tapaksulaiman Publish time 9-1-2009 08:54 PM

Update - Tinted + kisah aku dan SA chelaka + Eon Service

Update

aku punya keta baru semingu tapi meter dah cecah 1500km :funk:

aku kene sevice, tapi aku keliru nak service kat eon service ke atau kedaii lain je.

sebab member aku baru jek gi eon service, dia kene 330 hengget, berbaloi ke wey. :mad:

kalau x service kat eon, warranty burn kan?. kalau harganya memang macamtu terpaksalah aku gi eon service gak. :(

tapi member aku cakap kat luar buat x sampai 100 hengget pon, tolong explain sikit kat aku.



aku baru je beli kereta blm, aku dapat voucher tinted rm200 dari salesman tu.

tapi aku pelik sebab masa aku call, tinted paling murah dah rm788, kalau tolak rm200 pun dah rm588 kan. :funk:

korang rasa berbaloi x, ke korang rasa aku perlu gi tempat lain sebab aku bajet rm400 je.

masa aku call tu, dia cakap ada warranty 5 tahun dan branded tinted diorang punya paling baik dan import.

paling aku pelik, voucer tu tersangat lah cikainye, macam cupon/flyers yang boleh dapat kat peti surat tu.:L

lepastu ade plak kad nama salesman keta aku tu terkepil sekali, dia main komisyen ke. :o

ni betul2 voucher ke aku setakat kene tipu nih, companynya kat taman seri muda, shah alam.

[ Last edited bytapaksulaiman at 15-1-2009 11:35 AM ]

tapaksulaiman Publish time 9-1-2009 08:56 PM

tolonglah bagi idea, aku ingat nak buat tinted besok. sebab esok je aku betul2 free ni.

kalau ada kedai tinted bagus dekat area shah alam/klang korang share la ngan aku. :D

tapaksulaiman Publish time 9-1-2009 09:09 PM

x ade komen pon, tetiba aje dah 2 vote suh cari kedai lain. ;P

t@t Publish time 9-1-2009 09:16 PM

x silap haku byk dah benang psl tinted neh.....pdapat haku ko cari jerk tinted lain...:lol:
btw voucher ko tu brand haper ....?

tapaksulaiman Publish time 9-1-2009 09:22 PM

voucher yang ala2 flyers iklan buat tuisyen ni tulis sunprotect car window tint shop.

lokasi plak seksyen 25, taman seri muda, shah alam.

danedzya Publish time 9-1-2009 09:22 PM

relax ler dulu...tak lari mana der tinted ko tu...ataupun ada valid time dia??
Ko pergi cari kedai lain...pastu voucher tinted ko tu..ko tolak kat memember dlm RM150/=...settled!!!

tapaksulaiman Publish time 9-1-2009 09:27 PM

Reply #6 danedzya's post

disebabkan voucher tu cikai tahap iklan2/flyers di tepi jalan, jadi x tulis pun bila valid date dia.

tapi kat belakang ada tulis 90 hari, tapi hairannya di ruangan tarikh x de plak tulis bila.

aku beli keta blm ni banyak problem dengan salesman, kira memang kuat menipu la. :@

korang jangan ambik keta proton kat giant bukit tinggi, elok korang ambik kat tempat lain.

kat situ memang kuat menipu, pompuan laki semua sama. :@

tapaksulaiman Publish time 9-1-2009 09:28 PM

aku dah tanya semua member2, x de sorang pon nak. chaittt :mad:

geng_tx Publish time 9-1-2009 10:20 PM

cam ni...

nak tau scam atau tak...

1st, ko cari satu pak sanggup, pi kedai baucer percuma tu.

suruh pak sanggup tu tanya tokey kedai, tinted apa jenis yg ada. yg paling murah brapa. dengan syarat, JANGAN SEBUT LANGSUNG PASAL BAUCER PERCUMA ITU.


