silent_kid Publish time 10-9-2008 11:42 AM

::Novel Muzikal Kaulah Segalanya:: ~episod 15 last part~ TAMMAT


http://i22.photobucket.com/albums/b306/truly_friend89/shawal/kaulahsegalanyaposter.jpg


kaulah segalanyaepisod 1         "Asy,jomkitepergi jalan - jalan kat Mid Valley?"pinta Anis. "Aku nakbelibarangsikit untuk balik kampung, kan cuti sem dah dekat ni, kenabawa ole -ole sikit. Jomlah teman aku"rengek Anis lagi. Aku memandangwajah Anisyang kuning langsat itu itu, terpamer wajah dia yangayu.Sememangnyeramai jejaka yang tertarik dengan Anis Farhana yangcantikdan pintar didalam pelajaran. "Woi Asy! kau dengar takni?"sergah Anis menyebabkandia tersedar dari lamunannya "Aduh Anis,kalau ya pun janganlah sergahaku macam ini alamat arwah aku dibuatnya,oklah akutemankan kau, janjihari ini makan kau kena belanja."ujarAsyrani "noproblem kawan. Tapimakan kat warung ajelah, aku tak pergicucuklagi." jawab Anis sambilketawa kecil. "aku tak kisah, apa ╝pamakanan aku sebat, tolak batudengan kayu aja."Asyrani menjawab.Anis hanya tersenyum hingga kelihatanbarisan gigi putihnyatersusun.Asyrani menghulurkan telefon bimbitnyakepada Anis. "kau pergitelefon pak cik teksi guna handphone aku, akutahu kau tengah pokaisekarang, asyik call Hafiz aje mana tak habiskredit kau tu"bebelnya.Mana tidaknya, hari ?hari mereka berhubung.Maklumlah mabuk cintakatakan desis hati Asyrani.



   Setengah jam kemudian sebuah teksi ProtonWajaberhenti di hadapanhostel untuk mengambil dua gadisitu.Anis memadankan seluar jeans dengan blouse krim sertamengenakanmekapyang natural dan rambutnya dilepaskan menghurai.Asyrani pulamemadankanseluar jeans dengan blouse labuhberwarnabiru lautdantudung bawal hitam. Tidak lupa jugamenggunakan perfume body shopyangbernama 'white musk'. Dia memang menyukainya. Asyrani dan AnisFarhanamerupakanpenuntuttahun pertama di UniversitiIndustriSelangor yang terletak di Shah Alam ,Selangor. Secara kebetulanmerekamengambil kursus yang sama iaitu Diploma Pengimejan Perubatandanditempatkan didalam bilik yang sama. Bermula dari situlahdetikpersahabatan mereka.

      Selepas setengah jam beradadalamteksiProton Saga itu, mereka tiba di kompleks beli-belah yangdikatakanantara yang terbesar di Asia. Kelihatan ramai kelibatmanusiaberpusu -pusu masuk ke dalam kompleks ini. "Nis, aku rasa hariini Mid ade sale,ramai orang datang, naik sesak nafas aku ni"kataAsyrani. Dia kurangselesa keadaan yang bersesak , terasa rimas.
"agaknyayalahtu,kalau tak ada sale pun ramai jugakkan? Aku tak kisah janjiaku bolehbelibarang - barang aku"ucap Anis sambil berjalan melangkahmasuk kedalamshopping complex ini.

