amazed Publish time 25-1-2009 08:09 AM

ukir sarung senjata melayu

Pengukir sarung senjata Melayu
Oleh Mohd Azis Ngah
http://www.bharian.com.my/Sunday/Personaliti/20090111094041/mainpix1.jpg
MENGUKIR hulu parang berbentuk kepala burung.


Sampul lakukan kerja mengikut gerak hati dan tidak pernah mempunyai guru dalam seni membuat sarung parang daripada kayu

MOHD Sampul Din, 66. Namanya saja sudah cukup unik dan menarik, apatah lagi warga emas ini mempunyai keistimewaan dan kelebihan tersendiri yang boleh dikongsi bersama.

Istilah sampul itu sendiri jika mengikut istilah Kamus Dewan merujuk kepada sarung, pembungkus atau penyalut.


Nama itu sebenarnya sinonim dengan kemahiran yang dimiliki Sampul atau lebih dikenali dengan panggilan Atuk di kalangan penduduk Kampung Medan, Petaling Jaya, Selangor.

Ia memang sesuai dengan kemahirannya membuat sarung parang, pisau dan keris yang siap lengkap dengan ukiran seni Melayu dengan pelbagai corak dan tema serta bergantung kepada permintaan pelanggan.

Itulah kelebihannya yang tidak diwarisi tetapi dipelajari sendiri, hasil minat dan mencuba kehendak hati hingga berjaya menghasilkan ukiran seni yang boleh dibanggakan.

http://www.bharian.com.my/Sunday/Personaliti/20090111094041/mainpix2.jpgMELAKAR ilham corak ukiran di dalam buku catatan.
Walaupun tidak mempunyai guru dalam seni membuat sarung parang daripada kayu, Sampul mengakui dia bekerja mengikut gerak hati dan terus mencuba sehingga ke tahap sekarang iaitu mampu untuk menerima tempahan.

揑ni anugerah Allah. Tiada ahli keluarga yang membuat kerja ini, saya tak mewarisi daripada sesiapa, sekadar mencuba dan menjadi. Jadi, saya teruskan minat hingga ke hari ini.

揗ungkin kebetulan, nama Sampul, buat kerja pun dalam bidang berkaitan sarung parang,

din_az Publish time 25-1-2009 09:04 AM

wah cantiknyer...
Pages: [1]
View full version: ukir sarung senjata melayu


ADVERTISEMENT