futureHOPE Publish time 12-12-2008 11:12 PM

1st time bc karya hlovate ni mase novel tunas... memang besh giler.. bley tergelak sorang2. ni la novel 1st yg buat aku tergelak besar.. kalo novel len senyum2 jek..:D . pastu br bace 5T5B.aA+bB belum bace lg sbb tgu novel member punyer. hehe.. suke sgt ngan hlovate sbb bahasa yg sempoi.. mcm aku ni mane kureng cket ayat yg mendayu2...berjiwang2... ntahla, sbb aku amek technical kot.. biase dak2 sains & technical nie suke ayat2 pendek & padat ( tp x tau la kalo org len cemane tp kebykan kwn aku sumer cenggtu)...

papehal.. gud luck to hlovate...

misz_scarlett Publish time 28-2-2009 06:59 AM

RooftopRant-karya terbaru hlovate

kredit kepada : http://wanamalyn.blogdrive.com/

Rooftop Rant

http://i69.photobucket.com/albums/i55/Wan_Amalyn/Cover%20Buku/RooftapRant.jpg

Tahun
: Februari 2009
Terbitan
: JS
Harga
: RM 21.00


Blurb:

lontarkan
...kalau tidak ia meracun
kongsikan
...walau hanya pada awan-awan
Mereka berbicara di atas bumbung
Episod hidup memang berbeza, tapi cerita mereka masih selari!
Allah takkan bebankan hamba-Nya dengan apa yang dia tak mampu!
Hidup tak selalunya lawa
Tak selalunya ada pelangi
Kalau nak kata a bed of roses pun, duri-durinya tetap ada
Kadang-kadang... bilamana 'malapetaka' tu datang, terasa macam kena gelek ke bumi dek ahli sumo
Rasa macam dah tak mampu bangkit
Rasa macam dah tak mampu hela nafas

mampukah dibeli tangga-tangga untuk mencapai cita-cita?
ini cerita sebuah bicara
bicara bumbung namanya....

******
Hlovate tampil dengan karya terbaru beliau berjudul Rooftop Rant. Novel ke-22 terbitan Jemari Seni ini sama sekali tidak menghampakan aku sebagaimana novel-novel beliau terdahulu.

PUAS.Itulah perasaan pertama yang aku rasa usai membaca karya Hlovate yangkelima ini (selepas 5 Tahun 5 Bulan, Schubert's Serenade – Kompilasi 3 cerita dalam Gurindam Jiwa, aA + bB dan Tunas).

Kisah tentang Trisy – Khairul Batrisya Mazniyang terbeban dengan masalah 'kebisingan' di rumahnya. Kisah tentangJade yang 'bosan' dengan bebelan si ibu. Lalu tanpa temujanji merekamenjadikan puncak Wisma Topaz sebagai lokasi mencari damai di hati.

Tanpa tutur kata, sekadar bicara mata, mereka meterai MoU dalam bahasa diam. "Kaududuk hujung sana senyap-senyap… aku buat kerja aku hujung sinidiam-diam. Kau buat hal kau… aku buat hal aku. Aku tak kacau kau… kaujangan kacau aku. Kau faham… aku faham". Hinggalah berlaku insiden yang membuka ruang bicara antara mereka. Membuka hijab yang membawa mereka ke Rooftop Wisma Topaz itu.

"There're times when strangers are like family and family are like strangers" begitulahmereka. Trisy yang sudah bosan tidak diendahkan oleh keluarga dan Jadeyang merasakan dirinya terkongkong oleh leteran ibunya. Trisy yang takpernah ada orang yang mahu mendengar dia bercakap dan Jade yang sangatsabar menjadi pendengar. Menjadikan mereka sahabat yang akrab, yangsaling faham apa yang dirasakan tanpa perlu banyak kata, yang salingmenjadi penguat semangat antara mereka untuk mencari arah tuju hidup.

Rooftop Rantmemperkenalkan aku pada Trisy dan aku jatuh kasih padanya. Aku sukakanTrisy walaupun dia pernah jadi 'jahat' kerana aku faham kenapa dia jadibegitu!. Tapi dia berjaya berubah dan mengubah dirinya kepada Trisyyang seratus kali lebih baik!!.

Akujatuh cinta pada Jade, walaupun aku tahu dia lelaki yang miskinperbendaharaan kata. Tapi dia ada telinga yang boleh diharapkan untukjadi pendengar yang baik. Tapi yang paling utama dia pandai melukiskartun, melakarkan isi hatinya yang tak terluah dengan kata.

Akusedih pada nasib Trisy yang jadi anak 'terbuang'. Aku kesian pada Jadeyang sering menjadi mangsa perbandingan ibunya, hidup dalam bayangAlong dan adik.

