sueria_azlee Publish time 11-11-2008 11:51 AM

SEBAB AKU SAYANG KAU..FINALE

sue tepek citer baru..sebab citer kat rumah lama tu dah nak sampai penghujung..enjoy sumer

CHAPTER 1
“Dah lama kita tak keluar macam ni kan.”

“Kau tu yang asyik sibuk memanjang.Siang malam kerja.Cari duit banyak-banyak nak buat apa ntah.Harta family kau tu..berapa keturunan pun tak habis makan tahu..”

“Kau ni.Itu harta family aku.Bukan harta aku.”

“Samalah juga.Kalau tak turun pada kau,pada siapa lagi.”

Dia diam.Memikirkan kata-kata Lily.Tidak banyak mana pun harta peninggalan arwah ayah.Dua bidang tanah,sebuah rumah dengan tapak tanah,sebuah kedai bunga dan sedikit simpanan.Banyak sangatkah nilai itu pada Lily.

“Harta banyak mana pun Li..kalau tak ditambah,asyik digunakan..lama-lama habislah juga.”

“Bukanlah macam tu maksud aku.Eh kau ni tak paham yer aku perli kau.Siang malam asyik bekerja sampai tak ada masa nak hang out macam dulu.Nasib tapak UpTown tu kau dah gajikan budak jaga.Kalau kau yang jaga macam dulu..tak tahulah.Entah bila tahunlah kita nak keluar macam ni..”

Dia senyum mendengarkan kata-kata Lily yang dirasakan ada benarnya.Memang sudah terlalu lama mereka tidak keluar bersama.Ada sahaja alasannya tiap kali Lily ajak keluar.Mana tidaknya,habis kerja pukul 6..dia bergegas ke kedai bunga dan membantu mama disana.

Walaupun Azreen dan Maria ada,namun dia rasa puas dapat membantu mama.Pulang jam 9,matanya mula berat dan yang pastinya selepas solat Isya,dia akan terus lena.

Kalau hujung minggu pula,jadualnya berubah.Pukul 8 malam dia sudah terpacak dioutletnya di UpTown.Menunggu disitu hingga jam 2 pagi.Dan begitulah seterusnya jadualnya berpusing.

Hanya enam bulan lepas sahaja dia ada masa.Itupun selepas along bising dan akhirnya dia akur melepaskan outletnya di UpTown untuk dijaga oleh orang lain.

“Kau berhenti sajalah kerja makan gaji tu Meen.Kesian aku tengok mama kau tu.Lagipun aku tengok business kedai bunga mama kau tu bukan main rancak lagi.”

“Kau pun tahukan.Dah dua kali aku hantar surat resign tapi boss aku tu tak agree.”

“Alah,yang sebenarnya kau pun sama.Sayang nak tinggalkan company tu.Takat bagi gaji banyak macam tu,aku rasa kalau kau keja ngan mama,lebih dari tu mama boleh bagi.”

“Bukan macam tu Ly.Aku serba salah sebenarnya.Boss aku tu,baik sangat.Aku tak sampai hati lak nak blah macam tu aja.At least bila dia dah dapat replacement,baru senang hati aku nak tinggalkan company tu.”

“Entahlah kau ni.Heran aku.Orang kalau nak berhenti keja,bukan peduli apa nak jadi kat company tu.Kau ni terbalik pulak.Pasal tu kot boss kau sayang sangat dekat kau sampai tak bagi resign.”

Jasmeen diam.Mengunyah perlahan double mushroom kegemarannya.

Dia akan berhenti juga satu hari nanti tapi yang pastinya bukan sekarang.Ada beberapa urusan perlu diselesaikann sebelum dia mengambil keputusan untuk berhenti nanti.

“Eh aku lupalah nak bagitau kau.Kau ingat tak kawan aku si Faizah tu.?”




[ Last edited bysueria_azlee at 19-12-2008 03:38 PM ]

sueria_azlee Publish time 11-11-2008 11:55 AM

“Mmm..ingat.Kenapa dengan dia.?”

“Bulan depan dia nak bertunang.”

