duyong95 Publish time 16-2-2009 02:12 PM

Roselle

mana nak carik pengeluar buah roselle ek?nk beli utk dibuat jem

tq

elle_gogo Publish time 16-2-2009 04:34 PM

semalam keluar dekat tv... mmg bagus roselle ni.
rasa pun sedapp

duyong95 Publish time 17-2-2009 12:04 AM

oh ye ke?nak cari pembekal roselle ni sebenarnya...kat mana ek?:L

Mr.Cleaner Publish time 28-5-2009 11:21 AM

salam..

sy ada supplykan kat satu kilang wat kordial..kalu u nk bgtau..
stok sentiasa ada..bgtau berapa byk nk..

gunungcipta Publish time 17-12-2009 05:54 PM

1# duyong95

salam..baper byk nk?saya leh supply.
u dok area mana..

emel

azmisaid@ymail.com

diaphorina Publish time 20-1-2010 01:22 PM

Post Last Edit by diaphorina at 20-1-2010 13:30

Morfologi pokok roselleBilBahagianCiri-ciriCatatan1Pokok: Tumbuh menegak: Batang berwarna merah: Ketinggian : melebihi 2 meter: Mempunyai 10-20 dahan sisi2Daun: Berwarna hijau
i) muda
: Bentuk bujur dan meruncing di hujung (ovate)
ii) matang
: Berbentuk tapak tangan dengan 3 kuping, 7-15cm: Tepi laminar daun bergerigi3Bunga: Bunga tunggal, keluar dari ketiak daun: Mempunyai 5 ranggi berwarna kuning muda dan merah jambu: Kembang di waktu pagi4Buah: Berwarna merah: Mempunyai 5 kaliks yang bergabung di bahagian bawah: Panjang kaliks : 4-5cm, berat : 10-15g: Mempunyai kapsul di tengah berbentuk bujur dengan 5 pangsa: Setiap kapsul mengandungi 10-12 biji benih yang bernas

diaphorina Publish time 13-2-2011 03:36 PM

mengenai rosel sila lawati.......http://pertaniancanggih.blogspot.com/

zeeghaz Publish time 6-5-2011 05:30 PM

Roselle ni dapat tanam dalam 5-6 pokok pun dah cukup sbb 1 pokok mengeluarkan bunga yang banyak. Dan ia memakan masa yang singkat untuk membesar.

matlampir Publish time 8-5-2011 01:17 AM

Hibiscus rosasinensis ialah bunga raya yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia sebagai bunga kebangsaan negara. Tahukah anda ada satu lagi spesies bunga raya yang boleh kita ketengahkan kerana kegunaannya sebagai makanan. Spesies bunga raya yang dimaksudkan ialah Hibiscus sabdariffa L. atau lebih dikenali dengan nama roselle. Tumbuhan roselle dikatakan berasal dari India tetapi ada juga yang mengatakan ia berasal dari Afrika Barat. Tumbuhan ini mula diperkenalkan di Malaysia sejak lebih tiga kurun yang lampau. Beberapa jenis roselle yang tumbuh secara liar di beberapa negeri dikenali dengan berbagai-bagai nama seperti asam paya, asam kumbang dan asam susur. Di West Indies ia dinamakan Jamaican Sorrel. Pokok roselle boleh tumbuh daripada biji benih atau keratan dan ketinggiannya boleh mencapai sehingga 3–5 m serta mengeluarkan bunga hampir sepanjang tahun.

Bunga roselle berwarna cerah, salut bunga atau kaliksnya berwarna merah gelap dan lebih tebal jika dibandingkan dengan bunga raya biasa. Bahagian bunga roselle yang boleh diproses menjadi makanan ialah salut bunganya (kaliks) yang mempunyai rasa yang amat masam. Salut bunga ini boleh diproses menjadi pelbagai jenis hasilan makanan seperti minuman, halwa, jeli, sos, jeruk dan serbuk atau helaian minuman roselle. Tahukah anda daun dan batang muda roselle boleh dimakan sebagai ulam atau salad dan boleh juga digunakan sebagai perisa di dalam kuah kari? Sementara itu di Afrika, biji roselle dimakan kerana dikatakan mengandungi minyak tertentu. Di Sudan, roselle diproses menjadi minuman tradisional yang dinamakan Karkadeh dan merupakan minuman kebangsaan orang Sudan.

Salut bunga ini boleh diproses menjadi pelbagai jenis hasilan seperti minuman, halwa, jeli, sos, jeruk dan serbuk atau helaian minuman roselle

Potensi Roselle

Kajian awal MARDI pada tahun tujuh puluhan lebih menekankan pada penghasilan pewarna asli daripada roselle. Potensi roselle dalam menghasilkan pewarna merah begitu terserlah kerana dengan hanya memegang bunga ini, warna merah akan melekat di tangan. Kemudian pada tahun lapan puluhan penyelidikan berkembang kepada kajian penggunaan roselle dalam pengeluaran sirap minuman. Berdasarkan minat serta perhatian yang diberikan kepada industri makanan sejak awal tahun sembilan puluhan, roselle dijangka mempunyai potensi untuk dimajukan dalam mempelbagaikan penghasilan makanan di negara ini.

