cek_yah Publish time 19-12-2008 09:50 AM

tunang n nikah pade ari yg same pon ok gak:loveliness: :loveliness:

otakotak Publish time 19-12-2008 10:17 AM

my fam rsnya xada yang tunang lebih 6bln....


my dad tunang 2mggu je...and my bro antara 4-6bln jer....

otakotak Publish time 19-12-2008 10:17 AM

mksdnya wa pown antara range tuh la ;P ;P ;P ;P

Joe_Shaper Publish time 19-12-2008 12:03 PM

Mukaddimah WalimahPertunangan merupakan mukaddimah kepada perkahwinan.ianya diharuskan didalam islam bagi memberi peluang kepada si lelaki atau perempuan untuk mengenali pasangan masing -masing dengan lebih dekat lagi.Tempoh pertunangan ini juga merupakan masa bagi seseorang itu untuk membenihkan roh persefahaman ikatan kasih sayang dengan pasangan masing -masing ke arah melahirkan sebuah mahligai keluarga yang bahagia.
Walaubagaimanapun disana terdapat tatasusila atau batas- batas terhadap perhubungan ini ,yang di katakan sebagai adab - adab bertunangan (ianya melibatkan kedua- dua belah pihak samada lelaki atau perempuan)
Adapun adab-adab semasa bertunangan bolehlah dibahagikan kepada 2 bahagian :
a) Adab dalam bergaul
maksud pergaulan disini ialah pertemuan ,perbincangan atau hubungan secara langsung antara si lelaki atau perempuan dengan tunangan masing -masing .
+ Setiap pertemuan atau perbincangan itu hendaklah ditemani oleh muhram (si perempuan ).seboleh -bolehnya pertemuan itu diadakan di rumah si perempuan
+ Tidak diharuskan duduk berdua-duaan. Ingatlah hadis Rasulullah : Tidaklah seorang lelaki itu bersendirian dengan wanita malainkan ada orang yang ketiga iaitu syaitan.
+ perbincangan itu mestilah sunyi daripada unsur nafsu dan syahwat.
+ Dalam keadaan menutup aurat sebagaimana yang telah digariskan oleh agama islam . dan harus dingatkan bahawa aurat diantara keduanya adalah sama dengan aurat perempuan dengan lelaki ajnabi (muhram) hanya sekadar muka dan dua tangan sahaja.
+ Bagi pihak perempuan, janganlah bercakap terlalu manja dan menggoda. Sementara bagi lelaki janganlah merasakan bahawa telah mendapat milik mutlak dan boleh melakukan apa saja.
b. Tempoh pertunangan
Pada hakikatnya islam menggalakan agar tempoh pertunangan itu disingkatkan ,ianya bagi mengelakakn daripada berlakunya sebarang fitnah atau berlaku perkara- perkara yang tidak didugai dan ulamak sendiri tidak menetapkan tempoh tertentu pertungan, cuma rata-rata mereka lebih cenderung untuk memendekkan tempoh. Disini saya sendiri cenderung kepada mempercepatkan perkahwinan kerana:
+ Dalam tempoh pertungan yang lama , dibimbangi tersingkapnya keaiban pasangan yang boleh membawa putusnya hubungan pertungan dan kemungkinan juga ada orang yang menaruh perasaan dengki kepada pasangan dan menabur fitnah yang tidak ada benarnya yang boleh membawa padah pasangan itu sendiri.
+ Tempoh yang lama mungkin memberi peluang kepada orang lain yang mungkin ada menaruh hati kepada salah satu pasangan dan berusaha untuk memisah antara keduanya
+ Di bimbangi kedua pasangan banyak melakukan dosa disepanjang tempoh pertunangan dengan kerapnya mengadakan pertemuan yang tak syarie. Susah untuk menjaga batas aurat dan syarat ditemani oleh Muhram.
+ Lebih menenangkan gelodak jiwa dan perasaan rindu yang boleh mengganggu prestasi pelajaran dan juga kerja

