matdue77 Publish time 4-2-2009 12:21 PM

Reply #80 tangopapa's post

Ni salah satu sebab BULI tidak dibolehkan.... Aku mmg tak puashati selagi aku tak balas balik apa yang aku alami.... Sistem KISOS... dalam Islam kisos mmg wujud....

razhar Publish time 4-2-2009 12:23 PM

Reply #78 matdue77's post

boleh letak bet kaaa?okay2...kita setat betting!!! cepat2..;P ;P ;P

innocentti Publish time 4-2-2009 12:25 PM

Reply #78 matdue77's post

hehehe..:lol: :lol: :lol:

razhar Publish time 4-2-2009 12:27 PM

Reply #61 BotakChinPeng's post

disagree with u,bc.... the standard shouldn't be lowered..otherwise we'll produce the softie commandos who are just qualify to fight the NS boys...are u expecting the softie to fight with NS guys?:lol: :lol: :lol: :lol: :lol: :lol:

tangopapa Publish time 4-2-2009 12:32 PM

Habis rosak laa tred nih jap lagi... ;P :P

guyfawke Publish time 4-2-2009 12:46 PM

Harian Metro - MTD beri penjelasan

KUALA LUMPUR: Markas Tentera Darat (MTD) menjelaskan klip video dan laporan berita yang disiarkan Buletin Utama TV3 adalah Latihan Air Gelap, iaitu sebahagian latihan Kursus Asas Komando yang dijalankan di Pusat Latihan Peperangan Khas, tahun lalu.

Dalam kenyataan akhbar dikeluarkan lewat malam tadi, MTD berkata, latihan berkenaan sebahagian fasa latihan peringkat akhir kursus sebelum seseorang anggota tentera layak menjadi anggota komando yang memerlukan tahap kecergasan fizikal dan mental tinggi bagi melaksanakan tugas sukar dalam kawasan musuh.

Menurut kenyataan itu, bagi latihan berkenaan, jika anggota kursus dapat ditawan musuh akan berlaku soal siasat yang disimulasikan jurulatih dan direka bentuk seolah-olah dalam keadaan sebenar bertujuan mendedahkan peserta terhadap teknik soal siasat, selain menguji kecekalan anggota terbabit untuk bertahan daripada memberi maklumat dikehendaki musuh.

Bagaimanapun, katanya, dalam latihan berkenaan, langkah dan prosedur tertentu sudah diambil jurulatih bagi mengelak berlaku kecederaan fizikal dan mental kepada pelatih.

긓usteru, jika terdapat unsur penderaan tindakan tatatertib akan diambil terhadap jurulatih terbabit,

razhar Publish time 4-2-2009 01:03 PM

Reply #85 tangopapa's post

jom gail lobai..

yipun78 Publish time 4-2-2009 01:22 PM

Balas #70 razhar\ catat

situ budak2 ko dok layan wat pe Raz :P wa tunggu isu reda sket nanti nak minta thead tu masuk MPSA... tingin nak baca apa view mereka tu.. :)

Tapi ada sikit kegusaran ler, judging dari apa yang dibaca kat CI tu seolah2 mereka expect komando ni harus dilatih gitu2 aje... :re: seriau gak bak kata Raz, komando kita jadi softie gitu2....

Uncle Zulu, PR Mindef as usual mana ada bunyi Uncle :lol:

Malik Al Hassan Publish time 4-2-2009 01:28 PM

masuk tentera tak ader paksaan .... tp bila sh masuk "tabahkan" laa hati & persaan .. kalo kena belasah sikit dah nak balik bagi tau mak ... gi la masuk PANDU PUTERI tk pun PUTERI ISLAM ...nak glemr lagik masuk PUTERI UMNO... wakakakakakak

yg kena paksa cuma PLKN .. sbb tuh PLKN tak bleh lasak .. nanti mak-mak dema trus jumpa menteri .. JL gak yg jadik mangsa ... so kalo korang rasa nak harapkan bdk PLKN jadi benteng pertahankan negara ni ..silakan .. kita tutup suma kem yg ader .. kita buat kem PLKN jerrr byk ... lps tuhhh satu mesia pakat buat poco-poco reramai bila kena atak dek babi dubuk kat selatan tuhhh ....

pada yg tak penah raser dunia tentera .. tak yah la nk bandingkan ngan idup civvies .... kalo takat pengalaman kat SBP .... wa bleh muntahhhhh laaaa kalo korang nk buat comparison....

Korang ingat our men in Somalia, Timor Leste, Bosni, Congo, Lebanon willl be respected by others kalo kita punya prep mcm PLKN jerrrr ... nak poco-poco dlam tentera buleh ... join BKTD ... itu tmpt nyerr .. memang keja depa cam tuhhhhh

lain2 unit ..infantri, PARA, SOF ... datang mu tidak undang, jika ragu-ragu sila pulang (GET LOST!!!!!)




