aamoi Publish time 27-12-2008 12:18 AM

★~★SalAm MaAL hIjrAH 1430H★~★

http://dl.glitter-graphics.net/pub/683/683461gh0051emqc.gifhttp://dl.glitter-graphics.net/pub/683/683461gh0051emqc.gif
http://brandsoftheworld.com/brands/0013/8308/brand.gif
Selamat Menyambut Maal Hijrah 1430H



Awal Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah..
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Mekah Ke Kota Madinah

Atas Keyakinan dan Iman yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta

Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan

Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah..
Tingkatkan Semangat
Sebarkan Syiar Islam..
Untuk Sepanjang Zaman..
Untuk Sepanjang Zaman..
Hijrahkanlah diri kita daripada keburukan kepada kebaikan


http://dl.glitter-graphics.net/pub/683/683461gh0051emqc.gifhttp://dl.glitter-graphics.net/pub/683/683461gh0051emqc.gif

aamoi Publish time 27-12-2008 12:20 AM

http://dl.glitter-graphics.net/pub/683/683461gh0051emqc.gifhttp://dl.glitter-graphics.net/pub/683/683461gh0051emqc.gif
Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

:: Doa Akhir Tahun::
                  http://www.darulnuman.com/mhikmah/muharam/akhir%20tahun.gif


Maksudnya:

   Allah SWT berselawatke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabatbaginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yangtelah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkautegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya.Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telahmelakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untukmenghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepaskeberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohonkeampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yangdemikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikankudengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yangMaha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agarEngkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakanharapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat keatas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dansahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

http://dl.glitter-graphics.net/pub/683/683461gh0051emqc.gifhttp://dl.glitter-graphics.net/pub/683/683461gh0051emqc.gif


Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam 1 muharram.


:: Doa Awal Tahun::
                  http://www.darulnuman.com/mhikmah/muharam/awal%20tahun.gif


Maksudnya:

   Allah SWT berselawat ke atas penghulukami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dankesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi,yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dankemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah munculdi hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahunini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya danjuga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatandan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung danMaha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari merekayang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad.Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dankesejahteraan ke atas mereka.

http://dl.glitter-graphics.net/pub/683/683461gh0051emqc.gifhttp://dl.glitter-graphics.net/pub/683/683461gh0051emqc.gif

luvly_eone Publish time 27-12-2008 01:32 AM

salam maal hijrah utk semua umat islam diseluruh M'sia...

Semoga tahun 1430 Hijrah ini membawa seribu kerahmatan dari-Nya.... insyaallah...:loveliness: :loveliness: :loveliness:

jejantas Publish time 28-12-2008 07:49 AM

Mudah mudahan tahun hijrahini akan lebih meningkatkan lagi segala amal Ibadah kita
   dan bersedia melaksanakan apa yang kita ucapkan setiap melaksanakan Ibadah Solat kita setiap waktu.....
"Sesugguh nya Solatku, Ibadahku, Hidupku dan Matiku hanya bagi, ALLAH yang menguasai seluruh Alam"



http://thecorner.files.wordpress.com/2007/12/kaabah.jpg

hananie Publish time 28-12-2008 09:13 PM

Semoga bergantinya tahun ini, digantikan olehNYA segala keburukan dengan kebaikan, dosa diganti pahala, kelemahan diganti kekuatan, resah diganti tenang. Semoga kita menjadi insan yang lebih baik dari tahun lepas....insyallah....

Salam Maal Hijrah 1430

oobi Publish time 29-12-2008 09:50 AM


salam maal hijrah 1430 bersama kita hiasi diri dengan amal, ilmu dan iman.

estnee Publish time 29-12-2008 10:13 AM

Selamat menyambut Tahun Baru 1430Hijrah kepada semua muslimin & muslimat.
Semoga segala amalan kite diberkati oleh Allah swt.InsyaAllah...

jelly_jellyfish Publish time 29-12-2008 12:31 PM

salam maal hijrah 1430H kepada semua...

http://i117.photobucket.com/albums/o73/jelly_jellyfish/03812.jpg

im_comey Publish time 29-12-2008 02:43 PM

Selamat menyambut Tahun Baru buat semua muslimin dan muslimat ..

Semoga tahun baru kali ini 1430H akan membawa seribu pengertian buat kita semua .. :loveliness:

http://i111.photobucket.com/albums/n150/hoirul_azri/1016686-lg.jpg

bromatt Publish time 29-12-2008 04:27 PM

muga hidup bersinar dengan KEIMANAN
mata bercahaya dengan KETAKWAAN
hati terhibur dengan kalimah TUHAN
akhlak indah bagaikan AL-QURAN
agar hidup dirahmati Allah

SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH

sab86 Publish time 29-12-2008 05:08 PM

selamat menyambut tahun baru islam.. :) :)

lyja Publish time 30-12-2008 10:38 AM

SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH

semoga tahun ini kita akan mendpt lebih keberkatanNYA......INSYALLAH

sha_n Publish time 30-12-2008 10:40 AM

Selamat Menyambut Tahun Baru Islam..:loveliness: :loveliness: :loveliness:

Salam Maal Hijrah..

be_positive Publish time 30-12-2008 06:57 PM

Salam Maal Hijrah..:)

savanna7 Publish time 31-12-2008 10:02 AM

salam maal hijrah

Hyundai_2008 Publish time 31-12-2008 11:45 PM

http://img166.imageshack.us/img166/9905/maalhjijrahqe0.jpg


Salam Ma'al Hijrah untuk semua muslimin & muslimat
Semoga hijrah baru yang diazamkan akan menjadi biarpun selangkah
InsyaAllah...

~Selamat BerHijrah ~

~eVa~ Publish time 1-1-2009 08:10 AM

Salam Ma'al Hijrah untuk semua muslimin & muslimat
Semoga hijrah baru yang diazamkan akan memberi rahmat dan berkah

Kakngah06 Publish time 2-1-2009 11:06 AM

Salam Maal Hijrah kepada semua forumer CARI. Mudah-mudahan mendapat keberkatan dari Allah SWT, Insya Allah.

rin^08 Publish time 3-1-2009 12:34 PM


http://img901.mytextgraphics.com/glittergraphictext/2009/01/03/e1fe90720b0508d8b5102f9fec4365f2.gif
http://img107.mytextgraphics.com/glittergraphictext/2009/01/03/0c7d7556e33af1532e1acd83ccf3b0ac.gif

http://i128.photobucket.com/albums/p184/amineh11/muharram5.gif

gunduk Publish time 3-1-2009 08:13 PM

sempat lagi ke nk wish....~:(

http://i237.photobucket.com/albums/ff174/pixelcode/Awal%20Muharam/awalmuharram3.gif

:: SALAM MAAL HIJRAH....DIHARAP DPT JADI LEBIH BAIK...~:loveliness::loveliness:

Pages: [1] 2
View full version: ★~★SalAm MaAL hIjrAH 1430H★~★


ADVERTISEMENT