong pun diya tengok slalu batuk2.. dia sedih paklong bila tengok paklong susah payah cari duit..paklong dah banyak bantu diya.. sekarang diya nak bantu paklong pulak" sebak hatiku saat meluahkan kata2 tersebut.

"Zam akan jaga diya abah.. Abah jangan la risau sangat.." sampuk Zamri memberi sedikit keyakinan agar paklong mengizinkan aku pergi.
    Paklong memandang aku. Aku menganggukkan kepala memahami apa yang bersarang di hati tuanya. kemudia dia memandang Zamri.
"Zam akan jaga Diya. dengan nyawa Zam sendiri.."
    "paklong izinkan diya pergi"
menitis air mataku saat paklong mengucapkan kata2 tersebut. aku bersyukur yang amat sangat. sewaktu peperiksaan spm keluar dahulupun aku tidak segembira ini..


"Aku ingat paklong tak izinkan tadi tapi alhamdulillah.."
    "semua orang sayangkan kau dee... adik2 aku pun macam tu.."
    "'kau ni.. xabes2 jeles ngan aku.."
    "mane xjeles.. sume yang kau nak kau dapat"
    Aku tersenyum. merajuk ke Zamri denganku.
    "ala, kau jugak yang manjakan aku. apa aku nak je kau beri je.."
    "Kau satu2 sis yang aku ada. keluarga ni ada. kau ni ibarat bunga dan yang lain2 cuma duri2 yang akan melakukan apa sahaja untuk menjaga bunga nan satu ni tau..Kau bertuah dee.."
    "aku yang bertuah sebenarnya zam.. ada famili yang begitu mengambil berat akan aku. yang memberi selautan kasih sayang yang xmampu aku luahkan dengan kata2. yang mengajar aku, melatih dang mengasuh aku.. menjadikan aku sebagai keluarga mereka.."

"dee, bila kau tinggalkan keluarga ni, jangan pernah lupa pada keluarga ni.."
aku mengangguk.
Aku takkan lupakan kamu semua..
KELUARGAKU>>


"kau dah fikir btul2 keni?"
       "aku dah fikir masak2 dah.. dah cair otak aku ni tau.."
    "pelik la kau ni..keja macam tu pun kau sanggup buat.."
Aku menjeling sekilas ke arah Zamri. mamat ni xabes2 bercakap. xpenat ke mulut dia ni..
    "keja ni sementara je la.. xkan la aku nak makan tidur je.. Kesian aku kat nik tu.. dah la menumpang kat umah dia.. Xbayar pape plak tu.."
    panjang lebar aku bersuara. ambik kau.. pandai2 je kutuk aku ek..
   
    Zamri memandang gadis dihadapannya.. pelik tapi itulah yang membuatkan dia istimewa..kadang2 lasak dan adakala manja semacam.. pandai menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan pun.. Dia memang bijak tapi adakala macam budak2..suka main2 tapi matang.. Ada ke orang macam dia ni ye..Namun gadis di hadapannya memang berperwatakan macam tu.. bila dia nekad, tiada sesiapa dapat menghalangnya..

    "apa yang kau fikir ni?"
Soalan yang keluar dari mulut gadis itu mematikan lamunannya..
    "tak ada apa la.. Nape tak mintak keja kat tempat nik je?"
    "aku dah mintak dah. Kau ingat aku main2 ke.. Nik pun cakap kat tempat dia tu lambat lagi nak ambik orang.. sementara tu aku ikut la kak munah dulu.."
    "kau pandai ke buat keja tu? kang xpasal2 makin terabur plak.."
Zamri sengaja mengusik..
Gadis itu menjeling tajam. merajuk la tu..tengok tu.. dah muncung dah mulut.. comel..
    "ala, bukan susah sangat pun"

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

    Aku memandang bangunan yang tinggi melangit di hadapanku.. Kak munah disebelah tersenyum memandangku. Mungkin kerana aku dilihat seperti mengelamun.Pantas sahaja kak munah mengheret aku masuk ke dalam.. sambil2 tu dia turut menerangkan beberapa perkara kepadaku sepanjang perjalanan. aku sekadar mengangguk kerana kak munah sudah beberapa kali bercakap perkara yang sama.
    "jangan menggatal. hati2 bila buat kerja. pastikan semuanya teratur. bos akak ni lain cikit..jangan buat silap, dia paling anti tau."
    Masih teringat aku pada ungkapan2 yang sama itu..tersengih sorang diri aku bila mengingatkan semua itu.
    "bos akak tu hensem tak?" Sengajaaku bertanya. bukan apa.. aku malas mendengar ungkapan yang sama dari bibir kak munah yang ramah itu.
    "hensem sangat2 tau.. Kak munah bekenan sangat tapi perangai dia je la pelik sikit.. pendiam tapi suka marah2. tu la yang akak nak dee hati2 tu.. tak pasal2 nanti dee kena."

    alahai kak munah ni.. Hensem sangat ke bos dia ni.. dalam puji siap mengutuk plak tu..garang ke? alahai mak.. tentu xhensem pun..yela.. dah garang sangat..mesti muka bos tu macam cuka masam..hehe..


Tugasku sebagai kerani tidaklah begitu membebankan.sempoi je.. Bila disuruh menaip baru la aku kelam kabut menyiapkannya. kawan2 sekerja pun ramah je.. Sepanjang minggu aku berada di sana aku tidak pernah berjumpa lagi dengan bos kak munah..
Entah la.. dengar kata dia pergi holiday..
    "dee, tengah hari ni dee free x?" Murad bertanya. Murad ni pembantu akauntan kat jabatan tu. Sejak aku masuk ni, selalu je dia menempel kat meja aku.. asyik tersengih2 je..Aku ni apa lagi, layan je la.tu pun bila aku tak de kerja..dah ada kerja jangan harap aku layan..
    "xde. kenapa?"
    "kita keluar makan nak?".
takut2 dia bersuara. Aku tersenyum memandangnya.. Ada hati nak ajak aku makan nagn dia.. tapi muka si Murad ni boleh tahan la.. Bukan aku tak pernah dengar kat munah beritahu perangai murad yang suka berfoya nie..dah berbini tapi ada hati nak tambah satu lagi..
"kak munah, abang murad nak belanja. Jom la.."pantas aku bersuara saat aku melihat kak munah yang menghampiriku..
Bagai mengantuk disorong bantal kak munah bersetuju.
"tau2 je dee ni.. Kak munah pun tengah lapar. pagi tadi xsempat nak makan."
tersenyum senang kak munah dengan rezki yang bergolek tanpa mengesyaki apa2.. aku pura2 tidak melihat wajah Murad yang jelas hampa.
    "abang murad cakap nak belanja kita makan kat hotel sebelah".Sengaja aku menambahkan lagi.
    "hotel? Waa, kaye murad sekarang..Eh.. kenapa tetibe je baik sangat ni?"nyata kat munah sudah mengesyaki sesuatu di sebalik ajakan murad tadi..
    "ala, murad ni raikan dee keja kat cini. nak pegi berdua takut orang mengata nanti.. lagipun dee dengar abang murad ni sayang sangatkat bini dia...murad ni pun suh la dee ajak akak sekali..tak de la timbul fitnah nanti."
    Aku menjeling Murad yang jelas tergamam..Terkejut mungkin dengan kata2 aku.. Namun dia tetap tersenyum bila kak munah memandang ke arhnya dan berkata."betol ke ni murad?".
    Teragak2 murad mengiyakan kata2ku. jelas dia malu untuk menafikannya. takut..

    tengah hari itu, aku dan kak munah makan dengan kenyang.. Murad pula tersenyum dalam paksa..menyesal mungkin. yela, bukan sedikit duit terpaksa dihulur bagi membayar makanan yang kami order..Aku rasa murad pasti serik untuk mengajakku lagi.

shakean Publish time 22-3-2009 06:02 PM

Dua minggu berada di situ, aku sudah serasi.. segala kerja mampu aku siapkan dalam masa yang ditetapkan. Kak munah nyata gembira dengan prestasiku..Malah kata kak munah, bosnya memuji hasil kerjaku..
    sebenarnya aku tak pernah berkesempatan berjumpa dengan ketuaku sepanjang bekerja..yela, mejaku yang berada agak jauh dari pejabatnya membuatkan aku cuma mampu melihat dari jauh namun tidak pernah bersua secara dekat. Masuk je office, ketuaku terus masuk ke pejabat.. tak keluar pun.bila dia keluar, aku sudah berada di gerai menikmati makan tengahhari..bila aku masuk, dia masih di luar.. begitu la rutin nya setiap hari..
    Yang jelas, telingaku sudah lali mendengar pujian yang lahir dari bibir kawan2 pejabat.. apa lagi, mengenai kekacakannya la..malah ramai yang menaruh hati ingin berkahwin dengan bos aku tu..
    "siti, nak g mana tu?"
    Soalku ramah pada siti.. dia ni lagi muda dari aku tapi aku yang paling baru kat sini. Dia memberi isyarat dengan ekor matanya..
    "aku nak kirim bleh?"
    "kau nak makan apa? kenapa xkuar ari ni?"ramah pula siti bertanya.
    "aku banyak keja nak kena siapkan ni.. bos mintak petang ni.." ujarku sambil menunjukkan beberapa keping fail yang menimbun di mejaku..Yela, kak munah cuti dua hari.. keja2 dia terpaksa la aku siapkan..
sebenarnya aku bukan nak merungut. tapi bila kak munah tak ada aku memang rasa penat.. keja dua orang aku kena siapkan. dengan kerenah bos yang asyik menelefon bertanya bila surat2 nak siap..


    "kak munah.."
   Aku mendengar satu suara memanggil nama kak munah dibelakangku namun aku tak hiraukan.. dia panggil kat munah kan, bukannye aku.. terus saja aku mengemas fail2 di tangan..
    "kak munah.. fail saya nak tadi kat mane?"
    lelaki tadi masih jugak bertanya..tiba2 aku teringat..Ya Allah, kak munah kan cuti hari ni.. dia bercakap dengan aku ke?aku ni dia ingat kak munah ke?



lelaki itu memandang pekerjanya. sudah beberapa kali dia bertanya namun tiada jawapan yang keluar dari mulut kak munah..Dia seolah2 tak wujud..Dah pekak ke kak munah ni..
    ""kak munah, fail saya mana?"
    ujarnya sedikit meninggi.. sakit hati bila permintaannya tidak diendahkan.Dia bukannya lelaki yang sabar..
    "fail yang mane encik?"
    pekerjanya bersuara tapi masih tetap membelakangkannya..
    Lelaki itu hairan. suara kak munah hari ni lain.. sakit ke dia?
    "fail megATREND.."ujar lelaki pantas. dibiarkan saja persoalan tadi mati di situ..Walaupun begitu, matanya masih tajam memerhatikan pekerjanya.. kak munah dah makin cerah ke? soalnya sendirian bila melihat tangan yang halus itu mencapai beberapa fail. mencari..
    dipandang batang tubuh yang membelakangkannya.. pakaian kak munah dah lain. aik, dah kurus ke dia skang?.. makin lama dia melihat, makin yakin dia yang pekerjanya itu bukan kak munah.. lenggoknya lain, tubuh ini lagi kurus dari kak munah.. malah agak tinggi...
    "kak munah.."
    "apa lagi encik?" pantas pekerjanya bertanya.
    Sah.. ni bukan kak munah.. tapi siapa? ada pekerja baru ke?
    "tak ada apa.. mana fail yang saya mintak tadi?"
    pantas sahaja pekerjanya itu menghulurkan fail tersebut bersama senyuman di bibir..
    lelaki itu memandang pekerjanya dengan pandangan yang bersahaja. dia terkejut namun pantas sahaja dia menstabilkan dirinya.. malu kerana tersilap orang..
    "baru masuk ke?"
    soalnya kaku..
    pekerjanya menganggukkan kepalanya..
    "terima kasih".
    Ujar lelaki itu dan terus berlalu masuk ke biliknya..


dia..
    malu betul dia pada pekerjanya itu.. cepat2 dia pergi dari situ. Bukan dia tidak nampak senyuman yang pekerjanya hulurkan padanya, namun senyuman yang ikhlas itu seolah2 mengejeknya. Malah tika dalam biliknya pun mukanya masih merah menahan malu.. perasankah pekerjanya akan perasaannya saat itu?

    Baru dia teringat yang memang ada kerani baru yang bekerja di situ.. ya, waktu itu dia sibuk.. bercuti bersama kekasihnya.. Pekerja yang baru masuk itu seolah-olah pernah dilihat.. di mana ya.. akalnya sibuk bekerja namun wajah yang dirasakan pernah ditemui masih belum diketahui.. mungkin di lif? kedai?.. namun akalnya masih menidakkan anggapannya itu..

    malas aku nak fikir lagi..

dan dia meneruskan kerjanya yang tergendala..

    aku..
    aku tersenyum sorang2 mengenangkan kejadian tengah hari tadi.. ya.. aku dapat melihat telinganya yang merah.. sah2 bosnya malu.. haha..

    cepat2 aku masuk ke dalam lif.. ramai la jugak manusia yang ada dalam lif tu.. ketat..bila aku masuk je, satu bunyi aneh kedengaran di telingaku.. beberapa orang manusia kat situ memandangku sambil tersenyum.. mengejek mungkin.. mula2 aku buat bodoh je tapi makin ramai yang menjeling..yela2..pantas aku keluar..
   
    macam mane lif tu nak gerak kalau aku ada.. dah lebih muatan..
    hai.. lambat lagi la aku nak tunggu lif gerak balik..aku mengeluh sendirian.. memandang kaki.. cantik jugak kasut ni ye.. cepat je fikiran aku ni melayang..

    sedang aku asyik memandang kaki dan memuji2 kasut yang aku pakai, aku melihat ada sepasang lagi kasut kat sebelah aku..Aik, kasut sapa pulak ni.. aku memandang penuh minat kasut yang diperbuat daripada kulit itu.. cap buaya.. mahal jugak kasut ni.. kat mane dia beli ek..aku pandang kasut dia dan aku pandang kasut yang tersarung di kakiku.. jauh beza.. macam langit ngan bumi..
    macam ni la agaknya yang orang cakap tengok kaki dulu pun dah tau sapa tuan punye.. banding kasut yang tersarung di kaki aku dan kasut kulit cap buaya yang dia pakai, dah nampak beza nilai duit di mata.. teringat aku pada paklong.. teringin aku nak belikan dia kasut mahal seperti tuan punye kasut kat sebelah ni.. mesti cantik..

Lelaki itu tetap sabar menunggu.. jam di tangan dipandang sekilas.. awal lagi.. bentak hatinya.. dipandang teman yang asyik menunduk itu.. sakit agaknya..
    pantas aja dia teringat pada kerani barunya.. teman yang berada di sebelahnya..perhatiannya beralih pada kerani itu.. apa yang dia fikir agaknya..
    dipandang wajah itu penuh minat.. tertanya2 dengan sikap yang ditunjukkan..wajah itu biasa je, tiada tandingan dengan kekasihnya..hidung yang sederhana, kulit yang kuning langsat, mata yang bundar..dan mata itu tetap memandang ke bawah.. seolah2 ada sesuatu yang lebih menarik perhatiannya.. matanya dipandang ke bawah, cuba untuk mengagak apa yang dipandang oleh keraninya.. tiada apa2 yang menarik..huh..

    ingin sahaja dia menyapa keraninya namun dia masih diam.. keringkongnya saat ini tidak mampu mengeluarkan suara.. bukan sakit tekak..malu, tidak jugak.. tapi ada sesuatu yang

shakean Publish time 22-3-2009 06:03 PM

menghalangnya untuk bersuara.. ego mungkin..

    tiba2 dia terdengar sesuatu.. bunyi deringan yang sayup2.. dilihat keraninya mencari sesuatu di dalam beg tangannya dan bercakap dengan seseorang..
    Dia memandang semula ke lif namun telinganya masih dapat mendengar patah yang keluar dari mulut keraninya..Berbual dengan siapa agaknya.. kekasih ke? mesra aje bunyinye..


"so, dah biasa blim ngan keja tu?"
    aku menganggukkan kepala. dah macam burung belatuk. mamat ni kan, xsabar2 la..tunggu la aku rilex dulu.. baru je jatuh punggung kat kerusi dah tanye memacam..aku sepak kang..
    aku pandang kawan di sebelah.. tersengih2 je dari tadi. muka aku je yang masam.. penat woi..
   
