Santeira Publish time 8-12-2008 02:05 PM

Watermark Tutorial untuk Gambar Eksklusif

Geng, aku bukak thread ni untuk semua forummer yang ada gambar ekslusif. Setiap kali ada gambar terbaru yang nak diletakkan, sila bagitau di thread dahulu untuk request watermark FORUM CARI dan nickname forummer yang terlibat supaya ianya tak dicuri oleh pihak-pihak tertentu dan diletakkan pula di website mereka.

Ataupun ada tak perlu request jika anda tahu letakkan watermark sendiri. Tetapi pastikan:-

--> Watermark tersebut diletakkan di tengah2 gambar, bukan di bucu gambar supaya ia tak di 'crop' sesuka hati. Kesian korang dapat pic2 ekslusif tapi kena ambil pastu orang lain sewenang2nya letakkan watermark dia seolah scoop tu dia yang punya, hokeh. <--

Seterusnya jika mahu request watermark diletakkan di gambar anda, sila bersabar. Aku atau sesiapa yang boleh buat watermark akan PM anda untuk tolong letakkan watermark sebelum gambar tersebut dikembalikan pada anda. Sila PM aku untuk respon segera memandangkan aku agak sibuk di ofis.

Ini adalah contoh gambar yang telah diwatermark.
http://i70.photobucket.com/albums/i81/santeira/04copy.jpg

Aku akan request untuk mod sticky thread ini.

Sekian terima kasih.

[ Last edited bySanteira at 8-12-2008 06:25 PM ]

Santeira Publish time 8-12-2008 02:08 PM

Untuk kegunaan pembuat watermark, korang boleh gunakan logo seperti yang telah dibuat oleh Mod Bzzztt di bawah:

http://img383.imageshack.us/img383/3131/forumloagocd9.gif

Nanti aku dapatkan versi 3D dan versi berwarna.

[ Last edited bySanteira at 8-12-2008 02:13 PM ]

clairekimberly Publish time 8-12-2008 02:11 PM

:pompom: go go sant :pompom: ko tak raya ke sant..jom layan YM :pompom:

Santeira Publish time 8-12-2008 02:13 PM

Reply #3 clairekimberly's post

Aku dok umah, tak balik kampung lagi :'( :'( :'( baru ingat nak bersenam. tapi takpalah, jom YM. :D

skymania Publish time 8-12-2008 02:52 PM

Reply #1 Santeira's post

yay!!!! aku sokong...:pompom: :pompom:

kalu derang letak name n forun cari pon dah kira ok...;P

bio mamposs pencuri2 seme tak dpt nak mencopet..:lol: :lol: :lol:

hyie Publish time 8-12-2008 02:53 PM

good job! lepas ni lingkupla oh!bulan :lol:

Poptu Publish time 8-12-2008 03:31 PM

apa kata mod upload watermark tu kat sini.. supaya nanti kita leh save watermark tu and gunakan sekiranya ada gmbar yang nak diupload kat sini (maksud aku, mereka2 yg leh bubuh watermark sendiri)

[ Last edited byPoptu at 8-12-2008 03:46 PM ]

hanalisa Publish time 8-12-2008 03:42 PM

eloknya letak watermark versi berwarna lah.. lagi banyak "colour" yang terlibat, lagi susah orang nak edit.. kalo diorang berjaya edit pun, sure comot.. ;P

elle_april Publish time 8-12-2008 04:12 PM

hahahaa, gud job...

kenapa aku bagaikan dengar rintihan hati wartawan pencopet meraung2?:lol: :lol: :lol: :lol:

semua yang ada pic eksklusif, kalau taknak wartawan amik, silalah letak watermark ye... untuk kebaikan korang gak...


kalau nak kredit kat diri sendiri pun ok gak... lagilah orang tahu mana sumber gambar tu datang:loveliness:

avrilizana Publish time 9-12-2008 02:59 AM

Reply #1 Santeira's post

Cayalah kaka Sant! Meraung la owner blog2 picisan nanti! ;P ;P ;P

da_vinci Publish time 9-12-2008 09:59 AM

wahhhhhhh Cari dah ader watermark sendrey....bravo...bravo...