“So..apa kaitannya dia dengan aku.”

“Kau ingat tak sketch yang kau buat tu.Ala..bakul-bakul mengkuang tu.Aku tunjuk pada dia then dia berkenan nak buat hantaran macam yang kau sketchkan tu.Aku suruh dia datang jumpa kau discuss sendiri.”

“Sketch yang aku dah buang dalam tong sampah tu.”

Lily angguk.Matanya bersinar riang.

“Faizah kata kau ni kreatif.”

“La..tukan sketch aja.Actual nanti tak tahu macam mana rupa dia.”

“Kau ni.Jumpa ajalah si Faiz tu dulu.Pas tu baru lah kau decide macam mana.Jangan lupa komisen aku sebab carikan customer.”

“Alah..projek belum apa-apa dah nak minta komisen.Teruk tul.”

Kedua sahabat itu ketawa riang.Jenuh nak menghabiskan makanan yang dipesan Lily tadi.Sewaktu memesan tadi,semuanya nampak sedap.Almaklumlah perut tengah lapar.

Selepas meneguk beberapa gelas air,perut mula terasa kenyang dan menolak segala apa yang ada diatas meja.Sayang sungguh.

“Ni siapa nak makan banyak-banyak ni..?”

“Kaulah yang nak makan.”

“Eh..aku tak ada order pun twisted fries ni.”

“Kau kan suka makan twisted fries ni so aku orderlah untuk kau.So kau kenalah makan.Tak baik membazir tahu.Semua ni duit.Kalau kat luar negara tu..berapa ramai yang kebuluran.Mati tak makan tau.”panjang lebar Lily bersyarah.

Dia terangguk-angguk macam buruk belatuk mengikut setiap rentak,patah perkataan yang diucapkan Lily sambil mulutnya mengumat ngamit,mengajuk.

“Tulah kau.Kalau aku cakap kau ajuk-ajuk.”

Lily tarik muka 14.Dia hanya tersenyum.Twisted fries dicapai dan dimasukkan kedalam mulut lantas dikunyah perlahan-lahan.Tak mahu mengecilkan hati Lily.Sesekali diteguknya vanilla coke,menghilangkan dahaga.

“Kau ada jumpa Farha..?”hampir tersembur apa yang ada didalam mulut,mendengar Lily secara tiba-tiba menyebut nama itu.

Cepat dicapai tisu dan mengelap bibir yang comot.Disedut lagi vanilla coke yang masih ada setengah cawan.

“Farha..?Kenapa tiba-tiba kau sebut nama dia.?”

“Mmm..taklah.Mana tahu kau masih contact dia lagi.”

Dia geleng.Dah hampir dua tahun dia tidak berjumpa atau mendengar khabar tentang Farha.Dan dia sendiri tidak mengharapkan untuk bertemu lelaki itu semula.

“Kau tak tahu dia ada dekat Melaka..?”

“Farha..?”

“Dialah.Siapa lagi.”

“Entah.Aku pun tak tahu dia ada dekat sini.Dah lama aku tak jumpa atau dengar khabar dia..”

“No wonderlah..”

“What..?”

“Aku nampak dia dengan seorang perempuan dekat Mahkota hari tu.Cantik juga makwe dia.”

“Baguslah..”

“Kau tak cemburu ker..?”

“Hello..buat apa aku nak cemburu bagai.Bukan aku ada apa-apa hubungan dengan dia.”

“Yalah tu.Kalau tak ada apa-apa,takkan dia begitu prihatin terhadap engkau dulu..”

“Aku kan kawan dia.Tak salahlah kalau dia prihatin dengan aku.”

“Mmm..apa-apa ajalah Meen oii..tapi semua orang tahu yang Farha memang syok dengan kau.Tapi yang aku pelik tu tetiba aja dia hilangkan diri.Tahu-tahu muncul bawa perempuan.Pelik sungguh.”

“Apa yang kau nak pelikkan Ly.Anak sungai pun berubah,ini pula hati orang..”




