Mas916 Publish time 21-3-2009 01:05 PM

thread ni bole merged kot ngan thread lelong lelong.....
nampak tujuan dia sama je kan...

joey_mcintrye Publish time 23-3-2009 11:27 AM

Originally posted by cikna99 at 18-3-2009 13:52 http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif
Tengok nie.. benih kacang botol yg sudah dikeringkan... caya tak lebih dari satu kaki panjangnya..:lol:
asalnya benih nie dari Jabatan Pertanian gak, mintak sket benihnya dari seorg pekebun say ...



Very profesional. bukti disertakan dengan gambar. Siap ada pita pengukur. Betul2 macam CSI :lol:

cikna99 Publish time 23-3-2009 12:17 PM

Balas #22 joey_mcintrye\ catat

yelahhh... tanam sendiri tuuu....:loveliness:

alamanda_juza Publish time 23-3-2009 12:29 PM

ade tak sesape kat cni tau kat mana nak beli biji benih sayur dan bunga yg bermacam jenis?
bagi tau eik....

cikna99 Publish time 23-3-2009 12:36 PM

Balas #24 alamanda_juza\ catat

kalu kat carefour, jusco ada kat bahagian pokok pasuan. Kalu g pusat jualan pokok, setiap hujung bulan ada kat Taman Warisan Putrajaya. Benih2 sayur ada jual kat sini. Sesetengah nurseri ada jgk jual benih2 nie.. tak pun mintak sket benih yang berkenan kat pekebun2 sayur tu :lol: :lol:

meya Publish time 23-3-2009 01:25 PM

Sape yang ada tuh berilah benih kacang botol nih pada Darsita...mesti teringin nak makan ulam Malaysia kat sana.

BTW leh hidup ker tanam kat sana?

Meya kalau ada leh jugak Meya postkan, tapi takde ..selalu kalau nak makan tengok nasib ada ker takde kat pasar :$

joey_mcintrye Publish time 23-3-2009 03:31 PM

Originally posted by alamanda_juza at 23-3-2009 12:29 http://mforum3.cari.com.my/images/common/back.gif
ade tak sesape kat cni tau kat mana nak beli biji benih sayur dan bunga yg bermacam jenis?
bagi tau eik....


Kalau untuk kali pertama nak menanam, ko gi je mana2 Jabatan Pertanian yang berhampiran. Boleh dapat kit bumi hijau (anggaran RM 8) yang mengandungi 4 hingga 5 jenis benih sayur-sayuran, baja dan pamplet tanaman secara percuma. Just tulis nama, alamat, no.tel dan tandatangan.

Bila kali kedua ko nak tanam lain, ko boleh beli dengan harga lebih kurang 50 sen sepaket. Jauh lebih murah dari yang dijual di supermarket.

kasseh Publish time 23-3-2009 03:40 PM

kalu mcm kat mardi ada tak?....

alamanda_juza Publish time 23-3-2009 03:45 PM

ooooo...
nak tanye lg...
ade sesape tau tak jabatan pertanian yg area serdang.....
bleh bgtau...:loveliness:
klu nak cari biji benih kat ner?byk jenis dan murah....:D

[ Last edited byalamanda_juza at 23-3-2009 16:03 ]

alamanda_juza Publish time 23-3-2009 04:05 PM

Reply #25 cikna99's post

kat taman warisan ari apa?dan brape hb? dari kul brape sampai kul brape?
sy memang berminat menanam pokok nih....

Sunor Publish time 23-3-2009 04:53 PM

joey...ada kawan yg baru pindah masuk opis kita citer...dia dari Wisma Tani...citer bila org ramai gi kat pej pertanian...stock tak de....HILANG!!!

pakupayung21 Publish time 23-3-2009 04:57 PM

Reply #31 Sunor's post

errkkk kak..yg disaspek tu org pej pertanian sendiri ke:o

joey_mcintrye Publish time 23-3-2009 09:57 PM

Originally posted by kasseh at 23-3-2009 15:40 http://mforum4.cari.com.my/images/common/back.gif
kalu mcm kat mardi ada tak?....


Apa bendanya? Benih sayur-sayuran ke?

