mrbean2811 Publish time 16-8-2008 01:20 AM

KISAH MENTERI BESAR PERAK.....

Patut ler Sultan Perak beria nakkkan beliau jadi Menteri Besar.....

Terharu dengan 'petugas' ber'tshirt' pagoda yang kini seorang MB                                                                                                                                                                                                                                                                                                                Tarmizi Mohd Jam                                       
                                                                Sat | Aug 02, 08 | 12:35:25 pm MYT                                                                                                                                                        Walaupuncerita lama, terungkap di dalamnya kesedaran dan ukhwah sesama manusia.Bahkah lebih dari itu, terasa kemesraan dan tingginya nilai pertolongansewaktu terdesak. Semuanya ini terjadi, ketika negara terkejut denganisu "Deepa raya".

Rakan saya, yang kini Timbalan Pesurujaya PASWilayah Persekutuan, Ustaz Nazir Zakaria menceritakan pengalamannyaitu. Suatu ketika keretanya pernah mengalami kerosakan gearbox di Lebuh Raya Utara Selatan, dekat susur keluar Tapah.
Ustaz Nazir berasal dari Kuala Kedah tetapi sudah lama menetapdi Putrajaya. Kerosakan kereta itu terjadi sewaktu beliau hendak keKuala Lumpur.
Setelah tercari-cari siapakah yang boleh membantu, beliaumenghubungi Setiausaha PAS Putrajaya, Wan Hasrul Affendi. Kebetulankereta Proton itu dipinjam darinya dan Ustaz Nazir adalah Yang DipertuaPAS Putrajaya. Wan memberikan nombor telefon yang boleh dihubungi dikalangan aktivis PAS Perak.
Ustaz Nazir menghubungi nombor tersebut. Amran Harun, pemiliknombor telefon itu memberi jaminan akan menghantar seseorang ke sana.Ketika itu, Amran adalah Setiausaha Jabatan Pilihan Raya PAS (JPN)negeri berpangkalan di Ipoh. Tidak lama kemudian, seorang petugas PASsampai dan membawa Ustaz Nazir serta kereta tersebut ke sebuah bengkel.
Sikap bertanggungjawab Amran cukup terpuji. Setelah semingguberlalu, Amran sendiri menghantar kereta yang sudah siap dibaiki kerumah Ustaz Nazir di Putrajaya, dari Kampar. Amran juga adalahSetiausaha PAS Kawasan Kampar, waktu itu.
Ketika ummat Islam mahu menyambut hari raya Aidulfitri, yangdikongsikan oleh kerajaan Barisan Nasional dengan hari raya Depavalidan disebut "Depa Raya", sekali lagi Ustaz Nazir ditimpa kecelakaan.Tayar kereta Citra miliknya terbelah akibat terlanggar gigi jalan yangagak tajam di stesyen Petronas Hentian Rehat Tapah.
Ustaz Nasir bersama isteri dan anak-anak dalam perjalanan ke Kuala Kedah. Untuk berhari raya di kampong.
Waktu itu, tiada satupun kedai beroperasi kerana esoknya umatIslam akan menyambut hari raya Aidulfitri. Dan hari tersebut pula,orang sibuk menyambut hari raya Depavali. Ustaz Nazir bertambah panik,tiada tayar simpanan dalam kereta.
Tiba-tiba, beliau teringat Amran Harun yang pernah menolongnyakira-kira setahun sebelum itu. Beliau terus menghubungi Amran.Nampaknya, Amran masih mengenal Ustaz Nazir dan berjanji akanmenghantar "petugas" ke Hentian Rehat Tapah itu dalam masa 30 minit.
Ketika itu, umat Islam masih berpuasa dan esok akan menyambuthari raya. Bayangkanlah, terbelahnya tayar kereta itu dalam suasanaterik matahari. Tayar simpanan tiada. Selang beberapa minit, telefonberbunyi. Seorang "petugas" terus bertanya Ustaz Nazir, saiz tayar danjenis tayar bagi memudahnya mendapatkan tayar berkenaan.
