amazed Publish time 22-1-2009 07:07 AM

Tarian Kathak

Menghidupkan tarian Kathak
Kesannya, sehingga hari ini, tarian Kathak tidak lagi aktif dipraktikkan.


http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2009/0121/Kosmo/Rencana_Utama/ru_03.1.jpg
SADIA KHAN tidak peduli dengan larangan yang menghalangnya
mengajar tarian Kathak kepada kanak-kanak.



DI dalam sebuah rumah mewah di Karachi, kelihatan sekumpulan kanak-kanak perempuan mengatur langkah dan gerak tari mengikut Sadia Khan, 36, seorang penari tradisional Kathak dari Pakistan.

Sadia merupakan salah seorang daripada tenaga pengajar yang masih mengekalkan dan mempraktikkan tarian klasik Kathak di sebuah negara Islam yang konservatif.

"Di Pakistan, gambaran penari wanita tidak akan terhenti dalam filem-filem atau di atas pentas," kata Sadia kepada AFP.

"Saya tidak pernah mendengar alim ulama bersuara lantang menentang tarian-tarian yang berleluasa di dalam filem. Soalnya, mengapa mereka menentang keras tarian Kathak yang merupakan seni tulen dan tidak melambangkan kekasaran," ujarnya kesal.

Menari adalah sebahagian daripada gaya hidup di Pakistan sehinggalah zaman pemerintahan Zia Ul-Haq pada tahun 1977. Zaman itu mengizinkan wanita bertudung sahaja tampil dalam televisyen.

Zia Ul-Haq turut mengharamkan tarian klasik Kathak daripada disiarkan di televisyen dan bertindak keras terhadap penghibur-peghibur Kathak.

Kesannya, sehingga hari ini, tarian Kathak tidak lagi aktif dipraktikkan. Hanya beberapa tenaga pengajar dan penghibur umum sahaja yang masih aktif. Ini disebabkan larangan keras alim ulama telah mencetuskan satu kempen untuk mengharamkannya.

Dalam satu kekacauan yang berlaku di Lembah Utara-Barat, seorang perempuan joget telah dibunuh dan ia dipercayai perbuatan militan Taliban. Kematian berpunca daripada amaran yang tidak diendahkan oleh perempuan itu untuk meninggalkan profesionnya, kata pegawai berkenaan mengenai kejadian tragik itu.

"Saya percaya dalam agama kami, tiada halangan untuk menari," kata Sheema Kirmani, 57, seorang penghibur Kathak yang masih mengajar di Karachi.

"Sesiapa yang tidak menggemari seni tari kami, jangan datang untuk melihatnya. Kami tidak kacau sesiapa. Justeru, jangan memaksa kami berhenti," tambahnya.

Sakina, 14, ialah seorang pelajar yang mengikuti kelas malam Sadia dan dia memberitahu bahawa belajar tarian Kathak adalah sesuatu yang amat disukainya.

"Saya mendapat dorongan daripada ayah saya untuk mempelajari tarian Kathak. Lagipun, seni ini mengajar kita bagaimana untuk bertoleransi dan peka mengenai penderitaan dan kebahagiaan orang lain. Dalam masa yang sama, ia menghiburkan mereka," katanya lagi.
"Memang benar kebanyakan orang tidak menyukai tarian dan menganggapnya aneh. Tetapi bagi saya, tarian adalah kehidupan saya," kata seorang lagi penari, Bisma, 8.

"Saya sangat suka menari!" katanya.


http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2009/0121/Kosmo/Rencana_Utama/ru_03.2.jpg
KANAK-KANAK ini belajar seni tarian Kathak di sebuah
rumah yang ditukar menjadi studio di Karachi, Pakistan.



Di utara India, tarian membentuk jati diri seseorang dan ia masih dilakukan secara meluas di negara tersebut.

"Pakistan dan India mewarisi budaya yang sama dan tidak boleh ditukar ganti hanya dalam tempoh 50 atau 60 tahun. Budaya tidak akan berubah dengan hanya melukis balik sempadan negara," kata Sadia, yang mempelajari seni tari Kathak daripada Kirmani. Seterusnya, dia menghabiskan masa selama empat tahun belajar di New Delhi.

Kirmani menambah: "Jika kita menyambut apa yang kita kongsikan dan membawa diri kita lebih rapat dan lebih dekat lagi di antara satu sama lain, itu adalah sesuatu yang baik."


http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2009/0121/Kosmo/Rencana_Utama/ru_03.3.jpg


Kedua-dua guru tari itu mengatakan, buat masa ini seni tari tersebut hanya diterima oleh pelajar-pelajar mereka. Dalam masa yang sama, mereka mengharapkan seni tari tersebut diterima dan menjadi sebahagian daripada hidup penduduk Pakistan.

"Saya tidak pernah melihat seorang Pakistan membenci seni tari. Kami adalah banduan dalam norma-norma kehidupan kami sendiri. Ia sepatutnya dinikmati kerana keaslian dan keunikannya bukan sesuatu yang perlu dikeji. Ia telah disalahtafsir," kata Sadia yang tidak berpuas hati mengenai penerimaan seni tari Kathak. - AFP



kawan aku budak paki... adik dia pandai buat tarian nih.... aku sebut katak ajer...tapi tak tau ler kalu pronunciation diakathak lak...tapi kat pakistan worang2 dia rata mmg tau pasal tarian nih!!:victory:
Pages: [1]
View full version: Tarian Kathak


ADVERTISEMENT