Syd Publish time 20-1-2009 10:51 AM

[ Kes khalwat ] Norman & Memey

Post Last Edit by Syd at 5-12-2009 11:55

Kes khalwat: Norman - Memey mengaku tidak bersalah
Oleh SITI AZIRA ABD. AZIZ


KUALA LUMPUR :Pelakon Norman Hakim dan bintang baru, Suhaiza Suhaimi atau Memey, hari ini mengaku tidak bersalah atas tuduhan berkhalwat pada Oktober lalu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, di sini.

Hakim syarie, Wan Mahyudin Wan Mohamad membenarkan kedua-dua aktor itu dilepaskan dengan jaminan bon jamin mahkamah RM3,000 secara tunai setiap seorang yang perlu dibayar hari ini.

"Kedua-dua tertuduh turut dilepaskan dengan syarat seorang penjamin dan mahkamah juga menetapkan seorang penjamin kedua-dua tertuduh hendaklah terdiri daripada kakitangan awam.

"Ini bagi mengelakkan kedua-dua tertuduh menghilangkan diri semasa sesi perbicaraan nanti.

"Kedua-dua tertuduh ini dibebaskan dari mahkamah oleh seorang penjamin berdasarkan peruntukan Seksyen 22 (4)(5) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Selangor 2003.

"Perbicaraan ini ditangguhkan untuk sebutan semula pada 3 Mac depan,pukul 9 pagi untuk perbicaraan dalam kes ini," kata Wan Mahyudin.

Norman dan Memey datang berpakaian putih dan hitam sedondon secara berasingan seawal pukul 9 pagi tadi.

Norman hadir bersama ibunya, Kamariah Kamat, 66 dan dua orang abangnya manakala Memey pula ditemani seorang ibu saudaranya.

Mereka ditangkap berkhalwat oleh penguat kuasa Jabatan Agama IslamSelangor (JAIS) di pejabat Norman di Ukay Perdana, Ampang, Selangorsekitar pukul 3 pagi pada 30 Oktober tahun lalu.

[ Last edited bySyd at 15-5-2009 16:53 ]

wassup Publish time 20-1-2009 10:54 AM

Depa dok study sama utk ambik SPM semula ari tuh...tu yg lambat buka pintu...korang nih!!!!!:lol: :lol: :lol:

wassup Publish time 20-1-2009 10:56 AM

Masa org jumpa norman kat dalam stor tu...sebenarnya...dia nak cari buku lama dia. Sbb buku sekarang math & sains pakai english, depa susah nak faham.

irish_cayunkku Publish time 20-1-2009 10:56 AM

kat mahkamah dunia leh la xngaku salah tp kat sana xkan buat skrip juga... terlbh sudha lak aku....:o :o :o :o

sitisitu25 Publish time 20-1-2009 11:05 AM

Balas #3 wassup\ catat

hehe..clazz statement:lol:

limau Publish time 20-1-2009 11:07 AM

mmg muka tembok dua ekor niee

QAX Publish time 20-1-2009 11:08 AM

Reply #3 wassup's post

betul jugak tuh... tapi bila dibelek-belek nya buku sains tuh... ada topik pasal pembiakan plak... lantas mereka terus buat latihan amali.... jeng jeng jeng.... :lol:

skymania Publish time 20-1-2009 11:08 AM

Reply #1 Syd's post

tak ngaku salah ker???:o

adakah toto ..tuala basah akanbakal diangkut ke mahkamah...:lol: :lol: :lol:

adziah Publish time 20-1-2009 11:09 AM

Reply #7 QAX's post

hahahahha!!! ada buat laporan tak amali tu? hahaha!

kyra_ayu Publish time 20-1-2009 11:09 AM

Originally posted by QAX at 20-1-2009 11:08 AM http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif
betul jugak tuh... tapi bila dibelek-belek nya buku sains tuh... ada topik pasal pembiakan plak... lantas mereka terus buat latihan amali.... jeng jeng jeng.... :lol:

mungkin... ;P ;P ;P

brastagi Publish time 20-1-2009 11:10 AM

amboi amboi amboi,,stetmen ko QAX..kelazzzz...:lol:

Syd Publish time 20-1-2009 11:10 AM

Reply #8 skymania's post

kan JAIS dah ckp

mana ada toto, towel basah tu semua

tu semua paper nyamuk tu yang bikin cerita

QAX Publish time 20-1-2009 11:11 AM

Reply #12 brastagi's post

abih laa aku pon kena saman nanti... :L

awan_kelabu Publish time 20-1-2009 11:11 AM

sekarang kan praktikal penting... 69% markah keseluruhan

Syd Publish time 20-1-2009 11:11 AM

Gambar pejabat Norman dijadikan bahan bukti


KUALA LUMPUR: Beberapa gambar pejabat Norman Hakim di Ukay Perdana menjadi bukti pihak pendakwaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dalam kes khalwat pelakon itu dengan Suhaiza Suhaimi atau Memey di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, di sini, hari ini.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Mohd Hidayat Abdul Rani, berkata gambar bangunan dua tingkat berkenaan dijadikan bukti dalam kes itu yang kali pertama disebut di mahkamah.

“Tiada bukti fizikal lain seperti didakwa sebelum ini iaitu ada tuala dan tilam di pejabat tertuduh sebaliknya hanya gambar lokasi di bahagian luar dan dalam bangunan itu yang disyaki berlakunya kes berkenaan digunakan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau berkata, pelakon drama bersiri Gerak Khas bersama pasangannya itu didakwa mengikut Seksyen 29 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 kerana berkhalwat yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih tiga tahun atau denda tidak lebih RM2,000 atau kedua-duanya sekali.


“Beberapa saksi juga akan dipanggil untuk memberi keterangan di mahkamah,” katanya.

Pada 30 Oktober lalu, Norman atau nama sebenarnya Mohamed Norhakim Zaidon, 32, dan Memey, 20, ditangkap kerana disyaki berkhalwat oleh penguat kuasa Jais kira-kira jam 3 pagi di Ukay Perdana, di sini.

Ketika ditahan Norman mendakwa berada di tingkat atas bangunan dua tingkat pejabatnya manakala Memey berada di tingkat bawah.

Bagaimanapun, Ketua Unit Tindakan Khas Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Shahrom Maarop, sebelum ini dilaporkan akhbar berkata, siasatan mendapati tidak ada laluan lain untuk ke tingkat atas melainkan terpaksa keluar melalui pintu depan sebelum menaiki tangga jika mahu berbuat demikian.

Beliau dilaporkan berkata, Norman dipercayai tidak dapat membuka pintu belakang tingkat atas yang berkunci sebelum nekad bersembunyi dalam stor manakala pintu di tingkat atas hanya dibuka abang kepada pelakon terbabit yang datang ketika pegawai penguat kuasa Jais berada di situ dipercayai selepas dihubungi tertuduh.

Susulan kes khalwat itu juga, sebuah laman web gosip mendakwa kononnya pihak penguat kuasa agama menemui tilam toto, selimut dan tuala lembap tetapi dinafikan Jais.

QAX Publish time 20-1-2009 11:17 AM

Reply #13 Syd's post

ala.. slalunya kes khalwat bayo rm300 je... takde cecah 2ribu pon...

bayo rm300 je dah dapat dara... kalo dara la... ;P

Syd Publish time 20-1-2009 11:17 AM

Reply #16 QAX's post

mana tau kali nih

ada peluang nak humban masuk penjara ke apa

:lol:

skymania Publish time 20-1-2009 11:17 AM

Originally posted by Syd at 20-1-2009 11:10 AM http://eforum2.cari.com.my/images/common/back.gif
kan JAIS dah ckp

mana ada toto, towel basah tu semua

tu semua paper nyamuk tu yang bikin cerita
huhuhu..so mmg tak bersalah la nih???:lol::lol::lol:

lor..leh la derng kawen pasnih...:lol::lol:

QAX Publish time 20-1-2009 11:18 AM

Originally posted by awan_kelabu at 20-1-2009 11:11 AM http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif
sekarang kan praktikal penting... 69% markah keseluruhan

kalo amali... final inferens mesti sama ngan hipotesis... kalo tak sama kena ulang amali sampai bagi sama... ;P

quin Publish time 20-1-2009 11:20 AM

tak bersalah? x pe la.. biar la mahkamah yg tentukan.. kalau pon terlepas pengadilan dunia, ada lagi satu pengadilan kan?

kalau tak salah nomek oi, bakpe g menyorok? telo ko dah ilang ke????? :I
Pages: [1] 2 3 4 5 6 7 8 9 10
View full version: [ Kes khalwat ] Norman & Memey


ADVERTISEMENT