:) :) :)

yipun78 Publish time 4-2-2009 01:33 PM

Balas #89 Malik Al Hassan\ catat

err bro, menari poco2 x masuk syllabus komando ke? ;P ;P ;P

hahhahaha tu dia tuan Misai Sarip Dol dah masuk

Malik Al Hassan Publish time 4-2-2009 01:37 PM

Balas #90 yipun78\ catat

hhehehh BAKAT komando ader poco-poco .....


k la Yip ...wa cau dulukkk ... aderr mtg jap lgggggg ...... bubyeeeeeeeeeeeeee :D :D



:) :) :)

razhar Publish time 4-2-2009 02:08 PM

Reply #89 Malik Al Hassan's post

tuan..tuan patut masuk kat C.I dan tarbiyah makcik2 felda tu....makcik2 felda tu mmg tak dgr kata....

..civie2 ni suka duk banding dgn kehidopan mereka2 yg kija kat opis,duk bilik e-kond 8-10jam....

.....mereka mmg tak boleh terima sebarang kekerasan..mereka mao tentera2 dilatih secara lemah-lembut...:mad:tu saya gado2 kat sana tu..then ada le babey sekor..kata tentera adalah tempat untuk org2 yg bodoh2 je...ngamok sakan saya dgr..satu2 nya statement paling kurang ajar dari civvie...

..dan si awang tu plak..mmg bodo..aku geram betul dgn dia..thread tu wajar dilempar ke MPSA untuk dibaca....tak sesuai diulas2 oleh civvie2 yg setakat tahu duk minum kopi kat setarbok je...pas tu ada hati mao komplen dan compare?

....so diminta otai2 MPSA supaya lebih perihatin dlm isu2 yg merendah-rendahkan ATM..movekan dgn segera ke sini...

..to awang..kao hanya layak modkan bod masak2 je!!!:I :I :I

zulupapa Publish time 4-2-2009 02:15 PM

Reply #88 yipun78's post

PR Mindef x ada bunyi????? aikkkk rank dah full col tu???? :lol:
abangnya masih lg Lt.Col. (RAD) :lol: kenal sangat :lol:

razhar Publish time 4-2-2009 02:38 PM

'biasa la kalo lu bijak mana boleh jadi askar .. nak jadi askar kene bodoh beb .. baru boleh ikut apa sahaja arahan .. kalo bijak nnti lu pikir plak arahan tu logik ke tk logik pastu bagi cadangan balas plak ..

keperkasaan askar Gurkha tuh sebenarnye bukan sbb dorang berani .. tapi sebab dorang bodoh terlampau .. suruh buat ape pun dorang sure buat punye .. misi bunuh diri pun dorang redah jer .. komander British gunakan Gurkha untuk habiskan peluru musuh atau utk alihkan perhatian musuh yg syok menembak ..

so kalo nak jadikan askar kita bodoh dan hebat .. kena la ragging kow2 dan pijak kepala dia smpai tk melawan ..

****
ape hal ni brader main generalisasi pulak.

[ Last edited byawangbok at 3-2-2009 03:58 PM ]'

by kudajantan77ni ni..ni jakun mai dari mana..aku tak tahu le.. si awang tu edit pasal aku protes...:@

action_kamen Publish time 4-2-2009 03:09 PM

Reply #74 spitfire007's post

Torture in the Past


http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=267243&extra=page%3D2&page=1

spitfire007 Publish time 4-2-2009 03:59 PM

Originally posted by razhar at 4-2-2009 02:08 PM http://mforum5.cari.com.my/images/common/back.gif
tuan..tuan patut masuk kat C.I dan tarbiyah makcik2 felda tu....makcik2 felda tu mmg tak dgr kata....


attee, wehh!!!

makcik2 felda ni cakap si Mawas(wi) je yg dema nak dengor. idola dema laa tu.... kita suruh mawi masuk kursus asas komando dalam Akademi Komando, tengok sejauh mana undi sms dia buleh dapat. :lol: :lol:;P ;P

tangopapa Publish time 4-2-2009 04:47 PM

Reply #88 yipun78's post

Tak yah risau la yip, video tu tahun lepas, sekarang komando yang sama for sure bangga menjalani latihan macam tu, bukan sebarang orang dapat merasa. Even dulu, tendang n flying kick, perkara biasa untuk kadet dan pilot trainee. Best woo kena flying kick, penumbuk ngan penampor sulung... :lol: ;P

Cuma di mata masyarakat sekarang, ramai menganggap itu satu penyiksaan yang sebenarnya adalah sebahagian daripada latihan asas ketenteraan tak kira apa perkhidmatan apetahlagi untuk kursus asas komando. Rahsia yang disimpan, kalau diketahui musuh, bukan sahaja menyebabkan satu pasukan atau batalion yang gugur tetapi negara kita. Rakyat tidak perlu faham pasal semangat tu, cuma faham pasal keperluan dan kewajipan latihan berkenaan sudah mencukupi.

rock_star Publish time 4-2-2009 05:51 PM

Banyak sungguh komen dan pendapat yang kita boleh baca dalam thread nie. Ada diantaranya yang positif dan ada yang sebaliknya. Cuma apa yang penting disini adalah kefahaman kita tentang sesuatu perkara dan adakah pendapat dan penerimaan kita tue sebenarnya boleh menjadi isu hingga terbitnya video yang seumpamanya..?

