amazed Publish time 10-11-2008 09:08 PM

art: pensel yg tak akan patah dan mesra alam!!!

Ketuklah, takkan patah


Oleh AHMAD SYUKRAN ZAINUDDIN

Idea luar biasa O’Bon bukan sahaja menaiktaraf nilai sebatang pensil,
tetapi pada masa yang mendidik anak muda menyayangi alam sekitar.
http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2008/1110/Kosmo/Rencana_Utama/ru_01.1.jpg





PENSIL berwarna-warni dengan efek kulit binatang pada batangnya itu cukup menarik perhatian. Di atas rak kecil itu, berbaris pelbagai jenis binatang yang dapat dibezakan melalui kulit yang ada padanya.

Ada gajah, zirafah, kuda belang, harimau, kura-kura, harimau bintang, beruang dan burung kakak tua. Semuanya dihasilkan dengan cukup teliti dan pastinya tidak perlu mengambil masa yang lama untuk disukai oleh golongan kanak-kanak.

Sebenarnya, fizikal pensil itu bukanlah satu-satunya ciri yang membuatkannya satu pensil unik di pasaran. Percaya atau tidak, pensil ini dihasil menggunakan surat khabar yang telah melalui beberapa proses tertentu.

Surat khabar lama yang dikumpul akan dibersihkan sebelum ditekan dan menjalani proses eksklusif dipanggil roll on. Setelah mata atau grafit karbon pensil diletakkan, ia akan dibalut menggunakan gam berasaskan air dan kemudiannya dikeringkan.

Menariknya, biarpun ia diperbuat daripada surat khabar lama, pensil ini dapat berfungsi lebih baik berbanding pensil konvensional yang diperbuat daripada kayu.
http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2008/1110/Kosmo/Rencana_Utama/ru_01.2.jpg



Syarikat yang bertanggungjawab menghasilkan pensil ini ialah O'Bon. Berpengkalan di China, pensil adalah produk pertamanya.

Beroperasi sejak lima tahun lalu, syarikat ini terbina atas idea mahu menghasilkan produk kitar semula yang mesra alam sekitar.

Kesungguhan itu cuba ditonjolkan sebaik mungkin menerusi penghasilan produk yang paling sedikit meninggalkan kesannya kepada alam sekitar.

"Ketika mula-mula memasarkannya, kami dapati adalah penting dalam memastikan pensil ini berwarna-warni dan mempunyai reka bentuk grafik yang menarik.

"Sebabnya, kebanyakan pensil yang ada di pasaran berwarna biru, kuning atau hitam, itu sahaja. Tidak ada cetakan atau rekaan grafik dan keadaan itu berlangsung dalam masa yang sangat lama.

"Sudah tiba masanya untuk melakukan sesuatu yang berbeza. Maka muncullah pensil seperti ini yang mempunyai motif warna-warna pelangi," kata Pengarah O'Bon, John Davis sambil menggoyang-goyangkan sebatang pensil berwarna warni di tangannya.

Tidak berhenti di situ, kreativiti untuk mencantikkan pensil tersebut diteruskan dengan mengaplikasikan rekaan kulit binatang. Cetakan itu menggunakan grafik beresolusi dan berkualiti tinggi.


http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2008/1110/Kosmo/Rencana_Utama/ru_01.3.jpg





Menurut Davis, konsep pelangi dan kulit binatang ini dibangunkan kerana pihaknya sedar siapakah sasaran penggunanya. Siapa lagi kalau bukan kanak-kanak, kerana hampir 95 peratus orang dewasa menggunakan pen kecuali pelukis, artis atau arkitek.

Bersyukur kerana idea kreatif itu diterima baik, O'Bon terus bersemangat untuk menghasilkan produk yang mesra alam pada sifat dan rekaannya.

Ini kerana matlamat kemuncaknya ialah mahu melindungi haiwan liar. Pokok yang berfungsi melindungi bumi dan menjadi habitat kepada haiwan sangat penting. Tiada siapa pun berhak menebangnya, sama ada untuk menghasilkan kertas, pensil atau sebagainya.

Dengan teknologi pembuatan pensil daripada kertas suratkhabar, tidak perlu lagi menebang pokok. Itulah sedikit sumbangan yang mampu O'Bon berikan kepada Bumi.

O'Bon juga mahu menghasilkan pensil terbaik di dunia. Ada tiga sebab kenapa pensil ini adalah yang terbaik pernah dihasilkan.

Pertamanya, pihak O'Bon tidak menebang pokok untuk menghasilkannya. Jadi tenaga untuk membuat pensil ini jauh lebih sedikit berbanding pensil kayu.

"Kedua, kami memasukkan elemen warna dan reka bentuk grafik yang menarik. Tiada jenama yang menghasilkan pensil seumpamanya. Terakhir sekali ialah ketahanan yang ditawarkannya.

"Jika sebatang pensil kayu jatuh dari atas meja, bahagian dalamnya akan patah. Maka, setiap kali diasah, matanya patah. Akhirnya separuh pensil itu tidak dapat digunakan.

"Bahagian dalam (mata) pensil ini sukar sekali untuk patah. Terjatuh, diketuk atau apa sahaja buatlah sesuka hati. Ini kerana tidak wujud sebarang getaran di bahagian dalamnya," kata Davis sambil menghentam pensil ke bucu mejanya dengan kuat.


http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2008/1110/Kosmo/Rencana_Utama/ru_01.4.jpg

PENSIL konvensional yang diperbuat daripada kayu
menyebabkan mata pensil mudah patah selain warnanya
yang stereotaip.