Tempatpertamayang menjadi pilihan dua gadis ini ialah kedai Body Shop yangmenjualharuman - haruman sememangnya amat digemari olehAsyrani. Diamenuju ketempat pameran wangian untuk melihat produk -produk terbarumereka.Sedang asyik dia melihat susunan minyak wangitiba -tiba seorangjurujualmendekatinya sambil bertanya "ada apa yang saya boleh bantucik?" "Emmmsebenarnya saya nak minyak wangi yang murah dan terbaru"ujar Asyranidengan jujur.Dia tidak suka menghabiskan duitnya denganmembeli baranganmahal yang tidak tahan lama.Tiba - tiba Anis menyampuk"ala cik, cikbagi yang paling mahal kat dia ni" "pandailah kau Anis,kau ingat aku nibanyak sangat ke duit. Abang aku baru aje hantar duit2 minggu lepas,aku ni tak kaya macam kau."marah Asyrani. " ha! ni kaunak beli apauntuk Si Hafiz kau tu?" tanyanya "ntahlah aku tak tau nakbeli apa lagi,tengoklah dulu"kata Anis. Lagipun minggu depan merupakanhari jadiHafiz. Kemudian jurujual itu menjawab "kami buat promotionuntuk Eau deToilette" kata jurujual "cik suka yang spray ke oil?"tanya jurujualitu. "saya sukayang spray, tak leceh"jawab Asyranisambil tersenyumhingga kelihatan gigi putihnya tersusun rapi. Dia taksuka buat perkarayang melecehkandiri sendiri. Buang masa fikirnya.Dengan itu, terusjurujual mengambilsalah satu botol lalu spray padakertas dan memberikepada Asyraniuntuk menghidunya. "Emmm sedap baunya,macam white musk,apa nama ni?"tanya Asyrani sambil menghidunyaberulang kali. "ini adalahwhite musk yang baru, sekarang kami ade buatpromotion harga, hargaasalnya ialah RM 70 but we give you discount 22% so RM 54.60" jelasjurujual itu."okey saya amik ini" kata Asyraniriang. Dia menuju kekaunter manakala Anis pula bercadang menunggunyamedan selera untukmakan tengah hari.

Sampai di kaunter untuk beratur, tiba - tiba barisannyadipotongoleh seorang lelaki yang tak tahu dari manadatangnya. "Isy,pantangkalau orang potong line aku ini, tak retiberatur betul" bisikhatinya.Dengan beraninya Asyrani berkata"assalamualaikum encik yang didepanni, boleh tak encik ini beraturelok - elok, saya yang sampai dulu,tapiencik ni main potong line je."ujar Asyrani dengan lembut namunadaketegasannya. Dilihatnya teliti pemuda ini, dia memakai pakaiankemejaputih berjalur biru,seluar hitam kerja, mempunyai potongan rambutalaspike menambahkanlagi ketinggiannya dan bercermin mata hitamjenamaEspirit sertamemakai haruman yang baunya cukup menggoda sesiapayangberdepandengannya "emmm handsome jugak mamat ni dah la tinggi, agak-agaknya berapa inci ha?, tapi kalau tak
tahu nak sabar andmainpotongjalan aje alamat potong markah macho. Hisy takgentlemanlangsung"desis hati Asyrani yang agak tergugat dengankehadiran lelakiitu.

Lantasjejakaitu menanggalkan cermin mata hitamnya. Wajahnya cukupmempersonakan.Kacak jugak mamat ni, macam bintang korea. Hati Asyraniberkata lagi."erm maaf cik saya tak perasan tadi, sebenarnyasaya nakcepat tu yangkelam ?kabut ni, saya tengah bekerja, sekarang wakturehat saya."ujarlelaki itu dengan bernada rendah. "waduh bestnya suaradia ini, kalaudapat masuk AF ni sah aku vote jadi juara " katahatiAsyrani "oh kalaumacam itu tak apalah encik bayarlah dulu, encikkannak kena cepat kalaulambat silap - silap encik kene pecat nanti" kataAsyrani sambiltersenyum. Lelaki itu memandangnya sambil tersenyum. Taksemena-menajantungnya bergelora dan berdegup kencang."sesudah lelakiitumenjelaskan bayarannya di kaunter diapusingbelakangdanberkata kepada Asyrani "terima kasih cik,kalau taklambat saya, anyway saya Shawal" Asyrani hanya memberikansenyuman
sahaja kepada lelaki itu dan lelaki dihadapannya ituterkeduseketikadan kemudian berlalu. Sesudah Asyrani menjelaskanbayaran.diaberjalanmenuju medan selera. Sampai di sana dia melihatAnismelambaikan tanganke arahnya, Asyrani terus menuju je meja Anis.
"WeiAsy!kenapalambat sangat air batu aku pun cair tunggu kau?"tanya Anis"Niaku nakcerita kat kau ni sebelum tu kau dah order untuk aku?"tanyaAsyrani. "niaku order nasi goreng cina n tea o ais u like it? "ujarAnis "thanksNis, kau aje kawan baik aku dunia akhirat " katanya sambilmenyedutairnya itu untuk membasahkan tekaknya yang kering itu.