Tahukah anda daun dan batang muda roselle boleh dimakan sebagai ulam atau salad dan boleh juga digunakan sebagai perisa di dalam kuah kari?


HASILAN ROSELLE

Ekstrak roselle dan khasiatnya

Ekstrak roselle diperoleh dengan melakukan proses pengekstrakan terhadap salut bunga segar atau salut bunga kering yang direndam di dalam air panas pada suhu >60°C selama 30 minit hingga semalaman. Seterusnya ekstrak bewarna merah gelap yang amat masam diperoleh melalui proses penurasan. Daripada ekstrak ini berbagai-bagai hasilan roselle dapat dikeluarkan. Ekstrak roselle juga boleh dijadikan serbuk melalui proses pengeringan sembur. Ekstrak roselle didapati kaya dengan pigmen anthosianin, asid askorbik dan asid buah yang lain. Hasil analisis mendapati kandungan pewarna anthosianin sebanyak 1.48 g/100 g salut bunga kering. Sementara itu sirap roselle mempunyai kandungan vitamin yang agak tinggi iaitu 200 mg/100 ml.

Minuman roselle

Minuman jus atau kordial roselle boleh disediakan dengan mencampurkan ekstrak roselle dengan gula dan bahan tambah yang lain seperti bahan awet. Campuran ini dibancuh menggunakan mesin pembancuh.

Halwa roselle

Selama ini yang kita tahu hanyalah halwa kundur, halwa betik dan pelbagai jenis halwa daripada buah-buahan tempatan. Siapa sangka bunga roselle boleh diproses menjadi halwa. Salut bunga roselle hasil penurasan ekstraknya, dimasak dalam larutan gula sehingga mencapai kepekatan yang dikehendaki. Seterusnya salut bunga dikeringkan, maka terhasillah halwa roselle.

Serbuk roselle

Serbuk roselle atau teh berperisa roselle boleh dihasilkan daripada salut bunga segar yang dikeringkan pada suhu 65–80°C selama 6–8 jam atau sehingga kandungan lembapan 2%. Seterusnya salut bunga yang telah kering dikisar, ditambah bahan anti ketul dan dibungkus. Untuk teh berperisa roselle, salut bunga kering yang telah dikisar dan ditambah bahan anti ketul dicampur bersama daun teh sebelum dibungkus.

Jem dan jeli roselle

Salut bunga segar atau salut bunga terpakai selepas proses pengekstrakan, dikisar dan hasilnya disebut pulpa (pulp). Untuk membuat jem roselle, pulpa ini dimasak bersama gula, pektin dan air sehingga mencapai kepekatan 65 °Brix. Jeli roselle juga diproses dengan kaedah yang sama tetapi menggunakan ekstraknya.

Industri roselle di Malaysia

Sehingga kini terdapat beberapa kilang memproses roselle di Malaysia. Antara syarikat yang mendapat khidmat nasihat dan perundingan MARDI ialah Gulf and Pacific Industries Sdn. Bhd. di Kuching, Sarawak. Syarikat ini mengeluarkan hasilan kordial, minuman berkarbonat, jem, halwa dan pati roselle. Bagi memastikan bekalan bahan mentah yang mencukupi untuk industri yang kian berkembang ini, penanaman roselle telah diusahakan oleh Gulf and Pacific Estates Sdn. Bhd. di tanah seluas hampir 2 499 ekar.

Di Terengganu perbincangan dan perundingan dari aspek pembangunan hasilan roselle telah diadakan dengan Malaysia Roselle Industries Sdn. Bhd., Kuala Terengganu. Sementara itu memorandum persefahaman telah ditandatangani oleh MARDI dengan Aquasis (M) Sdn. Bhd. Kuantan, Pahang dalam usaha penubuhan kilang serta pembangunan hasilan roselle.

Potensi di masa hadapan

Hasilan roselle masih baru di kalangan rakyat Malaysia apatah lagi bagi negara lain. Penerimaannya setakat ini masih di peringkat percubaan dan pengguna membelinya dengan tujuan ingin mencuba hasilan yang baru. Sama ada mereka akan terus membeli dan menjadikannya sebagai satu makanan atau minuman sehari-hari bergantung pada banyak perkara. Pertama, adakah rupa, rasa dan bau hasilan tersebut memenuhi citarasa pengguna? Kedua, apakah keunikan atau kelebihan hasilan ini jika dibandingkan dengan hasilan yang sedia ada? Pengguna hari ini terdedah kepada pelbagai maklumat dan mereka amat peka pada sesuatu bahan makanan atau minuman yang dapat meningkatkan atau menjejaskan kesihatan mereka. Mereka juga mahukan nilai terhadap setiap sen yang dibelanjakan. Oleh itu, pengusaha harus bijak dalam memenuhi kehendak pengguna dengan menonjolkan kelebihan sesuatu hasilan baru dan pada masa yang sama dapat menjamin kualiti hasilan dan keselamatan terhadap pengguna. Faktor ketiga ialah bagaimana promosi hasilan itu dibuat. Promosi secara aktif dan berterusan perlu dibuat bagi memperkenalkan roselle kepada orang ramai kerana setelah beberapa lama pengguna mungkin lupa tentang kewujudan sesuatu hasilan baru apabila iklan hasilan berkenaan tidak lagi kelihatan di media massa.

