amazed Publish time 10-1-2009 07:01 PM

seni hiasan wall paper!!

Hiasan kertas dinding
Oleh Hartini Mohd Nawi

http://www.hmetro.com.my/Saturday/DekoTaman/20090110122139/mainpixKEMASAN dinding sering menjadi titik fokal setiap ruang dan bergantung kepada kreativiti anda untuk mewujudkan kelainan.
KEMASAN dinding sering menjadi titik fokal setiap ruang dan bergantung kepada kreativiti anda untuk mewujudkan kelainan.

Kini, pelbagai usaha dilakukan pemilik kediaman termasuk memilih kertas dinding sebagai elemen utama menghiasi segenap ruang dinding.

Bukan sekadar mengindahkan ruang tamu, ruang makan, dapur dan bilik tidur dewasa semata-mata malah bilik kanak-kanak turut diberi perhatian.

Menariknya, kertas dinding yang berlatarkan karakter kartun dan hidupan laut kian digemari kanak-kanak masa kini.

Menurut Pengurus HDN Decor, Hamidah Husein kebanyakan ibu bapa masa kini akur dengan pilihan anak mereka dalam menghias sendiri bilik tidur berdasarkan cita rasa masing-masing.

"Kertas dinding bermotifkan karakter kartun dan hidupan laut dilihat mampu merealisasikan impian kanak-kanak yang penuh imaginasi dan bagaikan terapi minda.

"Istimewanya kertas dinding berkenaan pastinya memberikan keceriaan dan merangsang minda kanak-kanak untuk lebih seronok belajar dan bermain dalam bilik selain seiring tahap perkembangan minda mereka," katanya.

Setiap karakter kartun dan hidupan laut yang diterjemahkan pada kertas dinding melengkapi jalan cerita sebenar sama ada dalam hutan mahupun sebuah kota.

Hamidah tidak menafikan kemasan dinding berlatarkan karakter kartun dan hidupan air yang diketengahkan benar-benar menggambarkan suasana cerita serta dihiasi rona pilihan termasuk biru dan merah jambu.

Biasanya kanak-kanak perempuan lebih menggemari rona merah jambu manakala kanak-kanak lelaki pula lebih sinonim dengan biru.

Pada masa sama, Hamidah berpendapat aspek warna yang mampu mencetuskan suasana berbeza di bilik dan ruang kanak-kanak memberikan kesan psikologi.

Tidak dinafikan pilihan warna mampu menentukan kepuasan dan merangsang minda kanak-kanak dalam jangka masa panjang.

Sentuhan warna berbeza diterapkan untuk setiap ruang selain diselarikan dengan alat permainan dan sudut pembelajaran kerana ia boleh mempengaruhi emosi kanak-kanak.

Berbalik kepada fungsi kertas dinding itu sendiri sebenarnya tidak jauh berbeza dengan penggunaan cat iaitu untuk memperindahkan hiasan dalaman rumah anda.

"Cuma ia banyak kelebihan berbanding mengecat cara yang biasa kerana anda boleh mereka hias dinding dengan lebih kreatif dan berkonsep," katanya.

Kerja pemasangan pula tidak mengambil masa yang lama dan ia boleh ditanggal tanpa merosakkan dinding sebenar.

Sebaik-baiknya buatlah perbandingan harga dan kualiti dengan beberapa kedai supaya anda berpuas hati dengan pemilihan kertas, corak, pemasangan dan harga yang ditawarkannya.

Kertas dinding yang berkualiti mampu bertahan antara tujuh hingga 10 tahun dan ia tidak mudah pudar selain mampu bertahan lama.

Bagaimanapun, penjagaan yang betul perlu dilakukan sepenuhnya supaya tidak terdedah kepada kelembapan yang tinggi atau jika terkena air, segera lap dan keringkan dengan betul.

Kelembapan jika dibiarkan terlalu lama menyebabkan kertas menjadi koyak dan tata riasnya kurang menarik lagi.



masa aku sekolah dulu.... aku letak wallpaper bilik aku >>>SPIRAL... pastu nak tidomula leraku fenin tengok wallpaper tu   terus tertido... aku mmg suka spiral!!    sampai sekarang kalu balik rumah mak aku...   MOSTI ada lagi spiral tu..... :victory:
Pages: [1]
View full version: seni hiasan wall paper!!


ADVERTISEMENT