amazed Publish time 22-8-2008 07:06 PM

Raja Bhumibol of Thailand, update: semakin pulih..

Post Last Edit by amazed at 18-10-2009 06:54

Bhumibol dinobat raja terkaya di dunia
22/08/2008

NEW YORK 22 Ogos ?Raja Thailand, Bhumibol Adulyadej dinobat sebagai raja terkaya di dunia dengan anggaran aset sebanyak AS$35 bilion (RM116.897 bilion).

Majalah Forbes dalam edisi terbarunya melaporkan, kekayaan Bhumibol itu jauh melebihi Sheikh Khalifa Zayed Al Nahyan dari Abu Dhabi yang nilai hartanya dianggarkan sebanyak AS$23 bilion (RM76.9 bilion).

Menurut majalah itu, Biro Harta Diraja yang menguruskan kekayaan keluarga diraja Thailand mendedahkan, antara harta Bhumibol, 80, ialah hartanah seluas 1,413 hektar di Bangkok.

Menurut majalah itu, jumlah kekayaan 15 kerabat diraja terkaya di dunia meningkat kepada AS$131 bilion (RM437.8 bilion) berbanding AS$95 bilion (RM317.9 bilion) tahun lepas.

Peningkatan harga minyak dunia turut menyaksikan kerajaan diraja di Asia Barat dan Asia terus menguasai senarai raja terkaya di dunia.

Tempat ketiga dalam senarai Forbes jatuh kepada pemerintah Arab Saudi, Raja Abdullah Abdul Aziz, 84, yang mewarisi takhta Al-Saud pada 2005 dengan aset sebanyak AS$21 bilion (RM69.7 bilion)

Pemerintah Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, 62, yang sebelum ini mendominasi senarai raja paling kaya, jatuh ke tempat keempat dengan nilai harta AS$20 bilion (RM66.4 bilion) diikuti dengan Sheikh Mohamed Rashid, 58, dari Dubai dengan aset sebanyak AS$18 bilion (RM59.7 bilion).

揝ultan Brunei yang mewarisi kekayaan menerusi takhta kesultanan berusia 600 tahun itu jatuh ke tempat keempat kerana negara itu terpaksa mengurangkan pengeluaran minyak untuk memenuhi keperluan simpanan,拻 lapor Forbes dalam laman webnya.

Tempat keenam dipegang oleh Putera Hans-Adam II, 63, dari Leiechtenstein dengan harta sebanyak AS$5 bilion (RM16.6 bilion).

Bagaimanapun, bank LGT yang menjadi sumber kekayaan keluarga diraja itu kini disiasat oleh Amerika Syarikat (AS) atas dakwaan membantu golongan kaya mengelak daripada cukai.

Berada di tangga ketujuh ialah Raja Qatar, Sheikh Hamad Khalifa Al-Thani, 56, mempunyai harta bernilai AS$2 bilion (RM6.6 bilion), di atas Raja Mohammed VI, dari Maghribi dengan harta sebanyak AS$1.5 bilion (RM4.97 bilion).

Manakala berada di tangga kedua terakhir, Raja Monaco, Putera Albert II, 50, dengan kekayaan sebanyak AS$1.4 bilion (RM4.6 bilion) dan terakhir Sultan Qaboos Said dari Oman dengan aset sebanyak AS$1.1 bilion.

?AFP


http://images.encyclopedia.com/ency4beta_getimage.aspx?id=2793158&hero=yes
Bhumibol Adulyadej


http://www.thai-blogs.com/media/royalfamily.jpg

RM76.9 billion?????? :funk:

[ Last edited byamazed at 6-12-2008 02:11 PM ]

Yed Publish time 22-8-2008 08:05 PM

sultan kat malaysia yg ke berape???

noryla Publish time 22-8-2008 09:55 PM

xtau la duk no bape..

Lady-N Publish time 22-8-2008 11:41 PM

fuiyyohh..... kayeee tuu...:lol:

*** raja cambodia adalah seorang gay***

ladida Publish time 23-8-2008 02:03 AM

Originally posted by Yed at 22-8-2008 12:05 PM http://malay.cari.com.my/images/common/back.gif
sultan kat malaysia yg ke berape???

tader lam top 100 ...mimpi jer lar huhuhuhu ;Pnak cecah 1 billion tu pon sakit lar....tapi mungkin anak sultan perak yg pompuan tu ader gak la lam list...lupa lak haku dia nama aper...

KartaNegara Publish time 23-8-2008 02:56 AM

Di tangga ke 26 terkaya di Malaysia Y.A.M Raja Datuk Seri Eleena Raja Azlan Shah, 47thn, RM 830juta, Gamuda

http://warkah.com/40-richest-malaysian-for-2008/

nanamiri Publish time 23-8-2008 04:57 AM

Sultan brunei jatuh ke tempat ke empat....

ni mesti gara2..... tak leh cakap...sensitip....:P

ZacharyDerwoods Publish time 23-8-2008 05:49 AM

Reply #7 nanamiri's post

aku paham maksud ngko.... :P :P :L :L

ladida Publish time 23-8-2008 06:36 AM

Originally posted by nanamiri at 22-8-2008 08:57 PM http://malay.cari.com.my/images/common/back.gif
Sultan brunei jatuh ke tempat ke empat....

ni mesti gara2..... tak leh cakap...sensitip....:P

hahahaha aku tau mamat gemok rambut tegak ke atas yg splash money like a drain dekat international celebrity tu kan....like jade goody, amy winehouse, fay dunaway ...saper lagik ekkkk ;P ;P ;P

nanamiri Publish time 23-8-2008 09:36 AM

Reply #8 ZacharyDerwoods's & ladida's post

mun paham bisai:lol: :lol: :lol: :lol: :lol:










peace:victory:

urban_ann Publish time 23-8-2008 12:36 PM

sultan brunai no bpa???dah jatuh ker byk sgt buang duit jemput artis hollwood utk bufday kot hehehhe

HangPC2 Publish time 23-8-2008 02:45 PM

Ada dengar citer (kontroversi) lah Raja Bhumibol Pernah Tembak abang diermasa muda....


http://www.asiafinest.com/forum/index.php?showtopic=169308&hl=Bhumibol

pepari88 Publish time 23-8-2008 02:52 PM

malaysia nye no 26......:L :L :L :L

phlox Publish time 24-8-2008 10:19 PM

raja malaysia perasan kaya

arnabkiut Publish time 25-8-2008 05:10 PM

pak dolah n the geng tk masuk list kee
eh lupe...dia bukan kerabattt

wahhahahahhahahhah

kuehdonat Publish time 26-8-2008 09:29 AM

Ntah kenapa, aku seram tgk raja2 belah2 siam ni.. Tgk ajer mikerofon dia, ber emas2 bagai.. Tu lom masuk cincin + rantai lagik.. :mad: :mad:

lambaian Publish time 28-8-2008 12:07 PM

Reply #13 pepari88's post

katne nak tengok senarai penuh ek???

lizz_7777 Publish time 29-8-2008 02:37 AM

Dah kaya sangat tu bak la sini sikit:loveliness:

lizz_7777 Publish time 29-8-2008 02:38 AM

Tumpang lalu nak tambah kredit jer:)

yosh Publish time 30-8-2008 09:42 PM

adoi...kayanye...
Pages: [1] 2 3
View full version: Raja Bhumibol of Thailand, update: semakin pulih..


ADVERTISEMENT