amazed Publish time 6-1-2009 07:33 PM

seni artis kaki

Seni artis kaki

Walaupun pernah dihalang bersekolah kerana kecacatannya, Xi Fu bernasib baik kerana karya seninya berjaya menarik perhatian ramai.



http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2009/0106/Kosmo/Rencana_Utama/ru_02.1.jpg




NAMA Xi Fu bermaksud mencari kebahagiaan. Namun, bagi seorang artis jalanan yang tidak boleh menggunakan tangannya, dia tetap bersemangat meneruskan hidup walaupun cacat.

Xi, 30, ditinggalkan oleh jururawat tidak lama selepas dilahirkan kerana dia mengalami kecacatan tangan dan sukar berjalan.

Xi pergi ke sekolah selama tiga tahun sebelum dipaksa berhenti kerana pihak sekolah mendapati mereka terpaksa mengambil masa terlalu lama untuk mengajarnya.

Padahal ketika itu dia sudah dapat membiasakan diri menggunakan jari kaki, tidak jauh bezanya dengan murid-murid lain yang menggunakan jari tangan mereka.

Ketika Xi berusia 18 tahun, ibunya membawa Xi ke sekolah seni dan bertanya adakah kelas melukis sanggup menerima anaknya itu. Melihat Xi seorang yang bijak, yakin dan mahir, guru di situ memberi bantuan sewajarnya dan memberitahu Xi bahawa ramai orang boleh hidup dengan seni.

Selepas tiga tahun menerima latihan intensif, gurunya memberitahu bahawa sudah tiba masanya untuk 'artis kaki' berusia 21 tahun ini untuk mula bekerja di jalanan dan mencari wang pendapatan.

Sejak sembilan tahun lalu, Xi telah merantau ke seluruh China untuk menulis kaligrafi dan melukis bunga menggunakan kakinya. Jika bernasib baik, dia boleh mendapat sehingga 3,OOO yuan atau AS$430 (RM1,505) sebulan.


http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2009/0106/Kosmo/Rencana_Utama/ru_02.2.jpg
MENGAKUI hidupnya sunyi tanpa kehadiran wanita yang boleh dijadikan teman hidup atau isteri.



Angka itu lebih banyak berbanding pendapatan kebanyakan pekerja pejabat di Beijing. Xi memperoleh pendapatan itu dengan hanya menjual hasil karyanya pada harga 1OO hingga 2OO yuan setiap satu.

Ketika Xi berkata dia begitu menyukai kerjanya, dia mengakui hidup bukannya mudah. Biasanya, dia akan menyediakan berus dan kertas skrol di mana-mana lorong pejalan kaki. Malah, kadangkala dia terpaksa berdepan dengan pihak polis yang menghalaunya.

Xi juga selalu berjumpa dengan orang yang biadap dan tidak sensitif, tetapi dia reda dengan nasibnya.

"Tidak kira sama ada seseorang itu sempurna atau cacat, semua orang ada waktu sukarnya," kata Xi.

Xi mengaku wujud kesengsaraan dalaman yang membuatkannya percaya bahawa kecacatan menyukarkannya untuk mencari isteri atau teman wanita.
Tetapi Xi tetap ceria, bersyukur dengan kehidupannya dan mengaku kurang selesa jika orang menaruh simpati kepadanya.

"Saya ingin mencari teman wanita, tetapi siapa mahu teman lelaki yang cacat?" katanya.

"Wanita sukakan anda kerana duit. Jadi jika anda cacat tetapi mempunyai wang, mungkin akan ada wanita sukakan anda. Maka, tidak ada peluang bagi mereka yang miskin dan cacat," ujarnya.

Dia percaya bahawa untuk mencari pasangan yang juga cacat sangat bermasalah, terutama apabila mereka semakin tua dan tidak boleh membantu antara satu sama lain.

Memandangkan Xi tinggal bersama ibu bapanya yang memiliki sebuah rumah di pinggir bandar utara Beijing, wang yang diperoleh membolehkannya untuk berseronok dan bersosiol dengan rakan-rakan artis yang lain.

Dia suka merehatkan diri dengan meminum bir selain suka mendengar muzik. Xi boleh ditemui di bar berhampiran di tengah-tengah Beijing dan kawasan kejiranan Drum and Bell Tower. Di sana, Xi menikmati persembahan muzik secara langsung oleh kumpulan rock dan penyanyi tradisional.

Xi memberitahu dia mengatasi kekurangannya dengan menikmati hidup seadanya. Xi tahu dia boleh bekerja dan berterima kasih kepada rakan-rakan baiknya.
Apabila ditanya apa yang akan dilakukan jika satu hari nanti dia tidak lagi mampu bekerja, Xi menjawab dengan yakin: "Saya tidak mahu memikirkannya sekarang. Saya tidak takut dan hanya berfikir untuk menjadi gembira." - AFP


http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2009/0106/Kosmo/Rencana_Utama/ru_02.3.jpg
MEMPEROLEH pendapatan sehingga RM1,505 sebulan dengan menjadi artis jalanan.

Memandangkan Xi tinggal bersama ibu bapanya yang memiliki sebuah rumah di pinggir bandar utara Beijing, wang yang diperoleh membolehkannya untuk berseronok dan bersosiol dengan rakan-rakan artis yang lain.

Dia suka merehatkan diri dengan meminum bir, selain suka mendengar muzik. Xi boleh ditemui di bar berhampiran di tengah-tengah Beijing dan kawasan kejiranan Drum and Bell Tower. Di sana, Xi menikmati persembahan muzik secara langsung oleh kumpulan rock dan penyanyi tradisional.

Xi memberitahu dia mengatasi kekurangannya dengan menikmati hidup seadanya. Xi tahu dia boleh bekerja dan berterima kasih kepada rakan-rakan baiknya.

Apabila ditanya apa yang akan dilakukan jika satu hari nanti dia tidak lagi mampu bekerja, Xi menjawab dengan yakin: "Saya tidak mahu memikirkannya sekarang. Saya tidak takut dan hanya berfikir untuk menjadi gembira." - AFP




aku selalu gak terimagreetings cardyg artis2 ni yg lukis dengan kaki.... ada gak dgn mulut...tapi mmg gila babas baguih betul seni art dia.. cantik2 gak lukisan tu... tu ler dia kurniaan tuhan... bila depa ada cacat yg satu ni... depa ada kelebihan yg lain pulak....   :victory:

a.ceCCo Publish time 7-1-2009 06:46 PM

hebat giler :loveliness:
Pages: [1]
View full version: seni artis kaki


ADVERTISEMENT