ajijah Publish time 4-8-2008 11:31 PM

TCP/IP Properties

http://sis.berkeley.edu/SIS/sis-training/graphics/tcp-ip-properties.gif

aku nak tanya pasal tcp/ip properties

dlm cth gambarajah di atas

ip address, subnet mask, default gateway, dns server/alternate dns server

semua tu kita dpt dari mana ?
adakah isp cth streamyx yang akn bagi kat kita..atau kita buat sendiri suka hati nak letak apa2 nilai
mana satu yang dorang kan bagi ?
mana satu yang tetap dan mana yang boleh berubah2

aku konpius ni..dan adakah setting mcm dalam gambar hanya untuk more than 2 pc

sesiapa yang boleh explain dgn detail....

aku tau info byk di internet..tapi susa nak faham....

kalau ikut term kamu mcm kamu explain benda ni
ip address, subnet mask, default gateway, dns server/alternate dns server

terima kasih

p/s: aku bukan orang IT

[ Last edited byajijah at 4-8-2008 11:33 PM ]

juju_amin84 Publish time 4-8-2008 11:54 PM

Reply #1 ajijah's post

auto detect .....nih kalo kt umh ak ler...:loveliness:
kt opis ak each person ader unik ip..so ak mmg hafal ler ip ak kt opis..:$

cluesan Publish time 5-8-2008 12:16 AM

ok mcm ni. setting yg sedang ko guna ni dipanggil static IP setting, di mana setting ni ditentukan oleh user sendiri. selalunya kalau guna static IP ni, dia hanya menggunakan modem untuk sambungan kepada internet. kalau guna setting Obtain an IP Address Automatically, tu adalah Dynamic IP setting, di mana semua, termasuk IP Address, Subnet Mask, Gateway dan DNS ditentukan oleh router. kalau ada router, boleh la guna dynamic IP address. kita sebenarnya kena tahu jugak setting untuk IP ni (kalau nk guna static IP), tak boleh letak sebarangan.

IP : Internet Protocol ni senang cite, adalah cara untuk membolehkan komputer ko menerima data daripada internet.
IP Address : IP Address ni merujuk kepada IP komputer ko. bagaimanakah komputer lain hendak tahu kewujudan komputer ko? IP Address ni kira macam kad pengenalan untuk komputer ko.
Subnet Mask : Subnet Mask ni gunanya untuk tentukan network ni di dalam Subnet yang mana satu. Juga menentukan network yang sedang digunakan sekarang ni adalah dari Kelas Network yang mana satu. Contoh: 255.255.255.0 adalah Kelas C. dan jika mcm contoh ko, 255.255.255.128, bermaksud network yg ko guna ni adalah dari kelas C.
Default Gateway : Default Gateway ni adalah IP bagi router/komputer yang disambung kepada router yang menyambungkan komputer ko kepada Internet.
DNS : DNS (Domain Name System) Komputer sebenarnya tak kenal pun address macam www.yahoo.com. Mereka hanya kenal IP address sahaja. Dalam contoh ni, IP www.yahoo.com ialah 209.191.93.52. Klu ko taip kat address bar www.yahoo.com, DNS ni akan terjemahkan kepada 209.191.93.52. So senang cite DNS ni adalah alat penterjemah.
Preferred DNS Server : ISP mempunyai server/komputer yang mempunyai sevis DNS ni. so kat sini simply ko kena letak IP address komputer tersebut.
Alternate DNS Server : Jika Preferred DNS server tu tak leh pakai, server yang ni akan dirujuk, kira back-up la.

Ni adalah setting Streamyx yang biasa/standard. (NI setting PC aku. aku guna router dan static IP Address)
IP Address : 192.168.1.2
Subnet Mask : 255.255.255.0
Default Gateway : 192.168.1.1
Preferred DNS Server : 202.188.0.133
Alternate DNS Server : 202.188.1.5

orang_letrik Publish time 5-8-2008 05:18 AM

Reply #1 ajijah's post

akak gune static IP..sebab akak yang masukkan sendiri

selain tu, akak boleh gune dynamic IP..DHCP (dynamic host configuration protocol) yang tentukan

tapi tak bape nak dynamic sangat la..sebab sekali akak dah gune dynamic.

esok akak on pc pon still gune IP yang sama...tu namanya miracle of network

sebab network hardware dapat detect dan point ke satu-satu pc

selepas pc tu di'declare' ke dalam sesuatu network.

untuk akak kenal ape IP yang akak sedang gunekan, akak boleh taip:

WINDOWS BASED:

   - start --> run --> cmd

   - type: # ipconfig

LINUX BASED:

   - open terminal

   - # ifconfig

sebenarnya terpulang kepada individu mahupun sesebuah organisasi nak tentukan

IP dynamic atau IP static...sebab masing-masing ada kelebihan tersendiri

utk IP static, senang untuk melakukan kerja-kerja yang berkaitan dengan network

sebagai contoh: nak share printer ke..nak point sebagai server ke etc

sekian dari saye..


p/s: saye bukan orang IT

jeppa Publish time 5-8-2008 01:06 PM

Reply #4 orang_letrik's post

laa... akak rupanyer dia... bru prasan...

aku nyer pun automatik gak... klu nak set sendri takut konflik IP lak..

orang_letrik Publish time 5-8-2008 02:35 PM

Reply #5 jeppa's post

tu la pasal..

kalo takut conflict, ping dulu IP Address yang ko bekenan tu

kalo xde reply, means xde orang gune..senang je

slaughters Publish time 5-8-2008 04:03 PM

ade miracle of network ?

actually kalo kita pakai dhcp, memang kebiasaan client (PC) on die akan apply IP dari dhcp server, so dari situ DHCP server akan distribute IP.

and biasenya ada satu list, or dimana DHCP ni ade rekod untuk memegang mane2 MAC address untuk IP2 tertentu dalam masa tertentu sebelum digunakan oleh client lain.

jeppa Publish time 6-8-2008 10:30 PM

Reply #6 orang_letrik's post

ooowwhh camtu ek... tq..
Pages: [1]
View full version: TCP/IP Properties


ADVERTISEMENT