indah_iman Publish time 8-3-2009 01:10 PM

Polis tembak gas pemedih mata, Sasterawan Negara A. Samad Said ditangkap!

KUALA LUMPUR, 7 Mac (Hrkh) - Terkini menurut Ketua Pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman yang berada di lokasi berhampiran Istana Negara memaklumkan bahawa Sasterawan Negara A. Samad Said ditangkap oleh pihak polis di depan pintu istana.

FRU kini katanya telah melancarkan tembakan gas pemedih mata kepada para peserta himpunan dan dalam masa yang sama pasukan anggota polis kelihatan mengejar beberapa para peserta di lokasi berdekatan stesen Keretapi KTM berdekatan Istana Negara.


Menurut beliau, kawasan sekitar Istana Negara kelihatan 'memutih' kerana lebih 100,000 orang ramai masih bertahan sungguhpun terasa bahang gas pemedih mata yang dilancarkan oleh FRU.

"Saya sudah tak nampak kawasan sekitar, mata sangat pedih kena tembakan gas...saya akan maklumkan kemudian," katanya singkat ketika menghubungi Harakahdaily sebentar tadi.

Dilaporkan Presiden PAS Dato' Seri Abdul Hadi Awang dan beberapa pimpinan PAS termasuk para pejuang bahasa yang lain turut berada di sekitar kawasan istana negara.

Sebelum mereka berarak kira-kira jam 2.10 petang tadi, kelihatan ketua Persatuan Penulis Nasional (Pena) Dato' Baha Zain dan naib presiden PAS Mohamad Sabu di Masjid sejak sebelum solat zohor, kira-kira jam 1.15 petang tadi.

Kira-kira jam 3.15 petang Lutfi memaklumkan bahawa ribuan orang ramai sudah mula berundur dari Istana Negara ke Masjid Negara kerana 'asakan' dan serangan yang dilakukan oleh pihak FRU dan para peserta di minta berkumpul ke sana. - azm _

indah_iman Publish time 8-3-2009 01:10 PM

"Rupa-rupanya begini caranya untuk menyelamatkan bahasa,"


Itulah kata2 sasterawan ulung Negara Dato A.Samad Said setelah beliau dihadiahkan gas pemedih mata ketika berada berhampiran Istana Negara utk menyampaikan memo bantahan PPSMI (EiTeM) kpd wakil istana...

Saya amat terharu, sedih dan sebak apabila melihat wajah tuanya terbatuk2 menahan asakan gas pemedih mata dari polis FRU yg juga sebangsa dan seagama dgn beliau...

Salah ke berjuang utk memertabatkan bahasa melayu itu sendiri??
Jumpa kamu di Akhirat nnt..

indah_iman Publish time 8-3-2009 01:13 PM

ada orang kata pas nih asobiyyah kerna memperjuangkan bahasa melayu...

depa tahu ke makna asobiyyah yang sengoti!!!...

nabi kata asobiyyah tuh menolong bangsa diatas dasar kezaliman, sebagaimana sabdanya yang bermaksub:

"Asobiyyah itu ialah kamu membantu atau membela atau memberi sokongan kepada kaum bangsa kamu walaupun mereka berada dalam keadaan zalim." (riwayat Imam Abu Daud)

so..sapa yang zalim?...

adakah membela bahasa sendiri daripada dipupuskan itu zalim?...

atau.....

menghapuskan bahasa kaum sendiri di persada negara itu yang zalim?....

or...

mereka yang memperjuangkan bahasa melayu itu yang zalim?

atau....

umno dan kerajaan barisan nasional itu yang zalim?....

sedangkan didalam islam , aspek bahasa ibunda itu amat penting dan manjadi teras dalam keberkesanan uslub dakwah...


sebagaimana firman allah yang bermaksub:

"kami tidak mengutus seorang rasul pun melainkan dengan BAHASA KAUMNYA supaya ia dapat memberi penjelasan DENGAN TERANG kepada mereka"------------surah ibrahim ayat 4.

tuhan sendiri pun mengangkat martabat bahasa ibunda, tapi kita pula cuba untuk meruntuhkan bahasa kita sendiri....

so, bagi ana ,membela bahasa ibunda adalah kerna mempertahankan sunnatullah.....dan meruntuhkan bahasa ibunda bermakna meruntuh kan sunatullah( fitrah semulajadi)...

so..TAHNIAH kepada pejuang bahasa..semoga perjuangan kamu diberkati allah.........

wassalam

komen seorg ahli drpd Tranungkite online
'nabila' dlm thread Luahkan simpati anda pada Dato A samad Said...

iza_yuss Publish time 8-3-2009 10:30 PM

:'( :'( :'(

aku cinta bahasa melayu

bukan x reti bahasa inggeris.....tp guna la bior kena pada tempat

apa kelas sgt ke cakap bahasa inggeris.......kadang tu inggeris pandai, tapi otak zero:lol:

beribiru Publish time 12-3-2009 10:20 PM

http://emoticon.tora-dora.org/emoticon/Emoticon/paopaobing47.gif

x patot...mmg x patott....
Pages: [1]
View full version: Polis tembak gas pemedih mata, Sasterawan Negara A. Samad Said ditangkap!


ADVERTISEMENT