Romo69 Publish time 23-10-2008 06:52 PM

Pemain gitar Lefthanded, Abdul Samad meninggal dunia

http://img504.imageshack.us/my.php?image=001fn1.gif

Pemain gitar Lefthanded, Abdul Samad meninggal dunia
23/10/2008 3:26pm


KUALA LUMPUR 23 Okt. — Pemain gitar utama kumpulan rock Lefthanded, Abdul Samad Mian meninggal dunia di sini hari ini.

Menurut isterinya, Norliza Sumairi, Samad terjatuh kira-kira pukul 12.45 tengah hari tadi ketika berada di pejabat abangnya di Ampang.

Samad, 45, kemudian dibawa ke Hospital Ampang dan disahkan sudah meninggal dunia.

Norliza berkata jenazah suaminya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Hulu Langat petang ini.

Allahyarham meninggalkan empat orang anak berumur antara enam dan 18 tahun.


Sejak meninggalkan Lefthanded kira-kira dua tahun lalu, anak kelahiran Johor Baharu ini lebih banyak menumpukan masanya sebagai pemuzik undangan selain menjalankan perniagaan sendiri.

Beliau yang menyertai dunia muzik sejak berumur 20 tahun, pernah menjadi pensyarah sambilan di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara).


Samad memenangi anugerah kategori Album Rock Terbaik pada Anugerah Industri Muzik 1995. - Bernama

Al - Fatihah...Satu2 gitaris yg berpeluang menjemput Paul Gilbert(Mr.Big) bermain dalam album solo beliau...Last aku tengok Arwah perform masa Left Buat Konsert(Reunion) kat Stadium Tertutup JB...Arwah mempunyai skill yg tersendiri...penuh ngan Blues...Aduhhhh...sedih beb...moga Ruhnya di cucuri Rahmat dan Ditempatkan bersama dengan orang2 yang beriman...AMIN!

[ Last edited byRomo69 at 23-10-2008 06:54 PM ]

nanao88 Publish time 23-10-2008 08:17 PM

takziah kepada keluara beliau...al fatihah

possubH2 Publish time 24-10-2008 05:42 AM

al fatihah..

man kidal sempat mintak maap tak??

MusangSuci Publish time 24-10-2008 09:08 AM

assalamualaikum...

Al-Fatihah..takziah kpd keluarga beliau..

ctaz Publish time 24-10-2008 12:09 PM

:funk: ......:'( :'(

Al-Fatihah..takziah kpd keluarga beliau..

death_dealer Publish time 26-10-2008 11:52 AM

satu kehilangan yang besar...
Al-Fatihah buat arwah:(

alfonso Publish time 27-10-2008 08:51 AM

Marilah kita sama2 mendoakan beliau semoga rohnya dicucuri rahmat dan di tempatkan bersama2 org mukmin..amiinn








utk koleksi baju2 band lawat ni http://usera.imagecave.com/myboutique1/myband/
bundle..bundle..bundle
http://usera.imagecave.com/myboutique/
http://usera.imagecave.com/myboutique1/

AceHand Publish time 30-3-2013 11:33 AM

Hmmm...

http://acehandspectacelar.com/a/ace/AceBar.gif

Tengok topik lama ni baru ingat yang dia ni dah meninggal... Rasa cam maseh ada jer... Al Faatihah...


Jizzz... Klong! Klong!
Pages: [1]
View full version: Pemain gitar Lefthanded, Abdul Samad meninggal dunia


ADVERTISEMENT