ibu_sejati Publish time 3-1-2009 01:10 AM

bisnes apa sesuai untuk surirumah

bisnes apakah yang sesuai untuk aku yang menjadi surirumah sepenuh masa...aku nak tambah pendapatan.harap duit hubby jek,tak best la...bagilah cadangan...

dseries Publish time 3-1-2009 03:02 AM

buat online biz. bleh jaga anak, sambil jual barang. kita pun baru start buat online.. jual tudung

maratussolehah Publish time 3-1-2009 03:15 AM

fikir-->kalau diberi peluang shopping, apa yg ibu_sejati ingin beli kalau duduk surf internet dr rumah.

bleh start dr situ.

mrza Publish time 3-1-2009 03:18 AM

buat anak je

mknace Publish time 3-1-2009 05:55 AM

memacam boleh
juai nasi lemak
juai cup cake
juai tudung
lagi baguih kalau sumer e-juai

ibu_sejati Publish time 3-1-2009 09:46 AM

Balas #2 dseries\ catat

macamana nak start?tak berapa pandai sangat bab internet nih...tapi baca paper ramai kata boleh wat duit..kalo tak kebratan nak share dengan saya...tq:)

munkyG Publish time 3-1-2009 10:08 AM

nak buat something biarlah kene dengan minat, bakat dan sanggup buat.

dan yang paling penting, ianya tidak mengganggu urusan rumah tangga... :D

syikin Publish time 3-1-2009 11:05 AM

buat bisnes benda yg kita minat.. dan bukan takat jual je taw.. kalau boleh anda kena mahir dengan bidang yang anda ceburi.. kalau minat produk kesihatan / kecantikan, kena dalami ilmu produk.. jika nak bisnes baju, kena peka dengan fesyen terkini.. klu berniaga tudung, kena tgk yang mana tgh ngetop kat market..

pelanggan kat internet ni kebanyakannya cerdik belaka.. kalau kita dapat tackle hati mereka, maka mereka akan setia kat kita.. tapi adat le manusia, ada yg OK, ada yg KO.kita tak mampu nak puaskan hati semua orang..

yg terkini saya tengok, ramai yg jual tudung instant.. ala-ala tudung ekin, tudung dubai dan byk lagi.. saya minat gak nak jual benda ni, tapi masa tak mengizinkan..

cuba ibu_sejati fikir sejenak... apa yang aku suka, apa yang aku minat nak explore, dan adakah aku mampu nak keluarkan modal peringkat awal nak mulakan bisnes ni.. kalau boleh mulakan dengan modal yang kecil.. dapat untung, jangan joli dulu.. rolling sampai dapat pelbagaikan barang jualan.. customer suka peniaga yang boleh bg banyak pilihan..

Selamat datang ke alam usahawan internet... :)

buisnes Publish time 3-1-2009 12:40 PM

cube sertai pelaburan bijak nie. modal serendah 35rggt. tiap2 minggu hari isnin duit masuk. byk or cket bergantung pada trade mggu 2.. maklumat lanjut layari :

[ Last edited byctredzuan at 4-1-2009 05:49 PM ]

sinar_inspirasi Publish time 3-1-2009 12:49 PM

Reply #9 buisnes's post

oloooo nikman... ada lagi wat keja mcm nih... tak abis2

ibu_sejati Publish time 3-1-2009 05:37 PM

Balas #8 syikin\ catat

syikin,

tq for the idea..banyak sangat membantu saya...insyaallah sebelum buat saya akan fikir dan dalami dulu yang mana sesuai...tq banyak banyak.:)

naziehah Publish time 3-1-2009 07:53 PM

Balas #11 ibu_sejati\ catat

Kaji diri apa yang you minat and yang you rasa kalau buat sampai bila-bila pun boleh. Ini menunjukkan sesuatu yg u mmg minat betul, dan insya-Allah kalau menda yg kita minat betul, it's easier to start and stick to it.

Kemudian terus start. Jgn tangguh2 lagi. Mulakan kecil-kecil. Kalau tak berapa nak jadi masa mula-mula tak ape, jgn give up, take it as learning experience and teruskan juga.

Semoga Success! :D

matakucing Publish time 3-1-2009 08:45 PM

Originally posted by ibu_sejati at 3-1-2009 01:10 AM http://mforum6.cari.com.my/images/common/back.gif
bisnes apakah yang sesuai untuk aku yang menjadi surirumah sepenuh masa...aku nak tambah pendapatan.harap duit hubby jek,tak best la...bagilah cadangan...


lagi yg boleh den kongsikan...bila dah target nak buat sesuatu bisnes tu, bincang ngan hubby, kena sama2 setuju coz bila bisnes mesti ada sokongan padu dari suami. Kna sabar, jangan mdah putus asa, modal kena handhle betul2 serta kena jadi peramah ngan semua orang.Jangan mudah melenting kalau customer komplen atau taknak produk kita tu....ok itu sedikit nasihat dari den.:$

antara bisnes yang surirumah selalu buat yang sambil bisnes boleh uruskan anak dan suami ialah bisnes scara online.

