Syd Publish time 2-2-2009 10:34 AM

Gunung berapi berhampiran Tokyo meletus

Gunung berapi berhampiran Tokyo meletus   
http://img187.imageshack.us/img187/6466/berapikb0.jpg



                               TOKYO: Gunung berapi berdekatan ibu negara Tokyo hari ini meletusdengan mengelurkan asap putih dan debu, lapor Agensi Meteorologi disini.

    Bagaimanapun setakat ini tiada laporan mengenai kerosakan dan mereka yang cedera.

   Letusan kecil itu berlaku di Gunung Asama di ketinggian 2,568-meter yang terletak di utara Tokyo.
      
    Gunung berapi itu kali taerkhir meletus pada Ogos tahun lalu.


   Siaran televisyen menunjukkan asap keluar dari puncak gunung yang masih diliputi salji kira-kira jam 2 pagi (1700 GMT). - AFP

comel_802000 Publish time 2-2-2009 03:07 PM

wow...there going to be another letusan dalam masa terdekat!!

Syd Publish time 2-2-2009 08:22 PM

Dua gunung berapi di Jepun meletus
02/02/2009 5:49pm

TOKYO 2 Feb. - Dua gunung berapi berdekatan bandar-bandar utama di negara ini, meletus pagi ini dengan salah satu daripadanya menghamburkan asap putih dan abu ke ruang udara bandar Tokyo.

Menurut laporan agensi cuaca, berikutan letusan itu, penduduk berhampiran Gunung Asama yang terletak kira-kira 150 kilometer dari barat laut Tokyo dinasihatkan supaya memakai topeng.

Letusan gunung setinggi 2,568 meter itu dipercayai berlaku pada kira-kira pukul 2 pagi waktu tempatan (1 pagi waktu Malaysia).

Siaran langsung sebuah televisyen menunjukkan asap keluar dari puncak gunung itu beberapa jam selepas letusan berlaku. - AFP

naen Publish time 4-2-2009 01:42 AM

Reply #3 Syd's post

ada kaitan ngan siri gempa bumi bebaru neh kat jepun tu ke? :o

bleh kata banyak gak gempa kat jepun dalam 2 minggu kebelakangan neh

yg magnitude 4+ & 5+ pon ado
Pages: [1]
View full version: Gunung berapi berhampiran Tokyo meletus


ADVERTISEMENT