    "bagi la aku rehat dulu.. xlari nye aku.."
    Dia memandangku..wei, jangan la pandang macam nak telan orang je.. meremang aku..
    "ko rehat dulu k. 5 minit ckup?"
    Aku pandang wajahnya..5 minit je. hampeh tol..kami saling pandang memandang.. macam lagu tu..masing2 xmau mengalah.. aku kalau xkenal ngan mamat ni gerenti jatuh cintan kat dia.. ye la..hensem giler.. sib baik tuan dia x giler..mate dia.. fuhh.. bleh cair bila tenung lame2..kuch2 hotak hang..

    "dah jatuh cinta ke?" ayatnya itu mematikan tenungan aku padanya.. Dia tersengih sambil mengangkat kening.. ala2 ziana ada la jugak..
    "jatuh.. dah jatuh pokok" aku membalas geram.. dia ni kalau xmenyakat aku xbleh ke? ada2 je perangai nak sakitkan ati aku..

   " sblum makan, aku nak kenalkan kau ngan member aku ni.Saleh.. ni dee"
    Aku mengangguk pada temannya.. masih jugak ngan aksi tadi.. tersengih je..
    "Saleh ni suka senyum ke?" aku menyapa ramah..
    "haa... xde la..saje je.." balasnya lembut.. alahai mak, sore dia, garaunye.. macho..
    Aku pandang Zamri..Zamri mengangkat keningnya..ni sorang lagi.. suka pakai bahasa isyarat..
    "saleh satu tempat kerja ke ngan zam ni?"
    Saleh mengangguk..Dipandangnya aku penuh perhatian.. apahal lak ngan member zam ni..
    "Zam, paklongkirim salam kat kau.."
    Aku alihkan perhatianku pada Zamri. tidak berapa gemar dengan pandangan yang temannya tunjukkan padaku..malas nak layan.
    "so, bila kau nak terima tawaran tu?"
    Aku terpana.Nampaknya zamritelah terlebih dahulu tahu.. dari mana dia tahu..
    "aku tengah fikir la ni.. gaji yang dia tawarkan memang lumayan tapi jauh la..."
    "Apa plak yang jauhnya.... Dekat je la..ke ada apa2 yang aku kena tahu.."
    Aku merengus..Zamri cuba mengorek sesuatu yang aku sembunyikan dari dia.. apa yang sebenarnya aku tak pernah bagitahu Zamri ye..
    "tak ada ap2 la..nanti la aku fikirkan.."balasku hambar..
    perbualan yang sekejap itu namun dah mampu mamatikan aku dari terus ramah besuara.. Ya.. ada sesuatu yang memang zamri tak pernah tahu.. malah, rahsia ini aku simpan seorang..

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


aku termenung lewat malam itu.. perbualan aku dengan zamri nyata membawa kembali memori yang aku tinggalkan selama hampir 3 tahun..ahh.. kenapa aku harus ingat kembali pada peristiwa itu..bukankah aku telah biarkan semuanya terkubur selama ini..
    Adakah semua ini telah ditakdirkan.. kenapa aku harus berjumpa dengannya.. kenapa dia harus mendesak aku kepada sesuatu seperti ini.. membawa aku dalam dilema kembali... tidak cukup ke dia sakitkan hatiku suatu masa dulu. Buat aku tidak mempercayai lelaki sepertinya lagi.. kau kejam.. Kenapakaumengganggu hidup aku..


"diya, we need to talk.."
"siapa awak?" soalku sinis..lelaki itu mula mengganggu hidup aku. apa sebenarnya niat dia padaku..
"diya.. jangan pura2 tak tahu.. jangan palingkan muka diya pada arill.. we do need to talk.."dia masih berusaha untuk bercakap denganku..
"sorry encik.. saya betul2 tak kenal encik. kita pernah jumpa ke sebelum ni?" aku dapat melihat desakan yang terpancar di matanya. aku peduli apa.. bukankah ini yang dia inginkan satu masa dulu..hubungan kita putus..

"diya.. please..jangan pura2 lagi..arill rayu jangan buat arill macam ni.." tangannya mula mencari dan memegang tanganku.. eh, lelaki ni.. senagn2 je pegang tangan orang ek.. kau ingat aku akan lembut ke?

"encik, baik encik lepaskan tangan encik ni.." aku memberi amaran..
dia mengelengkan kepalanya.. degil. bentak hatiku..

"sebelum saya jerit baik encik lepaskan tangan encik ni.. saya tak kenal encik..tolonglah.." aku masih berkeras untuk tidak berbula dengan lelaki itu..biar dia rasakan. bukankah dia dulu yang pernah meminta agar aku lupakan dia. lupakan segala kenangan bersama. lupa yang dia pernah hadir dalam hidupku.. sekarang dia ingin aku lupakan segala kata2nya dan bersikap seolah2 tiada apa pernah berlaku antara kami.. huh.. jangan harap..

"diya... listen here..."
aku melihat seseorang melihat seseorang keluar dari perut bangunan tempat aku kerja.. pantas saja mulutku menjerit meminta bantuan..


"encik.. tolong.. orang ni cuba paksa saya keluar.. saya xkenal pun dia.." aku buat muka kesian..
alamak, bos aku rupanya... malunya.. di belakang dia aku melihat satu lagi wajah.. macam pernah dilihat.. tapi di mana ye..

"awak siapa?" dia bertanya dengan wajah yang tegang.. nampak macam marah namun aku tahu dengan raut muka yang serius macam tu, sesiapa yang melihat pasti menyangka bahawa dia seorang yang garang..

"saya kawan dia encik.."arill memandang lelaki yang baru je mengganggu perbualan dia dengan diya.. perbualan ke macam ni.. nak mengaku kenal pun diya tak sudi.. inikan pulak nak berbual..

"awak kenal lelaki ni?"soal lelaki itu pada diya..
Diya mengelengkan kepalanya.. aku takkan mengaku.. tidak sekali2..

"encik.. sila pergi dari sini.. perempuan ni cakap dia xkenal dengan encik.."

"tapi saya memang kawan dia encik.. diya... please... jangan buat macam ni pada arill.."arill masih berharap. berharap yang diya akan berlembut hati.. dia tidak menyangka hati diya akan manjadi sekeras itu.. bukankah dulu diya seorang yang lembut hati..

lelaki itu sekali lagi memandang ke arah diya.. seolah2 menginginkan kepastian pada tiap patah yang keluar dari bibir lelaki yang mengaku kawan diya.. hatinya mengatakan yang gadis dihadapannya memang mengenali lelaki itu.. ada sesuatu yang cuba disembunyikan oleh gadis itu.. kenapa gadis itu cakap yang dia tidak mengenali lelaki tampan itu..

"encik, saya memang tak kenal lelaki ni.."aku bersuara.. wajah bos yang tertanya2 itu mengundang gelisah di mataku.. pandangannya seolah2 ingin mengcungkil sebanyak mungkin

shakean Publish time 22-3-2009 06:03 PM

rahsia yang ada padaku....

"baik encik pergi sebelum saya panggil security.. "dia memberi amaran..

aril tergamam.. usahanya untuk berbincang dengan diya nyata buntu.. diya nyata sudah nekad...

"arill mintak maaf.." ugkapnya sebelum melepaskan tangan diya dan berlalu dari situ.. dia bukan takut pada amaranlelaki itu.. dia takut diya akan terus menolak dan memalukan dia lagi..tapi hanya utk hari ini. dia akan pastikan yang diya akan mengaku kalah padanya sama saperti yang pernah dia lakukan dulu.. itu tekadnya..


"awak kenal lelaki tadi?" soal hakimi..nyata dia tidak dapat menyembunyikan rasa ingin tahunya pada kerani pejabatnya yang selamba itu..
"saya memang tak kenal encik.."aku cuba menjawab seyakin mungkin.. sedar yang tindak tanduknya sedikit sebanyak menimbulkan rasa curiga di hatinya..

"awak ok ke kat sini.. ke nak kami temankan.."soal hakimi lagi..

"tak apa encik.. saya ok.."aku membalas.. ntah la.. bosnya ni mesra semacam je.. kawannya disebelah tetap diam sambil menghulurkan sebuah senyuman padaku.. aku membalas senyumannya.

"ok lah. saya pun ada kerja ni." hakimi bersuara dan terus mengajak temannya ke keretanya..

"siapa tu?" soal ikmal ingin tahu..

"kerani kat office aku.." balas hakimi..

"sejak bila kau ambik berat kat pekerja kau ni?"ikmal menyoal sinis.. melihat pandangan hakimi pada gadis itu, dia dapat melihat tarikan pada mata hakimi.. atau dia yang terlebih menduga..

"dia pekerja aku.. lagipun kau pun aku rasa sama je..kau akan tolong jugak.. "

"aku macam pernah nampak la budak ni?" ikmal bersuara..

hakimi berpaling ke arah ikmal.. ingin tahu.. dia jugak merasakan yang dia pernah bertemu dengan keraninya itu..
"kat mane?"

"kat mane apenya?" soal ikmal lagi.. dapat dilihat rasa ingin tahu hakimi pada perbualan ringan ni..
"kau jumpa dia kat mane? aku pun macam pernah tengok tapi aku tak ingat kat ner la.."

"kau ni.. xsabar2.. tunggu sat ye.. aku gain memory ni... pejam mate.. tutup telinga....bla..bla..." ikmal membebel seorang diri.. memang itul;ah sikapnya bila dia ingin mengingat sesuatu.. mulutnya asyik membebel, menyebut satu persatu walaupun mereka yang mendengar tidak tahu apa yang dia katakan..

Tapi tu bila dia bersama hakimi atau rakan rapatnya.. bila menyentuh soal kerjaya, nyata dia seorang yang serius dan boleh diharap untuk melaksanakan setiap pekerjaan yang dipertanggungjawabkan padanya...

"haa... aku dah ingat dah.."
hakimi teruje mendengar...

ikmal diam tidak terkutik.. sengaja menyeksa hakimi..

"cepat la mal.."

"tak sabar la kau ni.. Kau tau.." sengaja ikmal tidak menghabiskan kata2nya.. memandang hakimi yang memandu..

"dia perempuan sama yang pernah kita jumpa kat hutan hari tu.." balas ikmal..
perempuan mana?" soal ikmal lagi..

"ala.. perempuan yang kau cakap hantu tu.. yang melambai kita kat tengah hutan.."balas ikmal sambil tertawa perlahan..

hakimi tertawa.. teringat dia akan paksaan dia yang tidak mahu ikmal memberhentikan kereta kerana menyangka gadis yang melambai minta tumpang tu hantu..

"dia ke?" soal hakimi masih tidak berpuas hati..

"ha'a.. dia la..kenapa?"
hakimi diam.. tidak ingin menambah apa2..

ikmalnampaknya masih ingin bersuara..
"aku heran la.. muka dia tak de la menarik sangat tapi ramai betul lelaki yang kejar dia.."

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Arill geram.. teringat dia akan penolakan diya terhasapnya... diya, kenapa hati diya keras sangat.. dah macam2 cara arill guna untuk lembutkan hati diya.. tidak cukup ke dengan setiap rayuan yang arill persembahkan untuk diya.

Diyana amylia.. gadis yang satu masa dulu pernah bertakhta di hatinya.. pada mulanya dia tidek pernah berminat pada gadis itu.. dia tidak secantik mana.. rupa paras yang biasa jika diikutkan dengan kawan2 lain yang pernah dikenali..persahabatan yang pada mulanya kawan akhirnya melahirkan perasaan cinta padanya.. diya seorang yang memahami dan tidak pernah mengongkong setipa tindak tanduknya.. malah terlalu mempercayai dirinya.. kerana itu, kepercayaan yang diya berikan membuatkan dia tamak.. mengambil kesempatan ke atas kebaikan diya.. dia berpeleseran dengan gadis lain.. malah pernah tertangkap oleh diya,namun, gadis itu tidak pernah melenting..apatah lagi meminta perpisahan..

diya.. kenapa la diya degil sangat..

"arill, janji ngan diya boleh?"
"apa saja sayangku diya.."ujarnya mesra.. tertawa dengan diya yang manja.. bila berduaan macam ni baru dia dapat melihat kemanjaan diya.. melihat tawa riang diya..

"arill jangan tinggalkan diya..."
aril memandang pemandangan tasik yang luas di matanya.. aku amat menyayangimu.. mana mungkin aku tinggalkan kau sayang..
"kalau arill tinggalkan diya.."
arill terasa tangannya sakit.. aduh..
rupa2 diya sudah mencubit tangannya.. geramm..

"sakit la sayang.." arill menjerit.

diya buat tak peduli.. satu lagi cubitan singgah dilengannya.. kali ni lagi kuat..aduh.. sakitnye..

shakean Publish time 22-3-2009 06:04 PM

"ariill janji... diya takkan tinggalkan arill.."

"diya takkan tinggal arill. tapi arilltu.. akan tinggal diya ke tak?"

"kalau arill tinggal diya... diya bunuh arill.. tembak kat dada ni k sayang.."janji arill dalam gurauan..

tertawa diya dengan tingkahnya..

Tuhan.. aku ingin sekali nikmati saat indah ni..

Arill menggaru kepalanya.. saat2 indah bersama diya masih terbayang lagi di kepalanya...

"arill tinggal diya.. diya bunuh arill.."kata2 yang masih bergema ditelinganya..

ya.. diya telah membunuhnya.. melenyapkan dia dari ingatannya.. memadamsegala memori mereka..diya... arill mintak maaf.. air matanya menitis penuh kekesalan..arill menyesal..

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


"zam.. hati2.."aku menjerit ke arah zamri..memberi arahan..

aku memandang gadis yang terbaring lesu di jalan.. kepenatan dan ketakutan..pantas saja langkahku bergerak ke arah gadis yang jelas menggigil..

"adik tak pape?" aku bertanya.. sebaik tanganku menyentuh bahunya, aku dapat merasakan ketakutan yang dihadapinya.. ya, aku pernah mengalami apa yang gadis ini rasakan..

dia cuma menangis teresak2.. tidak mempunyai kekuatan untuk bersuara.. tragedi yang berlaku tadi membuatkan dia takut..

"dahla 2.. akak ada.. adik jangan nangis lagi.."aku membawa dia ke dalam pelukanku.. cuba membuang segala ketakutan yang dia rasakan..

mataku masih memandang zamri yang sedang bergelut dengan empat orang pemuda.. aku bimbang.. zamri kulihat agakkepenatan brgelut dengan mereka.. ya allah, jangan la Zamri cedera..

"adik dok sini ye..."aku memegang bahunya dan ingin bangun..
dia memegang erat tanganku.. tak ingin melepaskan..

"sekejap je.. adik jangan takut ye.." perlahan lahan aku tanganku memegang tangannya dan mengembalikan tangannya ke riba.. aku menepuk2 memberi ransangan kepadanya..

pantas kakiku bergerak ke arah Zamri.. tersenyum dia memandangku..

"dah penat ke zam?"aku menyoal sinis.. selepas itu memandang musuh di hadapan..
"perut aku penuh la... kurang stamina.. " balas Zamri sambil melepaskan penat bergelut dengan pemuda2 di hadapan..

pemuda itu memandangku dengan pandangan penuh ejekan..

"phewitt.. dia bawak geng la.."

"perempuan plak tu.." seorang lagi mengejek..

aku merengus.. mentang2 la aku perempuan..

"zam, kau handle je la budak dua orang tu.. aku handle budak ingus ni.. biar mnangis.." ujarku..

Zamri mengenyit mata padaku.. paham dengan anginku yang membara..

aku menggengam tanganku erat.. bersedia untuk mempertahankan diriku..

"amboi.. garangnya cik adik kite ni.."pemuda tadi masih mengejek..

"kalau jantan sangat mai la.. " aku memberi cabarann..

dia tersenyum.. kawannya bergerak ke belakang.. mengepung aku..

"takkan takut kot.." aku menyoal sinis.. sengaja membangkitkan kemarahan mereka...


entah..
Dua lawan satu.. nampak tidak adil tapi lagi adil daripada zmri menghadapinya seorang diri.. itu lebih baik..

aagak sukar untukku mengalahkan kedua2 musuh sekaligus.. mungkin aku kurang bersenam dan berlatih sejak akhir2 ini.. namun aku bersedia dari segi mental dan fizikal..