SalahkahTrisy kalau dia hanya inginkan perhatian? kerana dia sudah puas jadianak yang tidak diendahkan. Salah Jade kah ditakdirkan dia punya abangdan adik yang lebih bijak sedangkan dia hanya biasa-biasa saja?

Akuteringin nak gantikan tempat Jazz, jadi abang pada Trisy. Gantikan Rinadan Tati jadi kakak pada Trisy. Aku teringin nak jadi adik pada Jadeyang sungguh prihatin dengan caranya yang tersendiri. Aku jatuh cintapada Pak Su Wan – pegawai penguat kuasa disiplin, tatasusila dan akhlak– yang tegas tapi baik hati dan suka pakai baju Raihan??!!. hehehe

Akuteringin nak jadi kawan baik Trisy agar dia tidak perlu tanggung segalakeperitan hidupnya sendirian. Agar dia ada kawan yang boleh dijadikantempat meluahkan bicara.

Kalauboleh aku nak jadi jari yang boleh tolong sapu air mata Trisy di kaladia tak berdaya. Aku nak jadi bahu yang boleh jadi tempat Trisybersandar. Aku nak jadi telinga yang boleh mendengar keluh kesah Trisy.
Akurela jadi mata yang boleh mengawasi Trisy daripada segala perbuatanyang tak terjangkakan. Kerana sesungguhnya Trisy penuh dengan kejutan.

Tapi semua itu mustahilkan?? Kerana semuanya itu hanyalah sebuah CERITA!. Lakaran idea kreatif penulis yang menjadikan kisah Trisy dan Jade ini 'hidup' dalam layar minda aku.

Begitulahpenangan Hlovate pada aku kali ini!. Aku jadi larut dalam perasaantatkala membaca Hlovate bercerita tentang bicara bumbung antara Trisydan Jade. Berhikayat melalui mata penanya.
Sungguh.Aku seakan jadi sebahagian daripada Trisy berkongsi rawan. Aku seakanjadi sebahagian daripada Jade berkongsi keserabutan. Bersama-samamereka menangis hiba, bergelak ketawa, mengeluh kesah bahkanbermuhasabah diri. Berkongsi segala emosi bersama-sama Trisy dah Jade.Aku bersatu menjadi mereka, melawan 'jerangkung-jerangkung' yang jadipenghalang untuk mereka bangkit menjadi manusia yang baru, berubahmenjadi insan yang lebih baik! Yang berkali-kali lebih baik daripadamasa silam mereka.

Buat Hlovate… Tahniah!! kerana Rooftop Rant bukan sekadar novel tetapi ia sarat dengan ilmu yang sangat berguna. Rooftop Rant yang padat dengan informasi, yang sarat dengan pengajaran hidup yang membuatkan aku berfikir bukan sekali tetapi berkali-kali.

Incanto Publish time 28-2-2009 05:09 PM

Aku jatuh cinta dgn Rooftop Rant .... novel yg cukup rasa & perisa, tak stereotype
hlovate - you memang genius :pompom:

baju_merun Publish time 28-2-2009 10:14 PM

belum baca lagi tapi dah beli
baru sudah abih baca aA + bB ngn 5 tahun 5 bulan
mata penat lagi :shakehead3:

macncheese Publish time 1-3-2009 11:47 AM

dah baca...mmg bes sgt.. tetiba je masuk watak watak 5 thn 5 bulan..masa ade jebat iskandar tu ..cam familiar sesangat...tapi x tau dari mana...bila datang johanna baru sedar...dari 5 thn 5 bulan..agak agaknye..hlovate..student aberdeen tak?

limau_nipis Publish time 3-3-2009 08:34 AM

i will merge with existing HLOVATE topic

http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=339825&page=1&sercari=3

baju_merun Publish time 3-3-2009 08:24 PM

Lepas baca aA+bB... pastu terus baca 5 Tahun 5 Bulan.. rasa cam baca buku ada sambungan cuma characternya lain2 orang. Masih pasal med student.. satu lagu pasal doctor.. pastu perkataan2 hampir sama

Skang tengah baca rooftop rant.. baru rasa ada beza sket

semlm g kedai.. dah hampir nak ter"grab" TUNAS
tp dok pujuk hati suh bersabar.. sbb bulan ni je dah hampir lebih RM100 beli buku citer :lol:

super_nova Publish time 4-3-2009 12:48 AM

macam best jer...