[ Last edited bysilent_kid at 17-10-2008 08:25 PM ]

silent_kid Publish time 10-9-2008 11:45 AM

Asyrani menceritakan segala yang berlaku kepada Anis. Anis terkejut dan bertanya kepada Asyrani "Eh,kau tak tanya dia apa – apa ke?" "Hisy kau ni buat apa nak tanya, takkanlah aku nak tanya seganlah aku" ujar Asyrani. "Eh, kau ni dia tu terpegun tengok kau yang cute ini, aku rasa kau mesti dapat jumpa dia lagi" kata Anis "dah mengarut kau ni, jomlah makan cepat, banyak lagi barang nak beli kan " kata Asyrani sambil menghabiskan makanan di hadapannya. Jam menunjukkan pukul 2.30 petang."Ya Allah aku tak solat lagi ni " kata Asyrani sendirian. Setelah membeli barang yang diingini, mereka pergi ke bas stand untuk menunggu teksi. "hisy mana pulak teksi ni? Lemah lutut aku menunggunya" rengek Anis. "kejap lagi ada lah tu"kata Asyrani. Sedang menunggu teksi tiba - tiba ade sebuah kereta Proton Wira sport yang berwarna hitam metallic ituberhenti di hadapan mereka. "Kenapa kereta ni berhenti kat sini " tanyanya dalam hati. Anis melihat terpinga-pinga. Apabila dibuka tingkap kereta, tersirap darah Asyrani apabila pemanduialah lelaki tadi di kedai Body Shop tadi, Shawal!.

Shawal keluar dari pintu keretanya dan berjalan ke arah dua gadis itu. Shawal menghadiahkan senyuman yang cukup manis hingga hampir mengegarkan jiwanya Asyrani. Dia cepat - cepat memberi isyarat kepada Anis untuk memberitahu kepada Anis bahawa ini adalah Shawal. Shawal bertanya kepada mereka "erm assalamualaikum cik berdua, nak kemana ni? boleh saya hantar cik balik sebagai tanda minta maaf pasal tadi?" Asyrani pandang kepada Anis. Dia memberi isyarat kepada Asyrani agar menerima pelawaan itu kemudian Anis bersuara "Eh kau pergilah balik dulu, aku nak jumpa Hafiz sekejap yek" kata Anis sambil tersenyum kepada Asyrani. "Eii geramnya aku, siap kau Nis, sengaja kau nak tinggalkan aku, aku belasah kau nanti " bisik hatinya sambil membalas wajahnya marah. Shawal yang dari tadi diam bersuara " emmm sudi tak balik dengan saya ni?" Asyrani teragak - agak untuk berkata – katamenjawab “tak menganggu ke? Encik kan kerja sekarang” tanya Asyrani. “oh, saya dah habis kerja dah. So macam mana, sudi tak?” tanya Shawal sekali lagi."ok" jawab Asyrani ringkas."awak nak balik mana? " tanya Shawal. "UNISEL Shah Alam"jawab Asyrani ringkas

    Dalam kereta, masing -masing mendiamkandiri. Shawal memberi tumpuan pada pemanduannya sementara Asyrani asyik mendengar lagu yang keudara di corong radio kereta. Kerap kali Shawal mencuri - curi pandang ke arah Asyrani. "comel gak budak ni " desis hati Shawal. Tiba -tiba kedengaran lagu Kaulah Segalanya nyanyian Hasrul Nizam membuatkan Shawal menguatkan lagi volume radio itu. Di lihat bibir merah Asyrani bergerak mengikut lirik lagu. Suara Shawal memecah kesunyian di dalam kereta itu. " cik suka lagu ni?" "a'ah best saya memang suka. Liriknya buat saya terpesona" jawab Asyrani. "oh samalah kita, sebenarnya saya dari tadi nak tanya ni, cik ni namanya apa?"tanya Shawal lagi. "Aduh aku lupa nk bagitau nama sendiri, bikin malu je" bisik Asyrani. "nama saya Siti Nur Asyrani tapi orang panggil Asy aje"jawabnya panjang lebar. "Wow cantik nama tu, macam tuannya juga!"kata Shawal sambil tersenyum kepada Asyrani. Asyrani hanya tersenyum malu dan memalingkan pandangannya ke depan. Makin berombak jiwanya ketika itu. Shawal sentiasa menghidupkan suasana. Ada sahaja topic yang ingin dikupas bersama Asyrani itu. Mereka berbual sehingga tanpa disedari perasaan aneh timbul dalam nurani mereka.