[ Last edited bysueria_azlee at 12-11-2008 11:41 AM ]

amandaatika Publish time 11-11-2008 11:55 AM

wah.. ada citer baru....

kaypo Publish time 11-11-2008 11:59 AM

Balas #2 sueria_azlee\ catat

sue bukak rumah baru ya...hati hati ya..jgn nanti terkonfius nama rumah sebelah kat rumah sini..sapa susah...kami gak susah...;P ..

“Mmm..apa-apa ajalah Shya oii..tapi semua orang tahu yang Farha memang syok dengan kau.Tapi yang aku pelik tu tetiba aja dia hilangkan diri.Tahu-tahu muncul bawa perempuan.Pelik sungguh.”

nhid_tam Publish time 11-11-2008 12:58 PM

best la sue....:loveliness:

alia_hus Publish time 11-11-2008 01:07 PM

yeahhh sue dah ada citer baru.....best

sueria_azlee Publish time 11-11-2008 01:24 PM

“Bunyi macam orang frust aja..”

Dia diam.Tidak membalas kata-kata Lily.Kecewakah dia?Entah..Mungkin iya dia kecewa selepas Farha pergi begitu sahaja.Tanpa sebarang kata pamitan.Dia dan Farha sepatutnya bertemu untuk satu temujanji yang indah tapi Farha tidak muncul-muncul.

Hampir 5 jam dia menanti Farha namun hampa.Farha tidak datang menemuinya hari itu.Farha hilang ghaib begitu sahaja.Farha tinggalkan dia macam tu aja.Kejam.Farha memang kejam.

Dia sedut vanilla coke hingga ketitisan yang terakhir.Tidak mahu lagi memikirkan tentang Farha.Segalanya sudah lama berakhir antara mereka.

“Jom..”

Beg-beg kertas yang berisikan beberapa helai baju dan jeans yang diletakan dibawah meja segera dicapai.

Keduanya bangun,meninggalkan Burger King untuk kedestinasi seterusnya.

“Aku nak beli jam.Jom pegi WATATIME..”

“Berapa banyak jam kau nak pakai ni.”

“Birthday kawan aku lagi 2 minggu.Tak tau apa nak bagi.Jam tangan okay kot..”

“Perfume..?”

“Mmmm..”dia geleng.

“Dia tak suka kot..”

“Mana kau tahu..”

“Aku tahulah.Lagipon aku tak tahu perfume apa yang dia suka.Nanti kalau aku beli takut dia tak suka.”

“Mmm..aku macam tak kenal aja kawan kau ni.Aku kenal ke..?”

“Memang kau tak kenal.Nantilah,bila ada masa aku kenalkan..”

“Lelaki ke perempuan..”

“Lelaki..”

“Sound interesting.”

Seutas jam tangan dari jenam FOSSIL menarik perhatiannya.Polished stainless steel bracelet with 3 hand quartz chonograph movement.Surface berwarna grey,kelihatan begitu sporty sekali.Harganya juga tidak begitu membebankan.Ada warranty 5 tahun lagi.Biar betul.

Beberapa utas jam diperhatikan.Lepas satu,satu tapi matanya kembali melihat jam yang mula-mula tadi.

“That nice..”satu suara menyapa dari belakang mengejutkannya.Pantas dia menoleh.

“Hye.Awak buat apa dekat sini..?”

“Saja.Jalan-jalan.”

“Sorang..?”

“Nope.With few friends.You.?.”

“Dengan Lily.My friend.Itu dia..”Lily yang sedang asyik membelek jam,segera digamit.

“Ly..come.Meet Darren.”

“Lily..”

“Darren..”

“Banyak borong..?”

“Kawan youlah.Shopping tak hingat.Beg-beg ini bukan I punya tahu.I tukang bawak aja..”

“Tak apalah.Bukan selalu kan.Awak dah nak balik ke..?”Darren menukar tajuk perbualan.

Melihat beg-beg yang dipegang Lily,dia pasti kedua gadis itu sudah hampir kepenghujung.

“Saya nak cari hadiah untuk kawan saya.Tak tahu nak belikan apa.”

“Ooo..tu yang kusyuk sangat membelek jam tu tadi.”