Ya Allah.. lindungilah aku dan Zamri.. lindungilah jugak gadis itu ya Allah..

Aku menangkis semua serangan yang ditujukan padaku... namun ada kala, mereka berjya juga memecahkan tembok pertahanan yang aku bina.. sakitnya hanya tuhan yang tahu.. selepas berhempas pulas, akhirnya kedua2 mereka tumbang.. begitu juga lawan zamri.

"adik tak apa2 ke?"zamri bertanya..
gadis itu menganggukkan kepalanya...aku memandang penuh simpati.. tentu dia ketakutan selepas apa yang dia alami sekarang.

"zam, kita kena hantar dia balik ni.. nampak macam trauma je"

Zamri menganggukkan kepalanya.dia memahami apa yang aku fikirkan..

"adik nak pergi klinik ke?"aku bertanya.. takut jika sebelum kedatanganku berlaku sesuatu yang pelik..

gadis itu mengelengkan kepalanya..
"saya x apa2.. saya nak balik"ujar gadis itu dalam tangisan..
Dalam kereta, Zamri cuma menjeling ke arah gadis itu. melihat pada pakaian yang tersarung di tubuhnya dia pasti yang gadis itu bukan sebarangan orang.. orang kaya ke ada hubby yang support dia..

rambut gadis itu diwarna perang.. dah melayu tu wat la cara melayu.. kan lagi cantik berambut hitam. macam orang cakap, hitam itu menawan.

Baju sendat menghiasi batang tubuh gadis itu.. menampakkan semua lekuk tubuhnya.. dah pakaian macam ni, lelaki mane tak teruje..hui... daring giler..

shakean Publish time 22-3-2009 06:04 PM

"where are u going.." lisa menyoal keras... geram dengan hakimi yang tiba2 bangun dari katil.. kehangatan yang dirasai sebentar tadi mati di situ..

"i'm going home" balas hakimi sambil melemparkan senyuman buat lisa.. buka dia tidak suka berada bersama dengan lisa tetapi panggilan yang diterima sebentar tadi mamatikan niatnya untuk tinggal di situ..

dipandang tubuh gebu lisa.. muka lisa yang merah menahan marah. im sorry lisa.. i love u..

"sayang... i need u.. please.." lisa menukar rentak dia tahu saat hakimi bangun dari katil, dia akan ditinggalkan keseorangan.. semuanya gara2 panggilan yang diterima sebentar tadi..ditarik tangan hakimi untuk kembali ke katil..menggoda..

"bukan sekarang sayang.. lain kali ye.." pujuk hakimi lembut.. melihat lisa yang hanya berselimut memang meruntun perasaannya.. namun apa dayanya, panggilan dari adiknya membuatkan dia terpaksa pergi.. esakan adiknyamembuatkan dia bimbang..

"sayang... please... please..." lisa cuba memujuk lagi..

hakimi memandang lisa.. dia tersenyum.. lisa.. gadis itu cukup menggoda.. dia menarik lisa ke dalam dakapannya..

"sorry.. i kena pergi.. my sister call tadi.." ucap hakimi dan menghadiahkan kucupan mesra di dahi lisa.. berharap lisa akan terpujuk dengan penerangannya..bangun dari katil dan terus bersiap2 untuk keluar..

lisa memandang hakimi yang pulang dengan hampa.. hari ini, dia keseorangan lagi.. dia benci pada adik hakimi.. kenapa mesti dia mengacau saat intim mereka bersama... huh.. ditarik selimut menutup badannya yang kesejukan..


aku memandang pada gadis yang memperkenalkan dirinya sebagai sha itu.. dia kelihatan menggigil kesejukan dalam hawa dingin kereta.. 20 minit terasa begitu cepat berlalu..

"sha umur berapa?" aku bertanya.. sebenarnya akutidak suku dengan suasana yang sunti ini.. jam pun sudah menjangkau pukul 1 pagi.. patutnya pada waktu ini aku sudah lena di atas katil. tidak perlu risau akan apa2..Zamri pla kulihat sudah lena ditempatnya.. mengantuk dan letih agaknya..aku ingin tidur tapi bila melihat gadis itu yang terkebil2 menanti abangnya, aku mematikan niatku.. nampak tak sopan pulak..

"21 akak.."
"dah boleh mengundi la ek" aku berkata spontan..
dia tersenyum dan menganggukkan kepalanya.. entah.. teringat masa aku belajar dulu, bila je orang bertanya tentang usiaku, aku dengan senang menjawab.. tapi sekarang, bukan usiaku yang menjadi persoalan.. apa yang selalu disoal rakan2 adalah bila aku akan kahwin? dah berapa orang anak?

tersenyum aku mengenangkan gelagat rakan2ku.. ramai antara mereka sudah berumahtangga dan ada anak.. aku pula sibuk dengan buku2 ku.. tamat je ijazah, aku terus menyambung pengajian ku..

bukan aku tidak pernah mimpi untuk berkeluarga.. malah angan2 yang indah itu masih kekal tarcatat di dalam diariku.. sejak kecewa dengan arill, aku tidak pernah memikirkannya.. angan2ku telah terhapus bersama dengan kekecewaan yang aku alami..
selama tiga tahun aku hidup dalam kesakitan.. akhirnya aku bangkit semula menjadi seorang yang lebih kuat..lebih cekal.. dan arill mula sedikit demi sedikit meretakkan benteng yang aku bina untuknya..

"tu siapa" sha menyoal lembut.. dipandang Zamri yang lena.. cutenya.. dipandang gadis yang masih menemaninya..
"Zamri" ujaraku lembut..

"suami akak ke?" soal sha ingin tahu.. entah kenapa dia merasakan satu perasaan yang tak difahami sedang menceroboh hatinya..

"kalau ye kenapa?" aku menyoal balik.. aku memandang sha yang asyik merenung Zamri yang sedang tidur itu.. pantas aje matenya dialihkan saat melihat aku memandangnya dengan asyik.. seperti mana asyiknya dia memandang zamri..

"tak ada apa la kak.."balasnya sambil menggigit bibirnya perlahan.. kantoi.. ntah macam mana di tak sedar yang dia sedang memandang Zamri yang tengah tidur tu.. dan temannya itu nampaknya perasan akan pandangannya.. malu2.

aku memandang wajah sha yang memerah itu.. sedar yang gadis itu malu dengannya.. melihat telinganya yang merah itu mengingatkan dia pada seseorang.. bosnya.. mereka berdua mempamerkan reaksi yang serupa bila malu.. telinga akan merah..

"comel" tanpa sedar aku berkata.. sha memandangku dengan pandangan heran..
"apa dia kak?" sha bertanya..
"telinga sha.. selalu ke merah macam ni?"aku bertanya ingin tahu..

dan persoalan aku mendapat reaksi yang sama.. telinga dan pipi sha makin merah dengan pertanyaan itu..
"emmmm..."kulihat sha menggigit bibir bawahnya..

"akak bukan apa sha... sha nampak cute sangat bila malu.. nak2 muka dan telinga sha yang merah tu.. " aku menerangkan..

sha mengangkat kepalanya memandang dee.. dia tidak pernah menerima komen yang begitu dari sesiapa pun.. tapi dee begitu ikhlas dalam kata2nya.. sha tahu dee takkan berbohong..

"betuk ke akak?"

"betul.. macam bos akak.. cute sangat bila telinga dia merah.."balas aku sambil tertawa kecil..

tetiba, seseorang memandangku dari cermin tepi.. aku terkejut yang amat..takkan la.. baru je sebut dah muncul.. mungkin bayangan aku je.. aku memandang lagi teliti.. ingin mengesahkan apa yang aku lihat..

tok..tok..tok..

ketukan di cermin itu mengesahkan apa yang aku pandang.. aku menutup mulutku..Ya allah.. jangan la dia dengar apa-apa tadi..

sha keluar dari kereta.. begitu jugak aku.. Zamri aku biarkan dengan lenanya.. tidak sanggup mengganggu tidurnya..

aku memandang lelaki itu.. dan dia turut memandangku..

"apa hal ni sha?" hakimi bertanya penuh minat.. bukan panggilan sha yang membuatkan dia bertanya penuh minat tapi kehadiran kerani di depan rumahnya membuatkan dia tertanya2..

"sha nak tumpang rumah abang malam ni.. boleh?" sha bersuara..

"kenapa?"hakimi menyoal lagi.. dia memandang adiknya dan matanya kembali memandangkeraninya yang asyik menunduk.. pandanglah ke sini.. rayunya dalam hati..

"emm..emmm... nanti sha citer.."balas sha kalut.dia tak tahu bagaimana dia harus menceritakan perkara yang menimpanya dalam masa yang singkat..

"sha.. akak rasa akak nak balik dulu la.." aku targagap2 bersuara dan memandang ke arah sha.. aku tak berani memandang bosku.

"apa awak buat kat sini?" hakimi mula menyoal.. dia tahu yang keraninya ingin mengelakkan diri darinya.. sekali lagi..

"saya hantar sha ni.. ok la.. saya kena balik ni.dah lewat.. esok nak kerja."
aku bersuara perlahan..cuba mengelak dari bosku..

hakimi memandang keraninya yang kelam kabut melarikan pandangan matanya dari melihat matanya..

dilihat keraninya itu membuka pinti kereta dan mengejutkan seseorang sebelum dia sendiri turut masuk ke perut kereta.. yang pasti, pemandu kereta itu adalah lelaki..

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


arill menjerit sekuat hatinya...
ahhhhh...

pertemuan pertama sejak mereka berpisah terbayang di matanya..
Diya dayang ke pejabatnya untuk ditemuduga..

"masuk.. "arahnya pada tetamu yang sedia menanti di pintu.

dia berada di situ kerana dia merupakan salah seorang panel penemuduga.Saat gadis itu duduk di tempatnya, arill masih leka menulis sesuatu di kertasnya..

salah seorang rakannya bertanya kepada gadis itu.
"perkenalkan diri anda dan latar belakang anda.."

gadis itu menjawab dengan sopan.
"saya diya amylia abdullah..."

sebaik mendengar nama itu, terus aja matanya beralih ke arah gadis itu.. diya amylia..terkejut.. lidahnya kelu.. dan dia tidak mendengar apa2 selepas merenung wajah itu.. fikiran dan pandangannya hanya tertumpu pada batang tubuh yang berkata2 itu..

diperhati penampilan diya.. berbaju kurung bunga kecil, menampakkan lagi ketinggian dan kelansingannya.. kepalanya dihiasi tudung.. sejak bila diya berudung? dia masih ingat akan rambut diya yang panjang ke paras bahu.. lurus dan lembut.. cantik.. dan diya nampak lagi manis bila bertudung..teringin sekali dia melihat mahkota yang disembunyikan diya.. hanya untuk suaminya mungkin.. dan tetiba dia cemburu pada lelaki yang bertakhta di hati diya.. masih solo atau sudah berkeluarga?

shakean Publish time 22-3-2009 06:04 PM

saat mata diya beralih ke arahnya, arill dapat melihat jelas batapa terkejutnya diya akan kehadirannya.. agak terketar2 suara diya menjawab setiap soalan yang ditujukan buatnya.. malah, pandanga diya hanya tertumpu pada kedua rakannya.. nampak sangat betapa diya tidak ingin berjumpa dengannya.. apatah lagi melihat wajahnya..

arill mengambil peluang yang ada..
"puan amylia, apa yang membuat anda rasa anda layak untuk menjadi salah seorang staff kami?"

kulihat dia menggigit bibirnya perlahan..matanya memandang wajah arill.. biarpun mata itu dilihat penuh dengan perasaan dendam, namun dia puas dapat melihatmata itu terarah kepadanya..

"maaf, saya belum mampu menyandang gelaran puan.. just cik amylia.. sayaseorang yang sanggup belajar dari asas, bertanggungjawab, boleh berkomunikasi dengan baik...bla..bla.. bla.."

Arill tersenyum girang.. dipandang diya penuh minat.. perubahan fizikal yang tidak begitu ketara jika dibandingkan dengan sikap nya yang banyak berubah.. makin agresif dalam mempertahankan dirinya..tegas dan degil.

ya.. gadis dihadapannya masih solo.. kenapa agaknya? dalam pada itu, dia masih takut kalau2 hati diya sudah dimiliki orang lain.. sudah pasti harapannya akan hancur berkecai.pertemuan yang membuahkan perasaan kasih pada gadis yang satu masa dulu pernah dia tolak.. tak malukah dia?..

ya, sebaik selesai dia mengejar diya yang melarikan dirinya.. namun bayangan dia makin lama makin hilang di depan matanya..

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


kenapa la nasib aku jadi camni..
sejak kerja kat sini macam2 benda berlaku..lagi selesa bila dok kat kampung.. pak long ada jugak tolong jaga aku.. adik2 zamri pun tak kurang membantu aku dalam menghabiskan masaku di sana..jadi gurutuisyen tok dieorang..

Arill, lelaki itu tak habis2 mengganggu hidup aku.. hidup aku sudah kelam kabut.. arill tak sudah2 mengekoriku.. ke mana je aku pergi, dia tak habis2 mengganggu..muncul tanpa aku perlu seru namanya..kenapa arill nak kusutkan hidup aku.. aku sudah tiada apa2 hubungan dengannya..

hakimi, merangkap bos aku plak.. aku tak suka dengannya.. bila dia memandang aku, aku rasa berdebar2.. jantungku kurasakan bagai nak tercabut.. nak kata aku jatuh cinta dengannya pun tak..kami bukan bertegur sangat pun.. aku paling tak suka matanya.. bersinar bagaikan ingin menyambar aku.. membaham aku sehingga tidak tinggal apa2 untuk aku lagi..

namun aku tahu yang hakimi tu tak pandang aku pun.. lelaki itu sudah mempunyai kekasih... cantik bergaya.. walaupun aku tak pernah melihat kekasihnya dengan mata kepalaku sendiri, namun aku tahu kerana pejabat merupakan tempat paling baik untuk kita mendapat berita tentang sesuatu terutama gosip2 tentang kakitangan di syarikat..


dan jugak, tawaran dari syarikat nan satu itu.. tawaran sebagai pegawai eksekutif memang aku nanti2kan.. gaji yang agak lumayan.. takkan aku nak terus kekal sebagai kerani di sini.. lagipun tujuan aku datang adalah untuk membantu pak long dan keluarga.. macam mana aku nak membantu jika kerjaku sekarang cuma cukup untuk menampung hidupku di sini..

aku memang teruja untuk bekerja di sana.. namun aku bimbang sekiranya aku menerima tawaran tersebut, aku akan tewas dengan perasaanku sendiri.. arill bekerja di situ.. menerima tawaran tersebut, bermakna aku memberikan ruang untuk arill terus mendekatiku... kami akan selalu berjumpa..


telefon yang tetiba berbunyi mematikan lamunanku.. aku memandang nombor yang tertera di skrin..number yang tidak kukenali.. aku memandang aje telefon di tanganku sebelum ia berhenti berbunyi.. salah nombor agaknya..

namun, deringan yang kedua meyakinkan aku bahawa pemanggil ini memang tidak salah nombor..aku menjawab panggilan itu..


"helo..."
"helo.. kak diya ke ni?"
"ha'a... siapa ni?"
"akak... gembiranya dapat cakap dengan akak.. kita rindu kak akak.."pemanggil itu tidak menjawab pertanyaan yang lahir dari bibir aku.

aku menelan air liurku.. entah siapa malam2 macam ni telefon aku.. suara ini memang aku tak cam..

"saya nak ajak akak keluar malam ni.. boleh?"
"mintakmaaf la dik.. adik ni siapa?"

"sorry akak..lupa plak nak saya.. nie sha.. adik hakimi..."

hampir gugur jantung aku bila mendengar nama bosku disebat.. jadi nie la dia..adik hakimi.. macam mana plak dia dapat nombor telefon aku? mesti bosku yang bagi nombor ni kat adiknya..

"sha ke ni?" tanyaku sekali lagi untuk kepastian.. walaupun aku tahu yang pemanggil itu telah memperkenalkan dirinya sebentar tadi..

"iye.. kita keluar ye akak..nanti sha ambik akak.." ujar pemanggil itu dan terus mematikan panggilannya..

aku terpana.. belum sempat aku bersuara, sha telah memutuskan panggilannya.. bagaimana sha begitu yakin yang aku akan berjumpa dengannya..budak ni, tak fikir ke dia?


setengah jam kemudian telefon aku berbunyi lagi.. aku menjawab panggilan tersebut..