   Dari pemerhatian Asyrani memang Shawal seorang lelaki yang kaca, bertubuh sasa, mata yang sepet, senyuman yang menggoda dan mampu mencairkan mana-mana wanita disekelilingnya. Dia juga pandai melayan dirinya dan membuatkan Asyrani ketawa tak kering gusi. Dari cerita Shawal Asyrani mengetahui latar belakangnya,dia merupakan office boy di Ambank. Dia juga tinggal di Wangsa Maju berdekatan dengan tempat kerjanya. Anak sulong dari 4 orang adik beradik. Sedang dia mengelamun, Shawal mengejutkannya dengan berkata "Cik Asy, kita dah sampai kat gate, kat mane hostel cik?" tanya Shawal. "Oh itu bangunan yang berwarna hijau tu"jelas Asyrani. "Cantik tempat ni, sesuai dijadikan tempat belajar. Asyrani senyum sahaja. “Shawal kalau boleh saya tak nak awak bercik-cik dengan saya, just call me Asy ok" katanya sambil tersenyum. Sekali lagi Shawal terpana dengan senyuman itu, begitu indah hingga hampir terbabas kereta tadi. Shawal sedikit cuak namun masih sempat tersenyum. “opps terbabas.” Asyrani hanya tersenyum sahaja. Sampai di hostel Asyrani, Shawal berkata "sebenarnya saya nak mintak maaf sekali lagi pasal tadi" "saya suka keluar dengan awak " katanya lagi "emm boleh tak kita jumpa lagi?" tanya Shawal. Asyrani terkedu. Lama dia diam. Berfikir. "Emmm boleh ape salahnya "terketar- ketar dia menjawab. "Erm kalau begitu kita bertukar no handphone ye nanti senang saya nak call awak. Bolehkan?" tanya Shawal. Asyrani hanya mengangguk kepala dan bertukar nombor masing-masing. Selepas keluar dari kereta,Shawal mengucapkan terima kasih dan berpesan supaya menjaga diri. “malam ni saya call ok, bye" kata Shawal sambil melambaikan tangannya. Asyrani tergamam. "betulkah dia ni, nak call aku,hisy dia ni janjiayam je kot."bisik hati Asyrani namun masih lagi membalas lambaian Shawal sambil tersenyum.

   Sebaik sampai di biliknya, Anis sudah menarik tangannya duduk di birai katil kecil untuk menceritakan kejadian tadi. "Asy, cam ni kau dengan mamat tu, ada bunga-bunga cinta ke? "tanya Anis sambil ketawa kecil. Geli hati rasanya melihat rupa sahabatnya yang tak keruan apabila ditanya soalan-soalan panas ini. Maklumlah ini kali pertama Asyrani keluar dengan lelaki sepanjang mereka kenal. Dia juga hairan dengan Asyrani yang tidak pernah memiliki teman lelaki. Mungkin gadis lincah ini agak pendiam dan pemalu. "Adoi Anis relax la bagi aku mandi and sembahyang dulu. Nanti aku cerita." kata Asyrani. Selepas selesai segalanya Asyrani menceritakan apa yang berlaku ketika bersama Shawal tadi. "Amboi mamat Shawal ni, dia tu nak mengorat kau tu," kata Anis sambil mengekek ketawa. Asyrani menarik muka masam " hisy kau ni Nis, dia layan aku macam biasa je. Kau jangan fikir bukan-bukan pulak. Dahla kau dah siap ke assignment Prof Razif? Aku dah siap ni, lusa dah kena hantarkan. Tutorial Anatomy dah siap ke? "tanya Asyrani pada Anis. "ala Asy relax la, aku dah siap type tinggal nak print aje."ujar Anis. "ye lah tu, nanti kalau kau buat kerja last minute aku tak nak bagi pinjam ink printer aku kat kau."bebel Asyrani sendirian. Anis membalas dengan menjelirkan lidahnya.