“Awak suka tak jam ni..”

“Kalau orang bagi..free,mestilah suka.”

“Awak rasa-rasa kawan saya tu nanti suka tak..?”Dihulurkan jam ketangan Darren.

Lelaki itu membelek dengan penuh minat.Menarik.Latest design.Sporty.Diacukan pula kepergelangan tangannya yang kosong.

“Sesuai sangat tu..”sampuk Lily yang hanya memerhati.

Hati kecilnya berbisik pasti,jam itu akan dihadiahkan untuk Darren.Entah kenapa dia berasa amat pasti.

“Yang penting awak ikhlas menghadiahkan jam ini pada dia.Saya rasa dia akan suka.”

“Okay.Then I take this one..”dia lantas membawa kekaunter dan menyelesaikan urusan pembayaran

Jam tangan yang sudah berbungkus cantik dihulurkan ketangan Jasmeen berserta ucapan terima kasih.

Kalau tadi mereka berdua ,kini sudah bertiga bila Darren mahu ikut serta.Bila ditanya apa kata kawan-kawannya dia membalas.

“Bukannya tiap-tiap hari I dapat berjalan diapit dua orang gadis jelita.Kawan-kawan I tu bila-bila masa boleh jumpa.”

Sabar ajalah.

“He must be very special to you.”

“Siapa..?”

“Guy yang awak nak hadiahkan jam tu.”

“Mana awak tahu dia lelaki..”

“Awak ni.Macamlah saya tak tahu.Kalau untuk perempuan,takkan awak nak bagi jam besar gabak tu..”


sueria_azlee Publish time 11-11-2008 01:26 PM

Originally posted by kaypo at 11-11-2008 11:59 http://eforum5.cari.com.my/images/common/back.gif
sue bukak rumah baru ya...hati hati ya..jgn nanti terkonfius nama rumah sebelah kat rumah sini..sapa susah...kami gak susah...;P ..

“Mmm..apa-apa ajalah Shya oii..tapi semua orang tahu yang F ...

;P ;P ;P jangan tak tahu..citer sue ni actually heroin dier sumer nama shya..

ingat dah habis edit ropernya ada gak yg tertinggal..:$ :$ :$

sueria_azlee Publish time 11-11-2008 01:28 PM

“Ya tak ya juga tapi tak semestinya.Ada several of my friend,perempuan tapi suka pakai jam lelaki.”

“Tapi saya rasa jam tu memang untuk lelaki kan.Frustlah saya Meen.Berbulan-bulan cuba tackle awak tapi rupa-rupanya awak dah ada orag lain.”

“Merepek lah awak ni..Saya tak ada siapa-siapa tahu.Lelaki ini pun cuma kawan aja tau..”

“Tak tahu kenapa,saya rasa cemburu pulak dengan lelaki tu..”Darren bersuara perlahan namun sudah cukup sampai kependengaran Jasmeen.

Gadis itu senyum.Manis.

“Kenapa awak senyum..?”

“Suka tengok muka awak macam tu.Cute semacam..”

Darren senyum hambar.Tadi sewaktu dia nampak Jasmeen Aressa di WATA TIME,hatinya berbunga riang yang amat.

Dah lama dia sukakan Jasmeen tapi gadis itu macam tak faham-faham.

Bukan sekali dua dia meluahkan perasaannya namun Jasmeen hanya ketawa seakan itu semua lucu baginya.

Menyedari perubahan air muka lelaki itu,Jasmeen cepat-cepat memujuk.

“Awak..saya minta maaf ya.Jam ni memang untuk lelaki.Seorang lelaki yang amat istimewa dalam hidup saya.Dia tak pernah putus asa untuk memenangi hati saya.Dan saya tertawan dengan sikapnya itu.Dia baik.Handsome orangnya.Tapi bukan kerana dia handsome,saya terima dia.Saya terima dia kerana kesungguhan dia.”

Darren diam.Perasaannya jadi tak tentu arah.Sah-sah dia bertepuk sebelah tangan.Malu sungguh.