Kira-kira 30 minit kemudian, "petugas" berkenaan sampai danmembawa tayar terpakai. Seorang yang sederhana kurus, bercermin matadan kelihatan peramah. Barangkali "petugas" itu tinggal tidak jauh dariTapah.
Malangnya, tayar yang dibawa (terlekat bersama rim) tidaksesuai dengan kedudukan skru pengikat rim. Akhirnya, "petugas" itumengajak Ustaz Nazir mencari kalau-kalau ada kedai atau bengkel yangberoperasi hari itu sekitar pekan Tapah.
Dengan menaiki kereta "petugas" itu, mereka menuju PekanTapah. Semua kedai kelihatan tertutup kaku. Tiada satupun bengkel yangmembuka pintunya. Tiada juga kedai tayar yang menggamit pelanggan hariitu. Semua bercuti, sebab hari itu hari raya Depavali dan esok hariraya Aidulfitri.
"Petugas" itu melurukan keretanya ke arah Pekan Bidor. Jauhjuga perjalanan dari Tapak ke sana. Patah semula ke arah Kuala Lumpurmengikut jalan lama. Mereka bernasib baik, terdapat satu bengkel yangmasih beroperasi. Dan ada pula, tayar yang dicari-cari.
Dari jalan lama itu, mereka keluar ke susur Bidor dan masuksemula ke Lebuh Raya Utara Selatan menuju Hentian Rehat Tapah, tempatkereta Ustaz Nazir ditinggalkan bersama anak dan isterinya. Sebaiktiba, "petugas" itu terus membuka baju kemejanya. Yang tinggal hanyatshirt pagoda nipis berwarna putih.
Ustaz Nazir cuba untuk membantu tetapi ditegah oleh "petugas"itu. Kerana katanya, ini sudah jadi tanggungjawab beliau untuk menolongsesiapa sahaja khususnya ahli-ahli PAS sepanjang lebuh raya mahupunjalan lama yang merentasi negeri Perak.
Amranpun pernah memberitahu perkara itu. "Petugas" itu jugamengesahkan bahawa mereka ada team yang boleh dipanggil, jika berlakumusibah menimpa ahli-ahli PAS sepanjang perjalanan. Baik membabitkankereta, motosikal mahupun kenderaan lain.
Peluh jantan mencurah-curah keluar. "Petugas" itu terus gigihmemasang semula rim kereta. 'Tshirt' pagodanya sudah lenjun basah.Terik mahatari bukan kepalang. Hari itu, umat Islam berpuasa. Tentusekali letih, dahaga dan tidak bermaya. Namun, "petugas" itu tekunmenjalankan amanah parti, menolong sesama manusia.
Setelah selesai, dan "petugas" itu mengesat peluhnya, diamengenakan semula baju kemejanya. Ustaz Nazir menghulurkan sedikit wangsebagai sagu hati. "Petugas" itu menolak, kerana katanya dia menolongdengan ikhlas. Bukan untuk mendapatkan wang.
Sebagai tanda ukhwah, rasa tanggungjawab dan tidak sampai hati,Ustaz Nazir menjadi serba-salah dengan penolakan "petugas" itu. UstazNazir terus menghulurkan duit saguhati itu, kalau "petugas" itu tidakmahu menerimanya, beliau minta dimasukkan ke dalam tabung jamaah (PAS).
Sambil berpeluk-pelukan, Ustaz Nazir mengucapkan berbanyakterima kasih kepada "petugas" yang cukup baik hati itu. Beliaumenghulurkan kad nama kepada "petugas" itu, kalau-kalau selepas iniboleh berjumpa di mana-mana, makan-makan sebagai tanda ukhwah.
"Ustaz Nazir Zakaria. Oh... Ustaz, Bendahari PAS Wilayah. JadiYang Dipertua Kawasan Putrajaya juga," kata "petugas" itu sambilmembaca bait-bait yang ditulis pada kad nama Ustaz Nazir. "Petugas" itujuga turut mengeluarkan kad namanya dan menghulurkan kepada UstazNazir.
"Ini kad ana. Manalah tau, kalau-kalau berlaku apa-apa, hubungiterus ana," ujar "petugas" itu sambil menghulurkan sekeping kad namakepada Ustaz Nazir.
Tertera pada kad itu, nama Ir Mohamad Nizar Jamaluddin;Bendahari Badan Perhubungan PAS Perak dan (Yang Dipertua PAS KawasanKampar, Perak). Rupa-rupanya, "petugas" itu adalah kini, Menteri BesarPerak Darul Ridzuan dan Amran Harun pula menjadi Pegawai Khas beliau.

