amazed Publish time 10-1-2009 08:14 AM

gajah yang berbakat besar sebagai pelukis!!

Karya gajah berjaya cecah harga £20,000

http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2009/0110/Kosmo/Dunia/du_06.1.jpg
LANKAM melukis sebuah potret sambil ditemani penjaganya
di sebuah pusat perlindungan gajah di Chiang Mai, Thailand baru-baru ini.

BANGKOK - Seekor gajah jantan Asia berusia 11 tahun, Lankam merupakan pelukis berbakat besar apabila ia menghasilkan beratus-ratus karya seni, lapor sebuah akhbar semalam.

Lebih memeranjatkan, sebuah lukisan haiwan yang dipelihara di sebuah pusat perlindungan gajah di wilayah Chiang Mai, Thailand itu berjaya dilelong harga £20,000 (RM107,886).

Hasil jualan lukisan-lukisan Lankam dan beberapa gajah lain digunakan untuk membiayai perbelanjaan pusat yang menempatkan sejumlah haiwan itu yang dahulunya dimiliki oleh syarikat pembalakan.

Setiap tahun, beribu-ribu pelancong berkunjung ke wilayah di utara Thailand berkenaan untuk menyaksikan bakat menakjubkan gajah-gajah itu.

"Saya terkejut melihat kemampuan gajah-gajah itu. Haiwan tersebut langsung tidak kekok memegang berus lukisan walaupun menggunakan belalai," kata seorang jurugambar dari Sweden, Bronek Kaminski. - Agensi





yikesssss gajah lagi pandai lukis.... aku mmg tak tau nak lukis aper pung... dulu masa kecik.. kunun nak lukis kuda.... jadik macam kuceng ler pulak... :funk:;P


morel of the storibela gajah.... ko leh jadik kaya!!!:D

buDak_gaTaL Publish time 10-1-2009 11:07 AM


wah lawanya lukisan :loveliness:


kalu oja baca psl gajah ni mesti dia suka ;P

pakupayung21 Publish time 10-1-2009 11:10 AM

aku lukis pon x selawa gajah tu lukis;P
Pages: [1]
View full version: gajah yang berbakat besar sebagai pelukis!!


ADVERTISEMENT