“Saya faham.Saya tak akan paksa awak terima saya.I pray for your happiness,Meen.”

“Thanks Darren..”

Lelaki itu angguk pelahan.Air mukanya semakin keruh.Hatinya hancur dan remuk.Gadis idaman terus-terang sudah merejectkan dirinya.Sadis sungguh.

Apalah malangnya nasib aku nih..


sueria_azlee Publish time 11-11-2008 01:36 PM

CHAPTER 2
Sudah dua minggu sejak dia terserempak dengan Darren di Mahkota,lelaki itu tidak pernah sekali pun menghubunginya.Nak berYM jauh sekali.Tiap kali dia login,tidak penah sekali dia nampak status available pada Darren.Dia appear offline agaknya.

Dia capai handphone yang terletak diatas meja.Menekan button search.D.Darren.Pantas ditekan button hijau.Call.

Terpapar gambar cute Darren sedang tersenyum.Tak angkat..Dia dail lagi.Menunggu dengan penuh sabar.Namun hampa.Tak angkat juga.

Hmmm..Mana mamat ni pergi?

Dan disana..Darren hanya memerhatikan telefon yang berdering mengalunkan lagu Last Nite.Tanpa perlu melihat siapa yang memanggil dia sudah tahu kerana lagu itu sudah disetting untuk seseorang.

Nada lagu berbunyi lagi.Dia hanya memandang.Entah kenapa dia tidak mahu menjawap panggilan tersebut.Hatinya sakit.

Berbulan-bulan dia cuba memikat Jasmeen Aressa dan gadis nampak seperti sudah dapat menerima dirinya tapi rupa-rupanya dia tertipu.Benci betul.

Dia klik ikon YM pada hujung bawah belah kanan note book.Sengaja dia appear offline.Biarlah secara perlahan-lahan dia lupakan gadis itu.

Tapi dia tidak dapat menipu dirinya sendiri.Semakin dicuba melupakan Jasmeen,semakin kerap pula wajah manis gadis itu menari-nari difikiran.Dia nampak Jasmeen senyum..ketawa..marah..Ahh..aku ni betul-betul dah angau.

Jasmeen tarik drawer dan keluarkan name card album.Menyelak-nyelak helaian.Mencari name card kepunyaan Darren kerana dia tidak ingat langsung no telefon ofis tempat Darren bekerja.

Capai gagang telefon dan mula mendail.

“Hello..”terdengar suara dihujung talian.

“Mr Darren please..”

“Hold on..”dia terdengar talian disambungkan.

“Hello..”

“Darren..?”

“Jasmeen..?”Darren terkejut.Tidak disangka Jasmeen akan menelefon hingga ke pejabat.Penting sangatkah apa yang hendak diberitahunya.

“Darren..you free tak esok.Around 11am..”

“Why..?”

“My boss nak jumpa youlah.Regards quote yang you bagi tu.Kalau you okay,I’ll set the appoinment tomorrow at 11.”

“Err..kejab.”Planner dihadapan segera dibelek.Esok sebelah pagi memang dia free.Sebelah petang dia ada appoinment dengan pihak kastam.

“Mmm..okay.11 am tomorrow.”

“Okay.Thanks..”

Gagang telefon cepat diletakkan.Entah kenapa hatinya sedikit tersentuh bila Darren sebegitu serius sekali.Tapi kenapa?Darren marah pada dia?Apa salahnya?

Jasmeen bangun.Mencari file quotation.Dikeluarkan quotation yang diberikan Darren beberapa minggu yang sudah dan diletakkan didalam satu plastik folder beserta beberapa dokumen-dokumen yang lain.

Dia print perbandingan harga-harga quotation yang diperolehi dari beberapa supplier.Kemudian letak dalam plastik folder yang sama.Dia tidak mahu kelam kabut esok.Folder plastik diletakkan diatas tray.

Kembali dia duduk dan sempat dikerling kalendar diatas meja.Hari ini 3hb December.Sepatutnya hadiah yang dikirimkan sudah diterima.He will call me once he received it..dia memujuk hati sendiri.