silent_kid Publish time 10-9-2008 11:50 AM

Malam menjelma, Asyrani melihat Anis yang tidur disebelahnya sudah lama lena. Novel “BAGAIKAN PUTERI”sudahpun habis dibaca. "dah pukul 1 pagi ni, dia takkan callnya." bisik hatinya. Memikirkan apa yang Anis katakan petang tadi "betul ke dia nak mengorat aku? Apa yang dia nampak pada aku? "tanyanya dalam hati. Fikiran Asyrani menerawang kembali kepada 6 tahun lalu ketika dia darjah 6. Dia mengenali seorang murid lelaki. Dia sangat baik kepada Asyrani. Mereka berkawan rapat. Dahulu dia kerap kali diganggu oleh murid-murid jahat sekolah
dan sekerap itulah murid lelaki itu menolongnya. Asyrani memang kurang bergaul dengan murid perempuan kerana baginya ketika itu murid perempuan asyik menceritakan tentang lelaki, artis, kecantikan, dan banyak lagi yang buat Asyrani tidak gemar rapat dengan mereka. Jadi Asyrani selesa berkawan dengan murid lelaki. Hubungannya dengan murid lelaki agak rapat tapi bagi Asyrani hanya kawan baik sahaja walau kadang – kala mereka seperti pasangan kekasih. Suatu pagi yang hening, tika itu guru kelasnya, Puan Zaidah yang mengajar subjek Sains meminta mereka agar melakukan kerja lain kerana beliau terpaksa menghadiri mesyuarat bersama guru-guru. Beliau meminta ketua kelas, Aishamudin agar mencatit nama murid yang membuat bising. Sebaik sahaja Cikgu Zaidah keluar dari kelas, kelas yang sunyi menjadi gamat. Semasa itu Asyrani dan Fatin sedang sibuk melakukan kerja rumah matematik yang diberikan. Peperiksaan makin tiba. Wajar mereka mengulangkaji. Tiba-tiba rakan-rakan lelakinya membuat bising dalam kelas. Mereka menyanyi lagu-lagu kumpulan Backstreet Boys, Westlife, Spoon dan banyak lagi. Masing-masing tunjuk handal tapi suara mereka boleh memekakkan telinga seluruh isi kelas itu. Keadaan sudah tak terkawal lagi, Asyrani tak tahan lagi lalu menjerit"Woi! korang ni tak ada kerja rumah ke?bising memekak aje, sakit telinga aku tau tak? Kelas menjadi senyap dan sunyi hingga Asyrani dapat mendengar degupan jantungnya. “Hei Sham, kau ni tak buat kerja ke? Kau tak dengar ke Cikgu Zaidah dah pesan tulis nama budak yang bising!" jerkah Asyrani. Tiba-tiba murid lelaki yang rapat itu bersuara. 'kau tahu ku merinduimu,ku tahu kau menyintaiku,oh kasih,bersabarlah sayang,saat indah kan menjelma jua'     Asyrani menjadi tergamam. Malah bukan dia sahaja, satu kelas turut diam mendengar murid itu menyanyi lagu itu. Lepas tu, Amri berkata "fuiyyo dia nyanyi lagu jiwang kat Asy" semua orang ketawa kepada kami. Asyrani tersenyum malu sambil berkata "dah lah pi sambung kerja balik". Pipinya merona kemerahan.
Selepas dari peristiwa tersebut, mereka bertambah rapat.
Dia sanggup datang awal untuk menemani Asyrani di sekolah yang dating awal setiap hari. Rehat bersama, belajar bersama, semuanya bersama. Lama-kelamaan perasaan suka sama suka wujud dalam hatinya. Satu hari, murid itu meluahkan apa yang terbuku di hatinya. "aku suka kat kau Asy lebih dari seorang kawan". Asyrani hanya memandang Hafiz sambil tersenyum. Hafiz mengenggam erat tangan Asyrani. Sebenarnya Asyrani dan Hafiz mempunyai banyak persamaan, lahir di bulan yang sama,
bermata sepet, sukakan nombor dan warna yang sama serta berkongsi minat yang sama. Murid itu sebenarnya bernama Mohd Hafiz. Dia merupakan kegilaan ramai murid perempuan. Mana taknya, dia merupakan anak kepada guru Bahasa Inggeris sekolah tersebut. Hafiz mempunyai wajah yang cute danseakan-akan cina dengan mata sepetnya serta senyuman yang manis. UPSR makin menjelang, semua guru sibuk memberi sentuhan terakhir kepada murid-murid mereka. Di sinilah terbit cerita hubunganAsyrani dengan Hafiz di mulut guru-guru sekolah itu. Hubungan cinta mereka menjadi buah mulut setiap pelajar dan guru-guru di sekolah. Pada suatu hari semasa waktu rehat, Puan Maznah, ibu Hafiz memanggilnya ke bilik guru.    "Assalamualaikum teacher?" sapa Asyrani. "Waalaikumsalam Asyrani, saya nak jumpa kamu ini nak kebenaran yang sebenarnya berlaku. Kamu harus berterus-terang dengan saya. Apa hubungan awak dengan anak saya Hafiz?"tanya Puan.Maznah serius. "Ermmm sebenarnya saya dengan Hafiz tu tak ada apa-apa hubungan istimewa. Kami cuma rakan sekelas. Dia hanya kawan baik saya sahaja." Jawab Asyrani. Dia tidak mahu Puan Maznah tahu hubungan mereka. Biarlah mereka sahaja tahu. "Okey saya terima jawapan itu, bukannya apa saya tak suka anak saya bercinta pada usia yang sangat muda lagipun ini boleh merosakkan prestasinya sebagai pelajar terbaik sekolah kita. Saya tak nak dia hanyut. Lagipun awak ni bukan pelajar harapan sekolah. Saya selalu tengok rekod awak " kata Puan Maznah dengan bongkak. Asyrani terkedu, beberapa titis mutiara jatuh berguguran di pipinya. Dia dihina. "Asyrani tiada guna awak menangis depan saya sekarang. Jangan sangka bapa awak orang kuat sekolah ini awak nak buat sesuka hati awak. Kalau boleh saya nak awak menjauhkan diri daripada Hafiz. Biar dia tumpukan pelajaran dia dan awak boleh perbaiki rekod awak yang buruk tu. Boleh ?"pinta Puan Maznah. Asyrani berasa lututnya lemah mendengar tapi dia hanya mengangguk sahaja. Selepas itu dia meluru keluar dari bilik guru, dia berlari ke tandas sambil menangis. Ramai yang menyaksikan tertanya-tanya Asyrani menangis yang sebelum ini sentiasa ceria. Dia benar tidak sangka dia di hina sebegitu rupa. Asyrani pulang ke rumah terus masuk ke bilik tidurnya. Dia menangis lagi. Timbul perasaan dendam terhadap dua beranak itu. Sejak itu dia menanam azam agar tiada lelaki dalam hidupnya dan dia ingin membuktikan kepada Puan Maznah yang dia boleh berjaya. Selepas itu, Asyrani berusahamenjauhkan diri dari Hafiz. Hafiz berasa aneh dengan kelakuan Asyrani kerana setiap kali dia ingin berjumpa dengan Asyrani, pasti ditolak dengan seribu alasan. Semua rakannya perasan akan perubahannya. Asyrani tidak seceria dulu. Dia kelihatan murung.