Umum mungkin tidak mengetahui, apalagi untuk memahami susur galur, sejarah dan peranan ketenteraan kepada negara. Apalagi untuk memahami bagaimana tatacara dan latihan yang diberikan kepada tentera/komando mahupun mana-mana badan beruniform kerajaan yang disifatkan perlu demi melindungi keselamatan negara. Agak melucukan isu ini semacam menjadi satu trend bagi mereka yang berfikiran negatif . Kononnya untuk melahirkan insan yang bermoral dengan modal insan yang cukup sempurna....seolah sesuatu yang dilakukan harus melalui pelbagai protokol dan peraturan semacam ISO ( untuk kilang/jabatan ). Imbas semula isu rotan di sekolah....isu yang dibangkitkan pakar psikologi tentang kesan rotan dan balikkan semula segala yang terpalit ini dengan gejala sosial masa kini...? Kesudahannya..siapa yang patut dipersalahkan? tanya anak2 sekarang....berapa ramai yang tahu mengaji al quran terutamanya di bandar....tanya diri kenapa clip murid memukul guru menjadi isu...?? KERANA TIADA ROTAN!!!

Kesimpulan :


1. Apa yang anda saksikan dalam clip tersebut hanyalah sebahagian dari apa yang tersurat dan ia sama sekali tidak perlu dijadikan isu kerana :

   i) Tentera - tidak kira komando/askar/marin/polis dan sebagainya seharusnya mempunyai ketahanan fizikal dan mental yang tinggi.
ii) Jika tidak mengalami 1 peristiwa yang benar-benar meninggalkan kesan terhadap diri, bagaimana untuk menghadapi musuh dan berada dalam tawanan??
iii) Adakahmusuh akan menggunakan protokol dan ISO dalam melayan tawanan terutama dalam mencari maklumat perisikan?? Cth : diberikan makan 4 kali sehari ??
iv) Kononnya kalau nak membuli/memukul biarlah berpada...berpada dari sudut mana?? belikan komando ini seragam dan berdikir barat macam iklan Khidmat Negara..??

2. Bagi saya...mereka yang memperlekehkan isu ini kononnya sebagai mendera pelatih adalah orang-orang yang tidur malamnya tidak pernah terganggu dengan bunyi letupan bunga api sekalipun. Melucukan....suara sumbang ini takkan pernah berhenti, mungkin akibat terikat dengan bermacam jenis kursus yan gmemerlukan mereka mengusung file sepanjang masa dan berjalan diatas simen/mozek yang licin dan nyaman. Cukup sekadar anda sudah merasa selesa dinegara sendiri....cukup....tak perlu "mengajar" tentera bagaimana untuk mendidik pelatih dengan sistem dan protokol anda.

3. Saya tertarik dengan komen balas di atas mengatakan salah seorang saudaranya menjadi pendiam @ pemalu dan jarang berkata-kata dan tak seperti sebelum menjalani latihan. Itu tidak mengapa....sudah sunnah Rasulullan mengatakan "banyak bercakap banyak dosa bukan"Huh jadi bercakap hanya ketika perlu. Moralnya disini....mungkin dia telah mengalami 1 perubahan yang besar dalam hidup, dimana apa yang dilaluinya takkan pernah sama dengan apa yang dilalui orang lain. dalam ertikata lain..dia mempunyai visual yang jauh lebih terbuka berbanding orang kebanyakan yang mulutnya tak berhenti menghentam dan terus menghentam saja. dan jangan hairan andaikata dia bersikap pendiam dan sebagainya kerana otak/minda dan cara pemikiran mereka jauh lebih tajam berbanding yang lain. ( walaupun adakala dikatakan GILA!!! )


copy from Fade@mbc

meela Publish time 4-2-2009 05:55 PM

Balas #74 spitfire007\ catat

aku pun setuju gak kata2 ko.....

aku baca dalam megazine pun, komando ke ape ke, siap diorang hitamkan ataupun blur kan muka, ni siap tunjuk bagai. Dan clip video tu tak patut leaked maca tu je.

Sebelum ni kita mungkin tak tau yang memang ni perkara normal(saper tau) dan bila civilian ni tau macamana corak latihan diorang, kemudian bagi komen yang memang tak patut perkara ni dibuat. Pada aku la, memang komando dan segala elite forces ni memang aware akan kesan dan apa bentuk training yang diorang akan kena.

Dan untuk masuk ni, diorng sendiri yang apply, bukan main amik tangkap muat aja. Leps ni, aku rasa mungkin komando2 ni akan buat latihan teori je kot. Lepas tu amik PTK, past, naik pangkat. Nak buat latihan strategi pun pakai simulator takpun banyak gak game2 perang2 bagai yang ada kat market sknag ni:lol: :lol:

tangopapa Publish time 4-2-2009 06:16 PM

Reply #99 meela's post

mana ada PTK dalam askar laa... :P
Pages: 1 2 3 4 [5] 6 7 8 9 10 11 12 13 14
View full version: Korang Rasa Askar Patut Kena Buli Masa Training Ke?


ADVERTISEMENT