seribulan Publish time 14-2-2009 08:23 AM

...Jangan bunuh bahasa ibunda...

KUALA LUMPUR, 1 Feb - Selain kehadiran pejuang bahasa dan lebih 500 orang dalam program pelancaran Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) petang semalam di Sogo dekat sini, kedatangan Sasterawan Negara, Dato' A Samad Said mencuri perhatian ramai akhirnya muncul buat pertama kali dalam program sebegitu.
http://www.harakahdaily.net/images/stories/utama/pic_nasir_sudin/1-pak.1.jpg Beliau bagaimanapun tidak memberikan sebarang kenyataan kepada media, sebaliknya hanya bergambar sambil memegang sepanduk kecil bertulis "Jangan bunuh bahasa ibunda". Beberapa tokoh utama bahasa seperti Prof. Awang Sariyan, Dato' Dr Anwar Ridhuan,penyair Dinsman, Profesor Bahasa Melayu di UPSI Dr Abdullah Hassan dan bekas profesor falsafah sains Dr Shahrir Md Zain, Hasni Abas serta penulis Ainon Mohd turut serta seperti dijadualkan. http://www.harakahdaily.net/images/stories/cover_lead/pic_nasir_sudin/0_ppsm1.jpg Penyair popular Pyanhabib, ahli jawantkuasa Persatuan Penulis Nasional (Pena) Ibrahim Ghaffar dan aktivis popular teater Khalid Salleh turut hadir. Bercakap kepada Malaysiakini selepas acara pelancaran itu, Khalid berkata hari ini ramai aktivis bahasa yang tidak pernah muncul dalam program seumpama itu tampil buat kali pertama menyatakan bantahan mereka kerana keadaan "sudah terdesak sangat". Tambahnya, bukan sahaja bahasa, tetapi dalam pelbagai segi hak-hak orang http://www.harakahdaily.net/images/stories/cover_lead/pic_nasir_sudin/0_ppsm2.jpgMelayu mulai terhakis. Khalid mendakwa selama tujuh tahun apabila PPSMI diperkenalkan, orang tidak turun memprotes kerana "orang tidak ada asas budaya dan bahasa". Pemimpin politik yang kelihatan termasuklah Ketua Penerangan KeADILan Tian Chua, Ketua Pemudanya Shamsul Iskandar Md Akin dan Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzzaman Mohamad. Majlis bermula kira-kira 2.45 petang, kira-kira 15 minit lebih awal daripada yang dijadualkan. http://www.harakahdaily.net/images/stories/cover_lead/pic_nasir_sudin/0_ppsm3.jpg Pengerusi jawatankuasa induk GMP Dato' Dr Hassan Ahmad memberikan ucapan ringkas kira-kira lima limit sebelum melancarkan kempen berkenaan. Dalam masa yang sama, kita-kira 30 polis berpakaian seragam cuba menyuraikan keadaan dan orang ramai dan wartawan mula bersurai kira-kira 4.30 petang. Majlis pelancaran ini diadakan dalam rangka GMP menganjurkan perhimpunan besar-besaran 7 Mac ini - ala demonstrasi Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) pada 2007 - untuk menyerahkan memorandum isu PPSMI kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. - azm_

anak_apak Publish time 15-2-2009 10:07 PM

atte ape yang deme
maghohkan kok seghi oiii
gamoknye ghamei budak2
sekaghang idok ngagongkan
bahase sendghi kut.....
ntoh le kume ghase ghope tu
atte kume nengok pon
ghamei budak2 sekaghang
ni idok gheti labon gunekan
bahase yang meno....
deme lebeh gemokan banggekan
bahse omputeh...
kighenye dasat meno le...
atte kume pon labon
idok le stendet meno...
labon kampung...
tappi kume idok lupe
bahse melayu kite.....
labon ghope ni pun
sabit udoh biase labon
ngan mok apak ghope ni
tapi kume bangge gakkkkkk...
sekughang2 bahse peghoh kume
idok le ilang gitu aje...
mintok anak2 kume nanti
idok le tepinggirkan bahse
bahse peghok ni....
bio deme gheti dan pahammmm
selain daghi tu deme pun
idok le lupe gunekan
bahse yang stenden bile
belajo nanti.....
bahase labon laen
bahse belajo laen.....
bio due2 deme gune
idok le tebio esok bahse ibunde kite
idok gitu kok seghiiii....
kok seghi ni mace ke....;P :P

seribulan Publish time 16-2-2009 11:28 AM

Reply #2 anak_apak's post

:shakehead3: :shakehead3:panjengnyerr...:shakehead3: :shakehead3:
































;P

indah_iman Publish time 18-2-2009 07:17 PM

Wakpe laa ore melayu agong2ke bahasa bg bangsa yg pernah
menjajah negara.:@ Sudah ramai alim ulama' tlh d'bunuh oleh mereka.Tulisan melayu jawi juga perlu d'jaga.x ade tulisan
yang begitu rpt ngan bahase arab nih!! boikot PPMSI!!:@
:@ :@ :@

silverspoon87 Publish time 18-2-2009 10:40 PM

sokong bahasa ibunda
Pages: [1]
View full version: ...Jangan bunuh bahasa ibunda...


ADVERTISEMENT