"akak.. cepat la turun.. saya kat bawah nie"

aku mati kata2.. nampaknya sha memang nekad untuk membawa aku keluar..

"akak...akak ada hal la sha.."aku cuba mengelak..

"sha tunggu kat bawah.." ungkapnya dan terus mematikan taliannya..

aku memandang telefon itu geram.. dari mana la budak ni belajar buat macam ni.. tak habis2 memaksa orang...aku memandang sepi telefon tersebut.. terus menyambung bacaanku.. lantak la apa pun.. aku tak nak keluar..

lima minit kemudian, telefonku kembali berbunyi..la, tak abis2 lagi ke?

shakean Publish time 22-3-2009 06:05 PM

"sha, akak sibuk ni..nanti la kita keluar.."

"sibuk? buat apa?" soal si pemanggil...

aku terdiam..nie sapa plak ni.. aku pandang skrin telefon.. mang aku tak kenal pun..

"emm... "

"sha dan saya tunggu awak kat bawah.. apa yang awak sibuk sangat tu?"

"ni siapa?" aku beranikan diri bertanya..

"takkan bos sendiri pun x kenal.."

"tak.."lancar je mulutku bersuara..

"apa awak cakap?" suara itu bertanya lagi.

"ni en hakimi ke?" aku menyoal lagi..inginkan kepastian..

"ya sayang... boleh awak turun sekarang.. atau awak nak saya heret awak keluar?" jawab si pemanggil lantang..

aku terkejut.. belum pernah sesiapa mengarahkan aku macam ni..

"saya turun kejap lagi" ucapku sebelum mamatikan talian..

aku menghela nafas panjang.. suara bosku yang lantang memang memgejutkan aku.. sepanjang aku bekerja, seingatku dia tidak pernah meninggikan suara padaku..iniyang pertama.. nampaknya, memang betul apa yang kat munah khabarkan padaku.. jangan bermain dengan bosku..

pantas aku bersiap keluar...

di bawah, sha dan abangnya sudah sedia menanti


aku mengambil tempat duduk belakang..
tak sanggup aku dok dengan bosku kat depan..
sha begitu seronok denganku..
aku pulak separuh hati menerima pelawaan tersebut..kalau x kerana bosku, aku takmungkin akan keluar dari rumah..memang sah adik beradik.. mereka mempunyai sifat yang sama.. suka memaksa..

"akak kerja ngan abang kimie ye? nape xcakap kat sha?" sha bertanya..

"akak pun tak sangka sha nie adik encik hakimi.. kebetulan je tuh" aku membalas.

"akak blajar kat mana?"soal sha lagi.
"uk" balasku selamba.. namun tak lama kemudian aku terpana kerana mata bosku menjelingku tajam. sedar yang aku telah tersilap langkah..

"saya tak tahu pun yang awak belajar kat uk?" hakimi bertanya.. saat gadis itu menyebut 'uk' dia sudah merasakan ada sesuatu yang tak kena..

"emmm.. uk, tok ulu kinta... bukan united kingdom.." .. aku kena berhati-hati bile bercakap sekarang..

sha tersenyum memandangku..
"sha ingat betul2 uk tadi.. akak dah lama ke kerja ngan abang kimie?"

"baru lagi sha.." aku memandang en. hakimi yang memandu.. takkan la bosku tak beritahu pape pun pasal aku kat adik dia?

"akak pandai betol bersilat.. blajar kat mane? ... boleh ajar shatak?"
waa, macam2 soalan keluar dari mulut sha.. ternyata dia seorang yang amat peramah..

"akak tak pandai sangat pun.. akak belajar dengan arwah atok akak masa kecik2 dulu.. akak pun dah lama tak berlatih.. sha boleh jemasuk tek wan do. kat bandar macam ni senang nak cari pertubuhan macam tu.."

"emm... abang kimie pernah masuk tek wan do kan?" sha bertanya kepada abangnya..

hakimi menganggukkan kepalanya..

"sha nak masuk boleh?"

"nanti la abang tanya kawan abang tu.."

"thanks abang" ucap sha sambil memeluk bahu abangnya..
"sha, abang tengah drive nie.. nanti accident kang.." hakimi sedikit terganggu dngan perlakuan spontan adiknya itu..

"sorry abang.."

aku mermerhatikan keduanya... mereka agak rapat nampaknya.. entah kenapa la abangnya nak ada jugak kat sini.. aku tak selesa..


"kita nak ke mana ni?" aku bertanya.. aku prhatikan jalan2 yang en hakimi lalui, sedar yang jaraknya dengan rumahku semakin jauh..
"kita pegi makan la."
En hakimi masih menyembunyikan destinasi yang dituju..aku diam..

gegaran telefon bimbitku membuatkan aku kalut..nasib baik aku dah silent mode tadi.. aku perhatikan nombor pemanggil..Arill, apa lagi yang dia nak lagi ni..perasaanku semakin kalut.. antara hendak menjawab panggilan tersebut atau terus membiarkan ia berdering..

kubiarkan ia berdering..
namun deringan buat kali keduameresahkan aku.. en hakimi sudah mula menjeling ke arahku.. mungkin kerana melihat telefonku yang asyik berkelip2..

"akak, ada panggilan tu.. akak tak nak angkat ke?"

hish.. sha ni.. dia pun perasan jugak ke?

teragak2 aku memjawab panggila itu..
"hello.."
"hello diya.. arill rindu kat diya.."
"sorry la... saya sibuk ni."
"diya kat manatu, kita dinner nak x?"
aku memandang dua pasang mata yang menjelling ke arahku..

shakean Publish time 22-3-2009 06:05 PM

"sorry la... saya btol2 sibuk ni.." aku cuba bersuara selembut mungkin.. pantas aku mematikan talian.. aku tak ingin bercakap lebih banyak dengan arill..

sebaik sahaja aku mematikan talian, telefonku bergegar lagi.. aku pasti yang arill merupakan si pemanggil. mungkin dia tidak puas hati kerana aku telah mematikan talian.

"diya, jangan matikan talian macam tu.. arill tak suka" kedengaran suara tegas di sebelah..
aku diam.. siapa yang menguji kesabaran siapa sebenarnya.. sudah aku cakap berulang kali pada arill yang aku tak mungkin akan menerima dia kembali dalam hidupku..

" dengar, diya sibuk ni..." aku cuba mengawal suaraku..
"are u seeing someone diya?"
suara itu berbaur cemburu...
"itu tak ada kena mengena dengan awak.."

"diya dengan lelaki tu ke?"
" yup dan jangan ganggu diya lagi.." aku bersuara. aku mendengar dengusan si pemanggil. marah mungkin dengan jawapan.. sorry arill, aku kena berbohong.. kau memang tak reti bahasa..

"do you love him diya?"

aku memandang en hakimi.. meneguk air liurku perlahan.. entah.. tak berani berbohong.. aku pernah cintakan arill... dan setelah itu aku melupakan perasaanku padanya.. mencintai pelajaranku dan keluargaku..

"yes" aku terus mematikan talian..

saat itu, tiada lagi panggilan yang menghantui aku sepanjang perjalanan.harap2 arill mengerti..

"siapa tu" hakimi bertanya..jelas dia ingin tahu..

"tiada sesiapa, just kawan.." aku bersuara.. sebenarnya aku tiada mood untuk meneruskan makan malam yang sepatutnya berlangsung.. aku teringatkan arll dan soalan yang dia tanyakan padaku..

saat kereta itu berhenti di hadapan hotel, aku tergamam.. kekok kerana aku tidak berhias sebaik mungkin.. dengan jeans dan blouse, aku pasti yang diriku akan menjadi tumpuan.. patut la en hakimi berpakaian kemas dan segak. begitu jugak sha..

"kita nak makan kat sini ke?" aku menyoal.

"yup.. kenapa?"hakimi bertanya..

"why not kita makan kat tempat lain.. saya tahu satu tempat ni.. makanan dia best" ucapku sambil menaikkan ibu jariku..

"awak pasti ke?"
"sure.. apa yang bos suka makan? sha plak?"

en hakimi menyebut beberapa jenis masakan barat.. aku yang mendengar naik meluat.. dah hilang ke selera melayu en hakimi..

sha pulak tidak memilih..

"well.. kedai tu tak de menu2 yang bos sebut tu tapi saya jamin bos akan suka..exspeacially ketam.."

sha tersengih je..

dan en hakimi bersetuju untuk menurut kehendakku.. entah.. mungkin mengenangkan pertolongan yang aku hulurkan pada adiknya maka dia bersetuju untuk menurut kehendakku..


hakimi memandang keraninya.. sekejap tadi, selepas menerima panggilan, wajahnya murung dan suram. seolah-olah berdepan dengan masalah.. dan sebaik sahaja dia parking di hadapan hotel, gadis itu mula bersuara.. wajahnya kembali bercahaya.. dia menelan setiap ucapan yang lahir dari mulut gadis itu. keraninya begitu beria-ia memperkenalkan tempat itu padanya..
dia sebenarnya bukannya suka sangat makanan barat. cuma untuk menduga keraninya..

nyata, hidangan yang dihidangkan di restoren berkenaan memenuhi seleranya.. malah dia tidak segan silu meratah hidangan ketam yang diminta oleh Diya.. dan gadis itu cuma tersenyum melihat telatahnya yang bersahaja..

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


"assalamualaikum..." aku menantisi pemanggil bersuara. namun yang kudengar hanyalah dengusan suara pemanggil..
"encik cari siapa?"
aku bertanya lagi. kuagak si pemanggil mungkin tersilapnombor..

"diya amelia.."
"ya saya." aku menjawab seringkas mungin. pelik dengan si pemanggil. sebenarnya ini bukan kali pertama aku mendapat panggilan telefon dari nombor ini. tiap kali aku mengankat gagang, pemanggil tersebut akan memutuskan panggilan. ini kai pertama dia bersuara..

"maafkan ayah...." dan panggilan tersebut terus putus..

Ayah.. panggilan tesebut sudah lama tidak aku sebut. semenjak aku tinggal dengan atok, panggilan ayah cuma untuk atokku seorang.. bukan ayahku. kini tiba-tiba ada lelaki mengaku sebagai ayahku? siapa dia? kenapa kini dia muncul?


"diya.. tolong taip surat jawapan untuk kms holding.. urgent" en hakimi bersuara..

aku masih kaku. tidak sedar akan kehadiran bosku di mejaku.. ingatanku melayang kepada lelaki yang menelefonku..

"diya" suara itu menengking kuat..

aku tergamam. dan kurasa seluruh pejabat tergamam dengan suara itu.
"awak nak kerja ke nak berangan?"
mata itu memandangku tajam. aku merenung kembali ke arahnya..apa hal pulak dia nak menjerit ni?

"ada apa en. hakimi?" aku bertanya lembut.. mungkin orang lain, mereka akan menangis kena tengking macam ni. tapi aku? hampeh..

"awak taip surat ni.. urgent" balasnya kembali tenang..dilempar fail tersebut kearahku. aku memandang sepi. tidak inginbersuara lagi.. orang bila dia marah jangan dilayan sangat..

shakean Publish time 22-3-2009 06:05 PM

hakimi masuk ke dalam biliknya. teringatkan reaksi keraninya itu. bila kali pertama dia bersuara, gadis itu seolah-olah hilang dalam dunianya.. dia sabar menanti namun gadis itu masih tidak sedar akan kehadirannya. dia tidak dipedulikan. lantas menengking gadis itu.. dia tidak sabar..

dan gadis itu nyata terkejut dengan kehadirannya.. malah dia pasti, suaranya dapat didengari oleh seluruh pejabat. sama seperti bila dahulu. tidak banyak berubah.

renungannya dibalas dengan renungan. keraninya sedikit gugup namun dia bijak menyembunyikan kegugupannya sebelum memandangnya tenang..seperti jeritan amarahnya tidak memberi apa-apa kesan padanya.. gadis itu terlalu sukar untuk dia duga.


"diya.. diya ok ke?"mimi bertanya.
"saya ok je? kenapa ni?" aku bertanya.
"dah lama tak dengar en hakimi marah macam tu.. kenapa dengan diya ni.. selama ni mimi tengok diya ok je dengan en hakimi tu? kerja pun tak pernah silap.. diya ada masalah ke?" ramah dan prihatin mimi bertanya.

"diya tak apa-apa la mimi.. diya mang silap pun.. mana boleh waktu kerja nak menggelamun.. berangan.. kalau nak berangan kena mintak cuti berangan la dengan bos tu.. diya ok.. penat je kot.." aku membalas sebaik mungkin. mana mungkin aku akan mendedahkan kepada mimi apa yang aku rasa.

"diya pasti ke?"
aku menggengam tangan mimi dan mengangguk perlahan.. meyakinkan mimi yang aku tidak ada apa-apa yang perlu dia risaukan..


sebaik aku keluar dari pejabat..kulihat arill sudah menantiku..
satu lagi masalah yang aku cuba selesaikan namun tak pernah selesai hingga ke hari ini.. bila la agaknya arill akan faham apa yang aku cuba sampaikan padanya. aku dah tulus ikhlas melepaskan dia..

"apa lagi arill nak?" aku menyoal perlahan.
"kita pergi makan dulu ye.. arill ada sesuatu nak cakap"
"penting ke?" aku menyoal lagi..
arill menganggukkan kepala.
"penting sangat-sangat diya.. arill merayu kat diya."

aku memandangnya.. arill nampak terdesak sangat-sangat. apa perkara penting yang ingin arill sampaikan agaknya?

"ok".
"apa yang ok?" arill bertanya hairan.
aku memandangnya. takkan dia tak faham bahasa kot?
"kita keluar.. totalk."
aku dapat melihat senyuman di bibirnya.. gembira la tu.

aku memandang di sekitar restoren tersebut.. elegen dan mewah.. seperti arill jugak.. citarasa arill tak pernah berubah.. dulu arill tinggalkan dia mencari sesuatu yang cantik dan mewah dihatinya.. yang dapat dia bangga-banggakan.. apalah yang ada pada dia waktu tu.. gadis yang dibesarkan di kampung..

"diya suka?"
"restoren ni ke? emm... ok, cantik dan mewah.. " aku berkata.

arill senyum.. gembira kerana berjaya mengajak diya ke restoren tersebut.. dia ingin memenangi hati diya kembali..

"apa yang arill nak cakapkan kat diya?"

"kita makan dulu ye" arill cuba memujukku..
"diya tak de masa nak makan arill. just tell me what tou want?"

"diya.. arill dah fikir masak-masak..arill harap diya dapat terima apa yang arill nak cakap."

"just straight to the point arill."

"marry me...." ujar arill dan terus menghulurkan sebuah kotak kecil ke arahkku..

aku memandangnya tidak percaya.. arill melamarku.. gile ke?

"arill harap diya terima cincin ni.. arill dah cakap kat papa dan mama and they want to see you as soon as possible.. arill tahu bwnda ni mendadak tapi arill harap sngat-sangat diya terima arill.. I love u Diya..just give me one more chance to show u my love...."

aku tidak dapat mendengar apa yang arill cakapkan padaku.. mataku merenung kotak itu.. arill, lelaki yang pernah melukakan hati aku kini datang melamarku.. dan menagih cinta yang dulu subur mekar dan dan pernah aku kuburkan selamanya..

aku seolah-olah tidak percaya.. dulu aku pernah mengimpikan untuk hidup bersama lelaki ini.. membayangkan bagaimanan dia akan datang melamarku.. bercerita tentang rumah dan impian kami...

"arill... diya tak boleh.."

"kenapa diya.. diya tahu kan apa yang arill rasa sekarang.. i'm madly in love with u... please... demi cinta kita.. demi saat-saat kita bersama..terima arill"

"tell me arill? macam mana diya nak terima arill? demi cinta kita? itu semua mengarut... karut... pernah ke kita beercinta? pernah ke kita berkasih? tell me..."

"listen diya... trust me...and

"and what?... arill akan cakap yang cinta kita suci.. yang ariill akan membahagiakan diya? macam tu? "
aku bertanya lagi.. arill jelas tergamam.. sebelum ini..hanya dia yang akan bersuara dan diya cuma mendengar. nyata hari ni, dengan tindakannya yang mengejutkan membuatkan diya makin berang dengannya.

arill tidak mengharapkan jawapan seperti ini.. dengan melamar diya, dia harap dia dapat melembutkan hati diaya dan menunjukkan betapa cintanya dia pada diya.. dia ingin diya tahu yang dia bersungguh-sungguh..ikhlas pada diya.. dalam angannya, diya akan tergamam dan memeluknya erat.. bersetuju dengan lamarannya.. bukan seperti ni..