Sebagaimana yang diketahui, pensil kayu terhasil daripada dua keping kayu yang dicantum bersama. Justeru, akan ada ruang udara yang membolehkan wujudnya getaran dan seterusnya mematahkan matanya.

Atas alasan itu jugalah, banyak syarikat pengeluar pensil menjadikan bentuknya bersegi-segi, supaya ia tidak bergolek, jatuh dan patah.

Malah, Davis memberitahu ada video yang menunjukkan pensil ini digelek dengan tayar kenderaan dan ia boleh digunakan seperti biasa selepas itu.
Ada pula yang mendakwa, disebabkan pensil ini diperbuat daripada surat khabar, maka ia mudah rosak apabila terkena air.

Untuk membuktikan ketahanannya, pensil O'Bon direbus selama tiga jam (disiarkan dalam laman YouTube) dan ia masih boleh berfungsi dengan baik.

Tidak terhad kepada pensil biasa, O'Bon turut menghasilkan pensil warna yang menawarkan warna lebih cantik dan kurang lilin. Selain itu, untuk golongan artis atau arkitek, anda mungkin harus mencuba keistimewaan sekotak pensil yang dikenali sebagai 'art pencil' keluaran O'Bon.

Pensil warna (sekotak mengandungi 12 batang) dijual pada harga RM10. Sementara sekotak 10 batang "art pencil" yang terdiri daripada pensil 1H (paling cerah) kepada 8B (paling hitam) hanya berharga RM18 sekotak.

Manakala sekotak pensil biasa (10 batang) pelbagai corak dijual RM7.50. Dua batang pensil dengan kotak dan rekaan kulit binatang yang menarik pula hanyalah RM1.90.
http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2008/1110/Kosmo/Rencana_Utama/ru_01.5.jpg






Selaku sebuah syarikat yang mementingkan alam sekitar, O'Bon turut bertindak mendidik para penggunanya. Maka tidak hairanlah jika anda membeli satu set pensil, di dalamnya terdapat panduan ringkas bagaimana untuk melukis.

Produk O'Bon dihasilkan di China. Malah proses penghasilan pensil ini dicipta dan dipatenkan di China. Apatah lagi China menjadi pasaran terbesarnya di Asia.

China turut menjadi hub pengedaran buat pasaran negara Asia yang lain. Kapasiti kilangnya dikatakan mempunyai keupayaan menghasilkan sehingga setengah juta batang pensil sehari.

Kini, O'Bon memiliki pasaran yang kukuh di 15 buah negara termasuklah Malaysia, China, Jepun, Australia, Thailand, Korea, Singapura, Amerika Syarikat, Kanada dan Puerto Rico. Walaupun begitu, O'Bon dilihat sedikit sukar untuk menembusi pasaran Eropah kerana secara fizikalnya ia berpusat di Asia.

Selepas lima tahun, O'Bon kini mewakili kurang 10 peratus dalam pecahan pasaran pensil dalam negara. Sebenarnya, ia satu perkembangan yang cukup memberangsangkan kerana produk ini amat diminati oleh kanak-kanak dan dewasa.

Selain pensil, O'Bon turut menghasilkan beberapa produk alat tulis yang lain seperti pen, buku nota, kertas fotostat dan fail pelbagai saiz.

Davis menyatakan strategi pemasaran produk O'Bon lazimnya dibuat secara langsung ke sekolah. Selain itu, pensil dan produk lain O'Bon boleh didapati di kedai-kedai buku terkemuka seperti MPH, Popular Bookstore, malah di Zoo Negara.

"Dalam tempoh lima tahun akan datang, O'Bon berhasrat untuk menguasai 30 hingga 40 peratus pegangan pasaran.

"Saya tidak nampak kenapa pasaran ini tidak boleh berkembang, kerana ramai yang menyukainya. Lagi pun, kami tidak mempunyai pesaing. Pensil ini juga tahan lama, tidak patah dan berkualiti tinggi," jelas Davis, optimis.




siyesly... aku teruja betul ngan pensel nih!!!aku rasa baguihada kompeni kuarkan pensel yang jaga alam sekitaq kita nih...murah pun murah gak.... mesra alam gak....dan yg paling baguih.. pensel ni tak patah punya...!!!! :victory:

tahniah pada O'bon!!! :handshake:

salleh_ts185 Publish time 10-11-2008 09:22 PM

aku masa blja start form 4 aku da pki pensel ni,, mmg tahan beb..

mehacomp_91 Publish time 10-11-2008 11:19 PM

dah lama tak jumpa pensel ni:L
waktu darjah 4 ke 5 dah ada dah benda ni dan memang betul terbukti kukuh dan selesa menggunakannya:D

dilaOHdila Publish time 11-11-2008 09:34 AM

yer lah masa sekolah dulu pun rasa macam pernah pakai pencil ni
dulu sebatang 10 sen kalau x silap:)

kroit92 Publish time 11-12-2008 07:50 PM

terang ke pensil ni?

berapa B? :o

merrissa Publish time 26-12-2008 06:53 PM

kt mn jual pensel ni?teringin gk nk gune...huhuhuhuhu

fallin Publish time 30-12-2008 03:17 AM

Reply #6 merrissa's post

me penah beli beli kat aquaria klcc.. yg kotak wildlife tu.. rasayekat kedai2 buku besar ada kot.. sonok tgk mcm2 corak..selama ni tak pakai pensil pon rasa cam nak pakai :lol: :lol:

merrissa Publish time 31-12-2008 12:29 AM

Reply #7 fallin's post

tau xper...hehe
Pages: [1]
View full version: art: pensel yg tak akan patah dan mesra alam!!!


ADVERTISEMENT