amazed Publish time 5-8-2008 11:03 AM

ribut puting beliung edouard hala ke texas dan louisiana

Ribut Edouard kini menghala Texas, Louisiana


GALVESTON (Texas): Penduduk di pesisir pantai Texas dan Louisiana kini diarah bersiap sedia bagi menghadapi ribut tropika Edouard dari lautan panas di Teluk yang turut mengakibatkan puting beliung.

Di Louisiana, Govenor Bobby Jindal mengisytiharkan darurat di dua kawasan - Vermilion Parish dan Cameron Parish serta mengarahkan ribuan penduduk untuk berpindah dari pesisir pantai yang dikhuatiri menyebabkan gelombang dan banjir besar.

Ribut itu dijangka melanda selewat-lewatnya hari ini di barat Louisiana sehingga ke Port O扖onnor, di Texas.


Kedatangan ribut itu dijangka memburukkan lagi keadaan kerana di Texas sekarang adalah musim melancong apabila suhu mencecah 38 darjah Celsius.

Ribut Edouard biasanya membawa puting beliung Dolly yang melanda kawasan sesak penduduk di Selatan Pulau Padre pada 23 Julai lalu.

Laporan kaji cuaca menyebut ribut Edouard biasanya melanda bahagian barat Galveston, yang dipenuhi kira-kira 60,000 orang atau sekali ganda lagi jumlah pelancong di kawasan itu. - AP



ribut pulak... baru aje habis banjir ... bencana dan malapetaka selalu benor jadik kat amerika nih...

gasing Publish time 5-8-2008 12:18 PM

padan muka bush.. :L :L :L

amazed Publish time 5-8-2008 08:36 PM

Ribut tropika Edouard melanda Texas


MIAMI: Ribut tropika Edouard melanda bahagian utara pesisir pantai Texas dengan kekuatan angin 100 kilometer sejam, petang tadi.

Pusat Ribut Kebangsaan Amerika melaporkan ribut itu melanda kira-kira jam 12 tengah hari waktu tempatan. - AFP


sampai dah!!:funk:

alphawolf Publish time 6-8-2008 09:25 AM

Tu kira nasib baik jugak tu ribut tu diklasifikasi sebagai ribut tropika...kalau dah naik taraf jadi hurricane.....

cluesan Publish time 6-8-2008 11:45 PM

Reply #2 gasing's post

tapi tu melibatkan ramai orang yg tak bersalah. Bush sedap je dok kat White House. :sweat3:

p.s Pernah tgk clip Hurricane Category 5, memang ngeri... :funk:

TipinTakTipu Publish time 7-8-2008 12:17 AM

kesian kat member aku kat sinun.. harap2 tak kena kuarga dia

cluesan Publish time 7-8-2008 12:27 AM

Reply #6 TipinTakTipu's post

kan..? klu ada apa2 pasal nature disaster kat US, orang kata padan muka orang putih, padahal banyak orang2 kita kat sana. klu kena kat ahli keluarga sendiri mcm mana. even klu White House kena bom dan suma dalam tu mati, termasuk Bush, mesti orang kata padan muka. tak pulak fikir orang lain yg bekerja dalam white House tu. :shakehead3:

p.s Klu Bush kena snipe dan mati, tu boleh kata padan muka. ;P
Pages: [1]
View full version: ribut puting beliung edouard hala ke texas dan louisiana


ADVERTISEMENT