amazed Publish time 13-1-2009 07:08 AM

lukisan berus cina; melukis dari hati!!

Melukis dari hati

Oleh KHADIJAH MOHAMAD NOR

Lukisan berus China adalah karya seni yang memiliki keistimewaan tersendiri dan perlu dipertahankan tradisinya.


http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2009/0113/Kosmo/Rencana_Utama/ru_01.1.jpg




DUA helai kertas putih dibentangkan di atas meja. Di sebelahnya tersedia berus lukisan perbagai saiz serta dakwat hitam yang diisi di dalam sebuah mangkuk kecil.

Sambil duduk, jari-jemari Chong Buck Tee, 59, ligat menggerakkan berus lukisan di atas lembaran kertas tersebut. Dalam masa tidak sampai seminit terhasil imej sebatang pohon buluh dengan untaian daun-daunnya manakala sehelai kertas lagi diisi dengan imej tiga ekor anak ayam yang comel.

"Ia sebuah lukisan yang ringkas tetapi cantik," bisik penulis di dalam hati.

Itulah lukisan tradisi berus China yang telah wujud sekitar 4,000 tahun Sebelum Masihi lagi. Perkembangan lukisan itu berubah mengikut masa dan keadaan sosiol. Pada peringkat awal perkembangannya, lukisan China berkait rapat dengan kesenian lain, daripada perhiasan seramik sehinggalah dekorasi yang digunakan untuk ukiran jade dan gangsa.

Kini, lukisan berus China masih terus berkembang mengikut peredaran zaman dan mendapat tempat dalam kalangan peminatnya di negara ini.

Bagi Buck Tee, minatnya terhadap lukisan tradisi China bermula sejak berusia belasan tahun sewaktu dia masih bersekolah. Bagaimanapun, sejak kecil Buck Tee sudah menunjukkan bakatnya sebagai pelukis.

"Sejak kecil, saya memang suka melukis. Biasanya, saya akan melukis gambar gajah, harimau, beruang dan binatang-binatang lain yang saya lihat dalam buku.

"Sewaktu di sekolah, cikgu selalu mengambil lukisan saya untuk ditampal di dinding kerana, katanya, gambar itu cantik. Malah, saya juga sering mengajar kawan-kawan melukis atas permintaan mereka sendiri.

"Namun, minat terhadap lukisan berus tradisi China menjadi semakin serius ketika saya berusia 16 tahun. Saya merasakan ia satu bidang yang menarik untuk diceburi. Kehalusan karya lukisan ini membuatkan saya berhasrat untuk menguasainya," ujar Buck Tee ketika ditemui Kosmo! di galerinya yang terletak di Ampang dekat Kuala Lumpur baru-baru ini.


http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2009/0113/Kosmo/Rencana_Utama/ru_01.2.jpg
LUKISAN tradisi berus China telah wujud sejak 4,000 tahun Sebelum Masihi.



Dia kemudian melanjutkan pelajaran di Institut Kesenian Malaysia dalam bidang Seni Halus dan menamatkan pengajian pada 1972. Malah, Buck Tee turut menerima Anugerah Terbaik Seni Halus atas kecemerlangannya dalam bidang tersebut.

Sejurus selepas itu, Buck Tee mula mengadakan kelas mengajar untuk mereka yang berminat mendalami lukisan berus China. Semua pelajarnya ialah mereka yang mengetahui kemahiran Buck Tee dari mulut ke mulut.

Sehingga kini, Buck Tee sudah mempunyai lebih 50 pelajar yang terdiri daripada pelbagai kaum seperti Cina, Melayu dan India, selain pelajar luar negara dari Korea dan Jepun.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2009/0113/Kosmo/Rencana_Utama/ru_01.3.jpg
MICHELLE LING

Menurut Buck Tee, lukisan berus China agak sukar dikuasai. Ia memerlukan kemahiran tersendiri daripada setiap individu yang mahu mempelajarinya. Paling penting, setiap orang perlu melukis dari hati dan jangan sesekali berputus asa jika sukar mengikuti kelas pada peringkat awal pembelajaran.

"Salah satu faktor penting yang menyumbang kepada evolusi lukisan tradisional China adalah penggunaan bahan material dan pengaruh mereka pada bentuk artistik dan teknik.

"Contohnya, untuk menghasilkan karya ini, terdapat pelbagai jenis teknik sapuan berus dan strok yang digunakan. Antaranya, sapuan berus bersaiz kecil atau besar dan sapuan tidak rata atau halus. Selain itu, terdapat juga berus khas untuk melukis bunga dan berus untuk melukis buluh dan orkid," jelas anak kelahiran Tapah, Perak itu.

