maizana Publish time 4-1-2009 12:59 AM

BUNGA TANAH LIAT

Bunga tanah liat, jika dilihat dari jauh, ia seakan tumbuhan hidup dengan ciri-ciri yang begitu semula jadi, ditambah dengan seni halus yang boleh memikat hati sesiapa yang melihatnya. Kadang-kadang kalau kita lihat kat majalah hiasan dalaman.. kita sangka ianya bunga hidup.. tertipu juga akhirnya dengan penangan kraf menggunakan teknik tanah liat ni..

Kali pertama I tengok bunga ni.. sewaktu I ke rumah abang di Kulim hitech.. tak sangka bunga yang disangka bunga hidup tu rupanya orkid yang diperbuat dari tanah liat. Teknik ni.. asalnya dari Jepun.. Ia bukan sebarang tanah liat, tapi clay yang lembut dan senang diadun dan dibentuk untuk dijadikan bunga, daun, batang dan bahagian tumbuhan yang lain. Sebab itu ia dipanggil soft clay atau lebih dikenali sebagai Japanese clay. Rasanya, seni ini belum meluas kat sini..

Nak buat pun bukan mudah.. ada banyak steps..
- mengaul dan menguli tanah liat dengan warna asas
- membentuk
- mengering
- mengecat
- mencantum dan akhirnya
- mengubahnya mengikut cita rasa..

Jom jamu mata.. ini antara bunga yang dihasilkan..

http://farm4.static.flickr.com/3132/3163660498_0eaaa1c9b8.jpg

http://farm4.static.flickr.com/3104/3162854905_f04d0946b2_o.jpghttp://farm4.static.flickr.com/3125/3163689462_144645bf74_o.jpghttp://farm4.static.flickr.com/3260/3163688458_1fedc0e794_o.jpg

http://farm4.static.flickr.com/3264/3162829441_d17dcf7234.jpghttp://farm4.static.flickr.com/3093/3162827727_4f336bdefb.jpg

[ Last edited byjellypuff at 6-1-2009 08:22 AM ]

kroit92 Publish time 4-1-2009 01:30 AM

waaa~ nampak so real.. :o

nailoufar Publish time 4-1-2009 01:36 AM

Originally posted by kroit92 at 4-1-2009 01:30 AM http://mforum4.cari.com.my/images/common/back.gif
waaa~ nampak so real.. :o

betul tu... so real... cantik sgtla... betul2 berseni ni

PoningPalo Publish time 4-1-2009 03:53 AM

mst berat kannn..tp colouring mmg cun..seems so real! :D

maizana Publish time 4-1-2009 06:59 AM

kroit92, nailoufar,

Tu yang buat I terpikat.. since then I mencari guru yang boleh mengajar dan tempat untuk I perolehi bahan..

PoningPalo,

Tak begitu berat.., lebih kurang orkid hidup juga. Dia tak macam bunga roti yang sometimes boleh berkulat.. tak perlu guna oven untukmengeraskannya. Untuk penjagaan.. after sometimes.. just apply nivea cream.. kat daun2 dan kelopak bunganya, nanti ia akan kelihatan macam segar..

nailoufar Publish time 4-1-2009 08:22 AM

susah tak utk jaga? i mean, sensitif tak.... kalau pegang2 ade risiko patah tak? n kalau jatuh hancur tak agak2nye....huhu. tapi cantik sgt2..... ssh nak caye bukan bunga betul

maizana Publish time 4-1-2009 09:21 AM

Originally posted by nailoufar at 4-1-2009 08:22 AM http://mforum3.cari.com.my/images/common/back.gif
susah tak utk jaga? i mean, sensitif tak.... kalau pegang2 ade risiko patah tak? n kalau jatuh hancur tak agak2nye....huhu. tapi cantik sgt2..... ssh nak caye bukan bunga betul

Dia tak fragile.. meaning tak mudah patah. Exactly like real orchid. Daun dia mudah dilentur dan kelopaknya boleh dikepak-kepak.

nailoufar Publish time 4-1-2009 04:46 PM

Balas #7 maizana\ catat

yeke... bestnye kalau mcm tu :loveliness:

dhanishdhania Publish time 10-1-2009 09:38 AM

lawa!!!!!!

pakupayung21 Publish time 10-1-2009 11:06 AM

cun banget:$

maizana Publish time 11-1-2009 09:15 PM

Ha'ah.. memang menarik.. especially daun dia.. macam real. Minggu ni.. kami belajar Phalaenopsis.