"arill..diya tak boleh terima arill.. diya tak boleh terima lelaki yang tinggalkan diya keseorangan.. diya tak boleh terima lelaki yang pernah berjanji untukk membahagiakan diya tetapi dia hancurkan hati diya... diya tak boleh terima lelaki yang pernah pasang angan-angan dan impian dengan diya tapi lelaki itu juga yang akhirnya menunjukkan pada diya yang angan-angan itu hanya angan-angan.. tidak mungkin menjadi realiti.. lelaki itu juga mengajar diya aagar tidak lagi mempunyai angan-angan. sejak itu, diya tidak pernah bermimpi.. tidur malam diya dihantui wajah-wajah yang mengejek diya... menghantui tidur diya.. bagitau diya..macam mana diya nak terima arill?..."

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

"akak... boleh sya tanye something x" perlahan sya menutur kata. diya hanya memandangsya sambil mengukirkan senyumannya..

apa yang gadis tu nak tanya padanya.. dia sendiri tidak tahu.

"abang zamri tu dah ada gurl friend ke blum?" tanya sya malu2.. diya tergelak.. tu je ke yang sya nak tanye dia rupanya.. matanya memandang wajah sya yang merah menahan malu..

Gadis ini dah mula untuk mengenal cinta.. mencari kebahagiaan sendiri.. dia sedar sejak pertemuan mereka sya selalu bertanya tentang zamri.. tapi pertanyaan nya berlapis.. kadang2 dia mengajak diya dan zamri keluar bersama.. dan dirinya yang akan menjadi penghubung antara mereka..

"emmm... akak tak tau la.. sya tanya zamri sendiri la ye.." ujar diya cuba menduga..

wajah sya kembali muram. sangkanya dengan bertanya kepada diya dia akan dapat menenangkan hatinya sendiri.. dia mula terpikat pada kebaikan yang zamri tunjukkan padanya. dan dia juga tahu betapa rapatnya diya dengan zamri.

"sha suka kat zamri ye..." diya cuba menduga lagi.

perlahan sya menganngukkan kepalanya..

"dia baik" ujar sya perlahan.

diya memegang bahu sya lembut.. dia tahu yang sya jujur dalam apa yang diluahkan padanya.

"sya pun baik jugak.. " diya cuba mengembalikan semangat sya.


"akak tengok sya memang baik.. manis plak tu.. mane2 laki pun akan terpikat dengan kecantikan sya tau.."

sya hanya memandang diya dan tersenyum hambar.. dia tahu yang diya cuba mengembalikan semangatnya kembali..

"boleh akak bagitau satu rahsia tak?" ujar diya sambil memegang tangan sya.. di wajahnya terpancar sinar harapan untuk sya..

"apa dia akak?"

diya tersenyum . nyata dia berjaya mengambalikan mood sya.

"zamri kirim salam rindu buat sya..."

"zamri?..." tanya sya tidak percaya.

diya menganggukkan kepalanya mengiyakan kata-katanya.

"dia mintak maaf kat sya.. dia busy.. suh sha abeskan masa ngan akak je.. buat ganti dia.. n akak pun mintak maaf kat sha.. akak saje nak uji sya.. sayang jugak sya kat zamri ye.. emmm... sejak

shakean Publish time 22-3-2009 06:06 PM

bila zamri ngan sya ehem.. ehem ni.. "
soal diya dengan kening terangkat..


sya tunduk malu dengan pertanyaan spontan diya..

dia sendiri sebenarnya terkejut dengan pesanan zamri untuknya.. sebelum ini zamri tidak pernah melayannya lebih dari seorang kawan.. bila dia berborak, tidak pernah bertanya apa-apa yang terlalu peribadi.. malah bila zamri dekat dengannya biasa diya juga akan turut bersamanya..

"zamri tak pernah cakap dia suka kat sya.. sya ingat sya sorang je yang suka kat dia.. dia pernah cter apa2 ke kat akak?"

"banyak sebenarnya... nanti sya tanya zamri ek.. kalau akak cerita nanti ada plak yang terlebih terkurang plak.. tapi akak tahu yang zamri dari dulu lagi suka kat sya..
macam sya jygak.. tapi dua2 malu. tu yang payah tu?"


"bila mak ngan ayah sya nak balik ni?"
diya bertanya.

"dalam dua hari lagi la akak.. tu la sya mintak akak teman sya.. takut la.. abang kimi pin xde kat umah. pagi nanti baru balik.. " sya mengeluh.

dia terkenangkan abangnya hakimi..di mana la abanya sekarang.. dia sedar tiap hujung minggu abangnya itu akan hilang.. tak dapat dikesan. kemana abangnya menghabiskan masa tak pernah diketahui.. bila menelefon pun panggilannya tidak akan dijawab..

"dia ke mana?" diya bertanya ingin tahu..

sya mengelengkan kepalanya. tidak tahu untuk berkata apa2..
"sya tak tau akak.. dia memang selalu hilang bila malam minggu. pagi esok baru balik.."

"entah2 balik rumah wife dia kot.."aju diya spntan.. wajah bosnya terbayang di matanya.. dengan aset yang dia ada mesti ramai gadis yang sanggup bersama dengannya..

diya terasa perutnya sedikit sakit dicubit sya.
"abang sya tu bujang lagi la akak.."

"mana la akak tau. kawen rahsia ke?"

sya terdiam seketika.. otaknya mengcongak kemungkinan yang diya cakapkan. memang kelakuan abangnya pelik bila tiba hujung minggu. hilang dan tidak dapat dihubungi.

"kita siasat nak tak akak?" sya berbisik lembut.

"siasat apa?" soal diya jugak dalam berbisik. dia terasa hendak tergelak. hanya mereka berdua sahaja di rumah tu dan gaya sya berbisikmacam la ada orang yang akan mendengar perbualan mereka..

"ke mana abang kimi pergi la.."

"emmm.. kemudian apa sya.."

"sya tak tau.. apa kita nak buat akak."

diya menghampiri sya.. sedikit mengesot. perlahan dia berbisik ke telinga sya
"akak rase dinding ni dengar la apa kita cakap"ujar diya tidak dapat menahan tawanya.

sya memandang diya yang nampaknya terasa lucu dengan tingkahnya.. dia terpegun..kemudian raut mikanya berubah. masam.. merajuk mungkin..


"adik akak ni merajuk ke?"
diya memandang sya yang masam mencuka. sah merajuk.. payah la macam ni.. nasib zamri la dapat awek yang cepat merajuk macam ni..

"sorry.. muka sya cute sangat.. sebab tu kot sepupu diya tu berkenan kat sya.."
dia mengusap2 bahu sya perlahan.. cuba memujuk..

sya masih kaku.. hatinya sedikit terpujuk namun masuh mendiamkan dirinya..

diya mengeluh perlahan.. nak merajuk lagi ke?

perlahan tangannya mencapai telefon. dia memandang sya. sya memandang tingkahnya dan syasedikit tertanya-tanya dengan tingkahnya.

diya menjauhkan diri sedikit dari sya.. susah btol la orang suka merajuk ni..
perlahan tangannya mendail telefon. kemudian bercakap dengan pemanggil tersebut. mengangguk2 kepala dan memandang sya yang tertunduk..

"ada orang nak cakap dengan sya ni.. " ujar diya perlahan namun dapat didengar oleh sya.

sya mengelengkan kepalanya. saat ini dia tidek ingin bercakap dengan sesiapa..

" sya btol ni tak nak cakap? kesian dia tau.. dari jauh ni.." diya masih cubamemujuk..

sya masih masam mencuka. mengelengkan kepalanya..

diya mengeluh. memandang sya. payah btol nak pujuk..
"zam..sya tak nak cakap la dengan zam..ok ... bye..."

mata sya bersinar saat mendengar nama zamri disebut. pantas bangun dan berlari ke arah diya.

wajah hampa terpancar di matanya saat diya memutuskan panggilannya.

"kenapa? kan tadi sya tak nak cakap dengan zamri.."

diya memulangkan paku buah keras.. dia sebenarnya kesian pada sya tapi sya terlalu manja.. cepat merajuk.. macam budak2.

diya memandang wajah sya.. dapat dilihat matanya yang sedikit berair.. alamak.. nangis ke budak ni.. jangan la.. diya tak suka la tengok orang nangis..nanti diya nak nangis sama.. huhu..

telefon ditangannya bergetar..
diya menghulurkan telefon tersebut pada sya.
"zamri call ni. sya nak jawab ke tak?" ujarnya sambil tersenyum..

pantas saja sya merampas telefon di tangannya.. tersenyum.

"akak pernah bercinta tak?"
soalan dari sya membuatkan dia kelu seribu bahasa.. alamak.. soalan yang dia paling elakkan..

shakean Publish time 22-3-2009 06:06 PM

aku masih terluka lagi ni.. tapi sya mana tau kan..

"pernah la.. kenapa sya tanya?"

sya memandang gadis yang dianggap seperti kakaknya ini. walaupun baru berkenalan tetapi sya sudah dapat merasa kemesraan. malah dia selalu mengambil peluang ke pejabat abangnya untuk berjumpa dengan diya.

dia agak hairan dengan diya. kebanyakan masanya dihabiskan dengan kerja dan keluar bersamanya dan juga zamri. setiap kali dia menelefon, diya mesti berada di rumah.. kehidupan sosialnya cuma rumah dan tempat kerja.

"tak ada apa akak..sya ni selalu jatuh cinta pada orang yang salah.. bila kecewa sha akan mengangis macam tak nak hidup lagi.. susah kan bercinta.."

" cinta perit dan susah kalau kita fikir susah.. dia akan senang dan manis jika kita menikmati tanpa ragu2.."

"cinta akak macam mana?" soalsya ingin tahu.. tidak dia sedar soalannya manambah luka diya sedia ada..

"akak menikmati cinta yang amat manis sehingga akak lupa akan kepahitan yang bakal akak temui..." balas diya perlahan..

sya turut terdiam..sedar yang soalan dia telah membuatkan diya sediih..dia memeluk diya tanda simpati.


"ok sya.. jom tidur.. dah lewat gler ni.. pagi esok kan tak bangun plak kita nanti."

keesokan paginya, usai solat subuh diya terus turun ke bawah. perutnya sedikit lapar. matanya masih lagi mengantuk namun perutnya tidak mengendahkan matanya. masih meminta-minta untuk diisi..

diya memandang ke arah sya yang selesai solat terus merebahkan dirinya ke katil. tak sampai seminit terus tertidur.. isk budak nie... terus tido..dah la nak kejut tadi bukan main susah.. diya mengelengkan kepanya.

terus langkahnya diatur ke dapur. melihat ruang yang luas itu dia kagum. dapur itu mempunyai segala kelengkapan. malah kebanyakan alatan adalah yang terbaru.. emm.. boleh tahan jugak dapur rumah sya nie.. langkahnya diatur ke fridge.. matanya terbuka luas. penuh dengan makanan dan minuman.. emmm.. xlapar la sya kalau tak keluar rumah tiga hari pun.. akalnya bersuara..

terus dia mengambil beberapa biji telur.. apa yang dia nak masak ek.. melihat bahan-bahan yang lengkap di dalam peti membuatkan akalnya sedikit keliru..ala, masak je la apa yang patut.. ni tok breakfast je kan..

dengan riang dia memasak. sya bila bangun nanti mesti lapar. dia menyediakan beberapa masakan yang simple. masakan yang selalau disediakan semasa terkejar-kejar ke kuliah. lagipun perut dia sendiri sedikit sakit. lapar.. tidak sedar ada seseorang memerhati setiap gerak gerinya.

hakimi pulang ke rumah sebelum subuh. selesai solat, dia terus terbaring ke sofa. penat kerana memandu dan tidak tido semalaman.. dia memicit2 kepalanya.. langkah seseorang menuruni tangga kedengaran di telinganya. matanya yang mengantuk dan badannya yag letih tidak mempedulikan ayunan langkah itu. dia menyangkakan ia kepunyaan adiknya..

bunyi bising di dapur mengganggu tidonya.. dan bau sesuatu yang dimasak mengejutkan perutnya yang kelaparan.. sya buatapa la ni bising pagi2.. masak ke? dia tersenyum dalam separuh sedar.. adik dia nak masak? jauh panggang dari api.. teringat sewaktu sya cuba menunjukkan kemahirannya memasak. alih-alih dia dan sya terpaksa makan roti. semua yang dimasak sama ada hangus atau terlalu banyak perasa..

sekali lagi hidungnya dapat menagkap bau masakan yang wangi.. aku mimpi ke? pasti ini mimpi yang indah.. dia tersenyum sekali lagi.. sure sedap ni..

dan tiba-tiba dia bingkas bangun. akalnya menafikan yang dia bermimpi.. memang bau masakan yang real.. matanya terbuka luas memandang lampu dapur yang terbuka.. ini bukan igauan dia kan.. ada seseorang di dapur rumahnya dan orang itu bukan adiknya.. kawan sya ke?


perlahan kakinya melangkah ke dapur.. dia sedikit heran. ini rumahnya tetapi kenapa tindakannya seolah-olah seorang pencuri? mengkin kerana rasa ingin tahu siapa yang berada di dapur rumahnya..

dalam bayang yang gelap dia memerhati gadis itu memasak. perutnya kembali lapar melihat masakan yang disediakan. walaupun agak mudah namun dia dapat melihat ketelitian dalam setiap masakan yang dibuat.. dan dia nampak cekap.. gadis itu biasa berada di dapur.. dan bila dia berpaling ke sisi untuk mengambil sesuatu. dia agak terkejut.. itu keraninya.. apa yang dia buat kat sini? dan dia teringatkan sya.. sudah tentu.. tentu diya yang menemani sya sewaktu dia keluar malam tadi.

"garam... kat mana kau garam.. cepat la keluar syang.." dia mendengar diya bersuara perlahan.. bercakap dengan dirinya sendiri.. giler ke budak ni.. senyuman terukir di bibirnya.. terasa lucu dengan telatah diya...

diya menyelongkar laci2 kabinet di situ tetapi masih tidak berjumpa dengan apa yang dicarinya.. dia teringat akan sya.. patut ke dia naik mengejutkan sya semata-mata untuk bertanya di mana garam? tak msauk akal. dia mengeleng2 kepalanya..

"garam kabinat tiga dari kiri.. dalam bekas tudung merah.." ujar hakimi.. dia melihat wajah diya yang terkejut dengan kehadirannya.. gadis itu memang tidak perasan akan kehadiranya..

melihat diya yang shock. dia bergerak ke arah kabinet dan mengambil garam dan dihulurkan ke arah diya..
"ambil la.. wak perlu ni dalam masakan awak kan..?" hakimi menyoal lembut..

perlahan-lahan diya mengambil garam dan meneruskan tugasnya.. membelakangkan hakimi..
"en hakimi dah lama ke balik?" hakimi mendengar gadis itu bertanya sambil tangannya sibuk mengacau bahan-bahan tadi..

"cukup lama untuk mendengar awak menyeru2 garam keluar dari tempat persembunyiannya.." balas hakimi selamba.. dapat dilihat badan diya yang mengeras.. kemudian kembali ke posisi asal..namun hakimi tidak dapat melihat wajah diya.. dia ingin sekali reaksi gadis itu akan komennya..

"sedap je baunya.. awak masak apa tu?"
"breakfast je en hakimi.. sarapan yang mudah je.. encik pun boleh buat.." balas gadis dihadapannya..
dia mendekati keraninya.. melihat-lihat apa yang dibuat.. bahunya sedikit bersentuh dengan bahu diya.. dia dapat melihat diya melarikan dirinya dari berada dekat dengannya..

shakean Publish time 22-3-2009 06:06 PM

"ada apa-apa yang saya boleh tolong? saya dah lapar sangat ni tengok awak buat brekfast.." ujar hakimi sedikit mesra..

diya berpaling ke arahnya.. sedikit ragu-ragu.."en hakimi tolong rebus telur-telur kat meja tu.."

Hakimi tersenyum girang.Entah apa yang menggembirakan hatinya. Memandang keraninya yang begitu sibuk di dapur membuatkan dia berangan. Dia membayangkan lisa yang berada di situ. Menggantikan keraninya. Memasak untuknya.