MARDI xda la dik. Walaupun dia bawah Kementerian Pertanian, tapi tanggung-jawabnya lebih kepada penyelidikan.
Kalau nak, ko kena cari Jabatan Pertanian juga.

joey_mcintrye Publish time 23-3-2009 09:59 PM

Originally posted by alamanda_juza at 23-3-2009 15:45 http://mforum4.cari.com.my/images/common/back.gif
ooooo...
nak tanye lg...
ade sesape tau tak jabatan pertanian yg area serdang.....
bleh bgtau...:loveliness:
klu nak cari biji benih kat ner?byk jenis dan murah....:D


Ko gi je Jabatan Pertanian Daerah Serdang dik. Senang je. Ko gi masuk UPM, Jabatan Pertanian ada kat dalam tu. Tak pun ko tanya orang-orang kat situ. Sure dia orang boleh tunjuk jalan.

joey_mcintrye Publish time 23-3-2009 10:10 PM

Originally posted by Sunor at 23-3-2009 16:53 http://mforum4.cari.com.my/images/common/back.gif
joey...ada kawan yg baru pindah masuk opis kita citer...dia dari Wisma Tani...citer bila org ramai gi kat pej pertanian...stock tak de....HILANG!!!


Kekadang aku bukan nak ngutuk jabatan sendiri tapi itulah hakikatnya. HQ kita orang ni cakap tak serupa bikin. Punya la berdegar-degar minta jabatan pertanian negeri all out untuk program bumi hijau ini sampai cuti hujung minggu pun kena kerja.

Hantar supply untuk benih sayur-sayuran, baja, pamplet dan keperluan lain sampai menimbun-nimbun. Pulak tu setiap minggu kena hantar laporan kat HQ. Kalau negeri lambat buat program ke, program tak berjalan ke... merasalah Pengarah negeri kena maki hamun dengan boss2 kat HQ nun.

Tak logik nye pegawai HQ sendiri xda stock. Pulak tu kata hilang! :mad:

joey_mcintrye Publish time 23-3-2009 10:12 PM

Originally posted by pakupayung21 at 23-3-2009 16:57 http://mforum4.cari.com.my/images/common/back.gif
errkkk kak..yg disaspek tu org pej pertanian sendiri ke:o


Apa dia orang buat dengan benih2 tu. Telan ke?

alamanda_juza Publish time 24-3-2009 08:17 AM

joey_mcintrye.....biji benih bunga ade tak kat Jabatan Pertanian?
sy nak tanam bunga gaks...:loveliness:

joey_mcintrye Publish time 24-3-2009 10:59 AM

Originally posted by alamanda_juza at 24-3-2009 08:17 http://mforum6.cari.com.my/images/common/back.gif
joey_mcintrye.....biji benih bunga ade tak kat Jabatan Pertanian?
sy nak tanam bunga gaks...:loveliness:


Biji benih bunga xda la dik.. Sejak Kempen Bumi Hijau (sekarang diubah program) dilancarkan semula pada 2005, kerajaan memang tumpukan perhatian untuk tanaman makanan.

Yang bunga-bungaan dah kurang la dan tumpuan lebih diberi kepada jenis macam orkid. Kalau nak buat projek bunga untuk buka nursery @ buka ladang bunga, kena jumpa mana-mana pegawai di Jabatan Pertanian berhampiran. Kalau sesuai, ada la insentif amalan teknologi yang boleh diberi.

[ Last edited byjoey_mcintrye at 24-3-2009 11:00 ]

alamanda_juza Publish time 24-3-2009 11:36 AM

Reply #38 joey_mcintrye's post

wow best nye....
bagus eik....bunga orkid ade jual gaks eik....
byk jenis tak?

joey_mcintrye Publish time 24-3-2009 03:15 PM

Originally posted by alamanda_juza at 24-3-2009 11:36 http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif
wow best nye....
bagus eik....bunga orkid ade jual gaks eik....
byk jenis tak?


Maksud tumpuan tadi bukannya Jabatan jual direct pokok2 orkid tu tapi wujudkan pengusaha-pengusaha orkid dengan memberi bimbingan yang sewajarnya kepada mereka.

Ko mungkin boleh tanya mana-mana pegawai Jabatan Pertanian tentang alamat pengusaha2 orkid ni. So kalau nak beli, kena la cari dia orang ni.

Kebanyakan pokok2 bunga ni melambak-melambak ada jual bila ada karnival atau ekspo pertanian. Kalau nak tahu, setiap hari Sabtu ada dibuat program di Tapak Ekspo MARDI, Serdang (tempat berlangsungnya MAHA setiap dua tahun tu). Insya Allah, aku rasa banyak pokok2 bunga @ orkid ada jual kat situ.
Pages: 1 [2] 3 4 5 6 7 8 9 10 11
View full version: : Benih bunga & sayuran :


ADVERTISEMENT