Joe_Shaper Publish time 19-12-2008 12:08 PM

2008Pertunangan Bukan Lesen 慞抂/color]

http://i178.photobucket.com/albums/w244/mfauzi71/cinta-monyet3.jpg
Rasanya rata-rata pasangan yang sedang di dalam tempoh pertunangan akan menghadapi masalah mengawal batas-batas perhubungan di antara pasangan. Kalau sebelum bertunang segala-galanya jelas; tidak boleh dating, tidak boleh berbalas sms, tidak boleh tegur menegur ikut suka dan sebagainya, tetapi di dalam tempoh pertunangan ianya akan menjadi sedikit kelabu. Mungkin sebab itulah agaknya sebahagian ibu bapa lebih suka menangguhkan majlis pertunangan dan melewatkannya sehingga hampir-hampir hari pernikahan. Ibu bapa tidak yakin agaknya anak-anaknya yang wara抂/i] ini boleh mengawal perasaan dan jiwa mudanya ketika tempoh bertunang. Sebelum ini saya lebih suka jika mana-mana pasangan yang telah nekad untuk hidup bersama melangsungkan pertunangan rasmi agar setiap pasangan merasai sedikit komitmen dan menyediakan diri untuk perkahwinan itu. Tetapi setelah melihat beberapa kes yang berlaku kepada beberapa pemuda-pemudi wara抂/i], rasa seperti saya terpaksa menyokong pula pandangan kebanyakan ibu bapa.

Pertunangan dalam erti kata mudahnya adalah satu proses menanda bahawa diri ini sudah berpunya. Sebab itu lepas seseorang bertunang, dia akan pakai satu cincin yang di dalam masyarakat kita dikenali sebagai cincin tanda. Kalau orang Arab, mereka akan memakai cincin tersebut di jari tertentu untuk menunjukkan bahawa dia sudah bertunang. Kalau sudah berkahwin, cincin dipakai di jari lain. Dalam erti kata mudah kita kata pertunangan ini hanyalah satu proses 慶up抂/i] sahaja.
Ada atau tidak apa-apa komitmen semasa tempoh pertunangan? Jawapannya ada tetapi amat sedikit. Lelaki tidak wajib memberikan nafkah. Wanita pula tidak wajib taat dan minta izin ke mana-mana dari tunangnya. Lelaki tidak wajib menyediakan rumah dan wanita pula tidak wajib mengemas rumah tersebut untuk tunangnya. Jika putus tunang, tidak ada eddah dan tidak juga perlu untuk pulangkan kembali hadiah-hadiah pertunangan kecuali mahar untuk perkahwinan yang kadang-kadang diberikan awal. Komitmen yang perlu diberikan adalah wanita perlu setia dan tidak menerima pinangan orang lain kecuali setelah pertunangan itu diputuskan secara rasmi. Lelaki mungkin boleh meminang orang lain sebab syarak benarkan dia untuk berkahwin empat, tapi macam gelojoh sangat pula jika si lelaki meminang lebih dari seorang wanita semasa masih bujang.
Ini semua kerana pertunangan bukan perkahwinan. Bezanya amat jauh. Kebenaran yang diberikan oleh syarak kepada orang yang bertunang tidak sama dengan kebenaran kepada orang yang sudah berkahwin. Permilikan mutlak masih lagi belum berlaku. Maka batas-batasnya sama seperti orang-orang bujang yang lain. Si wanita pada tunangnya adalah orang asing. Kalau si wanita jumpa ayah lelaki tersebut dalam tempoh pertunangan masih lagi belum boleh mencium tangan ayahnya sebab ayah lelaki itu pun masih lagi orang asing. Nak panggil ayah mungkin boleh tapi tak payahlah kot, macam mengada-ngada rasanya. Tidak ada ikatan lagi. Bahkan sebenarnya ayah lelaki tersebut boleh berkahwin dengan tunang anaknya itu kalau putus tunang.
Oleh itu kena kuatkan iman sepanjang tempoh pertunangan. Nak bercakap-cakap boleh kalau ada sebabnya dan dengan adab-adabnya. Ada orang tengah seperti ada ahli keluarganya sekali. Begitu juga berutus sms atau email. Dating tidak sama sekali. Keluar makan sama-sama juga tidak sama sekali.
Saya pernah melihat satu kes di depan mata saya sendiri di mana seorang lelaki bertunang dengan seorang wanita. Dia menziarahi keluarga wanita tersebut bersama keluarganya. Sampai situ ok lagi. Tiba-tiba lelaki tadi memanggil wanita, tunangnya itu dan meminta tuangkan air. Ya salaammm. Tak bolehlah macam tu. Dalam satu kes yang lain pula lebih berat dari itu, si wanita memanggil tunangnya dengan kuat di hadapan semua ahli keluarga 慉BANG

