amazed Publish time 26-2-2009 06:54 PM

seni layang-layang

Raja layang-layang
Festival Layang-layang Pasir Gudang mengumpulkan bukan calang-calang pemain. Wartawan AZIZI MAJID melaporkan hobi tersebut yang membawa mereka ke serata pelosok dunia.


http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2009/0225/Kosmo/Rencana_Utama/ru_01.1.jpg




BAK burung terbang bebas di awangan, begitulah juga perasaan sesiapa tatkala menerbangkan layang-layang di udara. Apatah lagi dengan pelbagai bentuk dan warna, kepuasan serta keseronokan sukar diungkap dengan kata-kata.

Mungkin sebab itulah permainan layang-layang yang dipercayai bermula sejak lebih 500 tahun lalu bukan saja dimain oleh budak kampung di Malaysia, malah turut popular di seluruh dunia.

Layang-layang ditafsirkan berbeza mengikut budaya dan masyarakat berbilang bangsa di dunia. Malah, ia dapat dilihat melalui reka bentuknya yang pelbagai.


http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2009/0225/Kosmo/Rencana_Utama/ru_01.2.jpg


Justeru pelbagai pertandingan dan festival dianjurkan di seluruh dunia bagi mengumpul pencinta layang-layang agar dapat bersatu di padang.

Di Malaysia, Festival Layang-layang Pasir Gudang yang dianjurkan sejak 1995 berjaya menghimpunkan Raja Layang-layang dari serata dunia. Antaranya termasuklah Peter Lynn dan Clyde Cook dari New Zealand serta Tan Xin Bio dari China.

Selain mereka, Ron Gibion dari Chile, Michael Alveres (Australia), Wolfgang Schimmelpfenning (Jerman), Agus Firano (Indonesia) dan ramai lagi tidak melepaskan peluang untuk beraksi.



Di arena tempatan, nama-nama seperti Norman @ Abd. Hamid Yahya, Mohd. Fadzil Ali, Mustafa Marzuki, Wan Muhd Naquidin Wan Muda, Mohd. Khairon M. Zin dan beberapa nama lain berjaya merangkul kejuaraan layang-layang dan wau di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.

Bagi Mohd. Fadzil, meskipun berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) minatnya terhadap permainan layang-layang tidak pernah pudar.
Dia yang kini berkhidmat di Jabatan Agama dan Kaunseling di Bukit Aman berkata, minatnya terhadap permainan layang-layang bermula pada tahun 2003 ketika bekerja di Johor.
http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2009/0225/Kosmo/Rencana_Utama/ru_01.3.jpg
MOHD. Fadzil menaikkan layang-layangnya yang tertera perkataan Rakan Cop.


" Pada masa itu saya diajak oleh seorang rakan karib yang juga anggota polis yang sememangnya aktif dengan permainan layang-layang.

"Bermula dari situ saya mula meminati permainan ini secara profesional," katanya ketika ditemui.

Ujarnya, dia tidak mahu mensia-siakan minatnya itu begitu saja tanpa memberi sebarang manfaat kepada masyarakat sehingga timbul satu idea untuk membuat sesuatu melalui khidmat Rakan Cop.

"Sejak itu saya akan membuat layang-layang yang tertera nama dan maklumat tentang Rakan Cop.

"Setiap kali mengadakan program di kawasan komuniti saya akan menyerahkan layang-layang tersebut kepada orang ramai.

"Bagi saya, itu salah satu cara yang berkesan untuk menarik minat orang ramai mengenali Rakan Cop secara lebih dekat," katanya yang pernah menyertai festival dan pertandingan layang-layang di beberapa buah negara seperti Perancis, India, Kemboja, Thailand dan Indonesia.

Menurut Mohd. Fadzil, peristiwa paling manis apabila dia menjadi johan bagi kategori Dragon Kite atau Layang-layang Naga pada Festival Layang-Layang Pasir Gudang tahun lalu.

Layang-layang naganya yang mampu mengeluarkan asap di mulut berjaya mengenepikan pesaing-pesaing lain yang hanya menampilkan layang-layang naga biasa.


http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2009/0225/Kosmo/Rencana_Utama/ru_01.4.jpg
PASANGAN dari Jepun turut memeriahkan Pesta Layang-Layang Pasir Gudang, Johor.

Bagaimanapun nasib tidak menyebelahinya untuk kategori Rokkaku Challange.

Selain festival yang dianjurkan di dalam negara, Mohd. Fadzil turut menyertai beberapa festival dan pertandingan layang-layang di luar negara.

" Pada tahun 2003 saya pernah mendapat jemputan untuk membuat persembahan layang-layang di Yogyakarta, Indonesia.

"Selain itu, saya juga pernah menjadi juara salah satu kategori di sebuah pertandingan di Medan pada tahun 2007 dan naib juara di Bintulu, Sarawak tahun lalu," ceritanya lagi.

Sementara itu, bagi pelayang dari China, Tan Xin Bio, minatnya pada permainan layang-layang sudah tersemai sejak kecil lagi.

Bukan itu saja dia juga mempunyai sebuah kilang membuat layang-layang di negaranya.
Kilangnya yang terletak di sebuah kawasan dikenali sebagai Weifang itu mempunyai seramai 150 pekerja mahir bagi menghasilkan layang-layang biasa dan bersaiz gergasi.
http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2009/0225/Kosmo/Rencana_Utama/ru_01.5.jpg


Lebih membanggakan, pelayang terkenal dari New Zealand, Peter Lynn turut menempah layang-layang berbentuk ikan pari dari China kerana kos yang lebih murah.

