amazed Publish time 30-12-2008 12:32 PM

seni dimensi pandora box

Rentas sebuah kehidupan kehidupan

Oleh NOOR HASLIZA NUSI

Segala-galanya bermula daripada kedua-dua ibu bapa Koh Cheng Kuan yang sering memberikannya hadiah. Akhirnya, dia menjadikan kotak sebagai sumber karya seni.


http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2008/1230/Kosmo/Rencana_Utama/ru_01.1.jpg




Jika anda menerima bungkusan yang dihias rapi dengan ikatan reben dan sekeping kad ucapan di atasnya, apakah perkara pertama yang akan dilakukan?
Sambil tangan pantas menanggalkan satu persatu pita pelekat pada bungkusan, anda akan tertanya-tanya, adakah ia berupa jam tangan, set pewangi ataupun objek-objek yang mungkin boleh mengenakan anda.

Itulah reaksi yang seringkali berlaku pada saat kita menerima bungkusan hadiah.


http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2008/1230/Kosmo/Rencana_Utama/ru_01.2.jpg
CHENG KUAN mengekspresikan kotak dan manusia dengan penuh imaginasi.



Kepada Koh Cheng Kuan, 32, setiap lukisan berunsurkan kotak yang dihasilkannya turut melibatkan harapan dan nilai budaya sosiol masyarakat hari ini.
Melihat stail lukisannya, beliau cuba mengekspresikan objek seperti kotak dan seorang manusia dengan penuh imaginasi.

"Subjek manusia dalam kotak menunjukkan alam dan kehidupan manusia yang perlu diharungi.

"Banyak hasil kerja saya bermain dengan situasi manusia dan kotak. Pada asasnya adalah menjadi kesungguhan saya untuk mengukuhkan hubungan kompleks manusia dengan harapan dan cita-cita," ujar Cheng Kuan ketika ditemuidi NN Gallery Ampang baru-baru ini.

Pelbagai pendekatan digunakan seperti seorang lelaki berada di dalam kotak sambil kepalanya turut dilitupi dengan sebuah kotak lain. Ada juga imej seorang lelaki cuba terbalikkan dirinya dalam kotak, seolah-olah memaparkan arah hidup yang kurang pasti. Malah terdapat juga lelaki berhidung panjang seperti karakter kartun pinocchio.

"Saya sebenarnya memperoleh inspirasi daripada mitologi Greek yang dinamakan Pandora Box.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2008/1230/Kosmo/Rencana_Utama/ru_01.3.jpg
PENGGUNAAN warna turut dititikberatkan dalam karya lukisan Cheng Kuan.

"Ia berdasarkan jalan cerita seorang wanita yang membuka kotak larangan. Segala kejahatan yang terkandung di dalamnya dibawa ke bumi. Dia bergegas untuk menutup tudung kotak, tetapi kandungan pada keseluruhan kotak telah melarikan diri, kecuali terdapat satu benda yang berada di atasnya dan dia mula mengharapkan sesuatu," katanya.

Bagaimana dengan pemahaman lukisan kotak yang dihasilkan? katanya, setiap lukisan yang diluahkannya itu mempunyai mesej dan identiti tersendiri.

Beliau menterjemahkan setiap hasil lukisan menerusi apa yang dirasai dan dilihat dari segenap sikap dan mentaliti manusia.

"Saya cuba hidupkan kembali apa yang dilihat sepanjang kehidupan ini. Antaranya seperti pembohongan dalam persahabatan, nilai diri seseorang, pengorbanan dan harapan. Itulah mesej yang saya terjemahkan dalam karya seni ini.
"Bagi saya, setiap orang dipengaruhi oleh perasaan diri sendiri sama ada ketika menerima atau merasai sesuatu.

"Tujuan saya menghasilkan lukisan ini adalah untuk menerangkan perkara-perkara negatif yang kerap kali berlaku untuk diserapkan kepada perkara positif. Ia melibatkan pemikiran dan pemahaman seseorang.

"Justeru, dengan terhasilnya lukisan seperti ini, besar harapan saya mencipta sesuatu keinginan yang diharapkan seseorang menerusi pemikiran yang nyata," kata pensyarah illustrator Akademi The One itu.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2008/1230/Kosmo/Rencana_Utama/ru_01.4.jpg
SETIAP lukisan yang diluahkan Cheng Kuan mempunyai mesej dan identiti tersendiri.