silent_kid Publish time 10-9-2008 11:52 AM

dubel posting...

[ Last edited bysilent_kid at 10-9-2008 12:04 PM ]

silent_kid Publish time 10-9-2008 11:57 AM

duble posting erk...

[ Last edited bysilent_kid at 10-9-2008 12:03 PM ]

silent_kid Publish time 10-9-2008 12:01 PM

Suatu hari pada waktu pagi, ketika itu kelas masih lagi kosong melainkan Asyrani dan Hafiz. Namun Asyrani hanya mendiamkan diri. Asyrani kelihatan bersungguh-sungguh mengulang kaji pelajaran walaupun di dalam hatinya bergelora melihat dirinya diperhatikan Hafiz. Tiba-tiba Hafiz menyapanya, "hai Asy!" "hai Hafiz"jawab Asyrani hambar. Senyumannya tak ikhlas. "kau ni kenapa? Kebelakangan ni kau jadi pendiam, dengan aku pun kau tak nak cakap. Kau ada masalah ke? Kalau ada aku boleh tolong." Ujar Hafiz lembut. "Aku ok aja, aku kan sibuk study, 2 minggu lagi kan nak UPSR, kenalah perah sikit otak aku ni"jawab Asyrani selamba. Hafiz tau bukan jawapan itu yang dia harapkan. Tetapi dia tidak ingin mendesak Asyrani. Mungkin satu hari nanti dia dapat jawapannya. Pejam-pejam celik UPSR datang dan pergi. Setelah sebulan UPSR tamat, keputusan diumumkan seperti biasa pelajar yang menjadi harapan sekolah, Hafiz telah dinobatkan pelajar terbaik sekolah manakala Asyrani hanya pasrah dengan mendapat keputusan yang kurang membanggakan. Hafiz mendapat tawaran bersekolah di MRSM di Melaka manakala Asyrani memilih untuk bersekolah di MGSS, iaitu sekolah jenis perempuan. Ini membolehkannya mengelak dari berjumpa dengan mana-mana lelaki lagi. Dia serik dihina. Dia masih ingat sebelum Hafiz berangkat ke sekolahnya, dia meminta untuk berjumpa dengan Asyrani. "Asy, kali ni aku nak kau berterus terang dengan aku, kenapa kau berubah? Kau dah tak macam dulu. Kau benci aku? apa yang aku dah buat pada kau?" "kau tak sayang kat aku ke?" tanya Hafiz bertubi-tubi. Asyrani hanya membatukan diri. Suasana hening sebentar, kemudian Asyrani menjawab "Hafiz, kita ni memang tak ada apa-apa hubungan istimewa dan tak boleh ada. Aku harap kau faham dan kalau boleh aku nak kau lupakanlah aku buat selama- lamanya. Anggaplah kita ni tak ada jodoh dan tak pernah kenal pun. Sudahlah aku ada hal ni, aku harapkan kau berjaya nanti. Anggap ni pertemuan terakhir kita. Assalamualaikum." Ucap Asyrani panjang lebar. Dia terus berlalu pulang ke rumah dengan rasa hiba meninggalkan Hafiz terpinga-pinga.Sejak itu mereka tidak lagi bersua. Sejak dari itu juga Asyrani tekad untuk berusaha bersungguh-sunggug dalam pelajaran untuk membuktikan kepada Puan Maznah bahawa dia boleh berjaya walaupun Hafiz tiada di hatinya. Dia tidak lagi mahu orang lain memandang rendah kepada dirinya. Sewaktu dia tingkatan satu, sengaja dia memilih sekolah menengah perempuan. Semuanya untuk mengelakkan dirinya terluka dan dihina lagi. Dia bahagia bersekolah di sana. Namundia mengalami pelbagai rintangan sewaktu peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia hampir menjelma. Dia kehilangan orang yang disayanginya. Namun itu tak dapat melunturkan semangatnya. Dia juga pernah menjadi murung dan putus