Selain itu, layang-layang keluaran kilangnya turut menggunakan kain sutera yang tahan lasak dan dijual pada harga RM1,000 bagi layang-layang gergasi.

Menurut Xin Bo, meskipun pernah memenangi beberapa pertandingan di peringkat antarabangsa, dia lebih suka menganggap permainan layang-layang sebagai mengisi masa lapang.

"Saya mula mengikuti festival dan pertandingan layang-layang di peringkat antarabangsa sejak tahun 2000.

"Bagi festival di Pasir Gudang saya sudah mengikutinya sejak tahun 2002 sehingga kini," katanya yang pernah menjelajah bersama layang-layang naganya ke Korea, Australia, Amerika Syarikat (AS), Perancis, India, Thailand dan beberapa negara lain.

Bagi peserta dari New Zealand, Clyde Cook, 63, dia mula menyertai festival dan pertandingan layang-layang secara profesional sejak 1994 di Singapura.

"Bermula dari situ saya dan rakan senegara, Peter Lynn menjelajah ke seluruh negara untuk menyertai setiap festival dan pertandingan layang-layang di peringkat antarabangsa.

"Bagi saya kepuasan menaikkan layang-layang gergasi ke udara lebih memuaskan hati meskipun pernah memenangi beberapa pertandingan," katanya yang bekerja sebagai pembuat kabinet dapur itu.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2009/0225/Kosmo/Rencana_Utama/ru_01.6.jpg
PELBAGAI aksi pemain layang-layang ketika menaikkan layang-layang unik mereka.

Selain itu, ujar Clyde apa yang lebih membanggakan, isteri dan dua anaknya turut mempunyai hobi yang sama.

Permainan layang-layang juga sedikit sebanyak menjadi pengikat kasih sayang dengan keluarga.
Antara jenis layang-layang gergasi yang dibawa ke Festival Layang-layang Pasir Gudang kali ini termasuklah berbentuk sotong, ikan pari, dan jerung.

Seorang lagi pelayang negara, Norman @ Abd. Hamid Yahya, 55, berkata dia tidak menyangka tugas menghantar seorang anak lelakinya untuk berlatih bermain layang-layang akhirnya menarik minatnya.

Beliau yang mula aktif bermain layang-layang secara profesional sejak tahun 1995 turut dikenali oleh pelayang lain dengan gelaran Norman Lollypop Drop.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2009/0225/Kosmo/Rencana_Utama/ru_01.7.jpg
PASUKAN Nona Manis dari China turut mencuri tumpuan di atas padang permainan.

"Ini kerana setiap kali menyertai mana-mana festival atau pertandingan layang-layang, saya pasti membuat layang-layang khas.

"Layang-layang khas tersebut diisi dengan gula-gula sebelum dinaikkan ke udara. Semasa naik, gula-gula tersebut akan jatuh. Sebaik jatuh, kebiasaannya pengunjung terutama kanak-kanak akan berebut untuk mengambilnya," katanya yang tinggal di Taman Rinting, Johor Bahru.

Menurut Norman, dia mula menyertai Festival Layang-layang Antarabangsa Pasir Gudang pada 1997 dan telah memenangi beberapa kategori yang dipertandingkan termasuklah kategori Rokkaku Challange tahun lalu.

Selain menjadi salah seorang tetamu khas ke festival yang dianjurkan di luar negara, dia juga pernah memenangi beberapa pertandingan.

ninoZ Publish time 26-2-2009 11:59 PM

thread wau kan dah ada??
artikel yg sama pun ade dah org tempek..

awat tak jenguk2 dulu sebelum copy paste??

[ Last edited byninoZ at 27-2-2009 12:00 AM ]

dilaOHdila Publish time 27-2-2009 06:30 AM

Originally posted by ninoZ at 26-2-2009 11:59 PM http://eforum4.cari.com.my/images/common/back.gif
thread wau kan dah ada??
artikel yg sama pun ade dah org tempek..

awat tak jenguk2 dulu sebelum copy paste??

** amazed
check kat sini dulu erk
http://eforum4.cari.com.my/viewthread.php?tid=184817&extra=page%3D1&page=9

[ Last edited bydilaOHdila at 27-2-2009 06:32 AM ]

amazed Publish time 28-2-2009 07:35 AM

Originally posted by ninoZ at 26-2-2009 11:59 PM http://eforum3.cari.com.my/images/common/back.gif
thread wau kan dah ada??
artikel yg sama pun ade dah org tempek..

awat tak jenguk2 dulu sebelum copy paste??


ekceli aku cek.. tapiwau dgn layang layang lain brader!!!tu yang aku rasa tak patut campurkan...wau dan layang2.. tu ajer!!!kalau mod kata sama dan nak satukan pun.. tak apa....    ni bukan big deal mate!!!    :D   not end of the world... dan bley selesai dgn mudah ajer.. wokeyyyyyy mate!!:victory:

amazed Publish time 28-2-2009 07:37 AM

Originally posted by dilaOHdila at 27-2-2009 06:30 AM http://eforum3.cari.com.my/images/common/back.gif


** amazed
check kat sini dulu erk
http://eforum4.cari.com.my/viewthread.php?tid=184817&extra=page%3D1&page=9


ahhh mahap mod dila... mati2 aku ingatwau tak leh campur ngan regular kites   tu yg aku rasa tak nak nak kacau benang wau.....mod leh merge atau delete pun tak apa...   wokeyyy mod dila.. :D
Pages: [1]
View full version: seni layang-layang


ADVERTISEMENT