gelupur Publish time 16-8-2008 02:32 AM

yg dibawah pasti akan berada diatas kelak

auntie_girl Publish time 16-8-2008 08:11 AM

sah kopi pes ni...huhu...pening plak nak baca panjang2 ni:L

even ada paragraph,tapi takder spacing pulok:shakehead3:

iamazue Publish time 16-8-2008 08:27 AM

wowww.. dari mana dpt story ni....

yankee_doodle Publish time 16-8-2008 10:10 AM

citer best

kekbelacan Publish time 16-8-2008 01:58 PM

MB johor?:lol:
MB perlis dulu tu ? ;P

starcity Publish time 16-8-2008 03:26 PM

artikel ni dah penah kuar kat board Current issues

yusyanti Publish time 16-8-2008 04:45 PM

kisah benar kah ni......
sbg perakian..
rasa :loveliness:

atreyu05 Publish time 16-8-2008 06:23 PM

bagusnye ada petugas task force

abangbikerz Publish time 16-8-2008 07:24 PM

Reply #1 mrbean2811's post

yg pasti ustad yg pancit tayar tu memang mangkuk, dah tau nak long distance sediakan le tayar spare apparaaa:@ :@ :@

atreyu05 Publish time 16-8-2008 08:39 PM

Reply #10 abangbikerz's post

betol tu
kan kan kan
dh tau nk jln jauh
p la serbis keta dulu
cek2 pape yg patot:shakehead3: :shakehead3:

Yed Publish time 16-8-2008 08:51 PM

Reply #1 mrbean2811's post

panjangnye nak baca...

zzola Publish time 16-8-2008 11:55 PM

mb Perak ni kalau tengok penampilan dia dan keluarga secara kasar memang jauh beza dari MB BN lah



http://i40.photobucket.com/albums/e211/zzola/withhubby.jpg

zzola Publish time 16-8-2008 11:56 PM

http://i40.photobucket.com/albums/e211/zzola/IMG_1629.jpg

zzola Publish time 16-8-2008 11:56 PM

mempunyai 8 org anak, 5 lelaki 3 perempuan

zzola Publish time 16-8-2008 11:59 PM

http://i40.photobucket.com/albums/e211/zzola/DSC00687.jpg


diambil dari blog isteri MB sendiri, Datin Sri FAtimah TAAT

zzola Publish time 16-8-2008 11:59 PM

Anak MB Perak dalam Majalah I-Remaja      
Pandangan pertama pada Faatihah Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin, 24, orangnya tenang dan terkawal. Mungkin kerana sebagai anak sulung, dia mempunyai tanggungjawab besar dan menjadi anak harapan keluarga. Bapanya baru beberapa bulan menjadi Menteri Besar Perak, walau semuanya masih baru, gadis berkulit cerah ini mahu segalanya berjalan lancar terutama perjalanan jadual kerja ibunya. Dahulu menjaga adik-adik kini orang kuat ibunya pula.

Faatihah yang dipanggil Kak Yong dalam keluarganya senang mesra membuatkan kita selesa bersamanya, bagaikan sudah kenal lama. Sifat ibu dan bapa, nampaknya diwarisi gadis manis ini. Namun, dalam kelembutannya, semakin lama bersembang, kita tahu dia seorang yang tegas dan berani.

Setahun yang lalu, Faatihah menjadi guru sementara mengajar Bahasa Arab, mengaji Al-Quran dan fardu Ain. 揃aru setahun lebih saya balik dari Jordan, tahun ini memang rancang hendak mula bekerja, mungkin selepas keadaan lebih terurus dan teratur maklumlah semuanya masih baru. Sekarang tanggungjawab dan perhatian saya lebih kepada emak dan abah yang memerlukan bantuan saya. Terutama emak, saya jadi pembantu dan penasihat tidak rasmi tetapi ia satu tugasan yang penting dan tidak boleh dipandang remeh.

zzola Publish time 17-8-2008 12:00 AM

http://i40.photobucket.com/albums/e211/zzola/1.jpg

danielamri Publish time 17-8-2008 01:10 AM

artikel tu dari harakah

miszmrs Publish time 17-8-2008 02:01 AM

:loveliness: :loveliness: :loveliness: :loveliness: :loveliness:
Pages: [1] 2 3 4
View full version: KISAH MENTERI BESAR PERAK.....


ADVERTISEMENT