Tumbuhan roselle mudah tumbuh di negara kita yang beriklim tropika. Seperti pokok bunga raya lain, sehingga kini didapati pokok roselle sukar dijangkiti penyakit dan penjagaannya di ladang tidak sukar. Teknologi memproses pelbagai hasilan roselle juga telah disediakan oleh MARDI untuk dipindahkan kepada usahawan yang berminat. Dalam usaha kerajaan untuk meningkatkan pengeluaran hasil pertanian, maka adalah tepat pada masanya para pengusaha mengambil peluang ini.

matlampir Publish time 8-5-2011 01:23 AM

MUNGKIN terlalu awal untuk menjangka keputusannya untuk menceburkan diri dalam pertanian, khususnya penanaman roselle menjanjikan kejayaan.

Namun bagi anak muda berasal dari Kuala Perlis ini, sejumlah 2, 000 pokok roselle yang ditanam di kawasan seluas 0.8 hektar bagaikan menjanjikan harapan baru kepadanya.

Abdul Kadir Abdul Halim, 38, menerusi syarikatnya Impian Serasi mahu membuktikan bahawa tapak penanaman roselle di Kundang, Serendah, Selangor itu bakal sebagai titik tolak kepada usahanya mencebur bidang pertanian.

Menurut Abdul Kadir, Jabatan Pertanian pada mulanya memberikan dia pilihan sama ada mahu menanam roselle, bunga kantan, limau nipis atau ulam tetapi roselle dipilih.

Berbekalkan modal sebanyak RM30,000 dan tanah yang disewa itu, menuntut beliau memerah keringat dan memaksa tulang empat keratnya dikerah bagi membuktikan minatnya boleh membawa keuntungan berbaloi.

Abdul Kadir memilih kawasan tersebut kerana ia sesuai dengan tanaman roselle yang memerlukan tanah berpasir.

”Saya menjangka lapan tan buah roselle dapat dihasilkan daripada 2,000 pokok yang ditanam ini,” katanya semasa ditemui di ladangnya yang baru berusia setahun jagung itu.

Beliau menganggarkan satu pokok mampu menghasilkan empat kilogram (kg) buah roselle yang boleh dipetik selepas tiga bulan ditanam.

Empat pekerja membantunya melakukan kerja-kerja termasuk menyiram dan memetik hasil.

”Bagi roselle, air amat penting,” ujarnya sambil menambah kawasan di tepi tasik itu banyak membantunya.

Pokok roselle, katanya, mampu mengeluarkan hasil tanpa putus selama enam bulan selepas ditanam dan rosak selepas dua tahun.

Ketika ini, beliau mampu mengeluarkan 100 kilogram buah roselle yang dijual kepada Sabdariffa Enterprise, salah sebuah syarikat yang mengeluarkan banyak produk roselle.

Syarikat terbabit membeli antara 50 dan 100 kg buah telah diproses atau dibuang biji pada harga RM3.50.

Dengan sokongan kerajaan, Abdul Kadir bernasib baik kerana tanaman roselle disenaraikan dalam Kumpulan Produk baru dan Industri Masa Hadapan dalam Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN3).

Acong Publish time 7-8-2011 03:53 AM

roselle nie boleh buat air sama rasa dgn ribena.....! sodap.....!!!http://3.bp.blogspot.com/_NGKRfPgVF5w/TU5AfPisq9I/AAAAAAAAG8w/5Bc8sbc7zIA/s1600/DSC_0125+roselle+harvest+closeup.JPG

silenceprotess Publish time 13-9-2011 01:18 PM

berapa RM kalau nk beli benih rosel?

oldleo Publish time 12-4-2012 06:29 PM

Kalua nak tanam rosel untuk kegunaan sediri ,boleh cari biji beih dengan cara ini,
beli rosel macam ini,
http://i232.photobucket.com/albums/ee61/oldee9327/mini-IMG_2811.jpg

cari biji benih yang agak matang
http://i232.photobucket.com/albums/ee61/oldee9327/mini-IMG_2414.jpg

jemur biji benih'
http://i232.photobucket.com/albums/ee61/oldee9327/mini-IMG_2415.jpg

jasmine0981 Publish time 16-8-2014 12:52 AM

oldleo posted on 12-4-2012 06:29 PM static/image/common/back.gif
Kalua nak tanam rosel untuk kegunaan sediri ,boleh cari biji beih dengan cara ini,
beli rosel maca ...

Nak letak maklumat dapatkan benih ni kat fb Roselle Talk saya boleh?

andylimzx1981 Publish time 16-2-2016 04:26 PM

Ada banyak roselle ,boleh cari saya 0109338213

PadilHasilTani Publish time 31-10-2017 02:01 PM

Sy ada stok buah roselle segar, berminat pm ye
Pages: [1]
View full version: Roselle


ADVERTISEMENT