Di peringkat awal, Buck Tee akan mengajar perkara asas seperti bagaimana melukis strok lukisan, bentuk warna dan sebagainya. Dia juga gemar menjadikan buluh sebagai subjek utama kepada pelajarnya. Walaupun nampak mudah, tetapi ia sebenarnya memerlukan ketelitian untuk menghasilkan sekeping lukisan pokok buluh.

"Kestabilan tangan amat penting dalam penghasilan sesuatu karya lukisan berus China. Jika tangan tidak stabil, pelajar tidak akan dapat menghasilkan lukisan yang menarik," tutur Buck Tee yang mula mengasaskan Galeri Bakti Art pada tahun 1994 kerana minatnya yang mendalam terhadap kesenian itu.

Salah seorang pelajarnya, Michelle Ling berkata, dia mengetahui mengenai kelas yang diadakan Buck Tee menerusi iklan dalam sebuah akhbar. Sejak itu dia mula mengikuti kelas tersebut.


http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2009/0113/Kosmo/Rencana_Utama/ru_01.4.jpg
BERUS khas diperlukan untuk melukis objek berbentuk bunga-bungaan.



Kini, selepas lebih tiga tahun mempelajari teknik lukisan berus China, Michelle sudah boleh berbangga kerana mampu melukis dengan baik.
"Setiap minggu saya menghadiri satu atau dua kelas selama dua jam. Masanya tidak ditetapkan. Terpulang kepada pelajar untuk datang pada bila-bila masa, bermula pukul 10 pagi hingga 5 petang.

"Buck Tee sentiasa berada di galeri dan secara tidak langsung memudahkan pelajar menghadiri kelas secara fleksibel," ujar Michelle yang gemar menghasilkan lukisan berbentuk landskap.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2009/0113/Kosmo/Rencana_Utama/ru_01.5.jpg
TERDAPAT pelbagai saiz berus untuk lukisan ini.



http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2009/0113/Kosmo/Rencana_Utama/ru_01.6.jpg


Hasil pembelajarannya, Michelle berjaya mengadakan pameran amal bersama empat lagi rakannya. Hasil pameran itu telah disumbangkan kepada Pusat Hemodolisis Buah Pinggang.

"Saya gembira kerana hasil lukisan kami diminati dan dibeli oleh pengunjung yang datang menyaksikan pameran. Menerusi pameran amal tersebut, kami berjaya mengumpul kira-kira RM10,000 untuk didermakan kepada pusat itu.

"Projek ini memberi kepuasan yang tidak terhingga kepada saya kerana melalui kemahiran yang ada, ia dapat membantu golongan yang memerlukan," tutur Michelle sambil tersenyum.

Selain Michelle, Buck Tee turut mempunyai beberapa pelajar yang cemerlang dalam bidang itu termasuk pelukis terkenal, Puan Sri Catherina Lee Chang Yow Fang yang mencipta nama dalam Malaysia Book of Records apabila berjaya menghasilkan lukisan bermotifkan landskap Cina sepanjang 585.9 meter pada Oktober lalu.

Apa yang pasti, Buck Tee turut berbangga melihat pencapaian bekas anak didiknya dan berharap kesinambungan seni lukisan berus China akan diteruskan oleh generasi muda.

Kecewa bakat tidak diwarisi

PADA usia 59 tahun, Chong Buck Tee sudah menempuh banyak pengalaman sepanjang menceburkan diri dalam bidang seni lukisan berus tradisional China yang amat diminatinya.

Sudah tentu dalam usia sebegini dia mahu kemahirannya diperturunkan kepada generasi muda terutama anak lelakinya.
http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2009/0113/Kosmo/Rencana_Utama/ru_01.7.jpg
CHONG BUCK TEE mahu generasi muda mewarisi bakatnya
dalam seni lukisan berus China.



Namun, Buck Tee mengakui dia sedikit ralat kerana keempat-keempat anak lelakinya tidak menunjukkan minat untuk mewarisi seni lukisan berus China yang amat bernilai baginya.

"Memang saya agak sedih kerana mereka semua tidak minat mempelajarinya. Maklumlah orang muda zaman sekarang lebih suka melakukan pekerjaan moden berbanding menjadi pelukis. Saya pun tidak mahu memaksa mereka supaya meminati bidang ini.

"Mungkin setelah saya tiada nanti, semua lukisan dan karya yang ada akan dijual kepada pihak tertentu. Tetapi, saya sentiasa berharap warisan kesenian ini akan terus wujud di dunia dan tidak pudar ditelan zaman.

"Walaupun bukan pada pewaris saya, mungkin akan ada insan lain yang terus memperjuangkan keindahan seni lukisan berus China yang tiada tandingannya," ungkap Buck Tee penuh makna.



abg aku mmg pandai lukis gak.. guna berus cina ni... tapitak secantik worang tu....tapi kira bley la...ada dia framekan kat rumah gak..:victory:
Pages: [1]
View full version: lukisan berus cina; melukis dari hati!!


ADVERTISEMENT