houdini Publish time 19-12-2008 03:23 PM

Originally posted by matlampir at 19-12-2008 09:10 AM http://eforum3.cari.com.my/images/common/back.gif

pandai la abe dini merancang masa depang..:P:lol:

Boleh la sikit-sikit :$ :lol:

juwaini Publish time 19-12-2008 03:23 PM

Tak nak tunang. Nak nikah terus loh... :loveliness:

shachihata33 Publish time 19-12-2008 05:05 PM

Reply #1 matlampir's post

Rasanya x bertunang pn x jadi masalah. tp klu bertunang,
plg lama pn biarlh 1 thn....byk dugaannye bertunang lama2 ni...

sosimple Publish time 19-12-2008 06:43 PM

kurang dari 6 bulan... tp majlis tuh simple jer kut... maybe merisik skali ngan tunang tanpa apa2 hantaran.. so yg tau pun sedara2 n jiran dekat jerla... tuh jer pun kan motif dia :P

jejakadesa Publish time 20-12-2008 03:04 AM

kurang dari setahun okey la...................:) :) :) :)

BurgerSpeciaL Publish time 20-12-2008 06:55 PM

tunang beberapa jam jer...
tunang ngn nikah sehari ... :D

otakotak Publish time 20-12-2008 07:02 PM

Reply #31 BurgerSpeciaL's post

mksdnya ada 2 hantaran?

airiss_marissa Publish time 20-12-2008 11:03 PM

terus je nikah...xmo la tunang.....nak cptkan jd psgn somi isteri yg sah...hehehhe;P

jambat80 Publish time 21-12-2008 08:37 PM

bertunang leceh
tp kalo belah perempuan nak
terpaksa lah

kselamat81 Publish time 21-12-2008 09:41 PM

nak kawen terus.....
tak nak tunang2

bertunang ni melibatkan kos tambahan
dlm keadaan ekonomi skang ni, rasanya leh skip ajer part tunang ni

kalo boleh nak nikah je pastu wat kenduri kecik2
jemput dlm 10-20 org je wat doa selamat

ketam_batu_jr Publish time 22-12-2008 08:20 AM

aku dolu bertunang ala kadar kol 10 pagi, kol 9 mlm tu teros akad nikah. tunang plak tak de majlis, main huloq je cincin kat jari bi ni aku :lol:

iza_yuss Publish time 22-12-2008 06:42 PM

tunang mesti la kawan2
kalo x......dpt satu je la cincin
kalo dh kawen.....susah wo nak paww laki nanti:lol:

sebaiknya tunang je la kejap.......paling lama 6 bulan ke
takut satgi gado2
susah nak pujuk
dah kawen, nak pujuk senang:$

mizlilo Publish time 22-12-2008 07:29 PM

paling lama stahun...but at least 6 bulan kalo dia mampu sediakan hantaran lebih awal:P

gediks Publish time 22-12-2008 07:39 PM

tunang lelama pn nk wat pen kn....kawin je lah trus...bazir je nk wat tunang2 nie...

fazamania Publish time 29-12-2008 08:32 PM

setahun jer.... insya allah :)
Pages: 1 [2] 3 4
View full version: Tempoh Bertunang Pilihan Anda


ADVERTISEMENT