2nd,

aku percaya, walau sehebat mana pun kedai tinted tu, musti dia ada jual tinted yg murah murah. yg range harga dalam rm 150-300. dalam lingkungan arga tu, ko dah boleh dapat tinted ala ala goldust beserta waranti 5 tahun.

kalau lah kata, memang ada tinted yg arga murah. ko repeat semula kedai tu bersama pak sanggup tadi. tengok reaksi dia.

biasanya, kedai hampass macam tu akan bagi alasan 1000 jenis dan 1000 helah.

mamat sc tu makan duit komisen.



utk mengelakkan ko sakit ati, ko buat je kat kedai aksesori biasa mengikut bajet ko. rm300 dah cukup best utk tinted "U" ( tanpa cermin depan)

geng_tx Publish time 9-1-2009 10:23 PM

aku beli keta yg terbaru ni pun sama, kena tipu ngan salesman. dia kata ada tinted free. sekali langsung tak dak... aku maki dia dari mula sampailah aku blah dari kedai tu masa aku amik keta.

pastu, terpaksa lak repeat ke kedai tu semula sebab aku perasan, buku manual dia lupa nak bagi. masa tu aku dah tinted. lagi sekali aku maki mamat tu...;P

bukan aku miskin dan kebulur sangat tinted percuma tu. tapi kalau dah janji, musti mau tunai. kalau tak, dia memang jenis munafik dan fasik. elok dimaki je org macam tu.

tapaksulaiman Publish time 9-1-2009 10:32 PM

http://autotintfilm.com.my/ ni address kedai tu, aku dah try call.

waksir Publish time 9-1-2009 10:35 PM

kalu buat kat aircool pun dpt rm600 utk 65% heat rejection...

yg penting, kau tgk brape heat rejection tu ...... lg tinggi %, lg bagus

takumi86 Publish time 9-1-2009 11:04 PM

Reply #1 tapaksulaiman's post

aku suggest gi kedai lain jer laa..voucher rm200 ni memang kategori yg ntahapehapee..

aku dulu dapat rm400, full tinted dlm rm650 (yg baek skit) tapi kalau rm400 yg hampehh tu pong ada gakk..

mycos79 Publish time 9-1-2009 11:34 PM

Reply #1 tapaksulaiman's post

betol...dari sakit hati pi jer kedai air cool...ko mesti puas hati...:$

tapaksulaiman Publish time 9-1-2009 11:43 PM

Reply #14 mycos79's post

kedai air cool area klang kat mana, aku ingat nak gi sana je lah.

rm400 puas hati kan. :L

waksir Publish time 10-1-2009 12:04 AM

Originally posted by tapaksulaiman at 9-1-2009 11:43 PM http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif
kedai air cool area klang kat mana, aku ingat nak gi sana je lah.

rm400 puas hati kan. :L


kat area bkt tinggi

tapaksulaiman Publish time 10-1-2009 12:30 AM

Reply #16 waksir's post

baik punya selalunya berapa rm, rm400 ade ke. :o

tapaksulaiman Publish time 10-1-2009 12:38 AM

Reply #10 geng_tx's post

aku pun dah kene kelentong dengan sa ni, atas pengalaman member aku diorang syorkan aku ambik sa pompuan.

aku pon pilih sorang sa ni, muda dalam 30an la jugak, muka baik dan kalau cakap bahasakan diri sebagai akak.

aku beli keta tu awal bulan 12 hari tu, dia paksa aku ambik cepat sebab lepas ni kompem naik rm1500 katanya.

lagipun aku beli sebab dia janji keta boleh kuar dalam masa 2 minggu, :o mula2 tu aku percaya sebab loan aku approve sehari je.

mungkin mudah, sebab blm tu bukan mahal rm40k je, bulanan rm470, dah la dia desak aku ambik persona sebelum tu.

last2 aku dapat kereta tu baru semalam, selepas sebulan. :@ sebelum tu banyak la alasan dia yang x masuk akal.