“Meen..call line 2”

Dia angkat gagang dan tekan butang 2 yang berkelip-kelip.Mesti Darren dah terima parcel tu.

Gagang diangkat dengan senyum lebar terhias dibibir dan hati yang berbung riang.

“Jasmeen..hello..”

“Meen..akulah ni..”

“Ha..Sue.Mimpi apa kau call aku nih..”.Bukan Darren tapi sebaliknya Suhaila.Seorang lagi teman baiknya selain Lily.


sueria_azlee Publish time 11-11-2008 01:39 PM

“Kau ni..aku call salah.Tak call pun salah..”

“Taklah.Kau kalau tak ada hal tak adalah kau nak cari aku..What’s up..?”

“Aku nak g Kuching weekend ni.Kau nak kirim apa-apa tak?”

“Tolong carikan aku boyfriend Kuching yang handsome-handsome dan banyak duit ..”

Terdengar derai ketawa Sue dihujung talian.

“Kalau kau serius..boleh aja.Nanti aku bawak balik resume dia orang untuk kau pilih..”

Jasmeen senyum.Lawak betul si Sue ni.

“Apsal tetiba aja kau nak pegi Kuching ?Tak ajak aku pun..”

“Kilang aku buat la..Bayar RM100 aja..”

“Murah tu..”

“Tulah pasal.”

“Bestlah keja tempat kau Sue.Ada jawatan kosong tak?”

“Ah kau.Dari dulu aku nak recommend.Tak nak.Sayang betul nak tinggalkan boss kau tu..”

“Bukan pasal boss aku.Pasal boss kau yang miang tu la..”

Sue ketawa.Terbayang wajah Aiman.Bossnya yang gatal dan miang.Berpuluh kali dia cuba meminta nombor telefon Jasmeen.Kalau bujang tak apalah.Ini anak dah berderet.Pun masih nak menggatal.

“Dia tak putus asa tau Meen.Tiap kali jumpa aku..mesti tanya pasal kau.”

“Boss kau tu memang gatal..”

Hampir sepuluh minit berbual dengan Sue,dia meletakkan telefon.Itupun setelah memesan beberapa kek lapis kegemarannya dengan Sue.Orang kata kek lapis hati pari best..Dia minta Sue belikan dia satu.

Kembali dia mengadap komputer.Hari ini tidak sesibuk selalu kerana semua shipment kepada customer sudah diselesaikan minggu sudah.

Hanya tinggal beberapa PO sahaja lagi yang perlu disahkan shipment datenya.Dia tandakan pada planner.Senang nak follow up.

“Meen..kita orang nak kuar lunch dulu.”

“Okay..”

Sistem bergilir semasa lunch memang sudah lama diamalkan.Dan dia sendiri lebih senang mengambil masa kedua.Membiarkan account department keluar dahulu.

Hari ini dia benar-benar rasa resah.Hairan dengan perubahan sikap Darren.Selalu Darren tak macam ni.Sudah dua minggu mereka tidak berkomunikasi.Tidak seperti selalu.

Darren marahkan?Kenapa dia nak marah.Bukan aku buat salah pun..

“Boss..parcel untuk boss.”

“Untuk I..?”

Marissa angguk.Sebuah bungkusan besaiz kecil yang baru diterima dari sebuah pusat khimat penghantaran segera diserahkan ketangan Darren.Lelaki itu pantas membelek AWB.

Dari Jasmeen Aressa.Eh..kenapa pulak minah ni hantar parcel pakai courier service.Bukannya tak boleh jumpa.Kilang sebelah-sebelah aja.

Dia capai gunting dan gunting hujung flyers.Sebuah kotak hitam tertera perkataan FOSSIL amat menarik perhatiannya.

Cepat-cepat dia buka dan seutas jam tangan terletak kemas didalam.Oh my GOD..dia cukup kenal jam ini.

Sekeping kad bersampul hijau muda,pantas digunting hujungnya.

Birthday card..

Selamat Hari Jadi,sayang.May all happinest be with you.

Love,
Meen..