Inilah hasilnya.. Phalaenopsis yang I hasilkan no. 3 dari kiri.

http://farm4.static.flickr.com/3509/3187825532_6951bd3320.jpg

http://farm4.static.flickr.com/3424/3187825190_4b653b887a.jpg

http://farm4.static.flickr.com/3393/3186986977_63d0708bca.jpg

http://farm4.static.flickr.com/3360/3187826506_10a57456dc.jpg Inilah hasil kerja I. Cikgu kata.. satu jambangan macam ni dia jual dengan harga RM 180

http://farm4.static.flickr.com/3488/3187826250_04fec41436.jpg

Nanti I paste bunga Dendro yang kami hasilkan..

[ Last edited bymaizana at 11-1-2009 09:32 PM ]

ladybirdninja Publish time 11-1-2009 09:53 PM

Balas #11 maizana\ catat

salam mai

belajar kat mana?

maizana Publish time 11-1-2009 10:54 PM

Originally posted by ladybirdninja at 11-1-2009 09:53 PM http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif
salam mai

belajar kat mana?

Kami belajar kat Ampang.. kelas akan datang katanya nak buat awal Februari. Kelas boleh tahan mahal juga.

Mula2 belajar bunga basic.. 2 jenis.
Bunga pertama RM 350 selama 2 hari (dari 9 pagi hingga 5 petang), tools and material provided.. cuma bawa gunting kecil, pemotong dawai dan tuala kecil.

Bunga kedua RM 300 selama 2 hari, 9 hingga 5 ptg. Tools and material provided. (kali ni tools yang tetap dah tak payah beli.. cuma cutting moulds, prints mould, clays and colours)

Kali ketiga dan seterusnya.. bayar pensyarah jer.. RM 150 dan material and tools beli sendiri (beli dari dia lah). Bila dah sampai bunga seterusnya.. tak payah attend class pun boleh... itu kata cikgulah..

Pengajarnya ada 3 assistant... yang akan assist setiap orang...

[ Last edited bymaizana at 11-1-2009 11:06 PM ]

penancexmen Publish time 14-1-2009 09:06 PM

cantik jugak yerk...nampak macam real :loveliness: :loveliness:

maizana Publish time 19-1-2009 03:14 AM

cantik jugak yerk...nampak macam real

Ia dihasilkan untuk kelihatan 'real'.

Untu info..

Pada 7 dan 8 feb nanti.. ada kelas untuk dendrobium... spt bunga dibwh...

http://farm4.static.flickr.com/3437/3187723669_32b8f33fc5.jpg?v=0http://farm4.static.flickr.com/3471/3187722987_0661e33c12.jpg?v=0

Kelas bertempat di Banguna Getah Asli, Jalan Ampang.

Bayaran RM 350 (beserta tools dan bahan), cuma bawa gunting kecil dan pliar yang jenis pemotong..

Jamuan ringan disediakan.

Kelas bermula 9.00 pagi hingga 5 ptg (2 hari).

Kalau berminat hubungi terus ke nombor.. 012-3457550;

G-ha Publish time 30-1-2009 12:08 AM

:shakehead3:cantik cantik cantikkkk bangetttt...

g-ha memang suka orkid ni...tp tangan ni keras tak berseni.....
tanam pokok yang ori je lah....

ladybirdninja Publish time 30-1-2009 08:57 AM

Balas #15 maizana\ catat

mai

jom le dtg ipoh........
buat kelas:)

maizana Publish time 30-1-2009 01:20 PM

Originally posted by G-ha at 30-1-2009 12:08 AM http://eforum4.cari.com.my/images/common/back.gif
:shakehead3:cantik cantik cantikkkk bangetttt...

g-ha memang suka orkid ni...tp tangan ni keras tak berseni.....
tanam pokok yang ori je lah....

Jie.. Kak Zana pun minat juga dgn orkid hidup.. baru nak kenal spesis.. rumah orkid pun tumpang kolam ikan punya pergola...

maizana Publish time 30-1-2009 01:22 PM

Originally posted by ladybirdninja at 30-1-2009 08:57 AM http://eforum4.cari.com.my/images/common/back.gif
mai

jom le dtg ipoh........
buat kelas:)

Kami ada kelas pada 7 dan 8 februari nanti di Bangunan Getah Asli. Jom lah joint... Cikgu dia tak nak ke Ipoh kot.. Nanti siap bunga.. I paste lagi..

azima Publish time 3-2-2009 10:56 AM

bunga tanah liat nie kalau sape2 tau buat bunga fondant utk kek tue boleh lah buat rasa2.. maybe lah cara sama cuma lain bahan2, maybe jugak teknik lain sbb kena letak bawai bagai... :re:
Pages: [1] 2 3 4 5 6 7 8 9
View full version: BUNGA TANAH LIAT


ADVERTISEMENT