BUAT CATERING, PRODUK MLM, TUDUNG, PAKAIAN DAN AKSESORI WANITA, HIASAN DAN DEKORASI RUMAH, PAKAIAN BATIK(LELAKI),PAKAIAN KANAK-KANAK, PRODUK MAKANAN KERING(CAM KEREPEK DAN KACANG),KEK DAN PASTRI DAN BANYAK LAGI LAH....huhuhu

[ Last edited bymatakucing at 3-1-2009 08:48 PM ]

matakucing Publish time 3-1-2009 08:54 PM

lagi satu den cadangkan kalau ada modal banyak ko buat la mee kuning dan kuetiaw..pehtu cari pemborong atau pengedar...

memang gerenti banyak dapat sambutan coz tak ramai melayu islam yang buat bisnes ni...banyak cina jer yg buat...

mesti ramai org melayu islam akan oder coz sekarang ni kan banyak sangat mee kuning dan kuetiaw yang diragui status halalnya tu...

kalau modal x banyak, buat kecil-kecilan dulu...:$

elle_gogo Publish time 3-1-2009 08:56 PM

Balas #13 matakucing\ catat

BUAT CATERING, PRODUK MLM, TUDUNG, PAKAIAN DAN AKSESORI WANITA, HIASAN DAN DEKORASI RUMAH, PAKAIAN BATIK(LELAKI),PAKAIAN KANAK-KANAK, PRODUK MAKANAN KERING(CAM KEREPEK DAN KACANG),KEK DAN PASTRI DAN BANYAK LAGI LAH
-------------------------------------------------------------------------

kak banyak nya business kak.. larat ke akak nak handle.
catering susah gak nak handle tu kalau tak ada ramai pekerja
elle suka konsep mangkung tingkat. com. (penghantaran makanan dari rumah ke rumah)
tapi pelik la... try call banyak kali nak order makanan... takde berjawab jawab. dah tutup ke business tu yer

ibu_sejati Publish time 3-1-2009 09:31 PM

Balas #13 matakucing\ catat

:) banyak gak bisnes yang leh wat tapi yang paling best dengar hiasan rumah tu lah...dah namanya surirumah..heheh...tq tq

syamen Publish time 4-1-2009 10:13 AM

rajin2 lah jengok kat sini.. sini banyak otai2 biz on9.. boleh ambil dari mereka terus mcm sinar ker farid ali ..or mod kita pon salah seorang nya

matakucing Publish time 4-1-2009 11:48 AM

Originally posted by ibu_sejati at 3-1-2009 09:31 PM http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif
:) banyak gak bisnes yang leh wat tapi yang paling best dengar hiasan rumah tu lah...dah namanya surirumah..heheh...tq tq


ellle

tu bisnes yg den cadangkan kat ibu_sejati, bukanlah den buat semuaya..huhuhu

tapi semua yg den sebutkan tu, memang den pernah buat dulu....tapi mungkin tak de rezki kot..x bertahan:o

yg bertahan dan den tngah buat sekarang ni, den lebih tumpukan jdi saudagar susu, tokeh bengkung dan produk mlm serta ada lah sesikit bisnes tempelan yg lain....:lol:

kiranya bisnes yg den buat ni senang nak handle dan buat , maklumlah den pun keja makan gaji gak...so den buatlah bisnes yg bleh di bahagikan kerja dan bisnes...:D

dseries Publish time 4-1-2009 03:39 PM

alang-alang semua citer pasal bisnes.. mai singgah tgk tudung kedai kita


baru jer buat biz ni. sebelum ni kita slalu beli barang online. dan akhirnya tergerak buat biz online juga.
suka tgk kedai2 yg dah berjaya mcm ctredzuan, kedai2ikin, momlittlesone dll lagi la. dlm forum ni pun banyak buat biz online.

apa kata ibusejati try beli barang online dulu.. pas tu mesti tau apa yg ibusejati paling minat nak jual nanti.:D

[ Last edited byctredzuan at 4-1-2009 05:51 PM ]

dseries Publish time 4-1-2009 03:42 PM

alang-alang semua citer pasal bisnes.. mai singgah tgk tudung kedai kita
www.lovelyhijab.com

baru jer buat biz ni. sebelum ni kita slalu beli barang online. dan akhirnya tergerak buat biz online juga.
suka tgk kedai2 yg dah berjaya mcm ctredzuan, kedai2ikin, momlittlesone dll lagi la. dlm forum ni pun banyak buat biz online.

apa kata ibusejati try beli barang online dulu.. pas tu mesti tau apa yg ibusejati paling minat nak jual nanti.:D
Pages: [1] 2 3 4 5 6 7 8 9 10
View full version: bisnes apa sesuai untuk surirumah


ADVERTISEMENT