asa kerana mengalami tekanan yang hebat tapi rakan-rakannya memberi semangat. Akhirnya dia bangkit semula. Di saat mengambil keputusan SPM, dia melihat slip putih itu, walaupun keputusannya tidak begitu cemerlang namun lebih baik dari jangkaannya. Dia telah mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang diploma pengimejan perubatan di UNISEL iaitu sekarang. Kini pun dia tkurang bergaul rapat dengan mana-mana lelaki. Dia betul-betul ingin membuang Hafiz jauh-jauh. Walau kini, tiada lagi perasaan cinta kepadanya tapi dia masih teringat waktu terindah mereka berdua. Asyrani pernah mendengar khabar berita dari rakannya yang pernah menjadi ex-girlfriendnya, Salma bahawa Hafiz seorang lelaki yang playboy dan sering bertukar-tukar teman wanita. Sekarang dia mendapat tahu bahawa Hafiz sudah berpindah ke tempat lain. Dia sama sekali tidak tahu dan tidak mahu mengambil kira perkara ini. Dia sedar cinta pertama sukar dilupakan namun dia berazam untuk menutup pintu hatinya kepada mana-mana kumbang lagi. Dia berjanji pada dirinya selagi tiada yang menggetarkan naluri hatinya pintu hatinya tertutup rapat bagai dirantai dan dikunci kemas!    Tiba-tiba lamunannya tersentak akibat telefonnya berdering. Kedengaran lagu 'Izinku Pergi' nyanyianKaer. Dia melihat skrin telefon. "Ya Allah" kata Asyrani dalam hati. Dia terkejut melihat nama pemanggil itu SHAWAL!!, dia melihat jam dindingnya,jam menunjukkan pukul 3 pagi. "eh mamat ni, aku ingat dia main-main
aje, macam mana ni nak jawab ke tak" desisnya. Butang hijau ditekan untuk menjawab panggilan Shawal. "Assalamualaikum, hai Asy." sapa Shawal. Kedengaran suaranya sungguh merdu hingga membuatkan jiwanya berombak kencang. "Waalaikumsalam hye" jawab Asyrani. "Eh, dah pukul 3 pagi, awak tak tidur lagi ke?" tanya Shawal. "belum lagi, tengah mengelamun aje" jawab Asyrani terketar-ketar "Oh, mengelamun kat boyfriend ke, maaflah kalau menganggu awak" ucap Shawal. Kedengaran hambar suaranya. Asyrani tergelak mendengar kata-kata Asyrani lantas menjawab "kalau saya tengah mengelamun pasal boyfriend saya, im sure I will not answer your call, saya ni mana ada boyfriend, maklumlah saya ni taklah cantik". "aduh merdunya suara dia ketawa" desis hati Shawal. Makin rancak Shawal bercakap.
Dia membalas "oh mengelamun kat saya ke? Mustahil tak ada orang suka kat awak. Mereka pasti buta. You're very beautiful." bisik Shawal kepada Asyrani. Dia terdiam seketika. Tak pernah ada orang memujinya lagi sebelum ini. "taklah teringat kisah masa kecik-kecik dulu" jawab Asyrani yang masih lagi tergamam. "saya ni saja-saja call awak nak dengar suara sebelum tidur, tak apalah awak saya tutup telefon dulu ya, selamat malam, mimpikan saya tau, Assalamualaikum"ucap Shawal sambil ketawa. "okey, night waalaikumsalam" jawab Asyrani. Asyrani menutup telefonnya. Hatinya bergolak. "adakah dia mencuri hatiku?" tanyanya kepada hati. Dia tahu dalam hatinya Hafiz tiada lagi. Namun dia hanya membiarkan soalan itu tidak berjawab. Baginya cukuplah sekali dia dihina. Dia takut membuka pintu itu lagi!