tudung_bawal Publish time 4-3-2009 12:57 PM

Reply #127 baju_merun's post

dah abis bace rooftop lom?
lepas abis bg comment pls...
ok x untuk dibeli

baju_merun Publish time 4-3-2009 09:27 PM

Originally posted by tudung_bawal at 4-3-2009 12:57 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif
dah abis bace rooftop lom?
lepas abis bg comment pls...
ok x untuk dibeli

dah baca 1/3
tak larat dah nak baca smpi abih
terus baca episod akhir apa jadi :lol:
nanti laaa bila ada masa nnt, baca balik dari awal hingga akhir

otakotak Publish time 11-3-2009 05:40 PM

buku2 hlovate sume besh....





dr jemari seni sy bli buku hlovate je ngan radha.....:lol: :lol:

otakotak Publish time 11-3-2009 05:44 PM

rooftop len dr buku holvate y len....


maybe kte dah bese cara dia crt tbe2 dlm buku nih watak dia cam laen....rse cam.....erm......elik sket...

tp xske part depa terpisah :'( :'( :'( nak watak gaduh2 :lol:

InangPutri Publish time 11-3-2009 08:42 PM

inang pn peminat karya hlovate jg..
boleh kata semua dh baca kecuali yg baru ni..
nak kena sambar satu nampaknya..tak sabar rasanya
nk baca karya terbaru hlovate

otakotak Publish time 11-3-2009 10:05 PM

tuh la....hlovate neh besh laaaaaaaaaaa :'( :'( :'( dlm smggu mesti de baca blk buku 5 tahun 5 bln nuh.....aabb tunas....:'(

faramalina Publish time 11-3-2009 11:06 PM

rooftop rant sgt lain dr buku hlovate yg lain.
x dinafikan, tp isi dlm tu sgt2 berguna.
kdg2 rase mcm kene kat batang hidung sendiri pun ade.
so, dpt lah fara manfaatkan sdikit sebanyak info yg berguna :loveliness:
haritu igt nk bace siket je,
sbb esoknya ade test.
tp alih2 7 jam lpas tu dah habis baca. fuhhh. xsgke.
heheheh :P

tp lpas tu kelam kelibut jap nk bace buku.heheh :P :P

tulip.purple Publish time 12-3-2009 10:14 AM

yup pengaruh hlovate agak tinggi pd diri aku..

Now tengah 'mengulangkaji' Rooftop Rant
ni sume gara2 5Tahun 5Bulan adik aku..
then terus engrossed smpi aku pun now tiba2 berminat ngan karya Harun Yahya..

Tunas dan Aa+Bb tengah tunggu untuk dibaca..

aku suka idea dia yg segar..
pengisian yang dia bagi dlm novel dia..

cuma mungkin pd usia mcm ni..aku kurg gemar bahasa2 pasar yg dia guna..
i notice banyak ayat yg sama dlm 5T5B dan Rooftop Rant

but still i enjoy it..

so far wat masa ni, hati masih pada 'Along Serbia' :lol:

otakotak Publish time 12-3-2009 10:42 AM

btol...along serbia tuh besh la.....




masih ade ke ek org camnih dlm dunia btol......

baju_merun Publish time 12-3-2009 11:37 AM

tgh ulang kaji semula rooftop rant :D

attokz Publish time 12-3-2009 02:05 PM

Ehem! Tumpang sekaki...
Sy baca 5tahun 5bulan kat e-novel ~ maksudnya sebelum dicetak dan di edit jadi buku oleh Jemari Seni. Tp mmg best la. Xbyk beza pun selepas diterbitkan.

Along Serbia? Hahahaa! Watak yg sy rasa macam diri sendiri plak. So, maknanya orang mcm watak ni real wujud la. Keh keh keh!

Peh tu, wife ada beli Aa + Bb& Tunas lak. Ada gak baca. Tp biasala, bila dah terbiasa dengan gaya santai Hlovate ni jadi mcm teringat pada novel-novel Ahadiat Akashah pada zaman itu la. Mksdnya ~ cara dan gaya bahasa tu mmg kena pada zaman penerbitan novel tu. Kalo x caye, cuba korang bc balik karya Ahadiat Akashah mcm Budak RAP, Joy atau pun beberapa novel lain yang agak-agak remaja.

Mcm Tulip.Purple ckp la ~ gaya bahasa pasar yg agak 'muda' tu kurang masyuk utk usia-usia 'remaja purba'. Hehehe!

Rooftop Rant blom beli lagik.. :P

tulip.purple Publish time 13-3-2009 10:31 AM

selamat mengkhatamkan Rooftop Rant..
Jade is sweet.. but not as sweet as Along Serbia :lol:

now dok layan lak..
chaiyok chaiyok
Pages: 1 2 3 4 5 6 [7] 8 9 10 11 12 13 14 15 16
View full version: Novelis Hlovate


ADVERTISEMENT