Objektif menyampaikan mesej berunsurkan kotak itu, jelasnya, adalah untuk mendedahkan kepada orang ramai tentang masalah melibatkan sosiol hari ini. Tetapi, mengapa kartun dan kotak?

"Manusia selalu berprasangka buruk, oleh itu satu lukisan kartun memainkan peranan utama bagi menyampaikan mesej," ujarnya.

Menariknya, lukisan berdasarkan unsur naif yang dihasilkan Cheng Kuan berasaskan konsep apa yang ada dalam kotak semata-mata diekspresikannya. Contohnya, lukisan yang bertajuk kosong.

Kata Cheng Kuan: "Apakah makna sebuah kotak kosong kepada anda? Adakah ia mendatangkan kesan positif atau negatif? Apabila ia mula dipenuhi dengan barangan, ia tidak boleh digunakan lagi dan tiada ruang untuk diisi dengan barangan lain.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2008/1230/Kosmo/Rencana_Utama/ru_01.5.jpg


"Adakah kotak yang berisi mendatangkan kesan positif atau negatif kepada anda? Apabila membuka Pandora Box, adakah anda mengharapkan ia kosong atau berisi?

"Bagi saya, lukisan Pandora Box ini lebih menjurus kepada seni kehidupan yang bersifatkan keinginan, harapan dan perasaan.

"Tidak dinafikan, setiap pelukis mempunyai identiti lukisan tersendiri dalam menghasilkan seni karya yang diketengahkan mereka.

"Mungkin ramai yang mempertikaikan bentuk dan penghuraiannya, tetapi bagi saya ia merupakan identiti lukisan yang sebenar. Ia sekali gus membolehkan orang ramai mengenali diri saya menerusi lukisan yang dihasilkan."

Apakah cabaran sewaktu mencipta idea seni karya kotak? Cheng Kuan menjelaskan, sukar hendak mencipta topik sesuatu lukisan.

"Saya perlu memahami segala bentuk pemahaman dan penerimaan penonton sebelum melakarnya di atas kanvas.
"Ramai penonton inginkan mesej secara langsung yang melibatkan perasaan dan keselesaan," ujarnya.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2008/1230/Kosmo/Rencana_Utama/ru_01.6.jpg
CHENG KUAN cuba menghidupkan kembali apa yang
dilihatnya sepanjang kehidupan.



Cheng Kuan yang berpengalaman selama hampir dua tahun dalam seni lukisan Pandora Box, memberitahu beliau mendapat sumber inspirasi gaya pengkaryaan daripada artis Jepun tersohor, Nara Yo#amo. Cheng Kuan, misalnya, menghasilkan lukisan Quenie-Little Girl yang memaparkan kisah seorang wanita di sebalik kehidupannya.

"Gaya dan bentuk lukisannya banyak mengajar saya tentang keupayaan dan kreativiti seseorang pelukis serta perbezaan pemahaman.

"Malah sehingga kini, kreativiti saya dalam menginterpretasikan seni lukisan di atas kanvas mendapat pengiktirafan daripada peminat seni dalam negara," tambahnya.

Kepada sesiapa yang berminat menyaksikan dengan lebih dekat karya seni Pandora Box dan Lollie Jollie oleh Queenie, kunjungi NN Gallery di No.53A & 54 Jalan Sulaiman 1, Taman Ampang Hilir, 68000 Ampang, Selangor. Pameran berlangsung sehingga 3 Januari 2009.





woooo.!!!aku sukerrrr betul dgn seni pandora box ni.... masa kat college aku belajar gak.. tapi tak ader ler pulak lukiis kotakala pandora box.... maksud aku.... tentangdeep meaningpandora box tu sendirik.... bagus ilham tu!!

ko tau kenapa bagus........sebab   kalu belajar greek myth... dalam pandora box tu ada 'HOPE'......jadi apa ygcheng kuan buat ni... satu harapan untuk seni gak... tengok karya2 dia buat..... mmgbagus ler sangat!!!    :victory:


aku pulak kalu besday anak2 menakan aku... aku bagi hadiah.. kotak hadiah mmg aku buat sundrik....yg tutarak susah... ko beli aje kertas tebal sikit.... ko buatkotak tu... ambil ler cantik2 punya paper......   dalam tu ko letak chocolateeclairs cadbury pun no hallllllll ...... kotak tu MOSTI depa simpan....:bg:
Pages: [1]
View full version: seni dimensi pandora box


ADVERTISEMENT