teringin betul nak blajor wat watermark nih...:$ :$ :$ :$ :$

avrilizana Publish time 9-12-2008 12:15 PM

thread ni bile dah digest maybe ada yg tak perasan sgt kot bila highlight pasal watermark nih..kene kasik amaran sket kt mana2 thread berkenaan (yg ada gambar yg belum di 'watermark' kan)

poisonrose912 Publish time 9-12-2008 02:24 PM

kalau ada yg ajar cara nak buat watermark lagi bagus...........takyah susah2 kan orang lain..........

avrilizana Publish time 9-12-2008 02:28 PM

Reply #13 poisonrose912's post

nanti kalau aku ada masa karang aku buat tutorial photoshop ngn paint. skrg tgh byk keje. :)

anakbugis Publish time 10-12-2008 12:23 AM

ada tak mana-mana free software untuk watermark yang compatible dengan imac?

adik_nazgul Publish time 10-12-2008 01:09 AM

good job ahkak santeira - :D :loveliness:
tq !

bzzts Publish time 10-12-2008 01:59 AM

ada jugak yg belum tau apa itu "watermark"

sapa tau istilah paling mudah nak explain perkataan "watermark" dlm BM?
chop mohor kot? :lol: stamp logo cari? :$

avrilizana Publish time 10-12-2008 02:32 AM

WATERMARK TUTORIAL MENGGUNAKAN PHOTOSHOP (ANY VERSION)

Sapa2 yg ada Photoshop, boleh la guna tutorial ni ok.

1. Open gambar baru yg ingin di watermark kan.

2. Klik pada text tool dan create text baru pada gambar.

3. Taip apa sahaja yg korang mahu utk dijadikan sbg watermark, cth seperti dlm Rajah 1 di bawah.

http://img33.picoodle.com/img/img33/3/12/9/f_WatermarkPSm_6dd59f3.jpg
Rajah 1

4. Lihat pada Layers window, terdapat 1 layer text yg baru dibuat tadi. (Lihat Rajah 2 dibawah)

http://img26.picoodle.com/img/img26/3/12/9/f_WatermarkPSm_77f2f08.jpg
Rajah 2

5. Right-click kat layer tuh, pilih Blending Options mcm dlm Rajah 3 bawah ni.

http://img19.picoodle.com/img/img19/3/12/9/f_WatermarkPSm_67484c5.jpg
Rajah 3

6. Lepas click kat Blending Options tadi, keluar plak window baru Layer Style ni. (Rajah 4)

http://img26.picoodle.com/img/img26/3/12/9/f_WatermarkPSm_9b17509.jpg
Rajah 4

7. Sila lihat area yg telah dibulatkan dgn warna merah. Tarik slider bahagian Opacity mengikut kemahuan korang.
Kalau nak fade n lagi blur, kurangkan jumlah peratus. Contoh kat sini aku buat 40%.

8. Klik OK kalau dah puas hati dgn hasil.

9. Haa, dah siap pun gambar korang di watermark kan.

avrilizana Publish time 10-12-2008 03:05 AM

WATERMARK TUTORIAL MENGGUNAKAN MICROSOFT PAINT

Tutorial ni semua org boleh buat sbb software ni setiap PC mmg ada.

orkit Publish time 10-12-2008 03:25 PM

Originally posted by Santeira at 8-12-2008 02:05 PM http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif
Geng, aku bukak thread ni untuk semua forummer yang ada gambar ekslusif. Setiap kali ada gambar terbaru yang nak diletakkan, sila bagitau di thread dahulu untuk request watermark FORUM CARI dan n ...


http://i70.photobucket.com/albums/i81/santeira/04copy.jpg


camne nak wat watermark yg camni.....
Pages: [1] 2 3 4 5 6 7 8
View full version: Watermark Tutorial untuk Gambar Eksklusif


ADVERTISEMENT