Eee..kenapa aku tak ingat hari ini hari jadi aku sendiri.Dia mengutuk diri.Jam ditangan dibelek lagi.So..akulah guy yang Meen maksudkan hari itu.That’s mean ..dia.Oh my GOD..bodohnya aku ni.Dua minggu aku biarkan dia macam itu sahaja.Bodoh..bodoh..bodoh..

Dia cepat-cepat capai handphone.Ahh..malu pulak nak call Jasmeen selepas berbuat begitu terhadap gadis itu.

Dia senyum.Tahu macam mana nak buat-buat terserempak dengan Jasmeen.



sueria_azlee Publish time 11-11-2008 01:42 PM

Didail no telefon milik seorang kawan.

“Azhan..”

“Yo..what’s up D..”

“Kau tak keluar lunch..?”

“Kejab lagi.Apsal?Kau nak belanja..”

“No hal tapi kau kena tolong aku..”

“La..belanja tak ikhlas lah kau ni..”

“Kau nak ke tak..?”

“Kau nak minta tolong apa..?”

“Ajak Jasmeen keluar sekali dengan kau.”

“Kau gila ke?Nanti tak pasal-pasal aku kena gossip dengan dia.Mati bini aku pelangkung kepala aku nanti..”

“Hei sengal.Bukan kau sorang la.Kau ajak la kawan-kawan kau yang lain.”

“Macam-macamlah kau ni D..”

“Kau nak tolong aku ke tak nih..?”

“Yalah.Nanti kita orang nak keluar aku call kau.”

“Thanks friend..”

“Wei..bukan thanks kosong aja tau..”

“Yalah..yalah..”

Dia meletakkan telefon dengan senyum lebar.Rupanya selama ini dia tidak bertepuk sebelah tangan.Cuma dia sahaja yang berperasangka begitu.

“Kak Meen..Tak keluar makan ke?”

“Malaslah.Panas..”

“La..apa punya alasan lah ni.Jom ikut kita orang.”

“Nak pegi mana..”

“Bintang.Pekena Marry Brown.Albert belanja..”

“Tak nak lah..”

“Ala kak Meen ni.Orang nak belanja.Jomlah.Bukan selalu..”

“Kena tunggu Wong ngan Choo masuk dulu la.Pukul 1 okay..”

“Okay..kita orang tunggu dekat luar pukul 1..”

Jasmeen angguk.Kembali mengadap komputer.menyiapkan kerja yang terbengkalai.

Dan diluar Azhan sibuk menghantar SMS.

Pukul 1 dekat Bintang.




iem1985 Publish time 11-11-2008 01:53 PM

Menarik citer ni...Nak entry lg...heheheh :lol:

juliet80 Publish time 11-11-2008 02:07 PM

ni pukul 2.06minit dah sue.....darren jumpa meen dah ke kat bintang tu ??? ;P ;P

sueria_azlee Publish time 11-11-2008 02:12 PM

Originally posted by juliet80 at 11-11-2008 14:07 http://eforum5.cari.com.my/images/common/back.gif
ni pukul 2.06minit dah sue.....darren jumpa meen dah ke kat bintang tu ??? ;P ;P

hehehhe..dah ..pass tu nanti nak g dating tempat lain pulak..;P ;P ;P

off..org2 melaka sure tahu bintang ni kat mana:P :P ..bukan yg kat klebang tu taw tapi kat cheng ;P ;P

Jaza2008 Publish time 11-11-2008 02:18 PM

bagus lah... umah lama lumabis... dah ada idea wat citer baru... best lah sue ni... otak sentiasa ada idea kreatif ni... penulis lah katakan ...

next...

amandaatika Publish time 11-11-2008 02:34 PM

ok sue...
next

nhid_tam Publish time 11-11-2008 02:47 PM

sambung lg sue....best nih....

sarizu Publish time 11-11-2008 04:23 PM

mana ni...

elninhamfz Publish time 11-11-2008 04:24 PM

ee...nak n3 lagi....vitamin...vitamin...
Pages: [1] 2 3 4 5 6 7 8 9 10
View full version: SEBAB AKU SAYANG KAU..FINALE


ADVERTISEMENT