silent_kid Publish time 10-9-2008 12:06 PM

salam sume...
ni posting pertama asy....
asy bru je blaja mao mnulis...
arap anda sume bc n bg komen yg mmbina.....

aGoGo!!:loveliness: :loveliness:

ykamy Publish time 10-9-2008 12:38 PM

ok gak criter ni....jgn lupa tambah lagi yek....tambah secukup rasa...

juliet80 Publish time 10-9-2008 02:09 PM

pmulaan yg mnarik ....






:pompom: :pompom: :pompom:

MsAnonymous Publish time 10-9-2008 02:17 PM

urm..dear..
adjust sket perenggan leh? sakit mata anon baca...

nampak menarik...me menunggu sambungannya :)

zakim08 Publish time 10-9-2008 02:57 PM

memang cerita ni menarik dan sentiasa menunggu sambunganya.

silent_kid Publish time 10-9-2008 04:19 PM

thnx so much pd yg mmbc...
asy hargai....
hikxxx.....
nnti asy btolkan prenggannyer...
hhuhuhuuh

jasamu dikenang!!!:loveliness: :loveliness: :loveliness: :loveliness:

qimi08 Publish time 10-9-2008 09:32 PM

Oklah untuk cite pertama nak komen iklas ye jgn ambil hati.....dailog untuk budak2 UPSR tu kurang sesuai sikit tapi blh dibaiki lagi...
Teruskan qimi menanti enty seterusnya

nor_hh Publish time 11-9-2008 12:17 AM

nice try..
bole cube lagi..
cite pon ok..jgn lupe update lagi yer:D :D

silent_kid Publish time 11-9-2008 01:40 AM

Reply #13 qimi08's post

hikxxxx...
ye erk....
:loveliness: :loveliness: :loveliness: :loveliness:

thnx shume...:loveliness: :loveliness: :loveliness: :loveliness:

qimi08 Publish time 11-9-2008 12:49 PM

Reply #15 silent_kid's post

Loh npk nama silent_kid ingat dah ada sambung he he he adik masih study lagi ye

silent_kid Publish time 11-9-2008 01:28 PM

Reply #16 qimi08's post

heheheeh
a;ah...stil study lg...
novel tu da lme siap...
esok asy donlod....
:loveliness:
:loveliness: :loveliness: :loveliness:

alia_hus Publish time 11-9-2008 03:31 PM

download dik jgn tak download ye. pastu download byk2 ekkk

nhid_tam Publish time 11-9-2008 03:57 PM

sambung la lg...

best jgk..:$

raudah Publish time 11-9-2008 05:09 PM

adoyyy..panjangnya weyy:L :L

wajah mempesonakan:lol: mcm lawak jekkk:lol: kacak ke mantap ke...ok gak weyy:lol: wakakakaka...lu suruh komen kan:lol: wa baru basa 1at post...yg lain nanti wa komen ekk:lol: anywayyy....citer tu ok...citer yg bes lagi byk berkata-kata dr penerangan...hehehehhehe
Pages: [1] 2 3 4 5 6 7 8 9 10
View full version: ::Novel Muzikal Kaulah Segalanya:: ~episod 15 last part~ TAMMAT


ADVERTISEMENT