揳pa-apa lagi yang saya boleh tolong?

shakean Publish time 22-3-2009 06:07 PM

yang pak long kecewa dengan keputusannya.

"maafkan diya pak long. diya kena buat nie. sampai bila diya nak bergantung pada pak long? sampai bila diya nak terus tersisih.. diya tak nak hilang diri diya... dia perlukan diya. amanah dia diya kena tunaikan."

"pak long tahu. pergi lah nak.. pak long akan sentiasa doakan kesejahteraan diya.. dia beruntung ada diya. "


hidup ini singkat...

diya memandang jauh kehadapan. pemandangan indah tidak dapat menenangkan hatinya..

"apa yang diya fikirkan?" satu suara menegur perlahan..

diya memandang wajah yang terlantar di katil. dia sudah semakin stabil. sedah hampir sebulan diya melawatnya. menjaga makan minumnya..

"tak ada apa2. nak apa2 lagi ke?" soal diya perlahan.

dia memandang diya. jelas rasa bersalah pada diya. diya meninggalkan kehidupannya untuk berada di sisinya.. namun dia pernah meninggalkan dia dan menolaknya untuk berada di sisinya.

"diya marah?" soalnya perlahan. dalam keadaan sekarang, dia tidak mampu untuk menjerit, menengking mahupun menolak kehadiran diya disisinya seperti mana yang selalu dia lakukan saat diya ingin menghampirinya.

"diya tak marah.. cuma rasa terpencil bila dekat macam ni. diya tak layak."

dia diam. perasaannya bercampur baur. dia tidak pernah menyangka saat-saat sukar macam ni, diya akan berada disisinya.

dia pernah membenci diya. tidak membenarkan diya berada disinya. menyingkirkan diya dalam hidupnya.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

sha memandang zamri yang berada disisinya.wajah zamri sedikit kelat.
memang hari ini dia amat gembira. zamri menghabiskan masanya bersamanya dengan memonton wayang, berjalan-jalan dan berbual dengannya.

tika itu mereka sedang berehat di bangku taman.

"apa yang zam fikirkan?"

zamri memandang sya. dia tidak betah menyembunyikan perkara itu dari pengetahuan sya. namun dia juga tidak ingin sya mengetahui apa yang berada di fikirannya.

"zam.. sya mintak maaf.. tapi sya tak suka tengok zam macam ni.. ada apa2 ke zam nak kongsi dengan sya?"
sya bertanya lembut. dia tahu ada sesuatu yang zamri fikirkan.

"diya.."

"kenapa dengan kak diya? cuba zam cerita kat sya.."

"tak ada apa-apa pun sebenarnya.. zam cuma bimbangkan diya.. dalam keadaan ssekarang diya perlukan sokongan. dia tertekan.."

sya memandang zam dengan prihatin. perlakuan diya memang membimbangkan. dia mendapat khabar yang diya sudah berhenti kerja..pernah juga dia cuba menelefon diya tapi tidak pernah dijawab.

"apa yang berlaku zam?"

"zam sendiri tak tahu nak cakap macam mane. benda ni personal. nanti bila semua dah selesai diya akan kembali macam dulu. sekarang kita jangan ganggu dia. dia ada urusan yang penting untuk diselesaikan."

"sya x faham.."

"kita g makan aiskrim nak.. jom" zamri cuba mengelak dari manjawab pertanyaan sya.

sya memandang zamri yang sudah menghulurkan tangannya padanya smbil berdiri. lidahnya kelu.

"sya x faham zam..."

"tak ada apa yang perlu sya faham. zam sendiri pun x faham. benda ni rumit. kita makan aiskrim dulu ye.." zamri cuba memujuk..

perlahan sya menyambut tangan zamri walaupun dia masih keliru.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

hakimi memandang pada gadis didepannya. kedudukan gadis itu yang jauh menyukarkan dia untuk mengecam gadis itu. namun dia tahu yang dia pernah berjumpa dengan gadis itu. wajahnya seiras diya.

dia memandang gadis itu yang sedang berbual dengan beberapa orang lelaki yang kemas berpakaian. mereka nampaknya berbual sesuatu yang serius.

memandang pakaian gadis itu, dia teringat pada diya. diya tidak pernah memakai sut seperti gadis didepannya. pantas dia mencari meja yang membolehkan dia memerhatikan gadis itu dan rakannya.
sut biru yang dipakai gadis itu sesuai dengannya. selendang bercorak abstrak menyerlahkan lagi penampilannya. namun wajahnya masih kekal simple dengan solekan yang nipis.

melihat rakan gadis itu berdiri, dia turut mengalih perhatiannya. nampaknya mereka sudah habis berbincang. langkahnya diatur perlahan ke meja mereka. sebaik rakan-rakan gadis itu pergi dan meninggalkannya sendirian, hakimi terus menyapa.

"miss diya?" soalnya membuat serkap jarang..

gadis itu memandangnya. pantas juga dia mengemas kertas2 di hadapannya dari pandangan hakini. namun hakimi sempat melirik kepada kertas2 tersebut. sekilas pandang dia tahu yang kertas2 itu sulit dan penting.

"encik hakimi.. apa yang encik buat kat sini?" soal diya agak terkejut.

shakean Publish time 22-3-2009 06:07 PM

"saya yang patut tanya soalan tu miss diya.." balas hakimi. matanya tajam merenung gadis di hadapannya.

diya semakin menggelabah.pandangan lelaki itu melemaskannya.. namun dikawal riak wajahnya.. menyusun dan terus menyimpan kertas tersebut ke dalam begnya yang agak besar..

"jangan panggil saya macam tu en. hakimi.. pelik je saya dengar."


"awak nak saya panggil apa? diya je ke?"

"boleh je en hakimi. lagipun saya tak biasa orang berencik2 dengan saya nie.." balas diya sambil tersenyum.

diya memandang lelaki itu. wajah yang semakin kabur dalam ingatannya. dalam keadaan sekarang, masa lampaunya seolah-olah semakin hilang. tugasan barunya memrlukan dia menumpukan penuh perhatian. tugasnya semakin sukar.

"awak panggil saya hakimi je.."

diya mengelengkan kepalanya." tak boleh en hakimi. encik majikan saya.."

"bekas majukan diya.." balas hakimi perlahan..

diya memandangnya.. teringat akan sifat hakimi. garang dan tidak banyak bercakap..lelaki ini semakin berubah.

"apa yang diya buat kat sini?" soalnya lagi.

"saya.. saya datang nak makan.." balas diya..

hakimi memandang tajam. tidak mempercayai kata-kata yang diluahkan diya.. juka nak makan mana makanannya.. meja didepannya kosong..

"lelaki2 tadi siapa?" hakimi masih tidak puas hati.

diya resah di tempat duduknya.jika hendak, dia boleh meninggalkan hakimi terus di situ..

"jangan ingat saya bodoh diya.. siapa mereka. apa awak buat kat sini?" hakimi cuba menekan diya.

"mereka pelanggan syarikat. bos saya mintak saya ambil sesuatu dari mereka.. sebab tu saya kat sini."

hakimi memandang diya meminta kepastian. dia tidak pasti apa yang diya katakan adalah benar. memandang diya berbual dengan lelaki2 tadi, dia pasti mereka sedang berbincang. tentang apa dia tidak tahu. dia memandang beg besar yang berada di sebelah kerusi. agak kontra dengan pakaian yang dipakai diya. beg lusuh yang sering dipakai sewaktu menghadiri kuliah.apa isi kandungan beg itu agaknya. dan kertas2 tersebut.

hakimi menarik nafas panjang.
"sya bimbangkan awak. kenapa awak tak pernah contact dia." hakimi cuba mengalih tumpuan diya. dia pasti yang diya dapat melihat lirikan matanya yang memandang beg disebelahnya.

"maaf en hakimi. saya ada urusan.. tak ada masa langsung nak contact sya."

"awak kerja kat mana sekarang?" hakimi bertanya ingin tahu.

diya menunjukkan ke arah bangunan yang terletak bertentangan dengan restoren tersebut.
"saya kerja makan gaji je kat sana. semak2 surat macam tu la.."

"saya tak tahu pun. kenapa awak berhenti? gaji kecik sangat ke?"

diya memandang hakimi. lelaki ini banyak soal pulak. ini bukan kebiasaan hakimi.. lelaki itu seorang yang sinis. sekarang jadi busy body plak ke?

"cukup en hakimi.. just x serasi je.." balas diya teragak2..

hakimi memandang diya tidak percaya. diya berhenti kerana dia terasa tidak serasi? serasi dengan apa? kerja keseseorang yang membuatkan dia tidak serasi?

"serasi?"

diya menganggukkan kepalanya. apa la yang aku mengarut nie.. dia tidak pernah terase terasing bekerja di bawah hakimi. rakan-rakannya semua prihatin dan baik. en hakimi walaupun garang tidak pernah mengganggu urusannya. cuma kadang2 perit telinganya mendengar herdikan dan jerkahan en hakimi. memang anak singa btol..

"diya.." tetiba satu suara menggangu perbualan mereka. hakimi memandang lelaki yang menegur diya. wajah itu pernah dilihatnya.

hakimi memandang diya yang tidak mempedulikan sapaan lelaki tadi. apa yang berlaku ni? akalnya tertanya-tanya.

"jadi ni la kekasih baru diya.. boleh tahan.." arill mengejek..

diya memandangnya tidak percaya. tidak percaya yang arill alan berkata begitu padanya saat hakimi masih berada di kerusi di depannya. dapat dilihat wajah hakimi yang terkejut.

"dia bukan kekasih diya.." balas diya tegas.

aril masih tersenyun. tidak siapa tahu yang dia sekarang sedang menahan perasaan dari menumbuk lelaki yang berada di depan diya. dia tidak mempercayai kata2 diya. pertama kali berjumpa dengan lelaki itu sewaktu di depan pejabat. lelaki itu menghalaunya.. sekali lagi dia terserempak sewaktu diya keluar dari rumah lelaki itu..kali ini di restoren ini.

namun apa yang menyakitkan hatinya adalah kerana diya menafikan semuanya.. kalau bukan kekasih, kenapa diya berada di rumah lelaki itu? selepas diya menolaknya, dia kadang2 mengekori diya..

"habis apa? diya perempuan simpanan lelaki ni?" arill menyoal sinis.

merah padam muka diya mendengar tiap patah perkataan yang keluar dari mulut celupar arill.. ini sudah melampau.. murah sangat ke dia untuk dihina seperti ini.

"jangan menuduh arill.." balas diya tegas..

hakimi memandang mereka berdua. jadi lelaki ni namanya arill.. kekasih diya ke? dalam diam dia memuji penampilan lelaki itu..kemas dan segak.. namun apa yang dilihat sekarang adalah muka diya yang merah padam saat lelaki itu menuduh diya sebagai perempuan simpanannya.. aku ni ke problem dia orang?

"emmm.. diya.." hakimi cuba bersuara..

"memang pun.. berapa banyak dia bagi kat diya? arill akan bagi lebih dari tu.. tinggalkan lelaki keparat ni.." jerit arill lantang. tidak mempedulikan mata2mata yang memandang.

hakimi terkedu. diya diam membisu.. arill mengepal penumbuk menahan marah.

arill terasa pipinya perit. ya, diya menamparnya.

diya tidak menyesal saat tangannya ringan ke muka arill.. lelaki itu sudah melampau. menghinanya seteruk itu. apa yang sudah dia buat untuk mendapat penghinaan seperti itu?kenapa lelaki itu kejam padanya.

"memang diya perempuan hina.. apa salahnya diya dengan dia. sekurang2nya dia tak kejam macam arill.. sekarang berambus dari sini.. " jerit diya.

hakimi cuma mampu memandang drama tersebut.


"diya.. please.. kita bincang k.." arill cuba memujuk. pipinya masih terasa sakit namun diabaikan. baginya, diya lebih penting dari segalanya. selepas diya menamparnya baru dia sedar yang dia telah membiarkan emosi menguasai diri.

"kita tak ada apa-apa lagi nak bincang.. semua dah selesai.. jangan ganngu diya lagi. diyatak nak jumpa arill lagi."


"siapa lelaki tadi?"
hakimi bertanya selepas lelaki tersebut menghilang.

"kawan lama. saya kena pergi dulu. dah lewat ni.." balas diya terus berlalu meninggalkan hakimi terpinga-pinga.

hakimi cuma mampu memandang.

dia masih bingung dengan kejadian tadi. kata-kata diya masih terngiang di telinganya. dia tahu ada sejarah antara diya dan lelaki tadi. kekasih diya ke? emm.. bukan calang-calang orang lelaki tadi. lihat sahaja pada pakaiannya.

diya memandang ke luar tingkap. kenapa hidupnya tak pernah tenang. ingin sahaja dia pergi dari sini. tapi ke mana?
arill tak sudah-sudah mengganggu hidupnya. kenapa arill tak nak terima hakikat yang dia tidak mungkin akan kembali padanya walau apa pun yang arill buat.

#########################################

"apa lagi yang uncle nak bincangkan?"

"pasal syarikat.. abah diya masih kat hospital.. dia kena banyak berehat."

"jadi.."

"uncle nak diya uruskan syarikat ni sementara nie. abah diya pun dah setuju.. kami dah berbincang.. memang patut diya terajui syarikat nie."

shakean Publish time 22-3-2009 06:08 PM

"tak uncle.. diya cuma tolong uruskan syarikat sementara tunggu farid balik.. diya tak nak ada kena mengena dalam syarikat ni.. tidak dalam hidup diya.."

"kenapa diya degil sangat.."

"sebab diya sedar siapa diya uncle. diya tak ada makna langsung dalam hidup abah.. diya cuma anak abah pada kertas tapi diya tak pernah dilayan macam anak. tok wan abah diya dari dulu sampai la sekarang.. bila tok wan tak ada, pak long yang jaga diya. abah tak pernah ambil tahu pun pasal diya."

"jadi diya berdemdam pada abah diya?"

"diya tak pernah benci pada abah.. dia ayah diya tak kira macam mane sekalipun.. sebab tu diya setuju bantu abah sementara tunggu farid. tapi diya tak nak nanti diya bergaduh dengan adik2 sebab syarikat. uncle pun tau kan macam mane adik2 diya layan diya.. diya ni macam orang asing pada mereka.."

################################

"sofea.. cepat la sikit.. kimi dah tunggu tuh.."
"kau cakap la kat dia suruh tunggu kejap. aku tengah siap-siap nie" ujar sofea sambil membetulkan anting-anting di telinganya. dia memandang wajahnya yang siap dimekap.cantik.. kalau tak takkan la hakimi boleh terpikat padanya. dia tersenyum sendirian.

"sofea.." jeritan nini membuatkan sofea cepat-cepat bersiap dan bergegas turun.
"lawa nampak" ujar nini dengan nada menyindir..
"ni sofea la.. mesti lawa.. kimie mane?"


"dia tunggu dalam kereta..kau ni pun lambat sangat siap.. jenuh aku pujuk kimie suruh tunggu kau."

sofea tersengih.. dia mengakui kata-kata nini.. hakimi memang pantang jika dia sesiapa lambat. hattta dia sekalipun tidak terkecuali.. walau sayang mana hakimi padanya, dia akan ditinggalkan jika lambat.. dulu dia tidak sedar akn hal ini.. namun bila satu hari dia ditinggalkan seorang diri kerana lewat setengah jam barulah dia sedar. itupun kerana dia menelefon.. ingin merajuk tapi bila hakimi memarahinya kerana lambat barulah dia tahu yang hakimi memang pantang dengan orang yang lewat.

"kau bagi excuse apa kat kimi tuh?"
soal sofea lagi..

"aku cakap kau sakit perut.. xtahan.. tuh dia tunggu tuh.." ujar nini sambil tersenguh panjang..

terus mencuka muka sofea bila mendengar jawapan nini. kurang asam punya kawan. ada ke bagi alasan macam tuh..

"kawan.. cepat la..kang kena tinggal dek kimie tuh.." ujar nini cepat2 menghalau sofea.

"kenapa lambat?"
soal hakimi bila sofea masuk ke perut kereta. dia memndang soea yang tampak anggun dengan gaun labuh merah darah..

"sakit perut.." balas sofea perlahan..

"u nampak cantik" ujar hakimi setelah lama mendiamkan diri.. matanya memandang ke jalan raya.

