amazed Publish time 16-12-2008 02:49 PM

seni dari negara siam!!

Perincian takzim Siam

Oleh HAMZAH ABDUL HAMID


Muncul sebagai persinggahan fine-dining Thai yang pertama seumpamanya di bandar raya Johor Bahru, tarikan seni Negara Gajah Putih di restoran ini sama menyerlah dengan kelazatan menu eksotiknya.


http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2008/1214/Kosmo/Alam_Damai/al_01.1.jpg
BANGLO Tera-Thai ini sedia menyambut kedatangan
pengunjung yang cintakan seni bina lama, budaya
Thai dan juga hidangan lazat.



Tidak sukar untuk melihat kombinasi baru dan lama di bandar raya selatan tanah air ini. Di sebalik tarikan bangunan pencakar langit, gedung komersiol, kondominium dan projek kediaman gaya urban, masih wujud jenis binaan yang tergolong dalam kategori bangunan warisan.

Ini termasuk bangunan bina rumah limas, banglo berkonsep kolonial serta beberapa lagi tinggalan zaman perang dunia dahulu. Sementara banyak di antaranya dipulihara dan dijadikan kediaman persendirian, ada juga yang diubah suai membentuk fungsi baru seperti pejabat, galeri seni dan pusat pelancongan.
Tapi sudah bersediakah warga Johor Bahru dengan kemunculan lokasi berkonsep yang satu ini?

Bagi yang biasa melalui Jalan Abdul Samad di belakang Hotel Hyatt Regency, pasti terpandang akan sebuah banglo unik yang terletak di landskap cerun rendah. Tera-Thai nama diberi, banglo hasil restorasi ini muncul sebagai sebuah restoran fine-dining yang terawal seumpamanya di Johor Bahru.


http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2008/1214/Kosmo/Alam_Damai/al_01.2.jpg
KRAF ukiran kerawang yang sarat pada kayu ini mewakili
keindahan seni halus Thai manakala jendela banglo lama
ini dikekalkan dengan diberi sentuhan kemasan baru.



“Kami bercakap tentang konsep yang tidak banyak diketengahkan di bandar raya ini. Itulah cabarannya, sebuah rumah lama diberi nafas dan fungsi baru sebagai tempat menjamu selera.

“Kami mahu menghadiahkan pelanggan dengan tema persekitaran yang seiring dengan pengalaman menikmati kuisin Thai,” ujar peneraju bisnes, Haroon Warawanisha.

Lelaki Selatan Thai ini mengusahakan restoran itu bersama isterinya, Azilah Khalid, yang merupakan kelahiran Johor. Mereka membeli tanah berserta rumah tersebut dua tahun lalu dengan hajat untuk dijadikan kediaman mereka. Namun, hasrat itu bertukar menjadi sebuah idea perniagaan.

“Tera-Thai secara mudahnya bermaksud Bumi Thai. Di sini, suami saya mahu memperkenalkan bukan sahaja keenakan kuisin dari negara asalnya, malah turut mempromosi keindahan kebudayaannya,” jelas Azilah yang juga sudah lancar berinteraksi dalam bahasa ibunda suaminya.


http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2008/1214/Kosmo/Alam_Damai/al_01.3.jpg
JURAIAN labuh tabir fabrik berwarna mewah bukan sahaja
menambah seri malah membantu mencipta ruang privasi
di mana ciri keagungan budaya Siam turut hadir pada sarung
sutera dan perabot kayu sementara keselesaan ruang menjamu
selera dalam kunjungan berkumpulan ditambah pula dengan
penataan cahaya yang baik.



Proses pemilikan dan membaik pulih bukan sesuatu yang murah dan mudah. Khabarnya, hartanah seluas kira-kira 1,700 meter persegi itu telah bertukar milik kepada pasangan ini dengan nilai RM1.5 juta. Itu belum termasuk kos renovasi dan dekorasi yang sudah mencecah perbelanjaan sebanyak RM600,000.

Jelas pelaburan itu berbaloi dengan kecemerlangan penataan gaya di setiap sudut premis. Selain kemasan di rabung bumbung, kerawang kayu hasil pertukangan halus pengukir Siam juga dijadikan hiasan berulang.


http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2008/1214/Kosmo/Alam_Damai/al_01.4.jpg




Ia menyerlah penampilan susur tangan, kayu alang, dinding, tapak gantungan candelier mahupun di kepungan gazebo.

Perincian Siam yang penuh beradat begitu kuat menyambut saat melangkah ke dalam ruang makan. Fabrik sutera Thai berwarna mewah yang digarap dengan organza sengaja dilabuhkan di beberapa sudut sebagai pembahagi ruang.

Rias dinding dan ornamen meja dengan sentuhan warna emas bagaikan membawa salam kemakmuran dan tuah dari bumi Raja Bhumibol itu. Mood tenang mudah dilantun teknik pencahayaan romantis dari lilin dan lampu sudut.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2008/1214/Kosmo/Alam_Damai/al_01.5.jpg


“Kami sengaja tidak menutup ruang atas restoran dengan siling. Ciri rumah Thai memang tidak mempunyai siling. Lagipun, perasaan pasti berlainan saat dapat memandang terus struktur dan tekstur genting bumbung,” terang Azilah.

Dia juga telah banyak kali menyeberang sempadan bersama suaminya bagi mendapatkan seleksi perabot dan pinggan mangkuk yang bersesuaian dengan tema restoran mereka.

Menurut pasangan ini, mereka diberitahu pemilik asalnya bahawa banglo yang wujud sejak tahun 1930-an itu pernah menjadi markas operasi tentera Jepun ketika zaman perang. Cuma mereka belum mendokumentasi akan kesahihan kisah sejarah itu.

“Kontraktor yang kami lantik untuk membaik pulih rumah ini juga pernah menawarkan kepada kami untuk menukar lantai kayu ini kepada yang baru. Tetapi kami tidak bersetuju kerana mahu mengekalkannya. Kayu bermutu itu masih teguh bersama nilai estetiknya yang tinggi,” kata Azilah.

Jelas bagi pasangan Haroon dan Azilah, restoran milik mereka ini bukan semata-mata wujud kerana cinta mereka terhadap dunia kulinari.

Ia adalah lambang memori dan cita rasa kehidupan pasangan ini yang mahu dikongsi bersama dengan tetamu Tera-Thai. Mereka sememangnya berada di landasan terbaik dalam agenda mempelbagaikan persinggahan istimewa di Johor Bahru. Inilah keindahan Siam di bumi Darul Takzim!







aku tau sangat restoren ni...!!!balik kampung hujung tahun ni mmg aku nak singgah try makanan kat situ... aku suka masakan siam nih... restoren dia dari luar mmg cantik banget!!:victory:macam rumah zaman lama:D   berseni restoren macam nih...!!! yg wajib aku order MOSTI feveret aku..kari ayam ijo!!!:drool3:

fleurzsa Publish time 23-12-2008 01:04 AM

salam

I memang suka ngan motif n awan larat dari Siam yg unik n ada identiti.

Sesiapa yg ada gambar corak2 dr Siam tempek la ek...tq

merrissa Publish time 26-12-2008 06:50 PM

cntik la rs mcm msuk ke zmn silm jer.....besh.....(tringt plak kt cte cnta sng ratu...lalala)
Pages: [1]
View full version: seni dari negara siam!!


ADVERTISEMENT