Syd Publish time 19-3-2009 07:31 AM

Aswara naik taraf universiti

Aswara naik taraf universiti
Oleh YANG CHIN MEE
pengarang@utusan.com.my
http://www.utusan.com.my/pix/2009/0319/Utusan_Malaysia/Dalam_Negeri/dn_02.1.jpg
MOHD. Shafie Apdal dan OmarAwang (kanan) bersama para pelajar pada majlis Konvokesyen PelajarAkademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) di Kuala Lumpur,semalam.

KUALA LUMPUR 18 Mac - Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) akan menawarkan kursus ijazah sarjana kepada para penuntut mulai Julai ini.

Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, ia merupakan antara langkah yang diambil untuk menaikkan taraf Aswara sebagai sebuah universiti seni tempatan.

Katanya, Aswara pada masa kini menawarkan pengajian peringkat diploma dan ijazah sarjana muda kepada para penuntut.

"Dengan keupayaan peringkat akademik serta pengurusan, Aswara mampu menawarkan pengajian sarjana dan saya percaya kedudukan Aswara sebagai institusi pendidikan seni dapat dipertingkatkan.

"Bagi pengambilan pertama, kita menjangkakan sekurang-kurangnya lima orang pelajar akan mengikuti pengajian sarjana di Aswara," katanya pada Majlis Konvokesyen Aswara Ke-7 di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datulk Dr. Muzahet Masruri; Pengerusi Lembaga Pengarah Aswara, Dr. Ghouse Nasuruddin dan Rektor Aswara, Datuk OmarAwang.

Sempena Majlis Konvokesyen Aswara itu, julung kali dianugerahkan Ijazah Kehormat Sarjana Seni kepada tokoh seni bangsawan tanah air, A.Rahman Bakar atau lebih dikenali sebagai Rahman B. yang banyak menyumbang kepada kesinambungan serta perkembangan kesenian tradisional tempatan.

Mohd. Shafie selaku Ketua Perlembagaan Aswara menyampaikan Ijazah Kehormat tersebut.

Mohd. Shafie menyifatkan pengiktirafan itu merupakan dorongan kepada penggiat kesenian tradisional tempatan agar sentiasa berusaha mengekalkan ketulenan dalam kesenian mereka.

Sementara itu, Mohd. Shafie percaya bahawa siswazah Aswara tidakakan tergolong dalam graduan-graduan yang menganggur selepas keluar dari akademi itu.

"Dengan sistem pembelajaran yang sedia ada, graduan-graduan ini telah menempuh bidang kerjaya masing-masing sama ada sebagai artis,karyawan ataupun orang-orang yang berada di sebalik tabir produksi seni," jelasnya.

Menjawab soalan adakah kerajaan bercadang mengharamkan filem-filem berunsur songsang yang tidak patut disiarkan melalui rancangan televisyen, beliau berkata:

"Kita memang ada garis panduan (berkenaan perkara ini) jika sesuatu filem itu bercanggah dengan budaya tempatan.

"Kalau persembahan itu tidak selari dengan dasar dan hasrat kitanuntuk menerapkan budaya, maka itu akan menjadi sekatan dan saya akannnbuat penekanan ini supaya ia tidak berlaku," ujarnya.

[ Last edited bySyd at 19-3-2009 07:33 ]

pengimbas Publish time 19-3-2009 08:03 AM

senang-senang je nak naikkan tarap jadi uni... cheh!!!

diyadion Publish time 19-3-2009 08:36 AM

byk nyee uniii skrg ni!!:'( :'(

shidaaziz Publish time 23-3-2009 03:20 PM

ASWARA atau dulunya ASK, adalah sebuah pusat pengajian tinggi yang dikendalikan oleh kementerian sendiri. memang sewajarnya dinaiktaraf sebagai universiti. kalau kementerian boleh naik taraf koleh swasta kepada universiti, kenapa derang nak anak tirikan pusat pengajian yang berada di bawah agensi kerajaan untuk tak upgrade.

ASWARA pun bukan sewenang-wenangnya nak ambil pelajar. ada interview untuk masuk pusat pengajian tersebut. bukan macam kolej swasta lain yang penting ada duit boleh masuk.

chef_katak Publish time 27-5-2009 01:40 PM

hmmm ada bagusnya jugak

Pygmalion Publish time 24-6-2009 09:29 AM

ok apa.. dah naik taraf nanti lagi lah mcm2 menda kena buat ..
MQA lagi dtg check
Pages: [1]
View full version: Aswara naik taraf universiti


ADVERTISEMENT