Sofea memndang hakimi.. tersenyum dia kerana dipuji hakimi. tidak sia-sia dia bersolek.

"kita nak pegi mana ni?"

"kita ada dinner kat rumah dato' salim..ulang tahn perkahwinan dia ngan datin saleha." balas hakimi pendek.


"Diya.. nak lari ke mana tu?" suara suraya yang tetiba aje menyebabkan diya menghentikan langkahnya.. alamak.. bala dah sampai dah.

"nak g dapur jap.." balas dia sambil bergegas pergi. namun, suraya terus jugak mengekorinya.

diya memandang sahabatnya itu.. nampak btol riak tak puas hati suraya terhadapnya.

"apa yang sue nak cakap ni.. sampai ikut diya ke mana je diya pergi."

"tak de apa. takkan nak borak ngan kawan lama pun tak boleh kot. diya ni sensitif sangat la"

suraya mengambil gelas dan terus mengisi air kosong ke dalam gelas. dihulurkan gelas tersebut kepada diya.

"trima kasih.. any way.. diya bukan tak kenal sue.. kalau dah mengekor macam ni tentu ada apa-apa."

suraya terdiam. entah patut ke tidak dia bertanya tentang hal ini pada diya..
"tak ada apa-apa diya.. ke mana diya pergi? nasib baik sue ada bussiness ngan company tu. kalau tak haram nak jumpa ngan diya."

diya tesenyum. dia mengakui bahawa sejak balik, dia tidak pernah menghubungi kawan-kawannya.. dia berjumpa dengan suraya pun kerana suraya ada urusan dengan syarikat dia bekerja..

"aku balik kampung la.. lama jugak aku dok sane sebelum datang sini.."

"em.. diya happy ke sekarang?"
diya menganggukkan kepalanya. dia memang gembira.. gembira bila berhadapan dengan semua orang.


"siapa yang tak pernah ada problem sue. aku pun macam tu jugak. kadang2 ada jugak problem aku kena handle.."

sue mencapai gelas kosong untuknya."macam problem kau dengan arill ke?"
dia menuang minuman ke dalam gelas dan meneguk air tersebut.

diya diam. suraya rupanya sudah tahu perkara tersebut. tapi siapa yang bagitahu dia? seingatnya dia tidak pernah menceritakan hal tersebut kepada sesiapa. keluarganya tidak pernah tahu akan hubungannya dengan arill. hakimi pun cuma orang luar yang tidak pernah tahu akan kisah silamnya.

"dari mana kau dapat cerita nie.." diya cuba menafikan.

"aku dapat dari sumber yang boleh dipercayai.. u know.." suraya tidak dapat menjelaskan bahawa arill yang memberitahu hal tersebut kepadanya.. merayu-rayu minta dia memujuk diya..

pada mulanya dia heran dengan sikap arill yang tetiba datang kepadanya dan memberitahu yang dia ingin bersama dengan diya semula.. lebih 3 tahun dia tak pernah mendengar nama diya disebut arill. Sejak arill memutuskan hubungan tersebut. Diajuga tidak pernah menyebut nama arill apabila bersama dengan diya. takut diya terasa dan terluka.

"kisah aku ngan arill dah lama tamat.jangan nak buat spekulasi.. aku rasa informerkau tu dah berkarat la kabel dia." ujar diya sambil mengukir senyuman buat sahabatnya.

aku faham diya. bukan senang untuk kau terima arill setelah apa yang arill buat pada kau.

"kau nak lepak kat sini ke? jom la ke depan.." Suraya cuba mengalih perhatian diya.

jelas ditelinganya suara orang ramai di halaman rumah.

"Kau pergi la sue. Aku tak berapa sihat. Aku datang ni pun sebab kau kawan aku. "
Diya cuba mengelak dari menonjolkan diri di majlis tersebut. dia pasti yang arill pasti akan hadir ke majlis tersebut.

"kenapa? Takut berjumpa dengan Arill ke?" suraya sengaja memprovok. tahu yang diya sedaya upaya mengelak dari berjumpa dengan arill.

"buat apa aku nak takut jumpa dengan orang macam tu. buang karan je.."

"macam tu kau ikut aku ok.." suraya menarik tangan diya ke laman hadapan.

Diya memerhatikan majlis tersebut dari kerusi di taman.. dia datang setelah puas dipujuk suraya. dari situ dia dapat melihat arill namun sengaja dia mengelak dari bertembung dengan arill. Nyata jangkaannya benar. Arill berada di situ.

"kau ni pun. dah datang majlis macam ni pun nak buat muka macam tu lagi..senyum la k" Suraya cuba memujuk diya.

baru sekejap tadi dia berbual dengan arill. Arill ingin bercakap dengan Diya namun dia menghalang. Dia tidak ingin melihat wajah Diya semakin terbeban.Lagipun Arill telah banyak melukakan hati kawannya.

"aku ok je kat sini.. Kau tu patutnya kat sana. Layan tetamu tu.. X elok tuan rumah lari macam ni tau.."

Suraya pura-pura marah
"ala.. aku nak jenguk kawan aku kejap. nanti aku pergi la layantetamu ni.. tetamu boleh tunggu tau.. kau tu aku takut tetiba hilang pulak."

diya tertawa.
Suraya tersenyum. Dapat jugak dia melihat senyuman di wajah diya.

"dah berapa lama mak ayah sue kawin? diya nampak mereka tu secocok je.. mesra."

Suraya memandang ibu dan bapanya. mereka memang pasangan yang serasi.

"dah dekat 45 tahun dah diya.. aku pun kekadang heran jugak ngan mereka ni.. dari dulu sampai sekarang akutengok macam orang baru bercinta.. kalah kami anak-anak nie."

shakean Publish time 22-3-2009 06:08 PM

diya menepuk bahu suraya mesra.

"merungut ke? kau patut happy dapat mak bapak macam ni tau.. xpuas tengok dia orang ni.. kau dah tua2 nanti xnak ke macam ni?"

"mesti la nak.. Harap-harap lagi loving dari mereka ni." balas suraya.

Mereka sama-sama tertawa.


Diya memandang tetamu yang baru hadir bersama temannya itu. Hakimi dan dia dapat mengagak yang teman Hakimi mesti kekasihnya Sofea. mereka nampak cocok bersama.

Dia melihat dapat melihat yang Arill juga menyedari kehadiran hakimi dan temannya itu. Harap-harap Arill taktimblkan sebarang masalah lagi. cukuplah apa yang dia hadapi sekarang.

Arill memandang lelaki tadi bersama temannya itu. Dia mengenali lelaki itu. Siapa pun dia, ada urusan antara lelaki itu yang harus diselesaikan.Perlahan langkahnya diatur ke arah lelaki tadi dan Dato, salim.

"Dato' . Apa khabar? "

Hakimi memandang lelaki yang menyapa Dato' Salim. Jelas dia terkejut dengan kehadiran Arill. Apa yang lelaki ni buat kat sini? Nyata dugaannya sebelum ini benar. Lelaki ini bukan calang-calang orang.

Arill dan Dato. Salim saling bertegur sapa sebelum Arill bertanya tentang Hakimi.

Hakimi dan Arill berbalas kata sebelum mereka diam. Hakimi resah memandang Arill yang seolah-olah ingin menelannya. Nyata dia tidak dapat berpura-pura bahawa lelaki ini mempunyiai motif sendiri untuk menghampirinya.

Dato' salim meminta diri dan membiarkan mereka bertiga. Selepas itu, Sofea yang merasa kekok berada di antara mereka berdua meminta diri.Dia merasakan yang mereka berdua ada perkara yang ingin dibincangkan secara bersendirian.

"hakimi.. cantikteman wanita u.. ini yang keberapa?"

Hakimi terdiam. Dia tidak faham apa yang lelaki ini cuba sampaikan padanya. Ada sesuatu yang tersirat di sebalik kata-kata Arill. Dia pasti tentang itu.

"what are u trying to say? terus terang je.. I tak faham"


Perlahan namun hakimi dapat merasakan leher bajunya dicekak Arill. Nyata tindakan arill tidak disedari tetamu lain.Begitu berhati-hati.

"Stay away from Diya.." balas Arill berbaur ugutan. dia melepaskan tangannya dari baju hakimi dan perlahan mengemaskan pakaian hakimi yang agak berkedut itu.

Hakimi memandang lelaki di hadapannya tidak percaya.. Diya? Apa yang lelaki ni cakapkan padanya?Dia benar-benar bingung.

"Arill.. mind ur manners.Dia tetamu I. jangan buat apa-apa yang boleh buat I halau u even U ni kawan I."
Keras amaran Suraya padanya.


"I tak buat apa-apa pun Sue. Jangan nak tuduh I macam tu."

Arill menyeluk tangan ke dalam poketnya seluarnya seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.

Suraya memandang geram. kalau dengan perbuatan tadi dianggap tiada apa-apa maka matanya memang rabun.. Namun ia tak begitu. Dia dapat melihat dengan jelas tingkah Arill terhadap tetamunya.

"kita kena berbincang Arill.I tak nak U ganggu mana-mana tetamu kat rumah I ni. Just like U did to him. Are U clear?"

"Nop. Just him. I takkan ganggu sesiapa except him.."

Entah kenapa dia tak dapat menahan dirinya dari membenci hakimi. Dia percaya pada kata-kata diya sekarang. Lelaki itu bukan sesiapa pada diya namun hatinya masih tidak menyukai kehadiran lelaki itu.

"kenapa Uni degil sangat.. Please.."

"I tak boleh bersabar kalau ia berkenaan Diya.. Do uunderstand?"

Suraya terdiam. Apa hubungan diya dan lelaki ini? Seingatnya diya tidak pernah memberitahu yang dia mempunyai kekasih.

"kimie.. Sorry pasal ni.. I tak tahu apa dah rasuk kawan I nie.. I mintak maaf on behalf my Friend."

"I tak apa-apa. Just terkejut je.." balas hakimi perlahan.

Matanya menyorot ke arah Arill yang bergegas meninggalkannya dalam keadaaan yang marah.

"datang sorang ke?"
suraya memulakan bicara. Dia ingin hakimi melupakan insiden yang berlaku tadi.

"I datang dengan kawan. There she is.." hakimi menunjuk ke arah Sofea yang kelihatan agak stress.. Dan segera sedar ada kekecohan yang berlaku.

Suraya turut perasan akan kejadian tersebut lantas mereka berdua bergegas ke arah Sofea.

"Habis baju I nie.. Bodoh.." Sofea merengus marah..

Gadis di hadapannya memandang tidak berkelip. terkejut dengan kata-kata yang keluar dari mulut Sofea.

"saya mintak maaf cik.. saya tak sengaja.."gadis itu memohon maaf.

Sofea memandang benci.. Habis rosak moodnye dengan kejadian tadi.. Dia memandang gadis di hadapannya dengan pandangan yang jijik.

Hakimi makin hampir. Dia memandang Sofea dan Diyayang kelihatan menundukkan wajahnya. Dia agak terkejut dengan kehadiran Diya di situ. Gadis ini tidak habis-habis mengejutkannya.

"kenapa ni sofie?"
" ni.. perempuan ni sengaja tumpahkanair kat baju I. Tengok ni.."
Sofea menunjukkan bekas basah di bajunya.



Hakimi memandang diya meminta kepastian. Diya pula mendiamkan dirinya. Apa lagi yang ingin dia perkatakannya. Tiap patah yang hadir dari mulutnya pasti mendapat bantahan.
"saya mintak maaf cik.. saya btol-btol tak sengaja."

"tak sengaja U kata.. U tengok la bajuI ni.. Habis kotor.. Dasar orang kampung.. Bodoh.."

Sekali lagi diya mendenga perkataan bodoh dilontarkan padanya. Kenapa setiap kali dia yang dipersalahkan. kenapa setiap kali dia yang menerima hinaan. Salahkan dia sekiranya dia berlembut. Adakah semua orang akan terus menindasnya seolah-olah dia tidak langsung bernilai.

Hakimi cuba menenangkan Sofea namun tidak berjaya. Sofea terus meluahkan rasa tidak puas hatinya. kekecohan tersebut mendapat perhatian tetamu-tetamu yang lain. Diya rasa semakin malu.

"Hakimi, bagitahu kawan U tu supaya kawal mulut dia atau I terpaksa halau dia."
Suraya memberi amaran. Entah apa nasibnya hari ini. Terpaksa meleraikan pergaduhan hakimi dan sekarang teman wanitanya.

"kimie... tengoktu.." Sofea merengek tidak puas hati kerana suraya dengan terang-terang menghalaunya.

"Sofie.. please.. Jangan buat kecoh kat sini.."

Sofeaterdiam mendengar suara hakimi yang berbaur amaran ditujukan buatnya.

"Sue.. aku nak balik.." Diya berbisik perlahan.
"aku hantarkan nanti. kau tunggu sekejap k." Suraya memujuk lembut.

Diya mengelengkan kepalanya. " aku balikdengan cab je.. Nanti mak ayah kau bimbang pulak. lagipun ni majlis penting tok korang.."

"Sofie..I nak bincang sesuatu dengan Diya. Just wait for me there k." hakimi memujuk lembut.

Sofea akur walaupun dia masih lagi marah dengan gadis yang dipanggil Diya oleh Hakimi yang jelas mengenali gadis itu.

"Apa yang diya buat kat sni?"
"kenapa? orang macam Diya tak layak ke datang ke sini?" diya menyoal sinis..
"bukan macam tu.."
"well sir... Diya mintak diri dulu.. Cukup la dengan apa yang kawan kimie cakapkan kat Diya.. Diya tak boleh nak terima apa-apa lagi hinaanataupun caci maki orang lain."

"tunggu dulu diya.."

Dia terus melangkah sebelum berpaling ke arah Hakimi dan mendekatinya. Dia menyeluk sesuatu ke dalam begnya dan menghulurkan beberpapa keping nor lima puluh kepada Hakimi.

" Ni untuk bayaran ganti rugi. Nilainya mungkin tak seberapa dengan maruah Diya yang kawan kimie dah pijak tue."

hakimi tergamam. Kalau tadi dilihat diya tenang mendengar setiap patah perkataan yang Sofea hemburkan namun diya yang berada di bukan lagi Diya yang itu.

shakean Publish time 22-3-2009 06:09 PM

"In kali terakhir kimie..." Ujar diya sebelum berlalu meninggalkannya

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

"kenapa dengan kau ni?"

Zamri merenung Diya yang tampak tak bersemangat.. Lebih dua bulan dia tidak bersua muka dengan diya. Dia benar-benar bimbang. Dah la panggilan dia Diya selalu tidak jawab. Ni pun terpaksa dipujuk Diya supaya berjumpa dengannya.Sepupunya itu sudah banyak berubah.

Diya merenung Zamri. Keputusan yang dibuat belum diberitahu kepada sesiapa lagi. Hatta Zamri yang dianggap seperti abangnya.Hanya sedikit kesabaran dan dia akan terlepas dari segalanya.

"aku tak apa-apa Zam.. Penat je kerja aku sekarang ni. Dah tak boleh rehat macam dulu lagi."

Zamri tidak puas hati. Bukan kerja yang membimbangkan dia sekarang. Tapi perangai Diya yang semakin berat mulut untuk berbincang dengan dia. Ada sesuatu yang diya sembunyikan padanya.

"kau ada problem ke?"

"aku?.. kau pun tahu masalah aku sekarang.. Abah aku kat hospital.. Adik-adik yang tak habis-habis bebankan perasaan aku.. Aku kena sabar sekarang.. Tunggu Farid balik je dan lepas tu aku ingat nak balik kampung la Zam. Aku lagi selesa dok ngan Pak Long ngan adik-adik kau tuh.. Makan pun free jugak.."

"Abah kau ngan adik-adik kau macam mana? dah lama kau mengelak dari dia orang. sekarang kau dah berpeluang tapi kau nak lepaskan peluang tu dan menidakkan segalanya.. macam tu ke selesai masalah?"

Zamri menyoal keras.

Dia masih ingat lagi bila Diya dijaga atok. mereka sama-sama panjay pokok bersama. Dia tidak pernah merasa kekok dengan segala aktiviti lasak itu.. Malah Diya lagi lasak dari dia.. Bila atok meninggal, Ayahnya memikul tanggungjawab terhadapnya.

