amazed Publish time 7-3-2009 08:10 AM

mengukir dari kayu hanyut!!

Ikram pengukir kayu hanyut

Oleh JAMLIAH ABDULLAH


http://www.utusan.com.my/pix/2009/0307/Utusan_Malaysia/Selatan/ws_01.1.jpg
IKRAM Subaily pengusaha serta pengukir kayu daripada bahan terbiar. - UTUSAN/ ABD RAZAK AID

SEREMBAN 6 Mac - Percaya atau tidak sebatang kayu yang dibiarkan hanyut dalam sungai mampu menghasilkan kraf tangan berkonsepkan ukiran kayu unik dan tinggi nilai estetika?

Bukan itu saja, sekiranya dikomersialkan kraf tangan tersebut juga mampu menjadi sumber pendapatan yang lumayan kepada pengukirnya.

Ikram Subaily, 51, membuktikan bahawa ukiran kayu daripada bahan terbiar mampu memberi kepuasan, sekali gus menambah pendapatan.

Sehingga kini, Ikram yang memiliki ciri-ciri khas dalam ukiran dan sudah mencipta ratusan karya daripada kayu terbiar yang boleh dijadikan hiasan rumah dan landskap.

Keunikannya dalam mengukir pelbagai jenis kayu terbiar seperti merbau, cengal dan tembusu itu berjaya menghasilkan ukiran yang estetik dan semula jadi.

''Ukiran kayu terbiar cukup istimewa," kata pemilik syarikat Anai Creation di sini, hari ini.

Dia yang ditemui di bengkel dan bilik pamerannya di L&C Home Renovator di Lavender Height Bussiness Square di sini berkata, setiap produk merupakan karya seni yang halus.

Menurut Ikram yang sejak kecil dia sudah mengenal seni ukir ini, nilai estetika dan keindahan ukiran kayu tersebut muncul apabila beliau memerah otak bagi menghasilkan sesuatu bahan yang ditemuinya.

Ciri khas ukiran kayu rekaannya terletak pada serat kayu yang semula jadi dan teksturnya.

"Saya lebih suka mengekalkan tekstur kayu kerana daripada itu datang keunikannya walaupun ia sudah dimakan anai-anai," tambahnya yang menubuhkan Anai Creation sejak 1988.

Sebagai produk kraftangan di bawah jenama Anai Creation, Ikram menghasilkan pelbagai perhiasan termasuk perabot seperti meja solek, kerusi dan meja makan.

Tidak kurang juga pelbagai kraftangan lain yang boleh dijadikan dekorasi rumah seperti lampu hiasan, pasu dan bakul.

Menurut Ikram, beliau menggunakan peralatan moden bagi mengukir produk tersebut sejajar dengan perkembangan teknologi.

"Teknik tradisional seperti memahat bagi saya agak ketinggalan kerana dengan peralatan moden yang sesuai sesuatu produk tersebut lebih mudah, cepat disiapkan dan pada masa yang sama tetap mengekalkan kehalusan seninya," tambah beliau.

Kegigihannya mengkomersialkan seni ukiran yang dianggap tertua dalam sejarah Melayu itu nampaknya berbaloi apabila beliau turut mendapat sokongan daripada kerajaan negeri dan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia cawangan Negeri Sembilan.

" Pasaran untuk kraftangan ini sentiasa ada terutama di kalangan penggemar ukiran kayu. Jadi bukan sesuatu yang mustahil jika ia mampu menjadi sumber pendapatan kepada saya.

"Selain itu, berkat sokongan daripada Kraftangan Malaysia yang sentiasa mencari peluang kepada saya untuk memasarkan produk ini banyak membantu pengusaha kraf seperti saya," tambahnya.

budingyun Publish time 7-3-2009 10:49 AM

org kreatif mmg leh wat duit..:D :D :D

Gravedigger Publish time 11-3-2009 10:42 PM

Jika ia diukir oleh seorang tukang maka jadilah ia sebagai hasil kraftangan.
Jika ia di ukir oleh seorang pelukis maka jadilah ia sebuah karya Arca seni.
Pages: [1]
View full version: mengukir dari kayu hanyut!!


ADVERTISEMENT