[ Last edited bytapaksulaiman at 10-1-2009 12:51 AM ]

tapaksulaiman Publish time 10-1-2009 12:50 AM

bayar d/p 7/12, antara alasan sa pompuan ni, k1 awak ada kesilapan, kene betulkan balik. :mad:

k1 silap no ic, ambik masa 1 minggu betulkan, sebenarnya dia dah x boleh janjikan masa 2 munggu tu. :@ alasan banyak cuti la hape la.

minggu ke4 hari isnin aku call balik (29/12), tanya camner k1 dia cakap dah settle, kali ni runner akak x sempat pegi jpj nak daftar. :mad: sekarang runner akak dekat jpj la ni tengah settlekan.

esoknya selasa aku call dia x jawab, berkali2 aku call pon x angkat. tetiba aku sms camner dengan keta, dia cakap dia bz bawak keta skng.

dalam tempoh 3 jam berselang x kan bawak kete plak, bila sms tanya pasal keta dia cakap runner akak uruskan. dia janji dapat sebelum tahun baru lagi sekali.

esoknya rabu dah 31/12. khamis tu cuti tahun baru, kate runner dia kat jpj, padahal time tu aku sms jam 6.00pm. aku call x nak jawab, mesti sms je.

aku tanya jpj, nak tanya itu ini, sekali jaga yang angkat cakap jpj tutup jam 4pm. :@ aku sms akak tu, dia cakap runner boleh tunggu sampai 7pm.

jam 9pm sms aku, cakap x sempat, khamis dah cuti, jumaat ni runner dia cuti, x ke silakak cam tu. :@

tapaksulaiman Publish time 10-1-2009 01:05 AM

aku hangin la, aku call dia x nak jawab2, aku sms marah2 dia, dia cakap dah qada dan qadar. :@

kepala hangguk dia qada dan qadar, aku pergi eon kat giant bukit tinggi tu, semua cakap dia x cuti, balik punya kona.

aku sempat la ambik beberapa kad pekerja kat situ, apa2 hal nanti boleh aku menyamar ke cari si pempuan tu.

aku x dapat hubungi dia, isnin 5/1 di sms aku tanya aku ada call dia ke, dia cakap dia balik pd kat kampung. :@ aku cakap ni kes nak tipu dan larikan diri ke, dia cakap dia ada masalah keluarg la hape. anak sakit dan macam2 lagi.

aku gertak dia, aku cakap kenapa call x nak jawab, dia cakap hp rosak la, lepastu kona tang lain pasal runner dia x eksiden la, kereta rosak la :@ logik ke.

dia siap bagi no phone runner tu, aku call la nama dia hatta, aku tanya kenapa x siap2 lagi, macam2 la alasan melayu totok tu keluar. :@ aku malas nak layan aku terus tutup, sekali aku check kat card aku, rupanya runner tu member sa dia.

aku sms kedua-duanya sekali, si sa pompuan tu x jawab, tapi yang lelaki tu terhegeh2 jawab dia buat 2 in 1 keje. :@ perngai menipu x semengah, srp gamaknya,

aku bukan jenis yang baran, aku x kisah pon tapi kalau dah janji boleh awal kenapa nak menipu semua, kemudian janji kereta keluar rabu. dia sebdiri turun jpj buat daftar kereta selasa tu.

rabu dia call aku, kereta dah keluar, ambik petang tu, aku cakap aku balik malam, tapi sebab keta aku mintak bos balik jam 4pm sebab.

dia janji jumpa jam 5pm kat giant tu, tapi aku sampai sana dia x de plak, aku call dia x jawab, kemudian sms aku suruh ambil kunci dekat member dia try tengok keta dulu. aku tunggu sampai jam 8pm. :@

aku hangin waktu tu jangan cerita, semua staff kat situ aku marah. 3 jam aku tunggu, alasannya anaknya sakit. jam 8pm dia datang dengan anak dia, aku nak marah pun x jadi sebab ada budak kecik kan.

tapi aku just cakap je macam ni ke awak keje, alasan dia ambik anak balik sekolah la, lepas tu gi klinik, aku tengok anak dia sihat je lari2 ke hulu ke hilir.
Pages: [1] 2 3 4 5 6 7
View full version: Update - Tinted + kisah aku dan SA chelaka + Eon Service


ADVERTISEMENT