Waktu itu dia tidak faham. Ada seorang lelaki yang datang ke rumah. Berbincang sesuatu dengan ayahnya dan kemudian menghilang. Tapi tidak diya, dia melihat diya menangis memandang lelaki tersebut.. Itulah kali pertama dia melihatDiya menangis. Cuba dipujuk tapi makin kuat tangisan Diya.

Selepas beberapa tahun barulah ayahnya menceritakan perkara tersebut kepadanya. Lelaki tersebut adalah ayah Diya. Ayah Diya yang dia sendiri tak pernah tahu masih hidup. Diya tak pernah menceritakan apa-apa padanya tentang ayahnya. Setiap kali berbicara, Diya akan menceritakan tentang ibunya dan juga atoknya. Tidak penah dia menyebut tentang ayahnya.

"Aku tak pernah anggap mereka orang asing. mereka yang jadikan aku macam ni.. Kau pun tahu kan, aku hanya jumpa ayah aku bila atok meninggal.. itupun aku tak pernah dapat bercakap dengan dia. Datangnya hanya sekejap.. Bila aku nak sambung belajar, Pak Long yang uruskan semuanya. Sekarang pun. aku hidup sendiri.. "


Diya masih mengingati semuanya
#################################################

Sejak kecil dia tak pernah berjumpa dengan ayahnya. Cuma gambar-gambar yang ditunjukkan oleh mak memberitahu yang itu adalah bapanya.. Dan atok juga yang menggantikan tempat bapanya. Bila dia merajuk, menangis, atok yang akan memujuknya.. Lelaki tua itu yang akan membelikan baju bila tiba hari raya dan menghantarnya ke sekolah.

Lelaki dalam foto tersebut tidak pernah mengikat tali kasutnya apatah lagi mendukungnya. Bila maknya meninggal dunia, barulah dia dapat melihat wajah lelaki itu..Bapanya seperti yang maknya cakapkan.

Bila dia menghampiri lelaki itu dan bertanya ke mana maknya pergi, lelaki itu hanya berdiam diri. Langsung tidak memandang wajahnya..Serak suaranya menyeru nama "abah" namun lelaki itu tidak langsung mempedilikan dirinya.. Waktu itu dia tertanya-tanya apakah benar apa yang ibunya ceritakan. Abahnya akan datang memeluknya, mendukungnya dan menyayanginya.

selepas itu, abahnya menghilang. Tinggal atok seorang. Lelaki tua itu yang menjaga makan minumnya.. kadang-kadang ada lelaki yang datang menjenguknya dan atok tapi bukan lelaki di dalam gambar itu. Dia akan membelikan aiskrim dan membawanya berjalan-jalan dengan kereta mewahnya.. kadang-kadang dia akan memberikannya duit saku yang banyak.. perkara itu berlanjutan sehingga dia dewasa..

Malah, lelaki itu tetap menjenguknya sampai sekarang..Namun Aiskrim tetap menu utama setiap kali mereka berjumpa.

Bila atok sakit kuat barulah dia tahu siapa lelaki yang selalu menjenguknya. atok menceritakan segaka-galanya padanya.

Selepas atok meninggal, abahnya datanng namun dia ditinggalkan bersama Pak long. Sekali lagi dia terasa ditinggalkan.Dia tidak dipedulikan. Namun lelaki yang sering datang semasa atoknya ada masih tetap melawatnya. memberikan kata-kata dorongan padanya. Dia terhutang budi pada lelaki itu.

##################################################


"kau dah banyak berubah dee.." zamri bersuara perlahan.

"dee.. dah lama aku tak dengar orang panggil aku dee.. Kau ingatkan aku pada kisah kita. dari kecik sampai sekarang kita bersama." Ujar diya.

zamri memandang Diya. Apa lagi yang menghantui diri kau sehingga kau jadi macam ni. Aku rindukan Dee yang dulu. Dee yang berani mengusik dan mengejekku. Dee yang sanggup menghulurkan semua kasih sayangnya padanya.

"aku tahu aku bukan Dee yang kau kenal kan. aku sendiri tak sedar bila masa aku jadi macam nie.. di depan kau ni adalah Diya yang lemah.. Aku kalah pada keadaan sekeliling. semua orang membuatkan aku jadi bingung.. Aku tak sekuat dulu lagi Zam."

"kau kuat. Aku tahu. Janagn kau nak nafikan semuanya.. Aku percaya pada kau. Jangan mengaku kalah."

"thanks Zam. Kau ni memang kawan aku."

"aku bukan setakat kawan kau.. Aku saudara dan abang kau. Apa pun yang kau buat, aku akan tetap sokong kau.. Ingat tu Dee.."

######


"kenapa kau mengeluh ni kimie?"
Iknmal memandang hakimi yang termenung panjang di pejabat. Hakimi seolah-olah memikul beban yang berat.

"tak ada apa-apa la" balas hakimi.
Ikmal tidak percaya. mana mungkin dengan wajah yang begitu tiada apa-apa yang berlaku.

"kauni nak bohong punjangan la dengan aku.. Aku kenal sangat-sangat dengan kau." ikmal menjawab sinis.Langkahnya diatur ke kerusi sambil memandang temannya yang bersandar di tingkap.

"kau ingat dengan Diya.."
"siapa?" ikmal bertanya.
"diya.. hantu kat kat hutan dulu.. bekas kerani kat sini.. ingat tak?"

Ikmal tertawa dengan klu yang hakimi beri untuk mengingatkan dia pada Diya.Mana mungkin dia melupakan gadis yang pertama kali dilihat dapat membuatkan sahabatnya itu agak gelisah. Apa la hakimi ni. Bagi la klu yang menarik sikit.

"cewek yang bisa membuatkan kawan aku ni gler bayang..." ikmal tertawa dengan kata-katanya sendiri.

hakimi memandang tajam pada sahabat yang seronok mengusiknya. Apa yang kelakarnya. Dia serius, ikmal pulak sengaja buat lawak bodoh.

"aku serius ni.."

"ok.. ok.. aku serius.." Ikmal menarik nafas panjang bagi menghentikan ketawanya bila melihat muka Hakimi yang serius.

"aku rasa bersalah kat dia.."
"kenapa piulak?" ikmal betanya

Hakimi menceritakan semua kejadian yang berlaku. bermula saat Diya menyelamatkan adiknya sehinggalah saat kali terakhir di majlis di rimah suraya.."

Hakimi melihat ikmal yang mengelengkan kepalanya.."aku tak sangka pulak banyak benda yang kau rahsiakan dari aku.. Macam-macam pulak tu."

Hakimi bkan sengaja tidak menceritakan hal tersebut dengan Ikmal namun dia tidak tahu bagaimana ingin dia ceritakan. Diya cuma seseorang yang dia kenal. Tidak lebih dari itu.

"Kau suka kat Diya ke?" ikmal cuba menduga.
"No way.. Aku tak pernah suka kat dia.. Kau ni mengarut je la.." pantas hakimi membidas.

ikmal memandang rakannya. kau menafikan yang kau menyukai Diya tapi kenapa kau begitu prihatin padanya.Kau buta dalam menilai hati kau sendiri.

"habis tu kenapa?"

Hakimi diam. Dia rasa bersalah pada Diya. Diya telah banyak membantunya. Adiknya makin berubah. Tidak lagi liar seperti dulu. Dia masih ingat wajah diya sewaktu Sofea memarahinya. Dia cuma diam tidak terkutik. Dia ingat pada wajah dan mata Diya yang suram sebelum pergi . Dia ingat pada kata-kata diya yang begitu menyakitkan hatinya.

shakean Publish time 22-3-2009 06:09 PM

Hakimi tidak dapat menjawab soalan yang ikmal ajukan. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia begitu mengambil berat akan Diya.

Hakimi menunggu di ruang depan bangunan tersebut. Entah kenapa dia bertindak pergi ke situ. Mungkin untuk meminta maaf pada Diya kerana hal tempoh hari. Dia sendiri tidak tahu.

Apabila melihat Diya keluar dari pintu lif, Hakimi terus menghampiri Diya.

"Ada apa kimie datang nie?" Diya menyoal pantas. Dia terus berjalan keluar. Hakimi terus mengekori.

"I nak mintak maaf bagi pihak Sofea..I tahu Sofea agak melampau hari tu..Sorry k."

"itu je ke?"

Hakimi memandang diya yang tampak begitu asing padanya. Dia kelihatan lebih sinis dan tegas.

"No.. No.. ada lagi.."

"Hakimi.. Diya tak ada masa nak main-main sekarang ni.. Diya maafkan semuanya.. Kalau ganti rugi tempoh hari tak cukup lagi hakimi boleh call Diya.. Kirim salam diya kat sha. I need to go now." balas Diya dan terus masuk ke dalam kereta yang baru sahaja berhenti di hadapannya.

Hakimi cuma mampu memandang. Dia tidak memahami apa-apa. Apa yang berlaku nie.

"Kau dah jumpa dengan diya?" ikmal menyoal pantas.

"dah." balas ikmal pendek..
"ada apa kau datang jumpa aku nie?" hakimi meyoal. dia tidak ingin ikmal menyebut pasal diya lagi hari ini. kepalanya sudah berserabut. libih-lebih lagi dengan perlakuan Diya.

"kau janganlupa. hujung minggu ni ada conference kat pulau redang. Jangan nak lari pulak."

"aku tahu la.. Boleh aku bawak Sofea skali."

Ikmal mencerlung tajam. Dia tidak memahami rakannya yang seorang ni.. mereka pergi bekerja dan bukannya berseronok.

"kita ada kerja kat sana. Kau jangan nak buat pasal. Nanti heboh satu malaya pasal kau tau.. Aku pun tak suka kau bawak sapa-sapa kali ni.. Dato' dah membebel panjang dengan aku. Dia cakap jangan biar kau buat onar lagi.."

Hakimi mengeluh.. Amaran Ikmal kali ini lain.Ikmal nampaknya marah dngannya. Ayahnya jugak.

Amaran bapanya supaya tidak membuat onar masih diingati. malah bapanya juga mengugut untuk melucutkan haknya selaku pewaris hartanya.

"aku faham. kali ni just U and me. ok" Hakimi mengalah.

"sorry la kalau aku hampakan kau.. Kali ni aku bawak wife ngan anak aku. Aku ambik cuti pas conference tuh. Nak bercuti denan famili aku."

Hakimi cuma mampu memandang Ikmal yang gembira kerana berjaya mengenakannya. Nampaknya sepanjang berada di pulau tersebut dia akan kesunyian.

"kau ni kenapa?"
"tak ada apa la ikmal.. Sorang-sorang la aku kat sana." hakimi meluahkan rasa tidak puas hatinya..

"kau marah ke? Aku dah lama plan nak cuti ngan famili aku. Sekarang baru ada peluang.. Tak pe.. Akim temankan kau kat sana nanti.. Biar aku ngan risa honeymoon skali lagik.." Ikmal berkata sambil mengenyitkan matanya..

Hakimi tersenyum.. Ada ke patut dia disuruh jadi baby sitter.. Dah la si akim tu nakal gler.. Larat ke dia nak handle budak tuh?

"apa-apa je lah kau nie.. Asyik nak kenakan aku je.. knape tak tinggal je akim tuh nagn mak kau."

"kau lupa ke mak aku pergi umrah sekarang.. Lagipun akim tu nakal. tak ada sape2 nak jaga. Dia nak ngan kau je..Lagipun aku takkna tinggalnye si akim kat kau.. "


#################

Hakimi memandang Ikmal dan Rissa yang nampak romantk bersama. Dia terasa keseorangan. Akim sudah lena di ribanya.. Anak Ikmal memang rapat dengannya. Apabila akim nampak dia je, budak tu tak habis-habis meronta-ronta ingin berada dalam pelukannya.

"kenapa kimie?" Rissa menyoal.

Hakimi sudah tidak asing lagi padanya. Sahabat suaminya memang seorang yang baik namun sikap suka berfoya-foya yang kadang kala meresahkan hatinya. Melihat Akim yang lena di riba hakimi, dia tahu yang Hakimi bakal menjadi ayah yang baik pada anak-anaknya suatu hari nanti.

"tak ada apa-apa Rissa. Akim ni dah penat agaknya.Lena betul dia tido."

"Akim ni kalau nampak U je mesti dia nak pergi kat U. Apa ilmu U pakai kat anak I sampai dengan mamanya pun dia tak nak?"

Ikmal tertawa dengan gurauan isterinya itu.

"betul cakap wife aku nie kimie.. Akim ni nampak kau je mesti lupa kat kite orang.."

"Akim ni tahu aku sayang kat dia kot."

"I harap akim jangan ikut perangai romeo U dah la bila besar nanti."

"takkan.. aku akan make sure anak kau nie jadi pencinta sejati nanti." Balas hakimi sambil mengusap-usap rambut Akim..Akim.. Jadilah anak yang soleh.. Uncle akan doakan Akim.


"okey ke kau tinggalkan Rissa ngan Akim tue.." hakimi menyoal.

"kau jangan bimbang la. Pandai la mereka jaga diri. Sementara tu kita ada kerja kena buat nie.mangamuk Dato' nanti." Balas ikmal dan terus mengheret hakimi masuk ke dalam dewan. Entah apa kena dengan hakimi. Bimbang yang bukan-bukan pulak. Macam la Rissa dan Akim tu tanggungjawab dia.

"Akim.. jangan la nakal sangat. meh kat mama nie.." jerit Rissa apabila melihat Akim makin jauh berlari meninggalkannya. Walaupun Akim masih kecil namun dia adalah budak yang aktif. Mungkin Akim teruja melihat air. Akim memang sukakan air.

Akim tidak mempedulikan panggilan mamanya.. berlari-lari dia apabila melihat air yang banyak.. Sukanya.. Tiba-tiba dia terjatuh..terasa sepasang tangan mengangkat badannya.Mama.. mama angkat akim.... badan akim sakit..

Akim memandang mamanya.. ini bukan mama.. akim memandang sekeliling.. Dapat dilihat mamanya berjalan pantas menghampirinya..Mama.. siapa nie?. akim memandang orang yang membersihkan pakaiannya dari pasir.. Dia tersenyum memandang akim.. Mama.. akim suka orang nie..

"adik ok ke?"

Akim hanya diam membisu..Matanya diam memandang mama barunya... Mama.. akim suka mama baru nie..

"akim.. sini sayang.." Rissa memanggil lembut anaknya..

Akim memandang mamanya...Tangannya memegang kain mama barunya.. Akim tak nak.. akim nak mama nie..

Rissa memandang hairan tingkah anaknya. Apa plak nie..

"Mama... Mama..." akim memandang mama barunya.. makin erat pegangan tangannya pada kain mama barunya.

Rissa memandang akim dan gadis yang dipegang akim.. Dia tidak tahu kenapa akim bertindak macam ni.

"maaf la cik.. Akim... ni mama ni sayang.. jangan ganggu untie.. sayang.." Rissa menghulurkan tangannya ingin mengambil Akim namun anaknya itu berlari ke belakang mama barunya.. tangan halusnya masih lagi memegang kain mama barunya..

Rissa mengeleng tidak percaya. Akim jarang bertindak macam nie. Bukan.. Tidak pernah bertindak macam ni kecuali dengan Hakimi..

"tengok tu.. Air.. Akim suka air kan.." Rissa memujuk lembut sambil menunjukkan ke arah laut..

Akim memandang ke arah yang ditunjukkan mamanya.. Akim suka air.. Matanya bercahaya memandangair tersebut.. Akim suka mama.. akim suka air..

"ikut mama sayang..". Rissa memujuk..

Akim mengeleng dan menyembunyikan wajahnya di balik mama barunya..
Rissa mengeluh.. Macam mana lagi dia nak pujuk akim yang degil nie..


"Sorry miss...Anak I ni degil sikit. I pun tak tahu kenapa hari ni dia buat perangai macam ni.." Rissa menerangkan pada gadis di hadapannya.

Rissa cuba memujuk Akim namun akim masih melarikan dirinya dari mamanya sendiri.Bila ditarik dia menjerit-jerit tidak mahu mamanya memisahkan dia dengan mama barunya.

"macam ni la.. U biar je anak U ni dengan I.. I tak kesah pun." balas gadis di hadapannya.

Gadis itu menarik Akim ke sisinya. Akim memandang mama barunya.tertawa Akim bila mama
Pages: [1] 2 3 4 5 6 7 8 9 10
View full version: DIA SELAMANYA>>> new home


ADVERTISEMENT